Öhlins untuk 135LC
Gantungan atau suspensi asal direka untuk digunakan pada jalan raya "normal". Jika anda ingin menunggang motosikal anda lebih dari kegunaan biasa atau perlu membawa bebanan lebih berat daripada yang telah direka bagi motosikal anda, besar kemungkinan bahawa gantungan asal motosikal anda mungkin tidak mampu untuk mengendalikan tugasan tersebut. Ia berkemungkinan melibatkan bagasi yang berat untuk pelancongan atau balik kampung, mahupun bagi kegunaan hari trek atau perlumbaan, atau sekadar anda kurang menggemari cara suspeni asal anda bertindakbalas dalam cara yang tidak anda ingini sewaktu penunggangan harian.
Di masa kini, anda mempunyai pelbagai pilihan penyerap kejutan yang ditawarkan dalam pasaran. Terdapat pelbagai jenama dan model penyerap kejutan yang mampu memberikan prestasi yang anda inginkan baik bagi penambah-baikan tunggangan harian motosikal anda mahupun untuk kegunaan perlumbaan, dalam bentuk tiub tunggal mahupun penyerap kejutan dengan teknologi omboh dan tiub berkembar.
Öhlins atau Öhlins Racing AB merupakan pengeluar sistem suspensi berprestasi tinggi untuk kegunaan automotif, motosikal, kereta salji, dan juga ATV. Ia telah diasaskan di Upplands Väsby, utara Stockholm, Sweden. Syarikat itu juga menghasilkan jenis-jenis komponen motosikal, termasuk peredam stereng (steering damper) dan sistem pacuan dua roda.
Syarikat ini ditubuhkan oleh Kenth Ohlin pada tahun 1976, dan pada tahun 1987, Yamaha Motor Company sebenarnya telah menjadi pemilik saham majoriti Öhlins Racing AB yang mengeluarkan Monoshock Belakang Öhlins, manakala Öhlins terus beroperasi sebagai sebuah syarikat bebas dalam kumpulan perniagaan tersebut. Pada bulan Disember 2007, Öhlins telah menebus 95% saham syarikat Öhlins Racing AB kembali dari Yamaha.
Öhlins mempunyai enam jabatan reka bentuk, dengan lebih daripada 50 orang jurutera, yang mana setiap daripada mereka merupakan pakar dalam bidang tertentu. Pusat Penyelidikan Öhlins di Jönköping, Sweden kini membangunkan Sistem Gantungan Kawalan Elektronik Berterusan Öhlins CES (Continuously controlled Electronic Suspension system).
Penyerap kejutan Öhlins kesemuanya menjanjikan tindak balas sensitif & reka bentuk moden.
Lewat tahun tujuh puluhan penyerap kejutan Öhlins berkembar yang pertama telah dibangunkan dan diuji oleh Kenth Ohlin, dan dijual di pasaran. Dari situ, Öhlins telah melalui pembangunan berterusan, dan pada awalnya beroperasi hanya dalam sukan pesisir jalan (off-road) dengan jayanya, sebelum berkembang dalam bidang motosikal sports, yang kemudiannya membawa kepada pengenalan tupang kembar (forks) masa kini.
Berdasarkan tawaran model motosikal semasa, Öhlins kini menawarkan pelbagai model penyerap kejutan yang direka bagi disesuaikan dengan kehendak harga dan prestasi motosikal anda. Öhlins telah menghasilkan lebih daripada 300 model penyerap kejutan yang berbeza, di mana setiap model adalah direka khusus untuk satu motosikal tertentu. Kami telah berpeluang menguji penyerap kejutan model YA 110001 yang dikeluarkan khusus bagi Yamaha 135LC yang menjadi kegemaran ramai pengguna motosikal Malaysia.
Pemasangan adalah mudah kerana persediaan asas, reka bentuk susunan shim dan penentukuran pelarasan kesemuanya telah dibuat hasil ujian sebenar dengan model motosikal tersebut di jalan raya dan trek.
