Sah Indian FTR 1200 akan dikeluarkan!

Jentera prototaip ke ni? Hanya untuk lumba? Bukan! Indian Motorcycles akhirnya mengesahkan pengeluaran model FTR 1200.

Berita tentang rancangan untuk versi produksi flattracker FTR ini telah timbul lebih dua tahun yang lalu - dan sekarang Indian Motorcycles akhirnya mengesahkan bahawa FTR 1200, yang diilhamkan dari sejarah Indian dalam lumba litar tanah rata, akan mula dikeluarkan tahun depan.

Pengumuman itu datang sebagai reaksi kepada spekulasi dan permintaan untuk versi jalanan kejayaan jentera FTR750 binaan khas mereka, yang merupakan jentera lumba landasan rata yang telah menguasai siri lumba profesional Flat Track Amerika sejak diperkenalkan pada 2017. Spekulasi itu dipergiatkan oleh pembangunan FTR1200 Custom, yang tampil di pameran motosikal global pada tahun lalu. Dan pengeluaran baru FTR 1200 ini akan mengambil inspirasi, reka bentuk dan  prestasi daripada dua pendahulu ini, tetapi akan mengekalkan rupa dan gaya sendiri.

Spesifikasi penuh FTR 1200 belum diumumkan, tetapi ia akan mempunyai gaya pelumba rata, bingkai trellis dan dikuasakan oleh enjin V-twin.
Perekabentuk Kanan Indian Motorcycle, Rich Christoph, berkata: "Kami mahu memastikan bahawa FTR 1200 bukan semata-mata reproduksi Custom FTR1200, tetapi sesuatu yang unik di jalan, walaupun  diilhamkan dari jentera lumba trek rata," kata Christoph. "Kami gembira dengan watak motosikal ini dan keupayaannya untuk membawa motosikal V-kembar Amerika ke dimensi baru."

Selain itu, Indian telah mengumumkan hadiah cabutan bertuah, yang menawarkan peluang untuk memenangi salah satu motosikal pertama yang keluar dari barisan pemasangannya kelak. Pembaca yang beminat ingin memiliki Indian FTR 1200 baru boleh melayari www.win-ftr1200.com untuk menyemak maklumat terkini, dan masukkan nama mereka dalam cabutan hadiah, bagi peluang untuk memenangi model baharu yang sangat dinanti-nantikan ini. Walaupun tarikh pelancaran rasmi belum ditetapkan, ia kelihatan akan dijual pada tahun 2019.

Moto Guzzi Chrome V7 III edisi terhad 500 unit

Edisi terhad chrome Moto Guzzi V7 III hanya akan dikeluarkan sebanyak 500 sahaja.Versi khas motosikal 750cc bergaya retro ini akan dikeluarkan dalam hiasan krom. Pada asasnya, ia merupakan edisi terhad versi semasa V7 III - namun hanya 500 yang dihasilkan. Ia bijak menggabungkan krom klasik dengan bahan hi-tech halus termasuk serat karbon dan aluminium - sesuai dengan estetika Guzzi; gaya klasik dengan ciri-ciri moden. Dan ia memang kelihatan cantik.

  Moto Guzzi V7 III Limited kini boleh didapati di Erop
ah, dan mungkin boleh ditempah di sini. Ia berharga £ 8,999 atas jalan di Eropah.
 

Honda Rebel 1000 bakal tiba

Honda diberitakan telah memfailkan reka bentuk untuk model cruiser Rebel besar berkuasa enjin Africa Twin.

Majalah YoungMachine di Jepun yang telah mengolah reka bentuk yang didaftarkan dan membayangkan apa bagaimana ia akan kelihatan kelak.
Enjin Africa Twin mampu menjana 93bhp dari konfigurvsi kembar selari 270 darjahnya. Motosikal ini dengan mudah boleh menjadi sebahagian daripada barisan model Honda MY2019. Rebel 1000 akan berkongsi gaya dengan adik-beradiknya yang lebih kecil, dan model baharu ini akan berkongsi lampu LED dari prototaip GB1000TT Honda yang pertama kali dipertontonkan pada akhir tahun lepas (lihat gambar di bawah).