Pada hari Khamis, Art of Speed Malaysia 2017 telah di lancarkan di Publica. Art of Speed adalah acara tempatan "Old-School" & Kustom Kulture Malaysia untuk semua peminat kereta dan motor. Ia akan mempamerkan seni kustom tempatan yang terdiri daripada kereta dan motosikal yang diubahsuai, geleri seni, aktiviti interaktif serta pertunjukkan aksi. Acara ini akan berlangsung pada 29-30 Julai 2017 di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) dari jam 10 pagi sehingga 7 petang. Tiket berharga RM15.
Peminat kereta dan motosikal dapat bertemu dengan beberapa tetamu jemputan khas antarabangsa seperi Cole Foster dari Salinas Boys Custom Cars & Bikes USA, Jeff Holt dari Hot Bike Magazine USA, Davis "Chopperdave" Freston juga dari USA, Shige Suganuma & Wildman dari MOONEYES Japan, Dino Dalle Carbonare dari Speedhunters.com Japan, Kaichiroh Kurosu dari Cherry's Company Japan, Yuichi Yoshizawa dari Custom Works Zon Japan, Makonabe dari Chopper Jornal Magazine Japan, Tetsu dari Hopping Shower Japan, Sugihara Ken dari Fusty Works Japan, Toshiyuki dari 4th Dimension Japan, Jeffry Chang dari Air Runner Taiwan, 420 Kustom, Chicarockability Shima dari Singapora, Irvine Jasta & Donny Ariyanto dari Indonesia, The Nash dari Burnout Magazine Japan dan kumpulan kolektif seni pinstripe dari Jepun; Makoto, Mr G, Jetwrench dan Cynar.
Acara kali ke enam ini juga mempamerkan pengisian terbaru iaitu AOS Invitational Bike Build Off 2017 yang akan menyaksikan 10 pembina buatan khas dari Malaysia dan Singapura bersaing untuk hadiah wang tunai RM10,000 (pilihan Juri) dan RM5,000 (pilihan pengunjung).
Di samping itu acara ini juga menyaksikan kerjasama khas dengan Boon Siew Honda dan Art of Speed. Gabungan kolaborasi ini menyaksikan 4 ikon gaya hidup seperti Legend Racing Garage, BWB, District Shop Gallery dan Ah Ho Motors mempamerkan seni binaan khas ciptaan mereka. Bagi peminat sukan dan aktiviti lasak pulak, aktiviti dan pertandingan Skateboard dan BMX dianjurkan oleh House of Vans.
Acara kemuncang bagi pengunjung semestinya cabutan bertuah. Sebuah notosikal CMC XY400 akan diberikan kepada pengunjung bertuah pada hari Sabtu dan sebuah motosikal binaan khas kustom RX-Z dua enjin hasil FNG Works dan Beautiful Machine akan diberikan kepada pengunjung bertuah pada hari Ahad.