ERL LANCAR MYKLIA DAN MYPUTRAJAYA MONTHLY TRAVELCARDS UNTUK PENJIMATAN PENGGUNA

Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) hari ini melancarkan MyKLIA Monthly TravelCard dan MyPutrajaya Monthly TravelCard, satu inisiatif strategik yang menawarkan kadar tambang lebih rendah dan berpatutan khusus kepada pengguna kerap di laluan terpilih. Selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan kesejahteraan rakyat dan kemampanan hidup, inisiatif ini dirangka bagi membantu meringankan beban kos sara hidup, di samping menggalakkan penggunaan pengangkutan awam yang lebih cekap, selamat dan lestari.

MyKLIA Monthly TravelCard ditawarkan secara eksklusif kepada komuniti lapangan terbang yang bekerja di KLIA Terminal 1 (T1) dan Terminal 2 (T2), manakala MyPutrajaya Monthly TravelCard disasarkan kepada penjawat awam yang bekerja atau menetap di Putrajaya dan Cyberjaya.


Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YB Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan
Malaysia, bersama YBrs. Encik Muhammad Hariz Mohd Nadzmi, Ahli Lembaga Pengarah ERL, mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh sistem mobiliti negara yang inklusif dan responsif terhadap keperluan rakyat.
“Inisiatif ini mencerminkan peranan ERL bukan sekadar sebagai penyedia perkhidmatan rel lapangan terbang, tetapi sebagai rakan mobiliti harian yang diyakini. Kami komited untuk memastikan perjalanan yang pantas, selamat dan konsisten dapat diakses oleh lebih ramai rakyat
Malaysia, khususnya dalam menghadapi cabaran kos sara hidup,” kata YBrs. Encik Muhammad Hariz Mohd Nadzmi.


Manfaat Utama kepada Rakyat
Inisiatif ini memberi nilai tambah yang signifikan, khususnya kepada:
• Kakitangan lapangan terbang yang berulang-alik ke/dari KLIA T1 dan T2
• Penjawat awam yang berulang-alik ke/dari Putrajaya dan Cyberjaya


Selain penjimatan kos yang ketara, pengguna turut menikmati:
• Perjalanan tanpa had setiap bulan
• Pengurangan kebergantungan kepada kenderaan persendirian
• Pengalaman perjalanan yang lebih selesa, selamat dan tepat masa
Pendekatan ini mencerminkan prinsip ihsan dan keseimbangan dalam memastikan akses mobiliti
yang adil kepada kumpulan sasaran.



Tempoh Promosi dan Cara Pembelian
Kedua-dua pas bulanan ini boleh dibeli mulai 24 April hingga 1 Julai 2026, dengan tempoh sah perjalanan dari 1 Mei hingga 31 Julai 2026.
MyKLIA Monthly TravelCard (MTC):
1. Pekerja mesti menyerahkan maklumat peribadi kepada majikan, dan majikan
dikehendaki menghantar borang yang telah lengkap ke MyKLIA@KLIAekspres.com
untuk pengesahan.
2. Selepas pengesahan, e-mel pengesahan yang mengandungi log masuk dan kata laluan sementara akan dihantar dalam tempoh empat (4) hari bekerja.
3. Log masuk ke www.KLIAekspres.com atau aplikasi mudah alih KLIA Ekspres untuk
membeli baucar tambah nilai MyKLIA MTC.
4. Tebus baucar tambah nilai untuk MyKLIA MTC menggunakan MyKad anda di stesen
perjalanan yang dipilih.Reference Number: ERL-CEO-1419126-MEDprs-lgmmm
MyPutrajaya Monthly TravelCard (MTC):
1. Penjawat awam yang layak perlu mendaftar MyKad mereka secara dalam talian melalui laman web https://mykad.KLIAekspres.com/ .
2. Setelah pengesahan dibuat, penjawat awam yang layak akan menerima e-mel pengesahan untuk pembelian MyPutrajaya MTC.
3. Selepas pendaftaran disahkan, penjawat awam yang layak boleh membeli baucar tambahnilai MyPutrajaya MTC melalui laman web ERL (www.KLIAekspres.com) atau aplikasi mudah alih KLIA Ekspres.
4. Baucar tambah nilai akan dikeluarkan untuk penebusan di stesen perjalanan terpilih berdasarkan laluan yang dipilih.
Komitmen ke Arah Mobiliti Mampan
Pelaksanaan inisiatif ini memperkukuh peranan ERL dalam menyokong agenda mobiliti hijau, meningkatkan kesalinghubungan, serta memacu sistem pengangkutan awam yang lebih mampan,
sejajar dengan nilai kemampanan dan kesejahteraan.