Petronas batal hasrat taja Pescao55 Hafizh Syahrin di Moto2

Khabar angin yang bertiup dua tiga hari lepas akhirnya nyata benar dengan pengumuman pengunduran gergasi petroleum Malaysia iaitu Petronas daripada menaja pelumba Moto2 Hafizh Syahrin Abdullah untuk tahun 2018.

Perkara ini turut disahkan Litar Antarabangsa Sepang (SIC), namun menyatakan bahawa penunggang itu akan terus berlumba dengan pasukan lumba SIC yang baharu dalam Moto2
tahun depan. Hafizh sebelum ini telah diumumkan akan beraksi di bawah payung pasukan Petronas Sprinta Racing, seperti yang kami laporkan dahulu (klik sini untuk baca semula). Seperti yang diketahui umum, Hafizh sebelum ini merupakan pelumba Moto2 untuk pasukan Petronas Raceline sejak empat tahun lalu.

Walabagaimanapun, Pasukan Petronas Sprinta Racing Moto3 yang baru diumumkan Oktober lepas akan kekal menyertai MotoGP 2018 dengan menampilkan Adam Norrodin dan Ayumu Sasaki yang dilaporkan akan diuruskan oleh SIC dengan penajaan dari Petronas.