Gaya menunggang mana yang betul?

 Salah satu ciri menunggang yang penting dan sering ditumpukan adalah keinginan untuk menyempurnakan kedudukan badan. Keinginan ini bermaksud membuat penyesuaian kedudukan badan yang berlainan dari kedudukan yang selesa bagi seseorang penunggang itu, hanya kerana komen seseorang, atau kerana melihat apa yang orang lain buat.
Seringkali dalam mengusahakan "gaya" ini, kadangkala tiga  ciri utama dalam menunggang telah dilupakan, iaitu kebolehan menimbal-balik sudut sendeng, pegangan hendal yang relaks dan keselesaan menunggang. Tiga perkara ini jauh lebih penting untuk mendapatkan tunggangan yang baik, dan anda tidak perlu mengubah apa-apa melainkan anda menghadapi satu satu masalah khusus.
Apabila anda mencapai tahap ini, anda hanya perlu menunggang dengan 'gaya' anda sendiri, dan jika anda menonton perlumbaan motosikal anda akan tahu bahawa setiap pelumba dalam perlumbaan mempunyai gaya mereka yang tersendiri juga.
Mereka mungkin nampak sama, tetapi ada perbezaan yang boleh dilihat.

Jika anda memerhatikan gaya mereka betul betul, mungkin anda dapat menilai kedudukan badan yang 'sempurna', ataupun mungkin nampak bagaimana pelumba paling TIDAK  melakukan gaya atau kedudukan menunggang yang anda anggap betul.

Namun begitu harus juga disedari bahawa dalam persekitaran dunia nyata dengan kesesakan trafik dan kenderaan yang datang dari arah depan, gaya mereka ini mungkin tidak realistik atau selamat. Apa yang lebih utama ialah bagaimana penunggang dapat mencapai hasil yang mereka perlukan dalal masa atau keadaan tertentu, dan kedudukan badan yang sedikit berubah tidak akan menjejaskan tunggangan anda.


Foto: Shazli Shamsuddin

Ujian hari kedua saksikan dominasi Yamaha

Pasukan MotoGP Movistar Yamaha kembali ke trek pada hari kedua ujian Sepang untuk terus bekerja dalam ujian rasmi pertama IRTA musim 2018. Maverick Viñales dan Valentino Rossi sekali lagi bekerja keras untuk meningkatkan jentera YZR-M1 mereka, dan mendapat maklum balas dan hasil positif. Mereka berjaya menamatkan hari kedua di tempat pertama dan kedua.

Sama seperti pagi semalam, pelumba MotoGP menunggu litar itu kering sebelum mereka memulakan ujian sekitar pukul 12 tengahari.
Viñales mempunyai jadual yang sibuk lagi dan strateginya tetap sama seperti Hari 1: banyak pusingan untuk menguji tayar. Dia pada mulanya mengendarai jentera yang sama seperti semalam untuk merasakan keadaan, sebelum mencuba fairing baharu. Sepanjang hari kedua ujian, pelumba Sepanyol itu melihat peningkatan dalam konsistensi masa lapnya. Dia mendesak YZR-M1 untuk ujian pada peringkat akhir sesi lapan jam dan mencatat 1'59.355s pada pusingan 66/68 untuk kedudukan teratas, dengan margin 0.035s.
Rossi pula cuba memanafaatkan masa yang hilang kerana hujan semalaman, dan membuat kemajuan pada waktu petang. Dia hanya memerlukan kira-kira setengah jam untuk merekodkan 1'59.766s, yang ditetapkan pada pusingan 12, untuk mengambil alih di bahagian atas saringan waktu. Kembali mendapat rentak, dia meneruskan kerja pada persekitaran jenteranya serta penggunaan tayar. Beliau menghabiskan masa yang lama di tempat kedua, sehingga kelajuan semua peserta mula meningkat pada penghujung hari. The Doctor mula membuka langkah dan secara ringkas muncul dengan percubaan 1'59.390 pada lap 38/39, sebelum rakan sepasukannya mengenepikannya ke tempat kedua.
Usaha-usaha hari ini melihat Viñales dan Rossi juga memegang tempat pertama dan kedua di peringkat gabungan kedua duan hari, dan meletakkan mereka dalam keadaan minda yang positif untuk menyelesaikan jadual ujian esok.

