Lorong Kiri Terowong Meru KK-Ipoh tutup
KTMB cetus revolusi kesinambungan darat-laut
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), penyedia perkhidmatan rel nasional, mencapai satu lagi kejayaan luar biasa untuk perkhidmatan barangan di Malaysia dengan menawarkan penyelesaian pengangkutan yang lebih pantas dan cekap untuk pelanggan, melalui KTM Kargo lanjutan kerjasama dengan COSCO SHIPPING Lines, sebuah syarikat perkapalan berpangkalan di China yang beribu pejabat di Shanghai China.
Upacara pelepasan kargo itu diadakan di Platform 1, Stesen Kuala Lumpur dengan membawa 40 gerabak dari Pelabuhan Klang ke Padang Besar.
Perkongsian baharu ini ditetapkan untuk menghubungkan titik agihan utama ke pelabuhan laut di seluruh wilayah Semenanjung Malaysia, bagi menyediakan laluan perdagangan yang stabil, lebih murah dan lebih mudah untuk barangan import dan eksport. Ini akan menjimatkan masa transit dengan ketara kepada 4 hari secara kos efektif untuk semua pelanggan import dan eksport di kawasan pedalaman Malaysia, di samping meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan peluang pelaburan di negara ini.
Perkhidmatan jambatan darat rel-laut dijangka menyediakan pelanggan dengan penyelesaian logistik menyeluruh dari hujung ke hujung dengan gabungan kepakaran COSCO Shipping Lines dalam perkapalan dan logistik dalam rangkaian luas KTM Kargosebagai pengendali rel dan berpengalaman dalam sektor pengangkutan Malaysia.
Perkongsian ini ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB, Mohd Rani Hisham Samsudin dan Pengarah Urusan COSCO Shipping Lines (Malaysia) Sdn. Bhd, Jamie Song Mingzhi. Turut menghadiri dan menyaksikan acara itu ialah Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Timbalan Ketua Misi & Menteri Kedutaan Republik Rakyat China ke Malaysia, Tang Rui.
Menurut Anthony Loke, perkhidmatan itu dijangka menarik rakan kongsi daripada syarikat pengangkutan jalan raya, pengendali pelabuhan, penghantar kargo, pengendali terminal antara mod serta penyedia logistik pihak ketiga untuk bekerjasama dalam mengubah rantaian bekalan dan memperkemas perkhidmatan penghantaran. Ini juga selaras dengan Dasar Pengangkutan Negara (2019-2030) untuk meningkatkan ketersambungan logistik bagi menampung ledakan e-dagang, rancangan peningkatan dan pengembangan pelabuhan berterusan, dan meningkatkan produktiviti dan meningkatkan daya saing.
Rani Hisham dalam satu kenyataan berkata "Kami mensasarkan untuk mengangkut 400 gerabak sebulan (800 TEU sebulan) meliputi Pelabuhan Pulau Pinang, Pelabuhan Klang dan Padang Besar sebagai permulaan. COSCO kemudiannya akan mengembangkan liputannya ke Pasir Gudang dan Ipoh pada masa akan datang."
Kecurian kereta terbesar dalam sejarah dunia.
Dalam tahun 70-an, Korea Utara telah menempah 1,000 kereta Volvo dari Sweden, berikutan pertumbuhan ekonominya yang sedang pesat membangun. Kesemua kereta yang ditempah telah dihantar kepada mereka.
Namun begitu pihak Korea Utara kemudiannya telah mengabaikan invois yang dihantar Volvo, dan tidak membayar sehingga hari ini. Kejadian ini telah tercatat sebagai insiden kecurian kereta terbesar dalam sejarah dunia.
Penutupan Lorong Kiri Di Terowong Meru Kuala Kangsar-Ipoh
PLUS Akan Menutup Lorong Kiri Di Terowong Meru (laluan Kuala Kangsar-Ipoh) Untuk Kerja-kerja Pemulihan Turapan.
Pengguna lebuh raya yang melalui Terowong Meru dari Kuala Kangsar-Ipoh di Lebuhraya Utara-Selatan (NSE) dinasihatkan merancang perjalanan mereka berikutan penutupan sementara lorong kiri di terowong antara KM260.30 dan KM262.05 (Arah Selatan) untuk kerja-kerja pemulihan turapan. Penutupan sementara akan diaktifkan secara berperingkat dari 7 Februari (Selasa) hingga 16 Februari (Khamis), 2023, antara 9:00 malam dan 12:00 tengah hari setiap hari.
Ubah kereta jadi motor selamat nyawa Emile
Kisah Benar.
Seorang pengembara, Emile Leray telah memandu laju melalui satu kawasan larangan yang bermukabumi kasar di padang pasir Afrika pada tahun 1993, dengan kereta Citroen 2V miliknya. Malangnya dia terlanggar batu dan keretanya rosak teruk.
Kampung terdekat dari tempat dia tersadai adalah kira² 20 batu jauhnya, dan dia tidak boleh mengambil risiko untuk berjalan kaki. Dia masih mempunyai catuan bekalan makanan dan air selama beberapa hari.
Terdesak untuk menelamatkan dirinya, Emile tahu dia hqrus melakukan sesuatu. Dalam masa 12 hari, dia berjaya membongkar keretanya, dan membina sebuah motosikal dari bahagian² keretanya itu.
Dia telah memendekkan casis kereta dan memasang semula gandar dan hanya dua roda, serta memasang enjin dan kotak gear di bahagian tengah. Dia kemudiannya berjaya menyeberang kawasan gurun itu ke kampung terdekat.
Malangnya apabila polis menangkapnya, denda yang berat telah dikenakan terhadapnya kerana rekid pendaftaran keretanya tidak sepadan dengan kenderaan itu yang kini lebih kepada sebuah motosikal........😁