NUVIZ tawar paparan depan mata

Kini sesiapa pun boleh membeli hampir apa saja melalui internet dari mana pun. Mungkin agak mahal kerana kadar tukaran wang asing, tapi kadangkala kita begitu inginkan sesuatu yang sebenarnya amat perlu sehinggakan kita tak kisah membayar lebih.

Paparan maklumat di depan mata atau HUD (Heads-Up Display) memang diinginkan semua penungang, malah pemandu kereta sekali pun. Bukan kerana ia membuatkan anda seolah menerbangkan sebuah jet pejuang, tetapi ia nya meningkatkan tahap keselamatan penunggangan (dan pemanduan kereta....) supaya anda tidak perlu mengalihkan mata anda dari jalanraya.

Salah satu sistem paparan depan mata yang ditawarkan kini ialah NUVIZ. Apa yang NUVIZ buat adalah seolah olah mengikat telefon pintar yang ke dalam topi keledar anda dan menayangkan skrin ke kawasan tontonan yang dipasang di dalam 'blok' plastik akrilik yang jelas yang terletak di hadapan anda di bahagian dalam cermin pelindung atau visor. Anda boleh melaraskan blok paparan itu supaya ia berada di tempat yang sesuai untuk garis penglihatan anda.

Skrin berwarna ini mudah dibaca dan fungsinya boleh dikawal melalui pengawal yang boleh dipasang di pelbagai tempat pada motosikal anda.

NUVIZ menawarkan beberapa jenis paparan skrin termasuk Telefon, Muzik, bantuan peta, Kamera dan Kelajuan. Peta yang dimuatkan secara dalaman dan dibantu suara panduan melalui aplikasinya membolehkan anda merancang laluan, amaran kelajuan dan sebagainya dan sambungan kepada peranti sistem bluetooth lain yang mungkin telah anda pasang pada topi keledar anda. Ia dikuasakan bateri yang boleh dicaj semula dan tahan lama.

NUVIZ ini dikatakan mudah untuk dimuatkan, dilengkapi dengan fon kepala dan mikrofon sendiri dan mudah untuk disesuaikan dalam beberapa minit yang singkat untuk digunakan. Membaca maklumat pada NUVIZ sangat mudah walaupun ketika bergerak. Titik fokus adalah jarak yang sama jauh dari kepala anda ke bahagian belakang tapak tangan anda apabila ia berada di hendal.

Salah satu manfaat yang besar pada NUVIZ adalah cara anda menggunakan dan berinteraksi dengan kamera. Anda memilih untuk menggunakan kamera melalui pengawal di hendal dan skrin unjuran menunjukkan apa yang dilihat oleh kamera dalam masa nyata. Tidak perlu lagi meneka di mana kamera diarah. Gambar dimuatkan secara automatik ke galeri telefon anda apabila ia diambil dan video direkodkan ke kad micro-SD dalaman.










Pada harga 699 Euro ia nya ini tidaklah murah. Tetapi jika anda inginkan sesuatu yang canggih dari masa depan dan anda ingin meningkatkan penunggangan anda dengan cara yang anda mahu, maka set ini amat sukar untuk dilawan oleh sistem lain. Ia akan benar-benar mengubah pengalaman menunggang anda tak kira motosikal besar atau kecil.

Harga: 699 Euro dari: www.ridenuviz.com