PETRON mudahkan isian petrol motosikal

Bayangkan kita mengembara, ataupun balik dari pasar, dengan beg beg barangan di atas motor, dan kita perlu isi minyak. Nak bayar di kaunter stesyen minyak, terpaksa tinggalkan barang dan beg atas motor. Risau pulak, kan?

Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa cara mudah untuk anda mengisi bahanapi atau petrol motosikal (mahupun kereta) ialah di stesen minyak Petron. Apatah lagi bagi penunggang motosikal yang mempunyai beg atau barang di atas motosikal, dan berasa tidak selesa untuk meninggalkan motosikal atau barang mereka, semata mata kerana perlu ke kaunter untuk membuat bayaran tunai atau menggunakan kad kredit mahupun debit. Lebih lebih lagi ketika perjalanan jauh, dengan beg pakaian dan juga beg melekap di tangki bahanapi, yang mudah diambil orang.

Mari kita lihat kenapa.

Rata rata banyak stesen minyak kini menawarkan pembayaran tanpa tunai secara elektronik di pam minyak. Pembayaran boleh dibuat samada dengan kad debit ataupun kredit. Jadi kalau tak ada wang tunai pun tak jadi masalah.
Namun begitu, masalah paling besar yang dihadapi dengan penggunaan kad kredit atau debit ini lazimnya adalah kad anda akan dicaj dengan pembekuan nilai yang dipanggil pra-kelulusan sebanyak RM200. Bermakna bank akan menganggap anda seolah olah telah membuat belian sebanyak RM200, dan hanya akan melaraskan nilai sebenar dalam masa tiga hari. Jika anda sedang menjelajah atau membuat perjalanan jauh, dan menggunakan kad untk mengisi petrol, kad anda akan dicaj sebanyak RM200 X 3 iaitu RM600 untuk hari tersebut jika sistem pembayaran pusat bank anda tidak sempat melaraskannya pada hari yang sama. Hal ini tentu menimbulkan masalah kekangan dan membataskan penggunaan kad debit atau kredit anda.
Di pam minyak Petron, ada cara untuk mengatasi masalah ini. Untk mengelakkan anda dari dicaj jumlah pra-kelulusan sebanyak RM200 ini, anda boleh menggunakan fungsi PRESET atau penentuan jumlah nilai pembelian yang anda inginkan. Masukkkan atau tetapkan jumlah pra-kelulusan yang diingini, sebagai contoh RM5 atau apa saja jumlah yang anda rasa mencukupi untk motosikal atau kereta anda, dan ikut arahan seterusnya sehingga selesai mengisi bahanapi.

Dengan cara ini, kad debit atau kredit anda TIDAK akan dicaj jumlah pra-kelulusan RM200 tersebut. Tak perlu tinggalkan motosikal untuk membayar di kaunter, jadi tak risau kalau barang atau beg atas motosikal hilang ataupun motosikal dicuri.

Dan, jika anda ada kad PetronMiles, anda akan mendapat mata ganjaran, yang boleh ditukar dengan petrol dan pelbagai barangan lain.

Mudah kan?



Ujian pra musim MotoGP di Sepang bermula

Selepas melalui musim sejuk yang panjang, Pasukan MotoGP Movistar Yamaha kembali ke litar hari ini untuk Ujian MotoGP Rasmi rasmi pertama musim 2018, yang diadakan di Litar Antarabangsa Sepang. Hari pertama ujian pra-musim tiga hari di Malaysia memberi peluang kepada pelumba mereka iaitu Valentino Rossi dan Maverick Viñales untuk mengenali YZR-M1 baharu mereka dan mula bekerja melalui beberapa siri ujian. Kedua dua rakan sepasukan tersebut menyempurnakan hari pertama mereka di tempat ke-6 dan ke-13.
Hujan di pagi hari telah menafaatkan Rossi dengan betul, iaitu untuk menguji persekitaran basah dengan jentera baharunya dan mengesahkan hasil ujian yang dibuat dalam ujian Valencia dan Sepang yang telah diadakan pada bulan November lepas. Berbekalkan topi keledar pra-musim 2018 yang baru, dia menamatkan tugas paginya di tempat ke-12.

