Vulcan S 2015 diperkenal
Vulcan S serba-baru telah diperkenalkan pada expo AIME 2014 Oktober lepas bagi mengisi ruang Kawasaki sebagai sebuah cruiser peringkat permulaan. Kawasaki Vulcan S ini seharusnya menawarkan tahap prestasi yang melangkaui jangkaan sesarannya , kerana ia dikuasai enjin dwi-selinder selari 649cc sepertimana yang terdapat pada Versys dan Ninja 650 yang baru .
Model yang dipasang di Kawasaki Thai ini mampu dilaras mengikut saiz penunggang, melalui apa program Ergo-Fit Kawasaki. Vulcan S boleh didapati dengan hendal standard ataupun satu lagi yang satu inci lebih dekat kepada penunggang. Mungkin lebih penting, terdapat tiga pelana yang disediakan, dan tiga lokasi pemasangan pelana, sebagai usaha Kawasaki untuk penyesuaian bagi penunggang rendah, sederhana atau tinggi. Namun begitu, setakat ini diberitakan bahawa Kawasaki Malaysia hanya akan membawa masuk Kawasaki Vulcan S standard yang direka untuk penunggang diantara 5 kaki 7" dan 6-kaki. Penunggang lebih tinggi boleh mengarahkan supaya pemijak kaki dilanjutkan ke hadapan satu inci dari lokasi standard, yang juga memerlukan rod anjakan gear yang lebih panjang untuk dipasang dan pelana dipindahkan ke belakang. Penunggang 5-kaki-6 dan lebih rendah akan mendapat keuntungan daripada pengurangan capaian hendal Vulcan, tempat duduk, dan pemijak kaki, yang semuanya berpindah ke belakang satu inci dari kedudukan standard. Kawasaki menyatakan bahawa pelan Ergo-Fit ini mudah disesuaikan mengikut kehendak pelanggan.
Vulcan S 2015 ini kelihatan seperti Kawasaki telah membina apa yang ia sasarkan, iaitu sebuah cruiser yang berpatutan dan sangat akomodatif. Ianya merupakan sebuah jentera yang memanfaatkan pusat graviti yang rendah dengan berat 224kg, untuk kestabilan dan keyakinan penunggang. Casis keluli nya dikatakan telah direka dengan mengutamakan sudut sendeng penunggangan yang baik. Penyerap kejutan berbaring menawarkan tujuh tetapan spring.
Berbeza sedikit dengan enjin dalam Versys 650, enjin DOHC suntikan bahanapi sejukan cecair Vulcan S ini mempunyai ciri-ciri tork yang diubahuntuk dayakilas julat sederhana yang lebih baik, prestasi janaan kelajuan yang lebih baik, dan permulaan yang lebih lancar. Semakan terhadap profil aci sesondol (camshaft), tambahan panjang corong kemasukan udara nya serta aci oleng (crankshaft) yang lebih berat, memastikan kelancaran penghidupan dan hantaran kuasa.
Casis Vulcan S telah direka untuk kestabilan, dan keluli perimeter rangka menggabungkan sub-kerangka belakang dengan tulang belakang. Vulcan S memberi keutamaan ke arah keselesaan, dan lengan ayun D-seksyen adalah ringan dan bergaya. Perkakasan lain termasuk roda tetuang lima jejari, 18" depan dan 17" belakang. Brek tunggal cakera 300mm dengan angkup omboh berkembar bertugas di depan, dilengkapi dengan cakera 250mm belakang diapit omboh tunggal.
Vulcan S 2015 disasarkan untuk pasaran cruiser yang semakin berkembang, dan Vulcan S kelihatan memasuki pasaran pada masa yang tepat. Ia direka agar mampu dimiliki, dan disasarkan untuk dijual pada harga di bawah RM30,000.
Labels:
CKD Thailand,
cruiser,
Harga RM,
KAWASAKI VULCAN S 2015,
KMMSB,
Vulcan 650
Subscribe to:
Posts (Atom)