Tajuk di atas mungkin dianggap tsk masuk akal. Tapi bagi pihak polis New York ianya munasabah.
Pihak Polis New York dilaporkan telah menghantar surat kepada pengendali aplikasi Waze. Surat tersebut mengatakan bahawa aplikasi popular itu sebenarnya hanya mewujudkan keadaan persekitaran pemanduan yang berbahaya apabila para pengguna Waze melaporkan lokasi pemeriksaan ujian pernafasan alkohol oleh polis. Ini menyebabkan ramai pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol telah mengelakkan sekatan pemeriksaan itu dan terus memandu dalam keadaan membahayakan orang lain.
Menurut laporan itu, surat tersebut menyatakan:
Individu yang menyiarkan lokasi pusat pemeriksaan ujian alkohol dalam nafas (DWI) mungkin telah melakukan tindakan jenayah kerana tindakan sedemikian boleh menjadi cubaan sengaja untuk mencegah dan / atau mengganggu perlaksanaan undang-undang kawalam pemanduan dalam keadaan mabuk DWI dan undang-undang jenayah dan trafik yang berkaitan.
Penyebaran maklumat tersebut untuk kegunaan awam adalah tidak bertanggungjawab kerana ia hanya berfungsi untuk membantu pemandu yang mabuk dan tidak waras untuk memandu, agar menghindari pos pemeriksaan dan mendorong pemanduan yang membahayakan pengguna jalanraya lain. Melaporkan lokasi pemeriksaan meletakkan ujian nafas hanya akan mendedahkan pemandu, penumpang dan pengguna jalanyara lain kepada risiko.
Atas rasional yang sama, mungkinkah satu hari nanti perbuatan melaporkan lokasi pengesan hadlaju juga dianggap satu tindakan jenayah yang boleh di saman....? Pemandu laju hanya memperlahankan kenderaan di kawasan yg dikenalpasti ada kehadiran polis, dan terus memecut di kebanyakan tempat lain.
Inilah yg berlaku sekarang. Boleh dikira bersubahat.....?
Awas!