Marquez main taktik di GP Czech?

Marc Marquez menafikan bahawa dia telah sengaja melambatkan rentaknya sebelum hentian pit selepas pusingan keduanya pada GP Republik Czech minggu lalu. Beliau dikatakan sengaja mengelakkan pelumba lain tahu bahawa dia akan beralih ke tayar kering atau slick.

"Sekiranya ia telah disengajakan, tentu saya hanya akan turun cuma empat tempat ke belakang," katanya. Sebaliknya, dia telah corot sepuluh ledudukan ke belakang akibat kesilapan pilihan tayar basah lembut yang dipilihnya,dan ini mendesak beliau membuat keputusan mendadak dan tidak dijangka untuk memasuki pit dan beralih kepada tayar kering.


Marquez pada akhirnya memenangi perlumbaan tersebut.


Ducati Multistrada 1200 Enduro Pro serious lasak

Ducati Multistrada 1200 Enduro Pro tentunya bersedia untuk ditunggang lasak di luar jalan berturap dan merentas belantara. Ia sebenarnya mengunakan beberapa alatganti yang sedia kedapatan dalam senarai alatganti Ducati dengan ditambah penggunaan tayar Pirelli Scorpion Rally bagi menggantikan tayar Scorpion Trail II yang digunakan Multistrada Enduro biasa. Kebanyakan kit ini sudah tersedia dalam pakej pilihan 'Enduro' dan 'Sport' Ducati.

 Jentera menarik ini juga dihiasi dengan beberapa kerja hiasan kosmetik warna pasir dan kemasan legap atau matte, serta bar pelindung kemalangan Touratech yang dilengkapi lampu sorot LED. Ekzos Termignoni tersebut juga merupakan peralatan standard, begitu juga skrin pelindung yang lebih rendah yang dirasakan lebih baik untuk menunggang di lua jaan bertuap, agar lebih mudah untuk melihat ketika berdiri di atas pasak atau pemijak kaki.