MINI Convertible Sidewalk Edition

 
 
MINI Malaysia Memperkenalkan MINI Convertible Sidewalk Edition yang Terbaharu. Keterujaan pemanduan ‘open-top’ yang penuh gaya ini disediakan secara eksklusif, terhad kepada 20 unit sahaja.
MINI, jenama automotif premium kompak yang tercanggih di Malaysia telah memperkenalkan MINI Convertible Sidewalk Edition yang terbaharu pada hari ini sebagai meraikan Sidewalk Edition 2007 yang asal, iaitu jentera yang dilahirkan dalam generasi MINI Convertible yang sulung.
“MINI Convertible yang amat dinanti-nantikan telah dirungkaikan di Malaysia pada tahun lalu, dan kami berbesar hati untuk menaik taraf lagi segmen pemanduan ‘open-top’ yang mengujakan ini dengan MINI Convertible Sidewalk Edition. Melambangkan gaya dan kespontanan, varian edisi terhad ini membawa pemanduan di bawah sinaran matahari ke aras yang baharu,” ujar Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia.
Tambah Hoelzl, “Jentera MINI Sidewalk Edition yang baharu ini berpegang kepada tradisi edisi-edisi ‘Sidewalk’ yang cemerlang, yakni buat julung kalinya diperkenalkan di peringkat global pada tahun 2007. Varian eksklusif ini—yang terhad kepada 20 unit sahaja di Malaysia—meraikan asal usul jentera ‘open-top’ dan keterujaan pemanduan ala go-kart yang bersejarah, kini dengan lebih banyak kuasa, ruang dan aspek pengendalian yang diperkayakan.”
Warna eksterior, reka bentuk bumbung fabrik (soft-top), penggayaan rim serta kemasan interior yang dirumus khas untuk MINI Convertible Sidewalk Edition menyerlahkan lagi karisma luar biasanya. Eksterior yang tampak serba ekspresif dan ambien yang memukau di ruang interior menzahirkan sebuah pengalaman yang bersifat emotif dan istimewa daripada MINI.
Tampil dengan warna metalik Deep Laguna yang berjiwa muda, MINI Convertible Sidewalk Edition mempersembahkan daya tarikan MINI yang baharu serta sensasi gaya yang memberi penghormatan kepada asal usulnya. Di bawah bonet, terletaknya jantung kenderaan ini dalam bentuk enjin Cooper S berkuasa tinggi dengan teknologi MINI TwinPower Turbo yang memastikan aras kuasa lebih besar dapat dikecapi.
Jati diri yang bersifat eksklusif dan ekspresif.
Dirungkaikan buat pertama kali melalui MINI Convertible Sidewalk Edition, tubuh berwarna Deep Laguna yang bersifat ekspresif menyerlahkan bahasa reka bentuk varian ini yang tampak gah. Komponen ketutup sisi dalam reka bentuk Sidewalk ini turut menonjolkan penampilan ekstrovert varian tersebut.
Bumbung MINI Yours Soft-top Sidewalk menawarkan perlindungan daripada hujan dan matahari, serta ia boleh dibuka menggunakan kuasa elektrik dalam masa 18 saat sahaja walaupun ketika kereta ini sedang bergerak pada tahap kelajuan setinggi 30 km/j. Bumbung fabrik hitam 3 dalam 1 yang dikuasakan oleh elektrik menampilkan corak tenunan ‘Sidewalk’ dalam warna Titanium Grey. Jalur bonet serba sporty dihiasi dengan corak geometri, ia mempersembahkan sentuhan yang unik pada penampilan MINI Convertible yang ikonik ini. Set roda aloi ringan 17 inci dengan penggayaan Scissor Spoke 2-tona yang melengkapi MINI Convertible Sidewalk Edition juga merupakan ciri rekaan yang khusus bagi model ini.
Di dalam, varian ini didatangkan dengan interior Sidewalk Edition yang membariskan kerusi MINI Yours Leather Lounge Sidewalk menggunakan material antrasit, digandingkan dengan sulaman berkontras dalam warna Petrol dan Energetic Yellow. Efek warna Petrol tersebut juga menghiasi trim pintu, termasuk alas kaki berwarna serasi yang hadir dengan lingkaran warna Petrol dan sulaman Energetic Yellow sebagai standard bagi varian ini.
Stereng sport yang mempersembahkan jata Sidewalk serta sulaman berkontras dalam warna Petrol menyerlahkan lagi kelasakan jentera MINI Convertible Sidewalk Edition ini, berserta trim kokpit yang dihiasi dengan penuh gaya dalam kemasan warna Petrol.
MINI Convertible Sidewalk Edition juga menampilkan lampu hadapan LED, lampu LED kabus di depan dan belakang, pakej pencahayaan interior dengan 12 warna cahaya ambien, termasuk MINI Driving Modes, penyaman udara automatik, tempat duduk penumpang hadapan yang boleh dilaras ketinggiannya serta pakej kompartmen simpanan.
Keterujaan pemanduan maksimum tanpa bumbung.
