Showing posts with label Aminar Rashid Salleh. Show all posts
Showing posts with label Aminar Rashid Salleh. Show all posts

Perodua Myvi juarai segmen Aras Mula di Anugerah Malaysia Car of the Year


Perodua Myvi telah diumumkan sebagai pemenang dalam segmen Aras Mula (Entry-Level) di majlis Anugerah Malaysia Car of the Year (MCOTY) 2018 yang diadakan di Saujana Hotel Kuala Lumpur pada malam Selasa yang lalu.

Dianjurkan oleh Institut Automotif Malaysia (MAI), acara tersebut turut dihadiri oleh Perdana Menteri YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, YABhg Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB Datuk Ignatius Darell Leiking dan Ketua Pegawai Eksekutif MAI, Dato’ Madani Sahari.
“Sejak dilancarkan pada November 2017, hampir 85,000 unit Perodua Myvi generasi ketiga telah dijual di Malaysia, daripada 138,000 tempahan setakat ini,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, YBhg Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh, yang naik ke pentas untuk menerima anugerah bagi pihak Perodua.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia di atas kepercayaan dan sokongan mereka terhadap Myvi kami.

“Kami gembira dan dalam masa yang sama berasa rendah diri kerana kami telah berjaya menambat hati rakyat Malaysia dengan menawarkan sebuah kereta yang disukai dan memenuhi keperluan mereka. Kami akan mengambil ini sebagai motivasi untuk kami berkhidmat dengan lebih baik lagi,” tambah Datuk (Dr) Aminar.

Populariti Myvi dapat dilihat semasa di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (KLIMS18), di mana Myvi GT, kereta rekaan yang sporty, telah berjaya menarik perhatian ramai.

“Reaksi positif pengunjung terhadap Myvi GT menjadi satu kejutan buat kami. Jadi sekiranya anda terlepas peluang untuk melihatnya di KLIMS18, kami memberi satu lagi peluang untuk melihatnya di pameran International Automodified Kuala Lumpur (IAMKL) yang julung kali berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hujung minggu ini dari 8hb hingga 9hb Disember!” kata Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, YBhg Dato’ Dr Zahari Husin.

Anugerah tahun lalu menyaksikan kemenangan Perodua Bezza dan Perodua Myvi masing-masing di bawah kategori Bawah-RM50,000 dan RM50,001-RM60,000 manakala Dato' Dr Zahari Husin telah dinobatkan sebagai Automotive Man of the Year.

Di Anugerah MCOTY 2016, Perodua Bezza memenangi kategori Aras Mula (Entry-Level), Pilihan Ramai (People's Choice) dan Reka Bentuk Paling Signifikan (Most Significant Design Achievement).

Perodua sumbangkan 50 Myvi kepada Bomba dan IPT

Perodua akan menyumbang 50 buah Myvi kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak serta 25 institusi pengajian tinggi di seluruh negara untuk kegunaan mereka dalam latihan dan penyelidikan, menjadikan ia antara penyerahan kenderaan terbesar yang pernah dilaksanakan oleh syarikat tersebut.

“Kami menyumbang tujuh buah Myvi generasi terbaharu dan 43 buah Myvi generasi sebelumnya kepada organisasi-organisasi ini dengan harapan ia dapat dimanfaatkan di dalam penyelidikan, latihan dan pembelajaran mereka,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.

Datuk (Dr) Aminar menyerahkan kenderaan-kenderaan tersebut secara simbolik kepada wakil-wakil organisasi masing-masing dengan disaksikan oleh Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Dato’ Dr Zahari Husin, di satu majlis yang diadakan di ibu pejabat Perodua di Sungai Choh semalam.

25 institusi pendidikan tinggi tersebut merangkumi universiti serta institusi vokasional, teknikal, latihan industri dan kemahiran belia.

“Sebagai syarikat People First, Perodua gigih memperkasakan golongan belia melalui pendidikan, kerana merekalah bakal pemimpin Malaysia dan peneraju masa hadapan industri automotif tempatan.

“Inisiatif-inisiatif pendidikan kami termasuk Perodua Eco Challenge dan Perodua Youth Training Programme (PYTP). PYTP merupakan program Tanggungjawab Korporat yang paling lama telah kami laksanakan, menghasilkan lebih 630 graduan sejak 1999,” kata Datuk (Dr) Aminar.