Ujian pemasangan dan tunggangan nyata telah membuktikan konsep semua produk Öhlins, yang menyediakan ketepatan kawalan ke atas daya redaman dan merupakan kunci kepada prestasi produk Öhlins. Ianya didatangkan dengan takung minyak luaran bagi simpanan minyak yang lebih banyak lantas memberikan lebih kawalan terhadap aliran minyak dan redaman ayunan. Terdapat satu punat kawalan di atas takungan tersebut bagi memudahkan anda mengawal jumlah redaman yang anda inginkan.
Penggunaan takungan minyak yang digabungkan dengan penggunaan spring yang direka khusus untuk motosikal ini menghasilkan kawalan jentera yang terasa amat berbeza dengan penyerap kejutan stok, dan membolehkan anda menangani selekoh dan juga kawalan libas-balik kiri dan kanan jentera yang terkawal dan meyakinkan, dengan redaman jentera tanpa ayunan yang mampu membuatkan anda hilang kawalan jentera. Dalam masa yang sama, maklum balas yang diberikan oleh penyerap kejutan Öhlins itu juga adalah baik kerana ia memberikan gambaran sebenar tentang apa yang sedang dihadapi dalam tunggangan anda. Ini sekaligus meningkatkan keyakinan dan meningkatkan kawalan jentera lantas menjadikan tunggangan anda lebih baik.
Öhlins YA 110001 ini ditawarkan dengan harga RM2660.00 bermula 12 Januari 2015, dan didatangkan dengan jaminan produk selama dua tahun. Sepertimana kesemua penyerap kejutan Öhlins, ianya juga boleh diservis dan ditukar alatganti, membuatkan ianya satu pelaburan jangkapanjang yang berbaloi dengan harganya. Jika anda ingin meningkatkan lagi prestasi kawalan jentera Yamaha 135LC anda, terus saja hubungi High-N dengan maklumat yang tertera di http://www.high-n.com/ atau layari www.facebook.com/OhlinsMalaysia.
RC390 siaga lumba
Siri KTM RC390 merupakan motosikal 373,2 cc silinder tunggal yang mula diperkenalkan di pameran EICMA di Milan, Itali pada tahun 2013. Sebagai versi sports bagi 390 Duke, KTM RC390 dikuasai enjin 373 cc yang sama, mampu menjana 44hp (33 kW) @ 9,500 rpm . Kerangka RC adalah bingkai trellis yang berbeza daripada Duke 390 dan dikatakan KTM sebagai lebih tegar daripada Duke 390. Ianya didatangkan dengan tayar Metzeler 110 / 70ZR17 depan dan 150 / 60ZR17 belakang. RC mempunyai kecuraman kepala (head angle) 66.5° dan 23.5° sudut capai(rake), yang lebih curam dari sudut kepala Duke sebanyak 65° dengan sudut capai 25°. Jarak tapak roda nya adalah1,340 mm iaitu 27 mm lebih pendek daripada Duke, dan kesemua ini menyumbang kepada kemampuan pengendalian jentera yang tepat. Brek cakera nya kekal menggunakan sitem ByBre dengan ABS (ByBre = By Brembo), tupang hadapan WP 43 mm mengapung bahagian depan dan diimbang di belakang oleh penyerap kejutan mono.
Jika anda mencari sesuatu yang sudah lahir siap siaga untuk peminat sportbikes ringan, RC390 ini akan membuatkan anda mengorak senyuman. Ia merupakan satu lagi model menarik yang perlu dipertimbangkan lanjutan pengenalan Kawasaki Ninja 300 dan Honda CBR300R yang mungkin tidak akan dibawa masuk ke negara ini.
RC390 ini telah direka dan dibangunkan di ibupejabat KTM di Mattighofen, Austria dan dikeluarkan di India. RC390 merupakan model perdana KTM satu silinder bersesaran kecil yang terdiri daripada model model 125, 200 dan 373cc. Enjin sejukan cecair, DOHC empat lejang, suntikan bahan api ini juga merukapan sebagaian tegasan kerangka tiub trellis RC ini.
