Shiver at Awana 1 Feb 2009

Klik sini untuk ke album

Aprilia Shiver at Awana 1 Feb 2009
Laluan Ulu Yam - Awana - Genting Sempah - Bukit Tinggi - Mimaland - Gombak













































































































































































Aprilia Shiver 750 untuk nikmat tunggangan

Salah satu kelebihan jentera Itali ialah rekabentuknya yang menawan. Baik kereta atau motosikal, penampilan menawan dan juga pengendalian yang mantap seakan serasi dengan jenama jenama Itali seperti Ferrari, Alfa Romeo dan juga Aprilia. Peminat motosikal Itali pastinya mengikuti perkembangan model motosikal Aprilia. Jenama yang sinonim dengan kejuaraan kategori 125 dan juga 250 dalam MotoGP ini masih menawarkan model RS 125 yang telah kami paparkan pada 9 Januari lepas.
Satu lagi model yang memenuhi segmen pertengahan atau middleweight ialah Aprilia Shiver 750. Jentera naked ini pasti menggamit tolehan dek rekabentuknya yang menawan, terutama sekali kepada peminat jentera jalanan atau streetfighter. Daripada lampu hadapan nya yang menawan dan paparan meter digital moden, garis rekabentuk ini mengalir cantik sekali ke bahagian ekor, dengan lampu belakang yang comel di atas dwi-ekzos yang menawan.
Kemajuan teknologi juga digunapakai pada jentera ini, yang dikuasai enjin dwi-selinder 8-injap, konfigurasi V90° bersesaran 749.9cc yang mampu menjana 95hp. Enjin suntikan bahanapi ini menggunakan teknologi kawalan pendikit secara elektronik (ride-by-wire) yakni bukaan pendikit mampu dikawal sistem pengurusan enjin. Ini membolehkan tiga jenis mod pemetaan enjin di buat bagi pilihan penunggang, iaitu tunggangan sport, touring dan juga hujan. Dengan dua palam pencucuh setiap selinder, ianya didapati responsif, sehinggakan anda tidak menyangka ianya kawalan wayar dan bukan kabel seperti jentera konvensional. Kilasan pendikit akan memberikan tindakbalas enjin yang pantas dan tepat seperti mana yang diinginkan penunggang.































Tuil klac tangan boleh dilaras pada empat kedudukan dan mengawal klac jenis hidraulik yang menyalurkan kuasa dari enjin ke kekotak gear enam kelajuan, sebelum dihantar ke tayar melalui pacuan rantai. Sistem brek nya menyakinkan, dengan empat angkup Brembo jenis radial di hadapan, yang mengapit dwi-cakera 320mm, sama saiz dengan RSV 1000 F, begitu juga dengan cakera 240mm di belakang.
Jentera streetfighter ini telah diuji di laluan berbukit dan berliku iaitu Ulu Yam - Awana - Bukit Tinggi sebelum pulang melalui jalan Mimaland lama ke Gombak. Laluan ini cukup mencabar kemampuan jentera dari segi pengendalian di selekoh, dan juga daya pecutan sewaktu dakian bukit. Maklumbalas jalanan didapati amat memuaskan, membolehkan kawalan tunggangan yang meyakinkan. Namun, ini sebenarnya sesuatu yang telah dijangkakan; Shiver 750 ini ibarat sirih pulang ke gagang bagi laluan sebegini. Kawalan jentera yang baik mampu memberikan keyakinan tunggangan pantas di selekoh, dengan hentian terkawal dan daya kilas tinggi sewaktu keluar dari selekoh. Malah tidak menghairankan jika kilasan pendikit mendadak sewaktu penukaran gear mampu mengankan roda hadapan jentera ini.
Menunggang Shiver 750 ini memang menyeronokkan dan meyakinkan, namun masih mampu melintasi 210kmh jika diinginkan. Pun begitu, sebagai sebuah jentera streetfighter,ia nya pasti menempa tempat sebagai sebuah jentera middleweight yang menjadi pilihan mereka yang mengutamakan kawalan dan keseronokan penunggangan, dengan rekabentuk Itali yang menawan.

Enjin: dwi-selinder 4-lejang 749.9cc V90° sejukan cecair
Kuasa max: 95hp @ 9000 rpm
Torque max: 8.25kgm @ 7000 rpm
Transmisi: 6-kelajuan
Harga: RM52,815.00 atas jalan tanpa insurans















































































































































































BMW K1200GT