Suzuki GSX-700 T kan dilancar

Suzuki akan melancarkan model GSX-700 T mereka, yang merupakan sebuah kafe-roadster-naked yang diasaskan pada model konsep Recursion.

Berita kemunculan model ini dikesan dari sekumpulan  peniaga-peniaga Suzuki di Greece yang telah memberitahu akhbar tempatan di sana. Pada pertemuan mereka dengan Suzuki baru-baru ini, mereka diberitahu mengenai penawaran model baharu itu.
Mereka juga diberitahu bahawa model itu akan dikenali sebagai GSX-700 T, dan ia akan dikuasakan oleh enjin dwi-silinder 700cc XE7 dengan turbo bergeometri berubah. Pada Tokyo Motor Show dalam tahun 2013, konsep Recursion Suzuki ini telah dipamerkan dengan enjin versi 588cc.
Motosikal itu dijangkakan mungkin akan ditawarkan dengan nama 'Recursion' juga, dan ia dikuatkan lagi apabila diambilkira bahawa dua tahun lalu Suzuki telah mendaftarkan nama model tersebut sebagai tanda dagang untuk digunakan di seluruh Eropah dan Amerika Syarikat.


FIM Moto-e Piala Dunia bermula tahun 2019

Kejohanan perlumbaan motosikal elektrik FIM Moto-e Piala Dunia akan menjadi kenyataan dalam tahun 2019. Permulaan era baru untuk sukan bermotor dua roda ini akan menyaksikan penggunaan motosikal elektrik sepenuhnya dalam kejohanan dunia baharu ini. Dorna juga turut mengumumkan Energica dari Itali sebagai syarikat pembekal bagi kejohanan tersebut, dengan menggunakan model Energica Ego yang ditala khas.
Syarikat Energica Motor yang berpusat di Modena, Itali telah mencipta motosikal elektrik perlumbaan Itali pertama. Ia bekerjasama dan berkongsi pengalaman, semangat dan kepakaran syarikat induknya iaitu CRP Group. Energica dan model Ego ini akan menyediakan jentera lumba berprestasi dunia dengan pelepasan sifar bagi Piala Dunia FIM Moto-e, dari idea konsep kepada realiti persaingan kelajuan tingi yang mendebarkan.

12 buah Volkswagen Beetle Edisi Terhad Dijual dalam 20 Minit!

Tahukah anda bahawa kesemua 12 buah VW Beetle edisi terhad yang dijual di Lazada Malaysia telah dijual dalam masa hanya 20 minit?

Kesemua VW Beetle yang berharga RM112,112 sebuah itu mula terjual hanya 26 saat selepas tengah malam tadi. VPCM telah bekerjasama dengan Lazada untuk menawarkan edisi terhad Volkswagen Beetle bersempena jualan mega atas talian Online Lazada dari 12 hingga 14 Disember 2017.
Dua reka bentuk edisi terhad disediakan, iaitu versi "Herbie 53" dalam putih Pure White dan perak White Silver, serta versi "Bug Hot" dalam warna merah Tornado Red. Pelanggan hanya perlu membeli Kit permulaan eksklusif Lazada pada harga RM5,000 yang juga dijadikan sebagai bayaran pra-pembayaran tempahan  kereta mereka.
Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter berkata, "kami gembira kerana telah benar-benar mnghampiri had sempadan dan mencipta sejarah dengan kerjasama ini. Jualan 12 kereta dalam jangka waktu yang sesingkat ini adalah luar biasa. Ia benar-benar menjadi bukti bagaimana rakyat Malaysia mampu menerima keseronokan pembelian dalam talian."

Bunyi enjin Triumph 765 untuk Moto 2

Nak dengar bunyi enjin Triumph untuk Moto2 kelak?

Klik sini untuk dengar atau muat turun klip pendek  

Klik sini untuk dengar atau muat turun nada dering 16 saat