Jarak perjalanan gantungan juga dipendekkan kepada 4.9-inci di depan dan pergerakan belakang 5.9-inci bekerja dengan ciri-ciri redaman yang lebih mantap. Unit tupang penyerah hentakan depan WP 43mm itu juga turut dihasilkan di India. Malah, hampir setiap komponen motosikal, termasuk roda aloi rekaan Brembo dan angkup brek (juga oleh Brembo mem]lalui ByBre seperti yang telah diperkatakan di atas), sistem ABS Bosch dan badan pendikit 46mm Dell'Orto kesemuanya dibekalkan oleh sumber dari India. Begitu maju teknologi mIndia masa kini, membuatkan kita mula tertanya tanya: di manakah kedudukan kita....?
RC ini terbukti lincah dan sangat mudah untuk dihidupkan, dan sekali sudah dimulakan, memecut motosikal ini melalui ke enam enam kelajuan kotak gear nya merupakan satu proses peralihan yang super mudah dan mengujakan. Hantaran kuasa adalah linear merentasi keseluruhan julat rpm dengan banyak kuasa menanti anda di pusingan rendah enjin, dan ia terus mengujakan sehingga memuncak di garismerah 10,000 rpm. Kuasa maksima dinyatakan sebagai 44hp pada 9,500 rpm, namun ia tidak langsung terasa tidak selesa atau kasar seperti sesetengah enjin selinder tunggal yang lain. Alihan gear tepat masa mampu dilakukan dengan adanya lampu petunjuk peralihan, dan mampu memacu jentera ini ke kelajuan 160kmj sewaktu memasukkan gear teratas, dengan banyak lagi bekalan rpm yang menanti.
Kedudukan menunggang adalah lebih sporti berbanding Duke 390, dengan klip hendal sama paras dengan pengapit tupang atas (triple-clamp). Ruangan untuk kaki juga mencukupi antara kerusi dan pemijak kaki agar selesa menempatkan penunggang. Pandangan cermin sisi juga sangat baik, dan operasi suis suis kawalan adalah mudah, dan brek ternyata berkesan dengan prestasi memuaskan speprtimana yang kita inginkan. Sistem ABS brek nya mampu dinyah-aktif jika diinginkan.
Kawalan penunggangan jentera ini mungkin mampu melangkaui jangkaan anda, kerana terbukti luar biasa di jalan, dan akan membuatkan anda gembira dengan pilihan yang anda buat, kenrana ianya nyata berbaloi. Malah, pemilik Ninja dan CBR kini harus berhati-hati, kerana ada satu senjata baru di litar, dengan harga yang mengancam.
KTM ada menawarkan versi perlumbaan RC390 Cup untuk digunakan dalam Piala Junior ADAC yang merupakan salah satu acara MotoGP oleh pelumba berumur 13 hingga 21. RC390 Cup tidak mempunyai lampu atau cermin, dan tiada ABS untuk pengurangan berat, dengan gantungan WP dinaik taraf bolehlaras sepenuhnya depan dan belakang. Enjin RC Cup ini walaubagaimanapun dijinakkan sedikit dengan plat penghadang kepada 38hp(28 kW), dan meenggunapakai ekzos Akrapovič.
Jentera terkini tawaran KTM CKD ini nyata mampu memberikan kepuasan kepada pemiliknya yang tidak akang mengambil kisah menunggang nya walaupun hanya berbekalkan satu dapur berbandingkan dua, mahupun empat dapur. Ynag pastinya, jentera yang mantap akan pastinya menghasilkan tunggangan yang baik dan mampu menzahirkan segala kuasa yang ada pada jentera tersebut, segalanya dalam kawalan si penunggang, pada harga asas RM27,500.
Enjin: 373,2cc selinder tunggal DOHC
Gerek/lejang: ahmar 89 mm × 60 mm (3.5 × 2.4 di dalam)
Kuasa: 44 hp) (32kW)
Kerangka: Trellis keluli
Suspensi: WP
Brek depan: cakera 300mm dengan angkup 4-pot ByBre jejari, ABS
Brek belakang: cakera 230mm dengan angkup ByBre, ABS
Tayar: 110/70ZR17 & 150/60ZR17
Jarak tapak roda 1,340 mm
Ketinggian pelana 820 mm
Berat tanpa bahanapi: 147 kg
Kapasiti bahan api 10 liter
Vulcan S 2015 diperkenal
Vulcan S serba-baru telah diperkenalkan pada expo AIME 2014 Oktober lepas bagi mengisi ruang Kawasaki sebagai sebuah cruiser peringkat permulaan. Kawasaki Vulcan S ini seharusnya menawarkan tahap prestasi yang melangkaui jangkaan sesarannya , kerana ia dikuasai enjin dwi-selinder selari 649cc sepertimana yang terdapat pada Versys dan Ninja 650 yang baru .