Semasa sesi petang berlangsung, litar kering menanti pelumba Itali tersebut, yang mengambil kesempatan ini dengan tangan terbuka. Berbaki tiga jam lagi, dia menguji jentera 2018nya dan menetapkan masa terpantas sementara sebanyak dengan 2'00.799s. Sementara rakan sepasukannya dan pelbagai pesaing mula mengorak langkah mereka ke akhir sesi, kedudukan mereka kini berubah. Rossi membalas dengan menuntut rekod terpantas di lap 44/50, dan bersara ke lubang awal. Kesesakan dalam 15 minit terakhir menyaksikan dia berakhir dalam kedudukan keenam dengan 2'00.233s, lewat 0.806s dari yang pertama.
Viñales juga bersemangat untuk menunggang jentera YZR-M1nya pagi ini, untuk melakukan simulasi perlumbaan dan mula bekerja pada spesifikasi elektronik dan enjin bersama rakan sepasukannya. Pelumba Sepanyol ini bersiap-siap dengan helmet khas ujian Sepang juga, dengan reka bentuk yang diilhamkan oleh artis terkenal Salvador Dali, dan mengekalkan tempat keempat pada akhir pagi.
Pelumba berusia 23 tahun itu kelihatan selesa di litar pada sebelah petang dan dia terus melengkapkan pusingan demi pusingan. Apabila kelajuan para pelumba mula meningkat dalam keadaan kering, dia mengambil alih kedudukan teratas dari Rossi, dengan catatan 2'00.758s yang mengagumkan. Persaingan semakin hangat pada penghujung hari, tetapi Viñales terjebak dalam jadual ujiannya. Dia turun 2'00.714s di lap 55/72, dan akhirnya memperoleh tempat ke-13, lewat 1.287s dari pendahulu depan.

KEPUTUSAN HARI PERTAMA
28/01/2018
1.D. PEDROSAREPSOL HONDA TEAM1'59.427
2.A. DOVIZIOSODUCATI TEAM1'59.770
3.J. LORENZODUCATI TEAM1'59.802
4.D. PETRUCCIALMA PRAMAC RACING2'00.123
5.J. MILLERALMA PRAMAC RACING2'00.178
6.V. ROSSIMOVISTAR YAMAHA MOTOGP2'00.233
7.M. MARQUEZREPSOL HONDA TEAM2'00.290
8.J. ZARCOMONSTER YAMAHA TECH32'00.421
9.C. CRUTCHLOWLCR HONDA CASTROL2'00.522
10.P. ESPARGARÒRED BULL KTM FACTORY RACING2'00.568
11.A. RINSTEAM SUZUKI ECSTAR2'00.627
12.T. NAKAGAMILCR HONDA IDEMITSU2'00.664
13.M. VIÑALESMOVISTAR YAMAHA MOTOGP2'00.714
14.A. ESPARGARÒAPRILIA RACING TEAM GRESINI2'00.866
15.T. RABATREALE AVINTIA RACING2'00.912
16.A. IANNONETEAM SUZUKI ECSTAR2'01.027
17.B. SMITHRED BULL KTM FACTORY RACING2'01.099
18.F. MORBIDELLIEG 0,0 MARC VDS2'01.161
19.A. BAUTISTAANGEL NIETO TEAM2'01.728
20.S. GUINTOLITEAM SUZUKI ECSTAR2'01.864
21.S. REDDINGAPRILIA RACING TEAM GRESINI2'01.962
22.Y. HERNANDEZMONSTER YAMAHA TECH32'02.053
23.K. ABRAHAMANGEL NIETO TEAM2'02.088
24.T. LUTHIEG 0,0 MARC VDS2'02.732
25.M. PIRRODUCATI TEST TEAM2'02.767
26.M. KALLIOKTM TEST TEAM2'02.932
27.X. SIMEONREALE AVINTIA RACING2'02.946