Showing posts with label keselamatan. Show all posts
Showing posts with label keselamatan. Show all posts

Perodua saran utamakan keselamatan kepada semua


Perodua telah menganjurkan program keselamatan jalan raya selama sebulan untuk 8,000 kakitangannya. Inisiatif selama sebulan ini adalah sebagai peringatan kepada para pengguna jalan raya mengenai peraturan asas serta tip keselamatan berguna yang mampu menjimatkan masa dan wang ketika dalam perjalanan pulang untuk bertemu keluarga tersayang. Hampir 7,000 dari pekerja mereka telah pulang ke kampung halaman masing-masing di musim perayaan ini.

"Perjalanan pulang semasa musim perayaan adalah lebih mencabar kerana terdapat banyak kenderaan di atas jalan raya. Pada ketika itu, adalah penting untuk kita terus bertenang, berwaspada dan berhemah ketika memandu," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.


Program keselamatan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Kempen Keselamatan Jalan Raya Perodua yang dilancarkan pada Oktober 2017, sebuah projek selama 5 tahun bertujuan untuk mendidik orang ramai mengenai kepentingan peraturan asas jalanraya bagi mengelakkan sebarang kemalangan berlaku.

Intipati utama program ini adalah untuk menggalakkan penggunaan tali pinggang keledar, menggunakan isyarat membelok, penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak dan tidak menggunakan telefon mudah alih ketika memandu.

"Kami percaya pendidikan harus bermula daripada rumah dan oleh sebab itu Kempen Keselamatan Jalan Raya Perodua lebih menumpukan kepada mendidik masyarakat kita tentang pentingnya peralatan keselamatan di kenderaan mereka serta memupuk amalan memandu secara selamat dan berhemah.

"Kami percaya melalui contoh yang diteladani dan kami berharap semua pemandu Malaysia juga dapat menerima dan menyambutbaik seruan kami dalam menjadikan Malaysia jalan raya paling selamat di rantau ini," kata Datuk (Dr) Aminar.


 Program keselamatan dalaman Perodua bermula sebulan yang lalu dengan penganjuran kursus selama dua hari oleh Persatuan Keselamatan Jalan Raya dan Pengangkutan Malaysia pada 15hb dan 16hb Mei. Sebanyak 69 pekerja telah didedahkan dengan pelbagai topik keselamatan termasuk punca utama kemalangan dan prosedur pra-pemeriksaan kenderaan yang betul.

Selain itu, dalam memastikan motosikal milik kakitangan berada dalam keadaan baik sebelum cuti Raya, pemeriksaan percuma telah dilakukan pada 6hb Jun. Sebanyak 47 buah motosikal telah diperiksa yang mana pemilik akan dimaklumkan mengenai sebarang kerosakan sekiranya ada dan diminta untuk memperbaikinya dengan kadar segera.

Perodua juga turut menjalankan perkhidmatan 50-titik pemeriksaan kereta secara percuma melalui Tweckbot Pre-Raya. Melalui aktiviti ini, Perodua berjaya memeriksa 380 kenderaan Perodua secara keseluruhan di dua lokasi iaitu di Tesco Kota Bharu di stesen Petronas di Kota Kinabalu dari 12-14 Mei.

Tweckbot akan berada di Petronas Sungai Buloh PLUS R&R pada 23 dan 24 Jun untuk pemeriksaan Pasca-Raya dengan menawarkan sebanyak 20% diskaun bagi alat ganti dan aksesori kepada semua kenderaan yang diperiksa yang kembali ke pusat servis sah Perodua di seluruh negara.

"Kepada pelanggan yang dihargai, sila selenggara kenderaan Perodua anda di pusat servis sah Perodua.

Kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang beragama Islam. Kepada yang lain, selamat bercuti dan semoga perjalanan andakata Datuk (Dr) Aminar.


Michelin tawar e-baucar Air Asia sempena Tahun Baru Cina

Pemilik kereta kini boleh merebut promosi nilai hebat yang ditawarkan oleh Michelin Malaysia sebelum mereka pulang ke kampung halaman untuk merayakan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.