Awal tahun ini, Perodua telah mengadakan majlis konvokesyen untuk 141 belia yang dilatih dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran, melayakkan mereka untuk menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) berdasarkan kecekapan teknikal and vokasional.

Lebih 70% daripada mereka akan berkhidmat di pusat servis dan fasiliti Badan & Cat (Body & Paint) Perodua di seluruh negara.

“Dengan lebih sejuta unit dijual sejak kelahirannya pada tahun 2005, Myvi merupakan model kenderaan terlaris di Malaysia selama 13 tahun berturut-turut.

“Justeru itu, Myvi sangat sesuai untuk tujuan penyelidikan dan latihan tempatan kerana ia adalah model yang paling dekat mewakili kenderaan di Malaysia,” kata Datuk (Dr) Aminar.

Baru-baru ini, Perodua Myvi telah memenangi segmen Aras Mula (Entry-Level) di Anugerah Malaysia Car of the Year (MCOTY) 2018, anjuran Malaysia Automotive Institute (MAI).

Jumlah EEV Perodua capai 500,000 unit

Pengeluaran Kenderaan Cekap Tenaga (EEV)Perodua kini telah melebih setengah juta unit di Malaysia, sekaligus mengukuhkan statusnya sebagai syarikat pengeluar EEV No 1 negara.

“Jejak EEV kami bermula pada tahun 2014 dengan pengeluaran modelAxia, EEV pertama negara dan juga model Transformasi pertama kami. Ia diikuti duatahun kemudian dengan Bezza, sedan EEV pertama, dan seterusnya Myvi baharu pada tahun 2017.

“Saya dengan rendah diri ingin mengumumkan bahawa sejak pelancarannya masing-masing, sebanyak 342,600 unit Axia, 130,000 unit Bezza dan lebih 75,000 unit Myvi baharu telah menemui pemiliknya di Malaysia setakat ini,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.
Sejak kerajaan memperkenalkan klasifikasi EEV dalam Dasar Automotif Nasional 2014 (NAP 2014), lebih daripada 344,000 unit Axia, 130,800 unit Bezza dan 75,800 unit Myvi baharu telah dikeluarkan oleh Perodua di Sungai Choh.

Untuk diiktiraf sebagai EEV, sesebuahkenderaan itu harus sekurang kurangnya mencapai tahap kecekapan bahan api yang diuji mengikut piawaian UNECE R101 berdasarkan beratnya tanpa muatan. Axia, Bezza dan Myvi baharu kesemuanya mampu mencapai kecekapan bahan api melebihi 20 kilometer seliter.

“Kecekapan bahan api kenderaan kami menyumbang kepada kos operasi yang sangat rendah, dan juga selaras dengan aspirasi kerajaan untuk menjadikan Malaysia lebih bersih dan hijau serta trend global ke arah kenderaan yang lebih cekap bahan api.
“Kepada semua rakyat Malaysia, terima kasih kerana menjadikan Perodua jenama pilihan anda. Sokongan padu anda sepanjang 25 tahun ini menggalakkan kami untuk terus berusaha, kerana anda keutamaan kami,” tambah  kata Aminar.

Malahan, kilang Perodua Global Manufacturing Sdn Bhd, yang mengeluarkan Axia dan Bezza, juga merupakan kilang bertaraf EEV pertama di Malaysia yang menggabungkan teknologi cekap tenaga dalam mengurangkan kadar pengeluaran pelepasan serta menetapkan piawaian baru dari segi kualiti, pengurusan kos dan penghantaran.

Perodua lancar Kempen Kemalangan Sifar libat 10,300 kakitangan

Perodua mensasarkan kemalangan jalan raya sifar yang melibatkan kakitangan pergi dan pulang dari tempat kerja masing-masing serta kemalangan industri sifar semasa menjalankan tugas masing-masing menjelang tahun 2021. Sehubungan itu satu Kempen Kemalangan Sifar untuk 10,300 pekerja Perodua di seluruh negara telah dilancarkan sebagai susulan kepada pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya pada Oktober 2017 untuk membantu mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya. Kempen Kemalangan Sifar Perodua ini disokong oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) serta Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Kedua-dua organisasi ini berada di bawah Kementerian Sumber Manusia.

