PEMBUKAAN MV AGUSTA MALAYSIA LIFESTYLE CENTER


BATU CAVES 16 JULAI 2017 – Moto Varese Asiatic Holdings Sdn. Bhd., pengedar tunggal motosikal MV Agusta di Malaysia, secara rasminya membuka MV Agusta Malaysia Life Style Center di sini hari ini.

Hadir merasmikan pembukaannya ialah Pengarah Kejuruteraan Automotif Jabatan Pengangkutan Jalan, Dato’ Mohamad Dalib, Pengarah Pemasaran dan Jualan MV Agusta S.p.A Itali, Raffaele Giusta dan Pengerusi Moto Varese Asiatic Sdn Bhd, Hu Ying.



Pengarah Urusan Moto Varese Asiatic, Mohamad Zamry Abu Samah berkata, sebagai permulaan sebanyak enam model dan telah pun memasuki pasaran tempatan sejak beberapa bulan lalu. Kesemua model tersebut dipasang di Malaysia dan merupakan model paling terkini  berbanding model-model yang dijual sebelum ini.


“Model-model yang dipasang secara CKD dan dijual di Malaysia ialah MV Agusta iaitu Brutale 800, Brutale 1090, Dragster 800RR, Tourismo Veloce 800, Tourismo Veloce 800 Lusso RC dan F4RR,” katanya. Dijangka enam lagi varian model akan tiba di Malaysia sebelum penghujung tahun ini.
  


Mohamad Zamry berkata, harga jualan bagi kesemua model tersebut bermula dari RM90,000. Sehingga kini sebuah pengedar di Utara telah dilantik sebagai pengedar rasmi MV Agusta Malaysia dan dijangka dua atau tiga lagi akan dibuka sebelum hujung tahun ini. termasuk Sabah dan Sarawak.









Moto Varese Asiatic Sdn Bhd merupakan anak syarikat DNC Asiatic Holdings Sdn. Bhd., yang mengeluarkan motosikal Demak di Malaysia dan Sri Lanka. Telah dilantik sebagai pemasang dan pengedar tunggal motosikal MV Agusta oleh MV Agusta S.P.A Italy pada Disember 2017. Moto Varese Asiatic beroperasi di kawasan Pusat Perindustrian Amari di Batu Caves dan menyediakan khidmat jualan terus, khidmat lepas jualan dan menjual alat ganti. Antara model-model yang disedang  dan akan dijual di Malaysia ialah MV Agusta iaitu Brutale 800, Brutale 1090, Dragster 800RR, Tourismo Veloce 800, Tourismo Veloce 800 Lusso RC dan F4RR.