Saingan terus bermakna bagi semua peserta YPSS


Litar Jasin, Melaka telah menjadi tuanrumah Pusingan 6 kejohanan Yamaha Petronas Super Series (YPSS), dengan panjang keseluruhan 1.106 km yang dihiasi 9 selekoh dan lurusan terpanjang sejauh 252 meter, pada 5 dan 6 Ogos lepas.

Md Aiman Aziz, pelumba No 4 dari Kuala Lumpur masih mendahului kutipan mata keseluruhan sehingga akhir pusingan 6 bulan lepas, setelah memenangi kesemua empat perlumbaan terdahulu walaupun buat kali pertamanya tidak berjaya menamatkan perlumbaan di Jasin. Mengekori dengan 25 mata di belakang beliau ialah pelumba jentera No 2, Md Faris Md Fazi yang dicabar Md Adib Md Asri yang menunggang jentera No 3, dengan kutipan mata terkini sebanyak 69 mata.
Adib mendahului dengan 11 mata berbanding pencabar terdekatnya iaitu Zaifi Zaini pelumba No 20 yang juga merupakan juara di Jasin dan menaiki podium buat kali pertama. Turut mengalami pengalaman pertama menaiki podium merupakan pelumba jentera No 10 iaitu Md Hazim Md Fairues, yang diikuti Md Usammah Md Narzam yang sekali lagi menduduki tempat ketiga podium setelah mencapai kejayaan yang sama di Psingan 5 di Serdang Selangor dalam  bulan Julai sebelum itu.
Namun begitu Hazim dan Usammah tidak sekali kali harus berasa selesa memandangkan kedudukan keseluruhan mereka didahului oleh Md Faiz Halim dan Akif Hakimi Zainuddin yang masing masing mengutip 46 dan 45 mata sehigga kini walaupun mereka tidak pernah menaiki podium sehingga kini.

Berbaki empat pusingan musim ini, kebanyakkan pelumba lain masih mampu mempersembahkan cabaran kepada kelompok hadapan jika mereka berusaha lebih keras dalam memperbaiki prestasi mereka dalam kejohanan satu pengeluar yang dianjurkan Yamaha ini dengan sokongan Petronas. Kejohanan satu pengeluar sebegini sering menjadi batu loncatan ke dalam arena prlumbaan bagi anak anak muda berbakat, yang mungkin satu hari nanti akan mampu mengharumkan nama negara dipersada antarabangsa.

Mari kita ikuti perkembangan mreka selanjutnya hari ini dan esok di Pusingan 7 yang berlangsung di Pasir Puteh, Bachk, Kelantan.