Model yang dipasang di Kawasaki Thai ini mampu dilaras mengikut saiz penunggang, melalui apa program Ergo-Fit Kawasaki. Vulcan S boleh didapati dengan hendal standard ataupun satu lagi yang satu inci lebih dekat kepada penunggang. Mungkin lebih penting, terdapat tiga pelana yang disediakan, dan tiga lokasi pemasangan pelana, sebagai usaha Kawasaki untuk penyesuaian bagi penunggang rendah, sederhana atau tinggi. Namun begitu, setakat ini diberitakan bahawa Kawasaki Malaysia hanya akan membawa masuk Kawasaki Vulcan S standard yang direka untuk penunggang diantara 5 kaki 7" dan 6-kaki. Penunggang lebih tinggi boleh mengarahkan supaya pemijak kaki dilanjutkan ke hadapan satu inci dari lokasi standard, yang juga memerlukan rod anjakan gear yang lebih panjang untuk dipasang dan pelana dipindahkan ke belakang. Penunggang 5-kaki-6 dan lebih rendah akan mendapat keuntungan daripada pengurangan capaian hendal Vulcan, tempat duduk, dan pemijak kaki, yang semuanya berpindah ke belakang satu inci dari kedudukan standard. Kawasaki menyatakan bahawa pelan Ergo-Fit ini mudah disesuaikan mengikut kehendak pelanggan.
Vulcan S 2015 ini kelihatan seperti Kawasaki telah membina apa yang ia sasarkan, iaitu sebuah cruiser yang berpatutan dan sangat akomodatif. Ianya merupakan sebuah jentera yang memanfaatkan pusat graviti yang rendah dengan berat 224kg, untuk kestabilan dan keyakinan penunggang. Casis keluli nya dikatakan telah direka dengan mengutamakan sudut sendeng penunggangan yang baik. Penyerap kejutan berbaring menawarkan tujuh tetapan spring.
Berbeza sedikit dengan enjin dalam Versys 650, enjin DOHC suntikan bahanapi sejukan cecair Vulcan S ini mempunyai ciri-ciri tork yang diubahuntuk dayakilas julat sederhana yang lebih baik, prestasi janaan kelajuan yang lebih baik, dan permulaan yang lebih lancar. Semakan terhadap profil aci sesondol (camshaft), tambahan panjang corong kemasukan udara nya serta aci oleng (crankshaft) yang lebih berat, memastikan kelancaran penghidupan dan hantaran kuasa.
Casis Vulcan S telah direka untuk kestabilan, dan keluli perimeter rangka menggabungkan sub-kerangka belakang dengan tulang belakang. Vulcan S memberi keutamaan ke arah keselesaan, dan lengan ayun D-seksyen adalah ringan dan bergaya. Perkakasan lain termasuk roda tetuang lima jejari, 18" depan dan 17" belakang. Brek tunggal cakera 300mm dengan angkup omboh berkembar bertugas di depan, dilengkapi dengan cakera 250mm belakang diapit omboh tunggal.
Vulcan S 2015 disasarkan untuk pasaran cruiser yang semakin berkembang, dan Vulcan S kelihatan memasuki pasaran pada masa yang tepat. Ia direka agar mampu dimiliki, dan disasarkan untuk dijual pada harga di bawah RM30,000.
Labels:
CKD Thailand,
cruiser,
Harga RM,
KAWASAKI VULCAN S 2015,
KMMSB,
Vulcan 650
Menggamit kenangan 2014
Tahun 2014 yang lepas telah meninggalkan kita dengan seribu kenangan. Sebagai manusia kita tentunya mengharapkan setiap detik yang berlalu akan dipenuhi kenangan indah yang akan diingati sepanjang hayat.
