Pesawat penumpang JAL berlanggar dan terbakar di Jepun


Sebuah pesawat Airbus A350 Japan Airlines (JAL) telah berlanggar dengan sebuah pesawat pasukan Pengawal Pantai Jepun. Kesemua 379 penumpang dan anak kapal dalam pesawat Japan Airlines itu telah dapat menyelamatkan diri selepas jet itu mendarat dan meluncur di landasan dalam keadaan terbakar. Pesawat penumpang tersebut telah berlepas dari lapangan terbang New Chitose di utara pergunungan Hokkaido dan mendarat di Haneda sejurus sebelum 6 petang (9 pagi GMT).

Pengawal pantai berkata, perlanggaran itu melibatkan sebuah pesawat jenis Bombardier Dash 8 yang menuju ke lapangan terbang Niigata di pantai barat Jepun untuk misi bantuan gempa bumi kuat yang melanda pada Hari Tahun Baru dan mengorbankan sekurang-kurangnya 55 orang.

Kapten pesawat pengawal pantai menyelamatkan diri dari kebakaran tetapi cedera. 5 lagi penumpang pesawat itu dilaporkan terkorban dalam nahas tersebut.