“Kempen Kemalangan Sifar Perodua ini merupakan inisiatif pertama kami khas buat para kakitangan kami, melibatkan bahagian pengeluaran, penjualan dan lepas jualan, agar mereka boleh menjadi contoh sebagai pemandu baik dan berhemah,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.
 Kempen Kemalangan Sifar Perodua ini telah dirasmikan oleh Datuk (Dr) Aminar dan disaksikan oleh Pengarah JKKP Kedah En Hairozie Asri, Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd Dato’ Dr Zahari Husin serta Presiden Perodua Global Manufacturing Sdn Bhd Datuk Ahmad Suhaimi Hashim, yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kumpulan Perodua.

“Walaupun isu pengurangan dan penghapusan kemalangan industri memang menjadi tumpuan utama Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, kami kini memperluaskan tumpuan kami kepada aspek perjalanan di luar premis kami.”

“Kami percaya bahawa penyemaian tabiat pemanduan yang baik bermula di rumah dan kami akan sentiasa mendidik kakitangan kami tentang keselamatan serta menjadi pemandu yang bertanggungjawab supaya mereka boleh menjadi contoh terbaik buat semua,” kata Aminar.
Kempen Kemalangan Sifar Perodua akan dilancarkan secara berperingkat bermula dari 13hb Ogos hingga akhir tahun. Aminar berkata Perodua akan memperoleh pengajaran dan pengalaman daripada kempen ini untuk dimanfaatkan dalam Kempen lima-tahun Keselamatan Jalan Raya Perodua.

Kempen Keselamatan Jalan Raya Perodua bertujuan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya dengan mendidik para pemandu tentang kepentingan memahami dan mematuhi peraturan asas jalan raya seperti memakai tali pinggang keledar, menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak, menggunakan lampu isyarat membelok serta tidak menggunakan peranti mudah alih semasa memandu.

“Kami memilih pendidikan sebagai pendekatan kami kerana kami percaya kebanyakan pemandu Malaysia tahu mengenai peraturan jalan raya, tetapi mereka mungkin tidak memahami sebab-sebab di sebalik peraturan tersebut.

“Sudah tentu pendidikan akan mengambil masa yang lama, tetapi apabila mereka memahami sepenuhnya, kesannya akan menjadi lebih kuat," kata Aminar.

Perodua saran utamakan keselamatan kepada semua


Perodua telah menganjurkan program keselamatan jalan raya selama sebulan untuk 8,000 kakitangannya. Inisiatif selama sebulan ini adalah sebagai peringatan kepada para pengguna jalan raya mengenai peraturan asas serta tip keselamatan berguna yang mampu menjimatkan masa dan wang ketika dalam perjalanan pulang untuk bertemu keluarga tersayang. Hampir 7,000 dari pekerja mereka telah pulang ke kampung halaman masing-masing di musim perayaan ini.

"Perjalanan pulang semasa musim perayaan adalah lebih mencabar kerana terdapat banyak kenderaan di atas jalan raya. Pada ketika itu, adalah penting untuk kita terus bertenang, berwaspada dan berhemah ketika memandu," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.


Program keselamatan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Kempen Keselamatan Jalan Raya Perodua yang dilancarkan pada Oktober 2017, sebuah projek selama 5 tahun bertujuan untuk mendidik orang ramai mengenai kepentingan peraturan asas jalanraya bagi mengelakkan sebarang kemalangan berlaku.

Intipati utama program ini adalah untuk menggalakkan penggunaan tali pinggang keledar, menggunakan isyarat membelok, penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak dan tidak menggunakan telefon mudah alih ketika memandu.

"Kami percaya pendidikan harus bermula daripada rumah dan oleh sebab itu Kempen Keselamatan Jalan Raya Perodua lebih menumpukan kepada mendidik masyarakat kita tentang pentingnya peralatan keselamatan di kenderaan mereka serta memupuk amalan memandu secara selamat dan berhemah.

