Pusat servis automotif PETRONAS Auto Expert dibuka


Pusat servis automotif PETRONAS Auto Expert yang pertama di Malaysia telah dilancarkan oleh PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) bersama PETRONAS Lubricant International (PLI) hari ini. Pusat ini menyediakan kemudahan penyelengaraan kereta berkualiti tinggi kepada pelanggan.

Sebanyak 100 pusat sepertinya bakal dibuka di Malaysia dan di lebih 30 negara dalam tempoh lima tahun akan datang. Pusat pertama ini di selenggara oleh Autohaus iaitu rakan
tempatan yang dipercayai sebagai penyelenggara pusat servis kereta berpengalaman. Pelancaran ini merupakan strategi global dari PLI dan bertujuan memberi perkhidmatan
lengkap dibawah satu bumbung dan membawa bersama kepakaran teknikal PETRONAS Fluid
Technology®.
“Dengan pembukaan PETRONAS Auto Expert, pelanggan bakal diberikan perkhidmatan servis
kereta berkualiti tinggi yang selalunya dikaitkan dengan pusat servis di bawah waranti
pengeluar. PETRONAS sentiasa berusaha untuk memberi kepuasan kepada pelanggan tanpa
mengira jenis dan model kereta yang di hantar ke pusat kami,” kata Naib Presiden Pemasaran,
Perniagaan Hiliran, Dato’ Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.
Di PETRONAS Auto Expert, pelanggan dijamin akan menerima perhatian sepenuhnya dari
pakar mekanik terlatih beserta penggunaan alat teknologi terkini dari awal diagnosis,
penukaran minyak pelincir, pemeriksaan brek dan sebagainya. Sebanyak 14 ruang servis
disediakan untuk memberi kemudahan terutamanya pada waktu puncak.
Dengan menyertai rangkaian PETRONAS Auto Expert, bengkel seperti Autohaus dapat
mengakses sistem, peralatan, teknologi terkini, latihan berkala sepenuhnya, konsultasi,
program pemasaran dan sudah tentu kaitan dengan nama PETRONAS selaku jenama global
terkemuka.

Pelancaran PETRONAS Auto Expert disempurnakan oleh Dato’ Sri Syed Zainal bersama Ketua
Perniagaan Asia Pasifik PLI, Ruslan Halim Islahudin, CEO PLMM, Hardeep Singh dan Pengarah
Autohaus, Muhammad Eezam Masripan.