Selamat jalan F-1


Sampai di sini sahaja. Peminat motorsports dan F1 tentunya idak mahu terlepas perlumbaan terakhir Grand Prix PETRONAS Malaysia Formula 1, Sepang  diLitar Antarabangsa (SIC) hari ini. 'F1NALE' yang berlangsung dari 29 September lepas, menyediakan pelbagai aktiviti dan produk untuk meraikan 19 Tahun F1 di Malaysia.

Grand Prix Malaysia, yang pertama kali diadakan pada tahun 1999, akan menjadi sebahagian daripada sejarah yang menyaksikan litar Malaysia di Sepang itu telah dibina secara khusus untuk membolehkan Malaysia menjadi tuan rumah kejohanan perlumbaan utama empat roda dunia. Bermula dengan perlumbaan sulung di mana Ferrari's Michael Schumacher kembali selepas terlepas enam perlumbaan kerana patah kaki semasa Grand Prix British pada tahun itu. Rakan sepasukannya Eddie Irvine memenangi perlumbaan. Kemenangan mereka pada awalnya dibatalkan kerana modifikasi badan kereta yang dikatakan haram tetapi telah dikembalikan selepas rayuan.

F1 telah memainkan peranan dalam perkembangan bukan sahaja Litar Sepang, tetapi juga industri sukan bermotor Malaysia  dan sektor pelancongan sukan. Kesannya telah dirasakan dan scara berterusan akan dirasakan pada tahun-tahun akan datang kerana ia telah meletakkan Malaysia dengan jelas di atas peta global. Ia telah membantu memupuk bakat tempatan muda seperti yang dapat dilihat dengan pengenalan Jazeman Jaafar dalam perlumbaan GT dan Nabil Jeffri dalam Siri GP2. Dan walaupun dengan Formula 1 keluar dari kalendar acara tahunan Malaysia, diharapkan inisiatif ini akan terus berkembang dan membangunkan bakat Malaysia dalam sukan bermotor.

PETRONAS juga telah memberikan prestasi baik sepanjang 19 tahun ini dengan menggabungkan pelbagai pasukan F1, kini dengan juara dunia tiga kali Mercedes AMG Petronas Motorsport. Ia nyata satu palform yang amat sesuai bagi syarikat tersebut dalam mengembangkan pelincir yang sesuai untuk penggunaan jalan biasa. PETRONAS diberi penghormatan untuk menganjurkan Grand Prix PETRONAS Malaysia dan pengembaraan PETRONAS dalam Formula Satu akan berterusan sebagai rakan kongsi teknikalkepada Mercedes AMG PETRONAS Motorsport. Diharapkan syarikat petroleum nasional ini akan terus memupuk bakat baharu, dan membawa teknologi bahan api dan pelinciran yang dibangunkan untuk juara dunia Formula Satu kepada pengguna jalanraya.

Hari ini 1 oktober 2017, Malaysia akan menjadi tuan rumah ke-15 perlumbaan F1 pada musim 2017. Selama bertahun-tahun, acara ini telah berkembang daripada hanya satu perlumbaan kepada acara yang penuh dengan aktiviti yang menarik.

Selamat jalan F-1, walaupun litar ini merupakan satu satunya litar yang dianugerahkan penggunaan F-1 dalam namanya.

Kenderaan klasik UK tak perlu pemeriksaan lagi

Honda CBX
Mulai Mei 2018, kenderaan berusia lebih 40 tahun di UK akan dikecualikan daripada ujian MoT atau JPJ di sana. Ia berikutan fahaman bahawa kenderaan berusia sedemikian digunakan jarang dan akan dijaga dengan baik oleh pemiliknya.

Pada masa ini, kenderaan yang dibuat sebelum tahun 1960 tidak memerlukan sijil MoT untuk pembaharuan cukai jalan di sana. Peraturan baharu bermakna pemilik motosikal  yang dibina pada tahun 1978 juga tikan akan terpaksa melalui pemeriksaan MoT setiap tahun. Jabatan Pengangkutan Jalan di sana menganggarkan bahawa ini bermakna tambahan 293,000 kereta dan motosikal UK tidak akan memerlukan pemeriksaan MoT lagi.


Pandangan yang matang.

Juara F1 Lewis Hamilton dedahkan F4 LH44

 MV Agusta dan bintang Formula Satu Lewis Hamilton sekali lagi bekerjasama untuk memperkenalkan sebuah motosikal edisi khas, iaitu MV Agusta F4 LH44, yang dijangkakan bernila £53,900. Ia nya telah didedahkan kepada dunia pada 28 September lepas.
Motosikal baharu ini didasarkan pada RC F5 205bhp dan dilengkapi dengan kit yang merangkumi unit peredam bunyi titanium dan unit kawalan untuk meningkatkan kuasa kepada 212bhp. Logo harimau bintang atau panther Lewis Hamilton juga dipaparkan di atas motosikal keluaran khas ini yang datang  dalam warna Candy Apple Red sama seperti keluaran khas MV dan Hamilton sebelum ini iaitu Dragster RR LH44. MV Agusta telah mencapai persetujuan dengan pengilang suspensi Ohlins untuk mewarnakan tupang atau fork dan penyerap kejutan dengan warna hitam dan bukan kuning emas seperti lazimnya.
Pelananya adalah campuran kulit dan Alcantara, manakala enjinnya benar-benar hitam. Fairings dibuat dari serat karbon dan terdapat juga penutup bahan api lumba, roda tempaan dan roda belakang dimesin CNC. Malah tayar di atas motosikal ini direka secara eksklusif oleh Pirelli Supercorsa SPs dengan dinding merah dan logo LH44.
 Harganya belum disahkan, tetapi ketahuilah bahawa hanya 44 buah motosikal ini akan dibina, jadi anda boleh bayangkan sendiri bahawa ia nya tentu bukan murah. Kita layan gambar saja lah.....