"Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan Juara ARRC 2018, Md Helmi Azman melalui pelancaran produk ini kerana JDS telah menyediakan sistem gantungan kami untuk membantu beliau dan Pasukan Perlumbaan SCK dalam cabaran ARRC mereka. Kami akan terus membangun dan memperkenalkan produk baharu yang akan membantu para pelumba profesional dan penunggang harian dalam mencapai pengalaman menunggang yang baik," kata Ketua Pegawai Eksekutif JDS Suspensi Pte Ltd, Encik Kidd Lee Wei Yang.
"JDS J3 Monoshock memberikan keyakinan kepada saya dan membolehkan saya lebih menumpukan perhatian pada perlumbaan saya dalam Kejohanan ARRC. Ia pasti membantu saya dari segi prestasi menunggang saya dan saya mampu untuk meraih prestasi lebih baik kerana kestabilan dan sokongan dari monoshock" kata Md Helmi Azman.
Monoshock adalah komponen penting untuk penunggang motosikal kerana ia membantu memastikan keselamatan dan keselesaan pemandu. Walau bagaimanapun, kebanyakan penyerap kejutan yang dikeluarkan oleh kilang dihasilkan dengan spesifikasi standard yang menjadikan sukar bagi peminat dua roda untuk membuat penyesuaian yang diperlukan untuk memenuhi keperluan menunggang mereka. Semua penyerap kejutan JDS adalah boleh laras yang dicipta untuk menyediakan keselamatan dan keselesaan menunggang, meningkatkan pengalaman menunggang semua peminat dua roda di Malaysia.
Spesifikasi monoshock J3:
• Minyak Motul
• Sistem bertekanan gas
• Piston diameter 35mm
• Batang diameter 14mm
Ciri pelarasan monoshock J3:
• Prabeban spring boleh laras
• Lantunan bolehlaras
• Mampatan bolehlaras
Panjang penyerap kejutan: 245-345mm
Harga: RM1,480 (tanpa Spring Fork)
Harga Pakej: RM1,580 (dengan Spring Fork)
JDS Suspension ditubuhkan pada tahun 2013, dan merupakan pengeluar penyerap kejutan motosikal dari Taiwan. Memahami budaya menunggang di Malaysia, JDS Suspensi telah memperluas kehadirannya secara tempatan untuk menyediakan pengalaman menunggang yang lebih baik melalui penyerap kejutan yang mudah disesuaikan. Pada tahun 2016, JDS Suspension memasuki Kejohanan Asia Road Racing untuk mencabar piawaian produk mereka dengan meletakkan penyerap kejutan mereka untuk diuji ketahanannya.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai JDS Suspension, sila lawati laman Facebook rasmi mereka di www.facebook.com/pg/jdssystem/