Menjelang kesibukan ‘balik kampung’ pada musim perayaan akan datang, Michelin menghulurkan tangan untuk membantu anda dan keluarga agar sampai ke destinasi anda dengan selamat menerusi kempen Safe with Michelin (Selamat dengan Michelin). Objektif kempen ini adalah untuk lebih mendekati hati dan hidup rakyat Malaysia dengan kesedaran bahawa tayar Michelin dibina dengan mengutamakan keselamatan. Tiada yang lebih penting kepada Michelin selain keselamatan para pelanggannya.

Sebagai sebahagian daripada kempen ini, Michelin menganjurkan promosi Travel Home with Michelin (Pulang Dengan Michelin) dari 8 Januari hingga 2 Mac 2018. Dengan promosi ini, Michelin menawarkan e-baucar Air Asia bernilai RM88 bersama dengan tag bagasi eksklusif Michelin kepada pelanggan yang membeli empat tayar Michelin di mana-mana kedai pengedar mereka. Sebaik sahaja membeli empat tayar Michelin di kedai yang menyertai promosi ini, pelanggan akan menerima tag bagasi Michelin dan arahan cara untuk menebus e-baucar Air Asia mereka. Pelanggan dikehendaki menghantar gambar resit dengan butir-butir berikut melalui WhatsApp ke 017-2576849:
1.    Nama seperti dalam Kad Pengenalan
2.    Nombor Kad Pengenalan
3.    Alamat E-mel

Pelanggan kemudiannya akan menerima e-baucar Air Asia mereka melalui e-mel dalam masa 14 hari bekerja. Selain itu, pelanggan yang membeli dua tayar juga akan menerima tag bagasi jenama Michelin.

 “Kempen Safe with Michelin menjanjikan detik-detik terindah dalam hidup orang yang menaiki kereta bersama keluarga tersayang dalam perjalanan pulang; memberi kepercayaan kepada tayar Michelin untuk membawa mereka sampai ke destinasi dengan selamat pada musim perayaan ini,” kata Pengarah Urusan Michelin Malaysia Sdn Bhd, Pascal Nouvellon.

“Apabila rakyat Malaysia meluangkan masa daripada jadual kerja mereka yang sibuk untuk menikmati masa yang menyeronokkan bersama keluarga dan kawan-kawan sempena Tahun Baru Cina ini, kami menggalakkan mereka untuk merebut promosi ini. Kami berterima kasih kepada pelanggan kami dan menghargai sokongan mereka selama ini. Menerusi promosi ini, pengguna mendapat jaminan bahawa mereka boleh memandu jauh dengan selamat kerana tayar Michelin direka bentuk untuk memastikan keselamatan dan prestasi yang tahan lama. Mereka juga boleh pergi lebih jauh dengan e-baucar Air Asia dan menggandakan kegembiraan pada musim perayaan yang meriah ini,” tambah Nouvellon added. 

Jadi, apa yang anda tunggu lagi? Kunjungi kedai pengedar sah Michelin yang berhampiran dan dapatkan ganjaran anda sempena Tahun Baru Cina ini!

Mengenai Michelin
Michelin, sebuah syarikat tayar yang terkemuka, bertekad untuk menambah baik daya pergerakan pelanggan, secara lestari; dengan menyediakan perkhidmatan digital, peta dan panduan untuk membantu menjadikan perjalanan dan pengembaraan lebih menarik dan unik; dan membangunkan bahan berteknologi tinggi yang berkhidmat kepada industri pengangkutan. Beribu pejabat di Clermont-Ferrand, Perancis, Michelin hadir di 170 negara, mempunyai 111,700 kakitangan dan mengendalikan 68 kemudahan pengeluaran di 17 negara, yang secara bersama menghasilkan 187 juta tayar pada 2016. (www.michelin.com).

