Lorong Kiri Terowong Meru KK-Ipoh tutup


Pengguna lebuh raya yang melalui Terowong Meru (panjangan Kuala Kangsar-Ipoh) di Lebuhraya Utara-Selatan (NSE) dinasihatkan merancang perjalanan mereka berikutan penutupan sementara lorong kiri di terowong antara KM260.30 dan KM262.05 (Arah Selatan) untuk Kerja Pemulihan Turapan Fasa 2. Penutupan sementara akan diaktifkan secara berperingkat dari 20 Mac (Isnin) hingga 14 April (Jumaat), 2023, antara 9:00 malam dan 12:00 tengah hari setiap hari.