Kasma bersedia untuk Valencia


Pasukan PETRONAS Sprinta Racing telah kembali ke tanah air bagi merayakan Hari Raya Aidilfitri di Malaysia. Bagaimanapun, kerja kerja persiapan mereka tidaklah terhenti kerana Kasma Daniel dan pasukannya langsung menyambung program latihan sebaik selesai musim perayaan. Pasukan ini sedang berusaha untuk satu hujung minggu pembelajaran  yang pesat ini kerana ia merupakan kali pertama bagi Kasma Daniel Kasmayudin untuk menunggang di litar Ricardo Tormo di Valencia.

Kasma jelas merasakan keselesaan dengan jenteranya secara keseluruhannya setlah selesai pusingan 3 yang lepas di Catalunya. Beliau akan mengambil pendekatan langkah demi langkah untuk setiap perlumbaan hujung minggu kerana ini adalah tahun pertama baginya untuk menunggang Moto3. Pusingan 4 di Valencia sekali lagi akan menjadi cabaran yang berbeza sebagai litar yang baru kepadanya tetapi pendekatan yang sama akan beliau gunakan hujung minggu perlumbaan ini pasti akan membantunya untuk melakukan yang terbaik dan menghadapi lebih ramai penunggang  pengalaman minggu ini.

Kini berada di Pusingan 4 dan pertengahan musim 2017 Moto3 Junior World Championship, Kasma Daniel Kasmayudin telah mengumpul pengalaman yang berguna sepanjang 3 pusingan sebelumnya. Ia adalah kritikal dan penting untuk terus bekerja dalam arah yang sama dan menggunakan semua pengetahuannya agar terus bertambah baik. Pasukan itu melihat peningkatan positif setakat ini dan cuba untuk mengekalkan momentum tersebut, dalam mereka bersedia untuk memberikan yang terbaik hujung minggu ini.