Ubah kereta jadi motor selamat nyawa Emile

 

Kisah Benar.

 Seorang pengembara,  Emile Leray telah memandu laju melalui satu kawasan larangan yang bermukabumi kasar di padang pasir Afrika pada tahun 1993, dengan kereta Citroen 2V miliknya. Malangnya dia terlanggar batu dan keretanya rosak teruk.

 Kampung terdekat dari tempat dia tersadai adalah kira² 20 batu jauhnya, dan dia tidak boleh mengambil risiko untuk berjalan kaki.  Dia masih mempunyai catuan bekalan makanan dan air selama beberapa hari.

Terdesak untuk menelamatkan dirinya, Emile tahu dia hqrus melakukan sesuatu. Dalam masa 12 hari, dia berjaya membongkar keretanya, dan membina sebuah motosikal dari bahagian² keretanya itu.

Dia telah memendekkan casis kereta dan memasang semula gandar dan hanya dua roda, serta memasang enjin dan kotak gear di bahagian tengah. Dia kemudiannya berjaya menyeberang kawasan gurun itu ke kampung terdekat.

 Malangnya apabila polis menangkapnya, denda yang berat telah dikenakan terhadapnya kerana rekid pendaftaran keretanya tidak sepadan dengan kenderaan itu yang kini lebih kepada sebuah motosikal........😁