Hong Leong Yamaha Motor tahun ini telah menganjurkan perlumbaan satu pengeluar yang menggunakan skuter Yamaha NVX 155 buat pertama kalinya. Cabaran NVX Challenge ini merupakan salah satu acara perlumbaan bermula Pusingan 6 musim 2017 dalam kejohanan Petronas AAM Malaysian Cub Prix, yang telah berlangsung di Jasin, Melaka pada 6 dan 7 Ogos lepas.
Seperti perlumbaan lain, ia nya turut merupakan platfom untuk menguji kelasakan skuter ini dengan pendedahan dengan keperluan mendesak alam perlumbaan. Perlumbaan yang menggunakan motosikal Yamaha NVX 155 melibatkan penyertaan 20 remaja belasan tahun dalam pencarian bakat baharu sukan permotoran kini. Pengenalan kategori ini menjadi satu lagi landasan untuk remaja belasan tahun mempamerkan kebolehan mereka dalam usaha untuk melahirkan lebih ramai pelumba muda berpotensi. Acara ini menggunakan format serupa dengan dua perlumbaan satu pengeluar sedia ada iaitu Yamaha Petronas Super series dan juga Honda Wave Alpha Challenge.
Setelah tiga pusingan berlangsung, kedudukan keseluruhan Cabaran Yamaha NVX ini mula didahului Md Muazim Shah Anuar, penunggang jentera bernombor 17 dari Selangor. Berbaki dua pusingan dan dengan 50 mata lagi menjadi rebutan, saingan untuk Cabaran Yamaha NVX 155 di Batu Kawan masih sengit bagi kebanyakan pelumba muda ini.Pencabar terdekat Muazim merupakan teman senegerinya Md Shafiq Kamaruzzaman dengan jentera bernombor 14 dari pasukan NVX Berjaya Mega. Pertama kali menaiki podium cabaran ini di Jempol dalam pusingan lepas, Shafiq membawa 44 mata bersamanya, mendahului rakan sepasukannya Md Harith Rosmaza yang hanya 3 mata di belakang ketika itu.
Namun begitu, berikutan pembatalan Pusingan 9 di Batu Kawan akibat bencana alam yang melanda tempohari, saingan untuk kejuaraan keseluruhan musim 2017 telah terhad kepada enam pelumba yang menduduki senarai teratas carta keseluruhan.
25 mata maksimum yang ditawarkan di pusingan akhir di Bandar Penawar tlah menjadi rebutan pelumba di tempat keenam, M Fariszul Hasmi yang menunggang jentera bernombor 12 dan juga rakan rakannya Md zairul Kazzreen dan Alim Akmal Md Zumail, walaupun mereka mungkin akan terpaksa mengharapkan para pendahulu teratas gagal mengutip sebarang mata bagi membuka peluang kejuaraan untuk mereka.
Namun begitu seperti yang dijangka, pendahulu mata keseluruhan Md Muazim Shah S Anuar yang mewakili NVX Sheng Kong Motor telah mimilih jalan selamat untuk menyudahkan perlumbaan di tempat kelima bagi mengesahkan kejuaraan keseluruhan bagi cabaran NVX Challenge yang julung kalinya diadakan ini dengan jumlah 59 mata.
Md Haziq Hanafi S Bahri yang mewakili pasukan NVX Welly Assorted telah muncul juara di pusingan akhir ini, yang juga merupakan podium pertama beliau. Juara di Penawar meletakkannya di tempat keempat dalam carta keseluruhan dengan 44 mata. Mengekori beliau ke garisan penamat ialah Md Zairul Kazzreen yang juga muncul kedua keseluruhan bagi musim ini dengan 57 mata, hanya dua mata di belakang Muazim. Tangga ketiga podium Bandar Penawar dtelah dinaiki Md Sharul Ezwan M Sharil yang juga menaiki podium buat kali pertama.
|
Juara berpasukan :NVX Sheng Kong Motor
Naib juara: NVX GT-MAX
Ketiga: NVX Berjaya Mega |
Tempat ketiga keseluruhan musim ini telah dimiliki Md Shafiq Kamaruzzaman setelah menamatkan perlumbaan pusingan akhir di tempat keenam dengan 54 mata, hanya 5 mata di belakang juara keseluruhan. Di tempat kelima keseluruhan merupakan Md Harith Rosmaza dengan jumlah kutipan 41 mata, dan walaupun menunjukkan prestasi memberangsangkan di dua pusingan awal dengan temat ketiga di Melaka dan juara di Pusingan 7 di Kelantan, beliau terpaksa akur apabila gagal menamatkan dua pusingan akhir musim ini.
Para pelumba muda ini tentunya kini akan mempertimbangkan titik penting sebagai pelapis bagi musim yang akan datang, di dalam kategori yang lebih mencabar. Perlumbaan satu pengeluar sebegini terus mendapat sambutan hangat dari bakal pelumba, dengan lebih 1,900 permohonan telah diterima untuk musim yang akan datang. Sama sama kita nantikan kehadiran musim 2018 ini kelak!