Kehangatan MotoGP Malaysia bermula!!

Kini sudah tiba masanya untuk peminat motosikal tempatan bagi menyaksikan sendiri perlumbaan motosikal terbesar di dunia di Litar Antarabangsa Sepang. Grand Prix Motosikal Shell Malaysia 2017 yang akan diadakan selama tiga hari mulai Jumaat ini sudah mula terasa kemeriahannya.

Kejuaraan MotoGP™ yang mendebarkan semakin menjadi tumpuan kerana perjuangan untuk kejuaaan keseluruhan kini berterusan di Sepang. Juara dunia tiga kali, Marc Marquez, Andrea Dovizioso dan Maverick Vinales semuanya kian berusaha keras untuk mencari kelebihan di pusingan kedua terakhir musim ini di Sepang.

Malah dalam kelas Moto2™ pun, pereutan mahkota kejuaraan musi ini semakin hangat di antara Franco Morbidelli dan Tom Luthi untuk satu pusingan lagi sebelum pusingan akhir di Valencia. Peminat lumba motosikal Malaysia tentu sekali akan menantikan kelibat Hafizh Syahrin Abdullah dan Khairul Idham Pawi dalam kelas perlumbaan Moto2™ ini.

Dalam kelas Moto3™ pula, walaupun  mahkota kejuaraan telah dirangkul Joan Mir, pertempuran untuk tempat kedua dan ketiga masih terbuka luas di antara Romano Fenati, Aron Canet dan Fabio Di Giannantonio selaku calon calon utama. Harapan peminat tempatan juga akan tertumpu kepada Adam Norrodin dari Pasukan Perlumbaan SIC untuk melakukan yang baik dalam perlumbaan di halaman sendiri ini selepas menunjukkan kemajuan yang baik dalam beberapa perlumbaan terdekat sebelum ini. Perlumbaan dalam kelas ini juga akan menyaksikan bakat Kasma Daniel Kasmayuddin yang akan menunggang dengan  tiket wildcard di hadapan peminat peminatnya.

Tiket untuk acara Grand Prix Motosikal Shell Malaysia 2017 sebahagian besarnya dilaporkan telah dijual dua bulan lebih awal dan SIC juga telah melancarkan penjualan tiket bagi perlumbaan musim 2018 terlebih dahulu untuk peminat menempah tiket mereka lebih awal dan tidak ketinggalan pada perlumbaan tahun depan yang akan diadakan dari 2 hingga 4 November 2018.

Sejajar dengan kemeriahan ini, Karnival Mega MotoGP™ yang pernah popular dahulu juga kembali pada hujung minggu ini di Sepang, dengan 99 gerai untuk dilawati! Selain beberapa pengeluar motosikal utama seperti Ducati, Yamaha, Boon Siew Honda, Kawasaki, KTM dan BMW yang akan mempamerkan jentera mereka di acara itu, jenama motorsport dan gayahidup seperti Racing Boy, Petronas, Liquimoly, GIVI, Go Pro, Motul dan penaja utama Shell juga akan menawarkan bayak elemen menarik untuk para pengunjung.

"Selain daripada Karnival Mega MotoGP™, yang merupakan salah satu daripada asas yang mendefinisikan acara itu, para peminat juga berpeluang untuk bertemu dengan wira perlumbaan mereka secara bersemuka di beberapa acara semasa hujung minggu perlumbaan," tambah Dato 'Razlan.


"Bermula dengan Sesi Autograph Penunggang dan Pit Lane Walk yang sangat popular pada hari Jumaat, para peminat juga boleh mendekatkan diri dengan pelumba kegemaran mereka semasa Forum Fan Riders pada hari Sabtu yang dihoskan oleh legenda MotoGP, Mick Doohan. Acara-acara ini telah disesuaikan terutamanya untuk peminat untuk menikmati hujung minggu mereka selain menyaksikan perlumbaan utama. "