"Kami percaya melalui contoh yang diteladani dan kami berharap semua pemandu Malaysia juga dapat menerima dan menyambutbaik seruan kami dalam menjadikan Malaysia jalan raya paling selamat di rantau ini," kata Datuk (Dr) Aminar.


 Program keselamatan dalaman Perodua bermula sebulan yang lalu dengan penganjuran kursus selama dua hari oleh Persatuan Keselamatan Jalan Raya dan Pengangkutan Malaysia pada 15hb dan 16hb Mei. Sebanyak 69 pekerja telah didedahkan dengan pelbagai topik keselamatan termasuk punca utama kemalangan dan prosedur pra-pemeriksaan kenderaan yang betul.

Selain itu, dalam memastikan motosikal milik kakitangan berada dalam keadaan baik sebelum cuti Raya, pemeriksaan percuma telah dilakukan pada 6hb Jun. Sebanyak 47 buah motosikal telah diperiksa yang mana pemilik akan dimaklumkan mengenai sebarang kerosakan sekiranya ada dan diminta untuk memperbaikinya dengan kadar segera.

Perodua juga turut menjalankan perkhidmatan 50-titik pemeriksaan kereta secara percuma melalui Tweckbot Pre-Raya. Melalui aktiviti ini, Perodua berjaya memeriksa 380 kenderaan Perodua secara keseluruhan di dua lokasi iaitu di Tesco Kota Bharu di stesen Petronas di Kota Kinabalu dari 12-14 Mei.

Tweckbot akan berada di Petronas Sungai Buloh PLUS R&R pada 23 dan 24 Jun untuk pemeriksaan Pasca-Raya dengan menawarkan sebanyak 20% diskaun bagi alat ganti dan aksesori kepada semua kenderaan yang diperiksa yang kembali ke pusat servis sah Perodua di seluruh negara.

"Kepada pelanggan yang dihargai, sila selenggara kenderaan Perodua anda di pusat servis sah Perodua.

Kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang beragama Islam. Kepada yang lain, selamat bercuti dan semoga perjalanan andakata Datuk (Dr) Aminar.


Perodua Myvi baharu dianugerah 5-bintang ASEAN NCAP

Perodua Myvi baharu telah secara rasminya diberi penarafan 5-bintang oleh program penilaian keselamatan Asean (ASEAN NCAP)  oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).
Diuji dan dinilai berdasarkan protokol terbaru dari ASEAN NCAP 2017-2020, Myvi baharu mencatatkan
pematuhan 90.9% atau 32.71 mata daripada sejumlah 36 untuk Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP), dan  pematuhan 88% atau 43.14 mata daripada jumlah keseluruhan 49 untuk Perlindungan Penumpang Kanak kanak (COP).


"Kami berbangga namun pada masa yang sama  berasa terharu dengan pengiktirafan terhadap pencapaian kami. Perodua adalah sebuah syarikat yang sentiasa mengutamakan insan atau 'People First', dan Myvi baharu mewakili usaha gigih kami untuk menjamin keselamatan para pelanggan dan penghuni kenderaan kami,"kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua , Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh pada seminar 'ASEAN NCAP: Ke arah Autonomi' hari ini.


"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada MIROS dan ASEAN NCAP atas kerjasama dan bimbingan mereka dalam membantu Perodua untuk menjadikan Myvi baharu diiktiraf 5 bintang," tambah Datuk (Dr) Aminar.Tahap keselamatan 5-bintang terpakai untuk semua varian Myvi baharu, yang mempunyai empat beg udara standard, ABS dengan Pengedaran Daya Brek Elektronik (EBD), Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Kawalan Daya Kawalan, Isyarat Hentian Kecemasan, tambatan ISOFIX, sensor belakang dan peringatan tali pinggang untuk semua tempat duduk.
Di samping itu, varian 1.5 dilengkapi enam beg udara dan barisan model 1.5 Advance melancarkan sistem keselamatan aktif maju atau Advanced Security Assist, yang terdiri daripada amaran pra-perlanggaran (Pre-Collision Warning), membrek untuk mencegah perlanggaran atau
brek kecemasan autonomi (Pre-Collision Braking), pemaklum pergerakan jenderaan hadapan (Front Departure Alert) dan kawalan khilaf operasi pedal pemijak (Control Misoperation Pedal).
"Myvi baharu adalah kenderaan pertama di Malaysia untuk memperkenalkan ciri keselamatan canggih seperti ini pada harga sedemikian. Malah, ia adalah kereta yang paling berharga patut dengan brek kecemasan autonomi di Malaysia. Dengan Myvi baharu, kami membawa keselamatan aktif kepada rakyat,"kata  Aminar.
"Myvi baru adalah kereta lima bintang Perodua selepas Bezza. Tahun lepas, ASEAN NCAP menganugerahkan Perlindungan Penghuni Kanak-kanak Terbaik dan Perlindungan Penghuni Dewasa Terbaik dalam kategori kereta keluarga kecil
kepada Bezza. Kesemua kenderaan kami dinilai oleh ASEAN NCAP dan mematuhi peraturan keselamatan, " tambahnya lagi.

