Aiman, Syarifuddin ungguli kategori masing masing


Md Aiman Azman (Idemitsu Honda GiVi Yuzy Racing Team) tampil dengan aksi terbaik apabila muncul pelumba terpantas dengan catatan 49.564s diikuti Md Syafiq Rosli (ELF Koyoko Honda KC Racing), 49.596s dan Md Fareez Afeez (Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing) ketiga, 49.601s.

Sementara itu, Md Syarifuddin Azman (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) muncul pelumba terpantas sesi Shootout dan akan memulakan perlumbaan akhir WIRA KBS dari petak pertama setelah mencatat masa terpantas 48.756s diikuti Daniel El Fahim (SIC Junior Team AFB TECH Racing) kedua, 49.608s dan Md Faiz Zekri Sabri (ONEXOX Racing Team) ketiga, 49.675s.

Afif tampil aksi terbaik di Jempol

 Ahmad Afif Amran terus tampil dengan aksi terbaik apabila mencatat masa terpantas pada sesi kelayakan CP150 pada Pusingan 9 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Jempol, Negeri Sembilan, hari ini.

Dalam aksi kelayakan di litar basah, pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing itu mencatat masa terpantas 46.207s mengatasi rakan sepasukan Md Hafiz Nor Azman yang mencatat masa terbaik 46.746s diikuti Kasma Daniel Kasmayuddin (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) ketiga dengan masa 46.770s.

Dengan lapan podium yang diraih pada musim ini, Afif kini hanya memerlukan penamat di tempat kesembilan untuk mengesahkan gelaran keseluruhan namun pelumba kelahiran Terengganu itu tidak mahu memandang mudah perlumbaan kali ini khususnya dalam usaha untuk meraih gelaran keseluruhan individu dan berpasukan.
 Terlebih dahulu, Afif turut merekodkan catatan terpantas litar 44.986s mengatasi catatan milik Kasma pada musim lepas.

“Saya tidak boleh berasa selesa dengan kelebihan ketika ini, jadi saya memilih untuk terus memberikan aksi terbaik memandangkan pasukan kami juga sedang berjuang untuk memenangi gelaran juara berpasukan,” jelas Afif.

“Ketika ini kami hanya mempunyai kelebihan 50 mata namun pencabar utama, PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor menampilkan aksi terbaik mereka sepanjang beberapa pusingan lepas. Kami tidak boleh kehilangan banyak mata jadi saya dan Hafiz perlu mencari penamat terbaik dan jika kami berdua dapat menamatkan saingan di atas podium, gelaran pasukan terbaik akan menjadi milik kami.”

KELAYAKAN
CP150
1 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 46.207s
2 Md Hafiz Nor Azman (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 46.746s
3 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 46.770s
4 Azroy Hakeem Anuar (KUL) Idemitsu Honda GiVi Yuzy Racing 46.993s
5 Md Ramdan Rosli (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 47.302s