Mitsubishi Outlander 2.4L penuh ciri keselamatan

SUV Mitsubishi Outlander 2.4L pemasangan tempatan kini diperkenal kepada umum. Ia merupakan penambahan kepada barisan Oulander setelah pengenalan Outlander 2.0L pemasangan tempatan yang diperkenalkan pada September tahun lepas oleh pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia Mitsubishi Motors Malaysia (MMM)'

Sistem dan Prestasi 4WD
Outlander 2.4L baharu ini dibekalkan dengan enjin 2.4L yang terbukti dengan kuasa 165 hp dan tork 222 Nm. Enjin DOHC MIVEC ini digandingkan dengan transmisi INVECS-III CVT dengan peralihan gear secara paddle untuk kawalan yang lebih baik.
Bertahun-tahun pengalaman memenangi Rali Dakar yang lasak telah menjadikan Mitsubishi sebagai pakar dalam kenderaan 4WD yang berkemampuan. 4WD memainkan peranan dalam peningkatan kestabilan dan daya pacuan pada permukaan licin dan sebagai ciri keselamatan aktif, ia sangat berguna dan berkesan bagi SUV dengan badandan pusat graviti yang tinggi.

Outlander 2.4L ini dilengkapi dengan sistem 4WD pintar sebagai standard merentas keseluruhan model bersesaran sama. Tidak seperti sistem 4WD dalam SUV saingan, sistem Multi-Select 4WD pada Outlander mempunyai tiga mod pilihan - 4WD Eco, 4WD Auto dan 4WD Lock - untuk memenuhi semua keadaan dan bentuk rupa bumi.
Ciri-ciri keselamatan
Keselamatan adalah kekuatan utama Outlander, sesuai dengan peranannya sebagai sebuah kenderaan keluarga. Tujuh beg udara, 4WD, ABS dan EBD, Brek Assist, Kawalan Kestabilan & Kawalan Aktif (ASTC), Hill Start Assist, tambatan ISOFIX untuk kerusi kanak-kanak kesemuanya merupakan peralatan standard bagi kenderaan ini. SUV ini juga mempunyai binaan badan Evolusi Keselamatan Impak Diperkukuh Mitsubishi (Mitsubishi Reinforced Impact Safety Evolution RISE) yang kuat.
Di samping itu, brek parkir elektronik yang tersedia di model 2.4L ini dilengkapi dengan fungsi penahan automatik Auto Hold Assist yang membolehkan hentian di lampu lalu lintas atau kesesakan lalu lintas tanpa perlu menginjak pedal brek. Sistem Langkauan Brek atau Brake Override adalah satu lagi ciri yang berfungsi sebagai langkah tanpa-gagal/failsafe, yang akan mengutamakan brek sekiranya kedua-dua pedal brek dan pemecut ditekan secara serentak dengan tidak sengaja. Ciri-ciri keselamatan yang lain termasuklah peringatan rehat atau Rest Reminder, yang mengingatkan pemandu untuk berehat seketika setelah menunjukkan tanda tanda keletihan.
 Monitor pandangan sekeliling baharu yang ada pada Outlander 2.4L pula mampu membantu letak kereta dan persekitaran serta titi-buta dengan menyediakan pandangan mata burung 360 darjah di skrin tengah dengan garis panduan bersepadu untuk pandangan depan, sisi dan belakang.
Kesemua model Outlander kini datang dengan perakam video digital Digital Video Recorder (DVR) yang merakam setiap saat atau insiden sementara kenderaan sedang bergerak. Outlander juga dilengkapi dengan filem keselamatan dan solar pada semua permukaan kaca bagi keselamatan dan privasi tambahan.

Ciri-ciri Premium
Outlander mempunyai reka bentuk yang bergaya dan berani dengan penampilan depan Dynamic Shield dari Mitsubishi. Outlander 2.4L baru dilengkapi dengan sistem lampu utama LED penuh dan lampu LED siang hari di depan, ditambah lampu ekor LED untuk memberikan pencahayaan unggul dan rupa yang menarik. Roda aloi 18 inci juga adalah peralatan standard pada kesemua model, manakala model 2.4L mendapatkan reka bentuk roda dwi-warna bergaya yang baharu,  ditambah spoiler belakang aerodinamik.
Badan bergayanya dilengkapi bumbung suria (sunroof) dan mempunyai tujuh tempat duduk yang selesa dengan ruang yang luas untuk seluruh keluarga. Outlander mempunyai jumlah kargo yang paling tinggi dalam kategori iaitu 1.608 liter dengan kerusi kedua dan ketiga dilipat. Pintu ekor belakang berkuasa dengan fungsi anti-jepit pada Outlander 2.4L menyediakan kemudahan mengangkut barangan yang berkemampuan.
Sistem hibur-maklumat infotainment dilengkapi skrin sentuh 7-inci dengan fungsi Apple CarPlay membolehkan sambungan lancar antara iPhone dan kereta. Skrin ini dilengkapi dengan Kawalan Isyarat Air Gesture Control untuk kemudahan tambahan. Peralatan standard lain termasuk lampu depan dan pengelap automatik, dan kemasukan tanpa kunci dengan penghidup tekan-butang.

Dengan ciri-ciri keselamatan terbaik, reka bentuk premium dan bergaya, dan kombinasi ruang serta fleksibiliti keluarga yang memuaskan, Mitsubishi Outlander pemasangan tempatan dengan nilai yang lebih baik kini bersedia untuk ditonton di semua bilik pameran Mitsubishi di seluruh negara.

Tiga warna tersedia: hitam Ruby Black, merah Red Metallic, putih Solar White hitam Ruby Black adalah warna baharu untuk Mitsubishi Outlander dan boleh didapati secara eksklusif untuk pasaran Malaysia.

SUV Outlander 2.4L baru berharga RM155,000 atas jalan tanpa insurans dan termasuk GST. Mitsubishi Motors kini mengadakan promosi diskaun Tahun Baru Cina sehingga RM4,000 untuk Outlander. Outlander juga didatangkan dengan jaminan penyelenggaraan percuma dua tahun MMM dan jaminan kilang standard lima tahun dan perbatuan tanpa had.

Continental perkenal dua teknologi teknologi tayar baharu

Continental memperkenalkan dua konsep teknologi tayar baru yang akan menawarkan keselamatan dan keselesaan jalan yang lebih baik pada masa depan. Kedua-dua sistem ini membolehkan pemantauan berterusan terhadap keadaan tayar, serta penyesuaian keadaan yang sesuai dengan ciri-ciri prestasi tayar dengan keadaan jalan. Teknologi yang dipanggil ContiSense dan ContiAdapt ini akan diperkenalkan buat pertama kali di Pameran Motor Frankfurt 2017 (IAA) yang disertai dengan kajian tayar.

 ContiSense: Menggunakan sensor tayar untuk mengukur kedalaman jejak dan suhu dan memberi amaran kepada pemandu berkenaan kerosakan tayar - penghantaran data melalui getah konduktif elektrik
 ContiAdapt: ​​Melaraskan tekanan tayar dan lebar rim untuk menyesuaikan saiz sentuhan tayar dengan keadaan jalan raya
 Konsep teknologi baharu ini akan dipamerkan di IAA 2017 selaras dengan kajian teknologi tayar yang dikemas kini

ContiSense didasarkan pada perkembangan sebatian getah konduktif elektrik yang membolehkan isyarat elektrik dihantar dari sensor dalam tayar kepada penerima di dalam kereta. Sensor berasaskan getah sentiasa memantau kedalaman dan suhu bunga tayar. Sekiranya nilai-nilai yang diukur ini berada di atas atau di bawah had yang telah ditetapkan, sistem tersebut akan memberi amaran kepada pemandu. Jika apa-apa menembusi bunga tayar, litar dalam tayar juga kakan mencetuskan amaran segera kepada pemandu - lebih cepat daripada sistem yang digunakan masakini yang hanya memberi amaran kepada pemandu apabila tekanan tayar telah mula menurun. Pada masa akan datang, sistem ContiSense akan menampilkan sensor tambahan yang juga boleh digunakan secara individu. Jadi maklumat tentang permukaan jalan, seperti suhu atau kehadiran salji, boleh "dirasakan" oleh tayar dan disampaikan kepada pemandu. Data boleh dihantar kepada sistem elektronik kenderaan atau melalui bluetooth ke telefon pintar.


ContiAdapt pula menggabungkan kompresor mikro yang diintegrasikan ke dalam roda untuk menyesuaikan tekanan tayar dengan rim lebar boleh-ubah. Oleh itu, sistem itu mampu mengubahsuai saiz permukaan tayar yang bersentuhan dengan jalan. Saiz sentuhan tayar ini merupakan faktor penentu untuk keselamatan dan keselesaan.

Empat kombinasi berbeza membolehkan penyesuaian sempurna bagi keadaan jalan yang basah, tidak sekata, licin dan juga keadaan jalan biasa. Sebagai
contohnya, saiz sentuhan tayar yang kecil dan digabungkan dengan tekanan tayar yang tinggi akan merendahkan rintangan golekan tayar dan memberikan pemanduan yang cekap tenaga di jalan yang lancar dan kering. Di sebaliknya, gabungan sentuhan tayar yang lebih besar dengan tekanan tayar yang lebih rendah akan menghasilkan cengkaman yang ideal di jalan licin. Sistem ini juga membenarkan tekanan tayar rendah di bawah 1 bar ditetapkan, untuk membantu mengeluarkan kenderaan dari kawasan salji tebal contohnya, atau merentasi jalan berais yang berbahaya.

ContiSense dan ContiAdapt dilengkapi pada tayar konsep yang membolehkan faedah kedua-dua sistem untuk dimanfaatkan sepenuhnya. Reka bentuk tayar mempunyai tiga corak bunga yang berbeza untuk pemanduan basah, licin atau permukaan kering. Bergantung pada tekanan tayar dan lebar rim, zon bunga yang berbeza akan diaktifkan dan tayar konsep ini memberikan corak sentuhan tayar yang diperlukan dalam setiap kes. Dengan cara ini, tayar mampu beradaptasi dengan keadaan jalan semasa ataupun pilihan pemandu.

Continental menganggap konsep teknologi tayar ini menjanjikan penyelesaian untuk mobiliti masa depan dengan tayar disesuaikan untuk memenuhi keperluan pemanduan automatik dan elektrifikasi. Sebagai contoh, tayar dengan rintangan golekan yang rendah akan membolehkan kereta elektrik untuk mencapai jarak lebih jauh pada sekali caj penuh. Pada masa yang sama, tayar boleh disesuaikan mengikut keperluan peribadi pemandu atau sebagai tindak balas kepada perubahan mendadak cuaca. Konsep-konsep ini adalah langkah seterusnya yang logik dalam
pembangunan sensor REDI yang berorientasikan masa depan yang telah diperkenalkan ke pasaran oleh Continental pada tahun 2014, yang penting dalam mewujudkan komunikasi pintar antara kenderaan dan tayar. Tayar konsep teknologi baharu ini merupakan turutan dari dua teknologi mobiliti lebih awal iaitu ContiSeal, untuk penampalan kebocoran secara automatik, dan ContiSilent untuk pengurangan ketara bunyi tayar/jalan.

Kesedaran keselamatan tayar matlamat Goodyear

 'Op Selamat 11/2017' yang diadakan ketika musim perayaan Hari Raya baru baru ini menyimpulkan bahawa jumlah kemalangan maut dan kematian masing-masing menurun sebanyak 12% dan 14%, "Op Selamat 11/2017" baru-baru ini menyimpulkan bahawa jumlah kemalangan maut dan kematian masing-masing jatuh masing-masing sebanyak 12% dan 14%.

Faktor kecuaian dan kecuaian disebut sebagai sebahagian punca utama, selaras dengan kaji selidik yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Institut Malaysia (MIRORS) pada 2016 yang turut mendedahkan bahawa 80.6% daripada kemalangan adalah disebabkan oleh kesilapan manusia manakala 19.4% adalah disebabkan oleh keadaan jalan dan kenderaan.

Bagi mengingatkan pemandu tentang betapa pentingnya keselamatan di jalan raya, Goodyear Malaysia telah menganjurkan kempen pemeriksaan tayar percuma dan pemeriksaan 10-perkara secara percuma berserta pengedaran pek Goodyear Hari Raya Think Pack di Lembah Klang.

 Inisiatif yang merupakan sebahagian dari usaha "Goodyear's Better Future" ini adalah salah satu usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat yang menumpukan pada menggalakkan dan meningkatkan keselamatan di komuniti di mana syarikat beroperasi melalui pelbagai program penglibatan komuniti keselamatan jalan raya.

"Pada tahun ini, kami ingin melibatkan rakyat Malaysia dengan cara yang lebih peribadi, di mana kami melawat bazar dan mengadakan perbualan dengan pelanggan, mengingatkan semua orang betapa pentingnya kenderaan dan tayar mereka diperiksa dengan tetap, selain mematuhi undang-undang lalu lintas yang dibuat untuk melindungi kita", kata Pengarah Urusan di Goodyear Malaysia Berhad, Ben Hoge.