Namun begitu lumrah kehidupan sentiasa penuh dengan cabaran dan rintangan, apatah lagi dalam dunia permotoran yang penuh risiko. Dalam kita tersenyum mengingati pengalaman dan kenangan sepanjang se tahun ini, mungkin ada juga yang menitiskan air mata dek terkenangkan sahabat atau saudara mara yang telah pergi meninggalkan kita buat selama lama nya. Tak kurang juga mereka yang mendapati kehidupan seharian kini telah berubah sama sekali dalam sekelip mata sahaja akibat kecederaan yang telah dialami dalam musibah di jalanraya.
Mungkin ramai yang mula menuding jari dan membuat pelbagai andaian secara am. Selain kesilapan penungang, tidak krang juga kemalangan yang berlaku disebabkan oleh kecuaian pengguna kenderaan lain. Bayangkan jika ada yang dilanggar dari belakang walaupun hanya sedikit. Jika tiada saksi lain pada waktu kejadian tersebut, ada kemungkinan kemalangan itu akan ditakrifkan sebagai 'gagal mengawal kenderaan secara sendiri' dan jika ianya melibatkan kehilangan nyawa, tiada siapa yang akan tahu kebenarannya melainkan orang yang melanggarnya.
Peningkatan kemalangan yang melibatkan motosikal berkuasa tnggi juga telah menimbulkan beberapa persoalan berkenaan keberkesanan sistem perlesenan negara ini, yang dilihat tidak mengambilkira keperluan pengalaman yang mencukupi bagi pengendalian jentera yang lebih berkuasa. Mungkin ada keperluan untuk mengkaji sistem perlesenan motosikal kita untuk mengambil kira pengalaman penunggang seperti yang diamalkan oleh sesetengah negara. Malah diberitakan ada juga yang mewajibkan pemohon lesen kereta untuk melalui pengalaman bermotosikal bagi memahami sepenuhnya permasalahan dan risiko yang dihadapi penunggang motosikal di jalanraya, agar mereka akan menjadi pemandu yang lebih bertimbangrasa.
Pun begitu, seusai semua ini, mungkin tumpuan patut diberikan kepada sikap dan disiplin diri kesemua penunggang di jalanraya. Tiada gunanya latihan atau perundangan seketat mana pun jika jiwa dalaman masih lagi dipenuhi keinginan memberontak tanpa arah. Nafsu melakukan sesuatu yang tidak dibenarkan atau tidak perlu hanya akan reda setelah kepuasasan dicapai, ataupun sesuatu musibah menimpa....
Motosikal dan apa jua kenderaan lain adalah jentera yang perlu kita fahami sepenuhnya sebagai sesuatu yang perlu dikendalikan dengan berhemah dan berhati hati. 'Bersabar dan bertimbangrasa' merupakan slogan keselamatan jalan raya yang telah lama digunakan, dan amat bertepatan. Banyak kemalangan yang mampu dielakkan jika kita bersabar, dan banyak juga nyawa yang boleh diselamatkan jika kita lebih bertimbangrasa.
Salihin Abd Rahim
Beg udara pinggul bagi warga emas
Kemalangan adalah bahaya yang sentiasa wujud - itulah sebabnya kenderaan masakini dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti beg udara.
Bagaimanapun, untuk warga emas, hanya terjatuh sewaktu berjalan boleh menyebabkan kecederaan yang mengubah hidup mereka. Apatah lagi bagi warga emas yang menunggang motosikal. ActiveProtective sedang membangunkan satu beg udara untuk melindungi tulang pinggul senior kita.
Ketua Pegawai Teknologi ActiveProtective, Dr. Robert Buckman, merupakan seorang pakar bedah trauma. Sepanjang kariernya, beliau mendapati berapa ramai orang tua telah dibawa ke hospital dengan tulang pinggul yang patah akibat jatuh, dan mereka sering tidak pulih sepenuhnya daripada kecederaan tersebut.
