Boon Siew Honda punya Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif baru

Keiichi Yasuda
 Boon Siew Honda Sdn Bhd hari ini mengumumkan bahawa Encik Keiichi Yasuda kan menggantikan Encik Nobuhide Nagata sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda Sdn Bhd. Sebelum ini Encik Yasuda merupakan Pengurus Besar, Bahagian Sumber Manusia & Hubungan Industri, Asian Honda Motor Co., Ltd.

Nobuhide Nagata akan dilantik sebagai Pengurus Besar, Bahagian Perancangan Korporat, Unit Penyeliaan Perancangan Korporat di Honda Motor Co., Ltd. Jepun.

Pihak MotoRev mengucapkan Selamt Datang kepada Encik Keiichi Yasuda, dan ribuan terima kasih kepada En Nobuhide Nagata atas sumbangannya kepada industri permotoran motosikal tempatan selama beliau berada di Malaysia hampir tiga tahun.
Nagata-san