Yamaha 125Z kini berbaju baharu!!

Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) akhirnya mengumumkan versi terbaharu 125ZR.
Gambar-gambar  motosikal ini sudah tersebar di media sosial sejak beberapa bulan lalu tetapi kini ia sudah berada di pasaran.

 Versi baharu berwarna kuning inimenggantikan 125ZR berwarna hitam sebelum ini. Buat sementara waktu versi berwarna merah dan biru masih lagi ditawarkan selagi stok masih ada.
Yamaha 125ZR kuning ini ditawarkan pada harga RM7,269 (termasuk GST, tanpa insurans dan pendaftaran).