Mitsubishi
Motors Malaysia (MMM) kini memaklumkan pelancaran rasmi
Mitsubishi Outlander 2.0 SUV yang dipasang tempatan. Berikutan itu, pengedar sah Mitsubishi Motors akan mengadakan acara pameran eksklusif pada tarikh-tarikh berikut:
Tarikh
Bilik pameran di
1
14-15 Oktober
Peninsular Malaysia
2
21-22 Oktober
East Malaysia
SUV
Outlander ini mempunyai tahap keselamatan dan ruang yang besar untuk
keluarga, dan langkah untuk memasang varian 2.0L baharu menjadikan SUV ini
lebih murah untuk rakyat Malaysia.
Semasa
acara bilik pameran, tiga pelanggan bertuah yang menguji pandu
Mitsubishi Outlander akan berpeluang untuk memenangi iPhone 8 model baharu!
Sistem hiburan Mitsubishi Outlander mampu disuaipadan dengan Apple Carplay
Dan bukan itu sahaja!200 pelanggan pertama yang menempah dan mendaftarkan Mitsubishi Outlander juga berhak mendapat baucar petrol bernilai RM300.
Outlander 2.0L 4WD baharu dikuasakan oleh enjin 2,0 liter yang terbukti, dengan tork 145 PS dan 196 Nm.Enjin DOHC MIVEC ini digandingkan dengan transmisi INVECS-III CVT.
Dengan
bertahun-tahun pengalaman memenangi Rali Dakar, Mitsubishi adalah pakar dalam kenderaan 4WD lasak.Sistem pacuan empat roda atau 4WD meningkatkan daya cengkaman pada
permukaan licin dan menghasilkan kestabilan, yang memainkan peranan dalam keselamatan
aktif. Ini sangat penting bagi sebuah SUV dengan badan dan pusat
graviti yang tinggi.
Ia juga dibekalkan perakam video perjalanan sebagai peralatan standard
Mitsubishi
Outlander dipasang secra kontrak oleh oleh Tan Chong Motors Assemblies
(TCMA) di kilang mereka di Segambut, Kuala Lumpur.
Sistem peringatan untuk berhenti rehat jika pemanduan anda dikesan tidak stabil
Harga pengenalan untuk Mitsubishi Outlander 2.0L 4WD pemasangan dalam negara ini adalah RM 139,988.00 hingga akhir tahun ini. Outlander dilengkapi dengan jaminan kilang standard MMM selama lima tahun dan perbatuan yang tidak terhad
Lancar program kesetiaan pelanggan dan perniagaan bersepadu ‘Shell Advantage and Rewards’ (SHARE)
Malaysia merupakan pasaran yang pertama di dunia yang melancarkan
SHARE
Waranti Enjin Shell Helix
(SHEW) untuk kereta berusia kurang lapan tahun/ kurang daripada 150,000 km
Baucar Lazada bagi pendaftaran dengan pembelian
Peringatan untuk penukaran minyak
Tawaran beli 3-percuma1 bagi pembelian Shell
Helix Ultra
Shell Helix Ultra kini melancarkan kempen terbaharu minyak motor sintetik sepenuhnya tersebut, iaitu kempen jenama global ‘Drive On’, Kempen ini bertujuan
untuk menonjolkan peri pentingnya menghayati sebab di sebalik pemanduan dan
emosi yang dibangkitkan menerusi satu siri filem yang menakjubkan.
Matlamat utama kempen ‘Drive On’ dari Shell Helix Ultra ini ialah untuk
memberikan inspirasi kepada pemandu dan pemilik bengkel dalam mengatasi
cabaran seharian dan meneruskan semangat mereka dalam pemanduan dan
pengembangan perniagaan mereka.