 "Tayar adalah satu-satunya komponen yang bersentuhan dengan jalan raya. Oleh itu kami telah menyediakan satu panduan penyelenggaraan tayar asas yang menyediakan maklumat penting mengenai apa yang perlu diperiksa secara kerap. Kita semua berperanan untuk memastikan keselamatan jalan raya bagi semua orang, supaya kita semua dapat menantikan sambutan Hari Raya dengan bermakna, "katanya.

Kempen pemeriksaan percuma ini telah diadakan di Bazaar Ramadhan Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor dan Bazaar USJ, Subang Jaya, Selangor serta di Tempat letak kereta Kompleks Sukan Shah Alam, Selangor.










Rantai elemen penting motosikal


Bila kali terakhir anda memeriksa rantai motosikal anda? Mungkin terlupa, dan sedar tak sedar dah berbulan tak periksa. Pun begitu, pengalaman juga mampu untuk memberi gambaran keadaan rantaian dari masa ke masa dengan hanya melihatnya, dan juga dapat dirasakan sewaktu menunggang. Kadangkala kita melihat sesetengah penunggang secara bersahaja memeriksa ketegangan dengan jari atau kasut mereka. Tidak kira apa yang diperhatikan, mereka sebenarnya sedang menilai keadaan motosikal mereka. Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan mengenai keadaan rantai anda, apa yang anda perlukan lakukan adalah hanya sekadar menghabiskan 10 saat untuk memeriksanya dengan mata kasar anda.

Bergris atau banyak kotoran melekat? Anda perlu membersihkan dan melincirkannya. Karat yang kelihatan? Bersih dan lincirkan/minyakkan. Katakanlah anda dapati ia nya kendur dan anda perlu mengetatkan rantai agak lebih kerap daripada biasa. Mungkin ia menghampiri akhir hayatnya. Tanda-tanda lain adalah kehausan bahagian dalam plat yang biasanya memberi isyarat bahawa rantai telah lari daripada jajarannya. Periksa kehausan yang sepadan di tepi gigi gegancu (sprocket). Anda mahu rantai anda untuk kelihatan kemas kedudukannya di atas gegancu. Tiada ruang yang kelihatan antara gigi gegancu dan rantai.
Periksa gigi gegancu. Ianya tidak seharusnya kelihatan terlalu haus. Tarik rantai di sebelah hujung gegancu belakang. Rantai yang baharu seharusnya muat pada gugu dengan kemas dan hampir tidak akan bergerak jika digoyang. Jika anda boleh menariknya untuk mendedahkan setengah gigi gegancu atau lebih, anda perlu menggantikan rantai.

Anda boleh melaksanakan tugas ini hanya dengan menghabiskan beberapa saat apabila anda memeriksa tekanan tayar sebelum menunggang, atau ketika membasuh motosikal anda. Mudah saja, kan?
Ambil masa. Jaga motosikal anda, dan ia akan menjaga anda.


Pening dan kalut tak ingat kereta parkir di mana....?

 Kunjungan ke pusat membeli-belah yang besar mungkin meyebabkan anda lupa di mana anda telah meletakkan kereta anda, terutama sekali di kawasan parkir yang luas, bertingkat tingkat dan mempunyai banyak pintu masuk ke tempat letak kereta dengan beribu-ribu ruang letak kereta.

Mungkin ada di antara anda yang telah mengalami pengalaman pahit ini, ataupun mungkin telah melebihi tempoh masa keluar dari tempat meletak kereta setelah membayar yuran parkir dan menyebabkan anda tersangkut di pintu keluar!

Namun pelawat ke IOI City Mall Putrajaya tidak lagi perlu bimbang dengan masalah ini, berkat bantuan sistem carian kereta yang bernama "Find Your Car".
Andainya anda terlupa di mana anda meletakkan kereta anda, hanya masukkan nombor pendaftaran kereta mereka ke mesin kecil di sebelah mesin bayaran automatik parkir autopay, dan sistem itu akan mencari kereta dan memberikan arah kedudukan kereta anda, termasuklah gambar video semasa.

