Volkswagen Arteon sudah boleh ditempah awal

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) kini mula menerima pra-tempahan untuk Volkswagen Arteon serba baharu. Arteon R-Line yang diimport sepenuhnya itu dijangka ditawarkan pada harga di antara RM290,000 dan RM310,000 apabila dilancarkan dalam tempoh beberapa bulan lagi.

Arteon serba baharu akan membuat penampilan awal di bilik-bilik pameran Volkswagen. Orang ramai yang ingin melihatnya secara dekat dijemput untuk mendaftarkan minat mereka di laman web Volkswagen bagi menerima jemputan eksklusif. Lokasi pameran adalah seperti berikut:

Dealer
State
Date
Volkswagen Juru
Penang
24 – 25 July
Volkswagen Ipoh
Perak
27 – 28 July
Volkswagen Kuantan
Kuantan
2- 3 August
Volkswagen Skudai
Johor
8 – 9 August
Volkswagen Tebrau
Johor
11 – 12 August
Volkswagen Batu Pahat
Johor
16 – 17 August
Volkswagen Melaka
Melaka
24 – 25 August
Volkswagen Semenyih
Selangor
6 - 7 September
Volkswagen Balakong
Selangor
14 – 15 September
Volkswagen Klang
Selangor
21 – 22 September
Volkswagen Sg Besi
Kuala Lumpur
28 – 29 September
Volkswagen TTDI
Kuala Lumpur
5 – 6 October
Volkswagen Glenmarie
Selangor
12 – 13 October
Volkswagen Gombak
Kuala Lumpur
18 – 19 October
Volkswagen Puchong
Selangor
26 – 27 October

Arteon dikuasakan oleh enjin turbo a 2.0L TSI yang dipadankan bersama kotak gear basah direct shift gearbox (DSG) 7-kelajuan. Kuasa mencecah 280PS dan tork 350Nm yang boleh dicapai
di antara 5,100 hingga 6,500rpm itu disalurkan ke roda menerusi sistem
pacuan semua roda 4MOTION.

Dilengkapi Paparan Info Aktif dengan paparan transistor warna filem nipis (TFT), tetapan baru membolehkan ubah suai dan paparan peta sepenuhnya dibuat. Sistem infohibur Discover Pro baharu yang terdiri daripada skrin bersaiz 9.2 inci pula hadir dengan ciri kawalan gestur dan Ketersambungan Aplikasi tanpa Wayar (CarPlay, Android Auto dan MirrorLink). Kamera 360-darjah yang baru membolehkan pemandu melihat kawasan di sekeliling kenderaan menerusi empat unit kamera bersepadu.

Arteon hadir dengan pakej gayaan dalaman dan luaran R-Line. Ia didatangkan dalam lapan warna – kelabu (Manganese Grey), hitam (Deep Black), perak (Reflex Silver), merah (Romance Red), kelabu
(Urano Grey), kuning (Turmeric Yellow), putih mutiara (Oryx White Pearl) dan perak (Pyrite Silver).