Mulai 26 Jun hingga 31 Ogos 2023, belia Malaysia berumur 18 hingga 20 tahun atau pelajar Malaysia sepenuh masa yang berdaftar di Institut Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia layak menuntut kredit eBeliaRahmah RM200 secara ‘one-off’ melalui aplikasi Setel.
Untuk memohon RM200 kredit e-tunai mulai 26 Jun 2023, belia yang layak perlu memuat turun atau mengemas kini kepada versi terkini aplikasi Setel dan melengkapkan pengesahan akaun melalui e-KYC. Insentif ini akan dikreditkan ke Dompet eBeliaRahmah pengguna dalam aplikasi selepas permohonan berjaya, dan akan dimaklumkan melalui notifikasi semerta dan mesej peti masuk aplikasi. Insentif ini boleh digunakan untuk pembelian di mana-mana kedai runcit yang menerima kod QR Setel dan DuitNow, dan di stesen PETRONAS di seluruh negara. Insentif eBeliaRahmah perlu digunakan sebelum 31 Ogos 2023 dan tidak boleh dipindahkan ke akaun e-Dompet lain. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/etunai-rahmah.html