Sistem itu menggunakan 2,300 kamera yang telah dipasang di siling kawasan tempat letak kereta pusat membeli belah itu. Malahan anda juga boleh memeriksa sama ada selamat untuk kembali ke kereta anda dengan video gambaran sekeliling kereta yang dipaparkan.

Terdapat 10 mesin sedemikian di pusat membeli-belah itu dan sistem itu mendaftarkan nombor pendaftaran kereta yang memasuki tempat letak kereta dan ia boleh mengenal pasti 90% dari nombor pendaftaran kesemua kereta yang masuk. Kamera mungkin tidak dapat mengenali nombor plat kereta jika ia kotor ataupun tidak dapat mengenalpasti huruf font atau warna yang berbeza digunakan. Walaupun sistem itu menyediakan video masa nyata, dan ia tidak menyimpan rekod visual.



Kamera itu juga berfungsi untuk mengenal pasti ruang letak kereta yang kosong yang ditandakan dengan lampu hijau di atas siling. Lampu merah bermaksud ruang letak kereta tersebut telah dipenuhi.

Pihak pengursan pusat membeli-belah itu akan menggunakan kamera sebagai sebahagian daripada sistem pengawasan keselamatannya pada masa akan datang. Rakaman selama 24 jam juga sedang dipertimbangkan untuk tujuan keselamatan. Terdapat lebih daripada 7,000 tempat letak kereta di sini dan kesemua kamera ini boleh memantau tempat letak kereta dengan lebih cekap disamping rondaan pengawal di kawasan tempat letak kereta itu.

Menangi hadiah Aidilfitri bila periksa di Puspakom


Perjalanan yang selamat bermula dari sikap pemanduan yang cermat dan kenderaan yang selamat. Oleh itu bersempena musim perayaan ini, PUSPAKOM Sdn Bhd (PUSPAKOM) akan melancarkan kempen #drivesafenoregrets dengan menawarkan perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Persendirian Sukarela atau Voluntary Vehicle Inspection (VVI) secara PERCUMA mulai 13 Jun 2017 sehingga 23 Jun 2017 di pusat pemeriksaan kenderaan PUSPAKOM.

Kempen #drivesafenoregrets ini bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan pemanduan berhemah, dan juga menggalakkan pemilik kenderaan menjalankan pemeriksaan VVI di PUSPAKOM bagi memastikan kenderaan mereka berada di dalam keadaan yang selamat sebelum balik ke kampung dimusim perayaan nanti.

PUSPAKOM akan melanjutkan waktu operasi pada 17 Jun 2017 (Sabtu), dari jam 8 pagi sehingga 5 petang, di beberapa cawangan tertentu, iaitu Wangsa Maju, Padang Jawa, Taman Bukit Maluri, Batu Caves, Petaling Jaya, Cheras, Mak Mandin, Perai,Teluk Kumbar, Alor Setar, Gopeng, Kuatan, Johor Bahru, Alor Gajah, Seremban, Skudai, Taman Daya, Kuching dan Kota Kinabalu, bagi memenuhi permintaan yang
dijangka tinggi sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri ini.

Pemeriksaan VVI percuma ini akan dijalankan di semua pusat pemeriksaan PUSPAKOM, kecuali di Shah Alam, Taman Bukit Maluri, Mak Mandin dan Kota Bharu, yang dikhaskan untuk pemeriksaan kenderaan perdagangan sahaja.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Mohammed Shukor Ismail, “Pemeriksaan VVI ini merangkumi 25 peringkat ujian secara menyeluruh termasuk ujian Pengeluaran Asap, Gelincir Sisi, Suspensi, Ketelusan Cahaya Cermin, Brek serta Lampu. Laporan VVI akan dikeluarkan sejurus selepas pemeriksaan kenderaan dijalankan dan laporan ini boleh digunakan oleh pemilik untuk mengetahui keadaan
kenderaan mereka dan mengesan sebarang kerosakan. Pemilik kenderaan seterusnya seterusnya boleh melakukan pembaikan dan penyelenggaraan yang sewajarnya.”

