Penunggang motosikal jatuh maut kemalangan lebuhraya bertingkat

 

SUSULAN KEMALANGAN PENUNGGANG JATUH DARI LEBUHRAYA SUKE

Pada 5 Jun 2008, penunggang motosikal pelbagai kelas telah dibenarkan menggunakan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Putrajaya atau yang  dikenali sebagai Maju Expressway. Turutan dari itu, penunggang motosikal juga telah dibenarkan menggunakan Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) berkuatkuasa 20 Jun 2008. Menteri Kerja Raya ketika itu, Datuk Ir Mohd Zin Mohamed, berkata ianya merupakan lebuh raya bertingkat kedua yang dibuka kepada motosikal pada bulan ini.

Sebelum itu, motosikal tidak dibenarkan menggunakan lebuhraya bertingkat atas faktor² keselamatan. Untuk rekod, kedua² lebuhraya ini sebenarnya tidak direkabentuk untuk kegunaan motosikal. 

Malahan, sebenarnya kedua² lebuhraya tersebut telah digazetkan dengan melarang penggunaan motosikal di atasnya, di bawah Subseksyen 70(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, sebelum kelonggaran penggunaan lebuhraya oleh motosikal itu dibuat. Berdasarkan fakta ini, apakah Lebuhraya SUKE juga digazetkan dengan peruntukan yang sama...?

Penjelasan yang dibuat bekas Menteri Kerja Raya, Datuk Fadhillah Yusof pada 10 Mei 2015 turut menyatakan bahawa kebenaran yang diberikan pada tahun 2008 itu hanyalah bersifat sementara dan boleh ditarik balik. Ini susulan laporan ketika itu dari kedua² pemegang konsesi lebuhraya tersebut yang mengatakan bahawa motosikal merupakan salah satu faktor penting punca kemalangan di kedua² lebuhraya tersebut. 

Beliau berkata kelonggaran itu dibuat setelah mengambil kira peningkatan harga minyak ketika itu (RM2.70 se liter) yang membebankan rakyat, terutama sekali golongan berpendapatan rendah di bandar raya, yang lebih cenderung menjadikan motosikal sebagai pengangkutan utama untuk ke tempat kerja. Tindakan ini merupakan sebahagian inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat terutama ketika berhadapan dengan krisis harga minyak global dan kenaikan sara hidup, katanya.

Mohd Zin awalnya juga berharap pemegang konsensi lebuh raya itu serta polis akan melakukan pemantauan yang ketat bagi mengelakkan penyalahgunaan lebuh raya itu, terutama sekali untuk berlumba haram.

Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur yang dibuka pada tahun 2001, yang sepanjang 7.4 kilometer, dan dikendalikan oleh syarikat konsensi Projek Lintasan Kota Sdn Bhd (PROLINTAS), sementara MEX pula dikendalikan oleh Maju Expressway Sdn Bhd.

Pihak kami mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian kemalangan di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (SUKE) menghala Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), yang berkaitan. Al-Fatihah.