Perodua lancar kempen keselamatan 5-tahun

Perodua telah melancarkan satu kempen keselamatan jalan raya yang bertujuan menggalakkan tingkah laku pemandu untuk mematuhi undang-undang lalu lintas asas serta mengamalkan tabiat pemanduan yang baik. Kempen ini akan berlangsung selama lima tahun di seluruh negara.

Tumpuan awal program ini adalah pada empat tabiat pemanduan yang baik, iaitu memakai tali pinggang keledar, tidak menggunakan peranti mudah alih semasa memandu, penggunaan lampu isyarat tunjuk arah dan penggunaan kerusi kanak-kanak.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Dr Aminar Rashid Salleh berkata kempen keselamatan itu termasuk mempamerkan bahan promosi di kedai-kedai jualan dan servis Perodua di seluruh negara. Mesej keselamatan disasarkan untuk menjangkau 1 juta pelanggan dalam tempoh setahun dari program ini.

"Kami percaya bahawa sasaran 1 juta ini dapat dicapai dengan jumlah 1.2 juta pelanggan yang menjunjungi pusat jualan dan perkhidmatan kami setiap tahun, dan kami akan mengambil kesempatan ini untuk mendidik kebiasaan memandu positif menerusi sentuhan ini," kata Aminar .

Kempen Keselamatan Jalan Raya Perodua dan Tempat Duduk Kanak Kanak Perodua telah dilancarkan secara rasminya oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, YB Dato 'Ab Aziz Kaprawi pada satu majlis di Perodua Sentral, Petaling Jaya di sini pada 30 Oktober lepas.

Mulai sekarang hingga Tahun Baru Cina 2018, tempat duduk kanak kanak ditawarkan pada harga pengenalan RM660 untuk Bayi dan RM780 untuk Kanak Kanak. Selepas tempoh promosi, Tempat Duduk Bayi akan berharga RM790 dan yang Kanak Kanak pada RM980.

"Kami percaya bahawa produk yang kami tawarkan bersaing dengan jenama lain, apatah lagi ia nya datang dengan pengiktirafan kami," kata Datuk (Dr) Aminar.

Tempat duduk bayi itu direka untuk bayi yang seberat sehingga 13 kg dan boleh didapati dalam warna merah atau kelabu. Sementara itu, kerusi kanak kanak adalah untuk kanak-kanak seberat 9-36 kg dan ditawarkan dalam warna merah atau hitam.

Satu lagi inisiatif keselamatan Perodua ialah pemeriksaan kenderaan Tweckbot. Perodua menjadi salah satu pembuat kereta pertama di Malaysia untuk memiliki kempen keselamatan berasaskan media sosial apabila Tweckbot dilancarkan pada tahun 2011.


Menawarkan pemeriksaan kenderaan 50-perkara percuma untuk semua kenderaan Perodua setiap tempoh perayaan, Tweckbot telah memeriksa kira-kira 5,000 kenderaan sejak penubuhannya, mewakili usaha Perodua untuk memastikan keselamatan dan kesesuaian kenderaannya.

"Sebagai sebahagian daripada Program Keselamatan Jalan Raya selama lima tahun, Perodua berharap dapat bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) untuk membuat jalan raya lebih selamat. "

"Kami adalah penyokong kuat usaha kerajaan dalam meningkatkan keselamatan jalan raya dan mahu memainkan peranan kami," kata Aminar.