“Bukan
mudah bagi para pemandu untuk benar-benar memahami kepentingan minyak pelincir enjin , dan lebih sukar lagi bagi pihak bengkel untuk menyedarkan pemandu
supaya mengambil berat hal tersebut. Dengan kempen ‘Drive On’
Shell Helix Ultra, kami menunjukkan kepada pemandu di Malaysia bagaimana
minyak pelincir enjin sintetik sepenuhnya ini dapat menyemarakkan lagi
semangat untuk mereka memandu. Tidak kiralah jika mereka memandu kerana
ngauman enjin, atau untuk merasai kebebasan di jalan yang terbuka,
Shell Helix Ultra direka untuk melindungi enjin kereta daripada
rintangan yang boleh mengganggu prestasi supaya para pemandu dapat
menikmati perjalanan yang menyeronokkan,” kata Troy Chapman, Pengarah
Eksekutif Shell Lubricants – Asia Tenggara & Oceania.
Tambahnya,
“Dengan Shell Helix Ultra, yang diperbuat daripada gas asli, pemandu
boleh meyakini bahawa setiap penukaran minyak didatangkan dengan
teknologi termaju yang membawakan perlindungan yang tiada bandingannya
bagi prestasi enjin yang terbaik. Bagi rakan niaga kami pula, ia memberi
keyakinan kepada mereka, kerana mereka tahu bahawa mereka dapat
menawarkan produk pelinciran yang terbaik di pasaran serta mereka
sentiasa mendapat sokongan daripada kami. Yang paling utama, semua yang
memilih Shell Helix dapat menikmati faedah dan ganjaran serta-merta.”
Teras
kempen ini adalah program kesetiaan pelanggan dan perniagaan bersepadu
yang dikenali sebagai ‘Shell Advantage and Rewards’ (SHARE). Malaysia merupakan pasaran yang pertama di dunia yang melancarkan
SHARE, yang mencerminkan komitmen Shell untuk memastikan urusan
pelanggan dan rakan niaga berjalan dengan lancar.
Bagi
pemandu yang membeli sama ada Shell Helix Ultra dengan Teknologi
PurePlus, High Mileage, HX7 atau HX5, mereka akan dapat menyertai dunia
ganjaran SHARE dengan pendaftaran dalam talian yang mudah di www.shell.com.my/share.
Ini termasuklah baucar Lazada bagi pendaftaran
kali pertama dengan pembelian, tawaran 3-campur-1 bagi pembelian Shell
Helix Ultra, peringatan untuk penukaran minyak dan promosi bermusim.
Bagi mereka yang memiliki kereta berusia di bawah lapan tahun dan perbatuan kurang daripada 150,000 km, mereka juga layak untuk mendapatkan Waranti Enjin Shell Helix
(SHEW) secara percuma bila mereka menjalankan servis kereta dengan
Shell Helix Ultra, High Mileage atau HX7. Waranti enjin yang unik dan
pertama seumpamanya di pasaran ini kini merupakan sebahagian daripada
program SHARE.
Untuk
mempermudahkan lagi program ini, Shell telah menghasilkan aplikasi mudah
alih SHARE yang mesra pengguna bagi rakan niaga untuk membantu mereka
mendapatkan dan mengekalkan pelanggan serta menguruskan inventori dengan
lebih baik. Aplikasi ini juga membolehkan pemilik bengkel dan mekanik
mengumpul mata dengan setiap produk Shell Helix yang mengambil bahagian
yang dijual kepada pengguna, dan menebusnya untuk mendapatkan
hadiah-hadiah menarik.
Sempena
dengan pelancaran kempen tersebut, Shell Helix 'Drive On' Roadshow akan
diadakan di lokasi terpilih di seluruh negara bermula pada 13 Oktober
hingga 24 Disember 2017 dengan hadiah yang menarik untuk dimenangi. Dua
puluh lima pemenang bertuah juga akan membawa pulang hadiah Ferrari
dalam pertandingan media sosial Shell Helix #IDriveFor. Sila kunjungi www.shell.com.my/driveon untuk malumat selanjutnya.