Perodua
Aruz, kini dibuka untuk tempahan dengan anggaran harga antara
RM72,200 dan RM77,200 (harga atas jalan tanpa insurans di
Semenanjung Malaysia). Kenderaan
Sport Utiliti (SUV) tiga-barisan tujuh-tempat duduk ini merupakan model transformasi keempat mereka yang menandakan piawaian baharu dari
sudut kualiti, ruang, kecekapan bahan api dan keselamatan yang
diperakui dengan penarafan keselamatan 5-bintang
oleh ASEAN NCAP.
Perodua
Aruz ini ditawarkan dengan dua varian iaitu 1.5 X dan 1.5 Advance,
dengan
lima warna iaitu putih Ivory White, perak Glittering Silver, biru Electric Blue, kelabu
Granite Grey dan warna baharu, hijau Amazon Green.
"Dengan
pelbagai aspek yang dipertingkatkan, Perodua Aruz adalah antara SUV
yang menawarkan nilai terbaik di Malaysia," kata Presiden dan
Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato' Zainal Abidin Ahmad, sambil
menambah bahawa kenderaan tersebut dilengkapi dengan waranti lima
tahun/150,000 km (yang mana terdahulu).
"Perodua
Aruz dijangka melengkapkan barisan produk kami yang sedia ada dan
berdasarkan pakej produk yang ditawarkan, kami mensasarkan jualan
purata bulanan sebanyak 2,500 unit atau 31,200 unit untuk tahun
2019," tambah Dato' Zainal.
Penarafan 5-bintang ASEAN NCAP bagi model baharu ini dicapai melalui penampilan
ciri-ciri keselamatan seperti Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Bantuan
Mula-Daki (HSA), ISOFIX dan enam beg udara. Semua ciri-ciri tersebut
terdapat pada semua varian.
Tambahan
lagi, varian Advance menampilkan sistem bantuan pemanduan selamat
(ASA) yang telah dipertingkatkan, dipanggil ASA 2.0.
Ciri-ciri
baharu ASA 2.0 adalah pengesan pejalan kaki sehingga kelajuan pemanduan 50 km/j dan Amaran
Pra-Pelanggaran dengan kelajuan operasi yang ditingkatkan sehingga 100 km/j dan 80 km/j untuk sistem Brek Pra-Pelanggaran. Sistem
keselamatan ini juga menggabungkan Amaran Pergerakan Kenderaan
Hadapan (Front
Departure Alert)
dan Kawalan Kesilapan Menekan Pedal (Pedal
Misoperation Control).
ASA
adalah sistem bantuan pemanduan yang membantu mengurangkan risiko
pelanggaran dan bukan gantian kepada pemanduan selamat. Sentiasa
waspada dan berhati-hati ketika memandu.
"Perodua
Aruz amat sesuai untuk keluarga dan mereka yang mempunyai gaya hidup
yang aktif dan beraspirasi. Posisi tempat duduk yang tinggi
memberikan penglihatan yang baik ketika memandu, manakala ruang yang
luas dan susunan tempat duduk yang fleksibel menjadikan model ini
serba boleh dan boleh disesuaikan dengan apa-apa aktiviti yang anda
ingin lakukan," kata Dato' Zainal.
Trenkuasa
yang cekap untuk Perodua Aruz dibina di Sendayan, Negeri Sembilan,
terdiri daripada enjin empat silinder 1.5 liter blok aluminium dengan
Dual VVT-i dan transmisi automatik yang dikawal secara elektronik
(E-AT).
Ianya
digabungkan dengan Sistem Melahu Eko (Eco Idle) untuk memberi
kecekapan bahan api sehingga 15.6 km/l dan membolehkan ia diiktiraf
oleh kerajaan sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).
Memaparkan
lampu depan LED dengan fungsi Follow-Me-Home
(lampu auto pada varian Advance), Perodua Aruz juga diggayakan dengan
rim aloi dwi-tona berukuran 17-inci, dengan ketinggian 220 mm dari
aras tanah.
Akses
Pintar dengan Butang Mula/Henti Enjin adalah standard untuk semua
varian, manakala untuk varian Advance, lampu kabus dan rel bumbung
ditambah untuk memberikan gaya yang lebih kepada varian tersebut.
Bahagian
dalaman menyerlahkan lagi fungsi, gaya dan praktikal, di mana model
ini turut dilengkapi dengan cangkuk anti-ragut untuk menghalang
kecurian dan cangkuk utiliti di bahagian belakang kerusi.
Semua
varian dilengkapi radio skrin sesentuh dengan paparan kamera undur,
penghawa dingin digital dengan dua tetapan memori, corong penyaman
udara untuk penumpang belakang dan alat pembaca kad tol terbina
dalam.
Barisan
tempat duduk kedua dibahagi 60:40, manakala barisan ketiga 50:50.
Kedua-dua barisan tempat duduk ini boleh dilaras, dilipat dan
digolek, menghasilkan banyak ruang dan konfigurasi untuk memenuhi
setiap acara dan gaya hidup. Terdapat port pengecasan untuk
ketiga-tiga barisan tempat duduk.
Bahagian
dalaman untuk varian Advance adalah lebih eksklusif dengan kemasan
kerusi kulit, stereng yang dibalut kulit dengan kawalan terima
panggilan, serta perakam video memandu bersepadu. Varian teratas juga
turut dilengkapi dengan HDMI, Smart Link, Bluetooth dan navigasi yang
mana ditambah ke dalam sistem skrin sesentuh.
"Untuk
maklumat lanjut mengenai Perodua Aruz, kami amat mengalu-alukan orang
ramai untuk berkunjung dan bercakap dengan penasihat jualan kami yang
sah di mana-mana cawangan jualan kami di seluruh negara.
"Perodua
Aruz akan muncul di bilik pameran tidak lama lagi. Jangan tunggu
lagi, tempah sekarang untuk menganjakkan gaya hidup anda untuk tahun
baharu 2019!” kata Dato' Zainal.