“Pada musim perayaan yang sama pada tahun lepas, PUSPAKOM telah memeriksa sejumlah 3,000 buah kenderaan. Melalui kempen #drivesafenoregrets ini, PUSPAKOM mensasarkan peningkatan sebanyak 10 peratus jumlah pemeriksaan kenderaan pada tahun ini. Kami berharap lebih ramai pemandu mengambil inisiatif menghantar kenderaan mereka untuk pemeriksaan VVI secara percuma ini bagi memastikan kenderaan berada dalam keadaan terbaik dimusim perayaan ini.” sambung Shukor.

Kempen VVI secara percuma ini akan bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang setiap hari (tertakluk kepada waktu operasi setiap cawangan di negeri berlainan). Pelanggan VVI akan diberi keutamaan di mana pelanggan boleh terus mengunjungi cawangan kami tanpa perlu membuat sebarang temujanji.

Sempena kempen ini, PUSPAKOM juga menganjurkan Pertandingan #drivesafenoregrets 'Write Caption & Win', di mana para pelanggan berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan. Pertandingan #drivesafenoregrets 'Write Caption & Win' ini dibuka kepada semua pemilik kenderaan
persendirian yang hadir menjalani pemeriksaan VVI di PUSPAKOM.

Para pelanggan hanya perlu hadir menjalani pemeriksaan VVI dengan menghantar kapsyen gambar melalui “private message” di Facebook PUSPAKOM. Pemenang Hadiah Super Grand Prize akan ditentukan berdasarkan jumlah 'Like' tertinggi dan juga komen kapsyen yang paling kreatif. Sebarang pertanyaan lanjut berhubung pertandingan ini boleh dimajukan ke laman facebook https://www.facebook.com/puspakomvehicleinspection
Untuk maklumat lanjut mengenai Kempen Pemeriksaan VVI ini, para pelanggan boleh
menghubungi talian bebas tol PUSPAKOM 1-800-88-6927 atau layari laman sesawang
PUSPAKOM di www.puspakom.com.my untuk mendapatkan senarai cawangan
PUSPAKOM seluruh negara.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi:
Jabatan Komunikasi & Khidmat Pelanggan
Ibu Pejabat PUSPAKOM Sdn. Bhd.
Tel: +603-2052 7465 / 7322
FB: facebook.com/puspakomvehicleinspection

Menunggang balik kampung? Pastikan dilindungi!


Rakyat Malaysia masih menggunakan motosikal sebagai medium utama pengangkutan mereka. Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) telah mededahkan statistik kemalangan jalan raya 1997-2016 baru baru ini, yang menunjukkan bahawa kebanyakan daripada angka ini adalah kemalangan yang melibatkan motosikal.

 Bagi Kawasaki, keselamatan adalah keutamaan. Bagi melindungi penunggang dan meningkatkan lagi tahap keselamatan penunggang untuk sampai ke destinasi mereka dengan selamat, Kawasaki menyarankan agar penunggang dan pembonceng agar memakai pakaian dan peralatan menunggang yang seukupnya.

Jadilah penunggang yang bertanggungjawab dan bawa motosikal anda untuk penyelenggaraan sekarang bagi menjaga keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain selamat. Jangan pula anda menjadi fakor yang membahayakan di jalan raya dan tungganglah dengan selamat.Ingatlah bahawa keluarga anda menanti anda di akhir perjalanan anda.

Pusat servis Kawasaki kini dalam Waze

Umum mengetahui bahawa kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa, di mana sahaja dan juga boleh disebabkan oleh faktor-faktor seperti kecuaian atau kekurangan penyelenggaraan yang betul pada kenderaan, kurang tumpuan semasa di jalan raya, cuaca buruk atau faktor-faktor lain.

Bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang mendatang, Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn. Bhd. (KMSB) ingin mengingatkan semua penunggang motosikal untuk melakukan penyelenggaraan dan servis terhadap motosikal mereka sebelum pulang ke kampung halaman masing-masing.

Bagi memudahkan pemilik Kawasaki untuk mencari Pusat Servis Kawasaki Eksklusif (KESC) dan Kawasaki Pit Stop (KPS)  terdekat, KMMSB telah mengikat kerjasama dengan pengendali aplikasi Waze baru-baru ini.

Mulai 24 April 2017, lokasi KESC dan KPS lokasi di seluruh negara telah dikemaskini dalam Waze dan akan muncul sebagai Waze Pin apabila anda melakukan pencarian di lokasi anda berada, seperti contoh dalam gambar di atas.