Enjin MINI TwinPower Turbo empat silinder dengan kapasiti dua liter yang berkuasa tinggi – bersertakan transmisi automatik Steptronic tujuh kelajuan dengan dwi-klac – terkandung dalam MINI Convertible Sidewalk Edition, ia mampu menjana output maksimum berjumlah 192 kk dan tork berjumlah 280 Nm. Model ini berupaya untuk memecut dari kelajuan 0 sehingga 100 km/j dalam masa 7.1 saat, memiliki kelajuan tertinggi mencecah 230 km/j, dan ia hanya mengguna pakai bahan api berjumlah 5.7 liter setiap 100 km.
Sistem maklumat hibur yang lebih canggih.
MINI Convertible Sidewalk Edition turut hadir dengan teknologi yang tercanggih dalam bentuk Wired Package, ia terdiri daripada MINI Visual Boost 8.8 inci dengan Sistem Navigasi. MINI Visual Boost ini boleh dioperasikan dengan skrin sentuh yang intuitif, menerusi fungsi kawalan MINI atau Kawalan Suara. Melalui Apple CarPlay, para pemilik boleh menghubungkan iPhone mereka dengan kenderaan ini tanpa wayar dan menggunakan MINI Visual Boost untuk mengakses pelbagai kemudahan dalam peranti iPhone mereka. Komponen Pengecas Tanpa Wayar baharu yang terletak di ruang tempat letak tangan akan memastikan telefon bimbit anda sentiasa sedia untuk digunakan.
Muzik dapat dinikmati di dalam MINI Convertible Sidewalk Edition melalui sistem bunyi yang terdiri daripada 12 pembesar suara oleh Harman Kardon. Posisi pembesar suara berprestasi tinggi yang terletak di kedudukan yang sempurna membolehkan muzik pelbagai genre dinikmati dengan sepenuhnya, biar di tempat duduk hadapan, mahupun belakang. Kemudahan juga ditawarkan di dalam MINI Convertible Sidewalk Edition menerusi sistem Comfort Access yang disediakan sebagai standard.
Dengan MINI Connected, MINI Sidewalk Edition yang terbaharu dapat dilengkapi dengan teknologi SIM 4G terintegrasi, ia menyediakan Panggilan Kecemasan Pintar berserta dengan pengesan lokasi kenderaan automatik dan status keseriusan kemalangan, termasuk MINI Online dan MINI TeleServices. MINI Connected App yang terkini juga menawarkan pelbagai perkhidmatan digital seperti kemudahan untuk menghantar destinasi navigasi daripada telefon pintar kepada kenderaan dan menerima informasi mengenai waktu bertolak yang ideal, serta Servis Jarak Jauh (Remote Services).
MINI Convertible Sidewalk Edition terbaharu ditawarkan dengan warna eksterior Deep Laguna – diperkenalkan buat julung kalinya melalui varian eksklusif ini. MINI Convertible Sidewalk Edition akan ditawarkan dalam jumlah unit yang terhad di pusat pengedaran MINI bertauliah yang terpilih di seluruh negara, serta MINI Online Shop melalui http://shop.mini.my/booking/mini-convertible-sidewalk mulai 15 Julai 2020.
Bantuan Tepi Jalan MINI (MINI Roadside Assistance).
MINI Convertible Sidewalk Edition terbaharu diliputi oleh program Bantuan Tepi Jalan Bertempoh 5 Tahun oleh MINI Malaysia, ia ditawarkan untuk semua kenderaan MINI bersama pelbagai perkhidmatan komprehensif yang merangkumi Bantuan Kemalangan 24 jam, 365 hari setahun; Talian Bantuan dan Kecemasan; Servis Penundaan Percuma dan sekiranya perlu (lebih daripada 200 KM dari tempat kediaman); Kenderaan Ganti; Mobiliti Lancar (Seamless Mobility); Akomodasi; Solusi Servis Mobiliti serta servis Repatriasi.
Program Bantuan Tepi Jalan MINI (MINI Roadside Assistance) boleh diakses dengan menghubungi talian 1800-88-8808.
Servis Dalam Talian MINI.
Kini lebih mudah untuk membuat janji temu. Program servis dalam talian yang baharu ini membolehkan para pelanggan menjadualkan servis keperluan mereka secara langsung dengan wakil pengedar MINI bertauliah pilihan masing-masing melalui www.service.mini.my.
Pembiayaan MINI.
Dengan ‘Balloon Financing’ daripada BMW Group Financial Services Malaysia, pemilikan MINI Convertible Sidewalk Edition terbaharu bermula daripada RM 3,266.00 setiap bulan (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80% bagi tempoh lima tahun).
Harga jualan (atas jalan bagi pendaftaran peribadi, tanpa insurans) MINI Convertible Sidewalk Edition terbaharu ialah:
MINI Convertible Sidewalk Edition Terbaharu: RM295,888.00
Pengecualian SST: RM 9,988.53
Harga Jualan Baharu yang Disyorkan dengan Pengecualian SST: RM285,899.47
Maklumat lanjut mengenai MINI Convertible Sidewalk Edition baharu boleh didapati di www.mini.my.