Beliau kemudianya telah merekacipta satu beg udara untuk dipakai seperti tali pinggang, sama ada di atas atau di bawah pakaian. Apabila sensor gerakan 3D mengesan gerakan atipikal yang unik untuk jatuh, ia menggunakan inflator gas sejuk untuk mengaktifkan satu beg udara yang melapisi sisi pinggul pemakai. Beg itu didakwa mampu mengurangkan daya impak ke tulang pinggul sehingga 90 peratus. Ujian fungsi peranti sedang dijalankan dengan menggunakan replika seorang wanita berusia 90 tahun.
Setakat ini, keputusan telah dilaporkan amat memberangsangkan. Syarikat itu memberitahu bahawa ujian manusia dijadualkan bermula tahun ini, dengan pengkomersilan dirancang untuk akhir 2016.
Beg udara kolar Hövding
Beg udara kolar Hövding merupakan beg udara untuk penunggang basikal yang mengembung di bawah 0.1 saat untuk melindungi kepala anda. Ianya telah mula diperkenalkan pada tahun 2010 oleh pereka industri Anna Haupt dan Terese Alstin dan kini secara rasmi telah mula dijual.
Hövding menggunapakai teknologi beg udara yang terdapat dalam kereta. Dipakai seperti kolar, ia akan mengembung di bawah 0.1 saat untuk melindungi kepala sewaktu kemalangan. Ia berfungsi dengan membebaskan gas helium untuk mengembungkan beg udara apabila ia mengesan pergerakan yang tidak normal yang dikaitkan dengan kemalangan berbasikal. Sebuah perakam kotak hitam juga terdapat dalam kolar beg udara untuk merekodkan 10 saat data sebelum dan semasa kemalangan.
Beg udara kolar Hövding ini berharga € 399 (AS $540), yang merupakan satu alternatif mahal untuk sebuah topi keledar yang lebih konvensional.
Aksi pelumba Asia Dream Cup di Pasir Gudang
Enam pelumba Asia Dream Cup (ADC) menamatkan sesi ujian Moto3 dengan mencatat aksi positif sepanjang dua hari sesi berlangsung yang berakhir di Litar Pasir Gudang, Johor hari ini.
Sesi ujian yang bermula pada hari Isnin disertai oleh pelumba Malaysia yang juga juara keseluruhan ADC musim 2014, Khairul Idham Pawi, pelumba Jepun, Syunya Mori, Sarath Kumar (India), Chuang An-Yu (Taiwan) dan Aditya Pangestu serta Andi Farid (Indonesia) manakala seorang lagi pelumba India, Sumit Loucs Toppo tidak dapat menyertai sesi ujian akibat masalah kesihatan.
Pada masa sama, Khairul Idham turut diumumkan bakal beraksi dalam saingan Moto3 di Kejuaraan Motosikal Sepanyol CEV Repsol bagi musim 2015.
Ini merupakan kali pertama sesi ujian diadakan di Litar Pasir Gudang dimana ujian Moto3 ini dijalankan sebaik pusingan terakhir Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) di Litar Losail, Qatar, sepanjang dua tahun lepas.
Pengurus Motorsports Boon Siew Honda Sdn Bhd, Rodney Peh merumuskan pelumba-pelumba terpilih berjaya mempamerkan aksi positif sebaik diberi peluang menggunakan jentera Moto3 NSF250R.
"Objektif utama sesi ujian ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelumba-pelumba terpilih yang beraksi cemerlang dalam saingan ADC musim lepas untuk beraksi dengan jentera Moto3. Kami percaya peluang seperti ini memberi pengalaman berguna kepada mereka terutama Khairul Idham yang akan beralih ke kategori Moto3 di Kejuaraan CEV pada musim depan," jelasnya.
"Secara keseluruhan, sesi ujian berlangsung dengan baik dan kami memperoleh keputusan yang positif daripada pelumba-pelumba. Semua pelumba ini berpeluang menggunakan jentera Moto3 sebenar berbanding jentera pengeluar yanng digunakan di dalam saingan ADC. Kesemuanya juga berpuas hati dan gembira serta menerima banyak tunjuk ajar dan pengalaman sepanjang dua hari sesi ujian berlangsung.
"Sesi ini juga turut berguna kepada jurutera-jurutera kami dimana mereka dapat belajar dan memahami bagaimana untuk mengendalikan dan mempersiapkan enjin jentera Moto3," tambahnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)