Beli motosikal kawan? BSNC sedia biaya!

Kawan anda ingin jual motosikal besarnya, dan anda berminat tapi tidak cukup modal? Tak mahu bayar lebih jika beli melalui kedai? Atau terasa rugi jika menjual motosikal ke kedai?

Jangan risau. Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa anda boleh mendapatkan bantuan untuk membiaya pembelian motosikal kawan secara terus, melalui produk pinjaman sewa beli yang disediakan BSNC Leasing (M) Sdn Bhd. Anda cuma perlu berurusan dengan mereka dan bayaran akan diberi terus kepada rakan anda yang menjual motosikal besarnya itu. Tertakluk kepada beberapa syarat, produk pinjaman ini amat sesuai bagi mereka yang ingin membeli motosikal dan berurusan secara lebih peribadi secara langsung dengan penjual. Penjual hanya perlu mengeluarkan satu surat hasrat penjualan dengan memberikan maklumat penuh agar pembayaran boleh dibuat kepada mereka secara terus.
BSNC menyediakan pinjaman sewa beli motosikal baharu dan terpakai bagi model motosikal 250 cc dan ke atas. Menurut Pengurus Operasi BSNC Leasing, Abdullah Omar, pasaran motosikal berkuasa sederhana dan besar telah meningkat secara konsisten dan kekal mampan bagi tahun ini walaupun terdapat penurunan dalam permintaan pembiayaan untuk motosikal recond atau dibaikpulih, yang dikaitkan kepada faktor penyusutan nilai tukaran wang asing, terutamanya bagi motosikal berjenama dari Amerika Syarikat.
Anda boleh mendapatkan pembiayaan sehingga 80% bagi motosikal baharu, dengan kadar faedah 4.5% bagi tempoh hingga lima tahun. Bagi motosikal recond pula pembiayaan 65% boleh didapati pada kadar faedah 5.5% sehingga enam tahun, sementara motosikal terpakai pula boleh menikmati pinjaman sehingga 70% pada kadar faedah 6 hinga 6.5% untuk tempoh sehingga enam tahun. Polisi mereka ini selaras dengan Akta Sewa Beli atau Hire Purchase Act yang tidak membolehkan pembiayaan melebihi 90% diberikan untuk kenderaan.

Anda boleh menghubungi En Raziz di 0108108088 atau 03 21611 313 sambungan 220 untuk maklumat lanjut.
  • Motosikal baharu 
  • 250cc / 5% / 60 bulan
  • 300cc ke atas / 4.5% / 84 bulan
  • Pembiayaan 80%

  • Motosikal terpakai
  • 2017 - 2011 - 6% / 70% /72 bulan
  • 2011 - 2006 - 6.5%@7% / 70%/ 72 bulan
BSNC Leasing (M) Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 5 Julai 1995 dengan modal berbayar RM50 juta dan merupakan anak syarikat milik penuh BSNC Corporation Berhad.

Sebelum tahun 2002, aktiviti pemberian pinjaman BSNC Leasing terdiri dari aktiviti pajakan peralatan dan kenderaan industri dan jentera ringan dan untuk sektor komersil dan perkilangan. Sejak tahun 2006, BSNC Leasing teah menceburkan diri secara agresif ke dalam sektor sewa beli motosikal besar dengan nilai jualan semula yang baik dan tempoh kredit pendek dan sederhana antara 1 hingga 7 tahun. Selain itu, BSNC Leasing juga menyediakan kemudahan pemfaktoran dan Sewa Beli kereta terpakai.

Rekod prestasi dan keuntungan syarikat ini ini menjadi bukti kemampuan dan keupayaan syarikat ini untuk berkembang pesat berbekalkan model perniagaannya yang mantap dan dibantu oleh keupayaan staf berpengalaman.

BSNC Leasing kini berbangga mempunyai portfolio Sewa Beli sebanyak R M140 Juta sehinga kini. BSNC Leasing menyediakan sewa beli motosikal besar melalui rangkaian peniaga motosikal di seluruh Malaysia yang kini lebih tertumpu terutamanya di Lembah Klang.

No comments: