Perodua lancar kempen keselamatan 5-tahun

Perodua telah melancarkan satu kempen keselamatan jalan raya yang bertujuan menggalakkan tingkah laku pemandu untuk mematuhi undang-undang lalu lintas asas serta mengamalkan tabiat pemanduan yang baik. Kempen ini akan berlangsung selama lima tahun di seluruh negara.

Tumpuan awal program ini adalah pada empat tabiat pemanduan yang baik, iaitu memakai tali pinggang keledar, tidak menggunakan peranti mudah alih semasa memandu, penggunaan lampu isyarat tunjuk arah dan penggunaan kerusi kanak-kanak.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Dr Aminar Rashid Salleh berkata kempen keselamatan itu termasuk mempamerkan bahan promosi di kedai-kedai jualan dan servis Perodua di seluruh negara. Mesej keselamatan disasarkan untuk menjangkau 1 juta pelanggan dalam tempoh setahun dari program ini.

"Kami percaya bahawa sasaran 1 juta ini dapat dicapai dengan jumlah 1.2 juta pelanggan yang menjunjungi pusat jualan dan perkhidmatan kami setiap tahun, dan kami akan mengambil kesempatan ini untuk mendidik kebiasaan memandu positif menerusi sentuhan ini," kata Aminar .

Kempen Keselamatan Jalan Raya Perodua dan Tempat Duduk Kanak Kanak Perodua telah dilancarkan secara rasminya oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, YB Dato 'Ab Aziz Kaprawi pada satu majlis di Perodua Sentral, Petaling Jaya di sini pada 30 Oktober lepas.

Mulai sekarang hingga Tahun Baru Cina 2018, tempat duduk kanak kanak ditawarkan pada harga pengenalan RM660 untuk Bayi dan RM780 untuk Kanak Kanak. Selepas tempoh promosi, Tempat Duduk Bayi akan berharga RM790 dan yang Kanak Kanak pada RM980.

"Kami percaya bahawa produk yang kami tawarkan bersaing dengan jenama lain, apatah lagi ia nya datang dengan pengiktirafan kami," kata Datuk (Dr) Aminar.

Tempat duduk bayi itu direka untuk bayi yang seberat sehingga 13 kg dan boleh didapati dalam warna merah atau kelabu. Sementara itu, kerusi kanak kanak adalah untuk kanak-kanak seberat 9-36 kg dan ditawarkan dalam warna merah atau hitam.

Satu lagi inisiatif keselamatan Perodua ialah pemeriksaan kenderaan Tweckbot. Perodua menjadi salah satu pembuat kereta pertama di Malaysia untuk memiliki kempen keselamatan berasaskan media sosial apabila Tweckbot dilancarkan pada tahun 2011.


Menawarkan pemeriksaan kenderaan 50-perkara percuma untuk semua kenderaan Perodua setiap tempoh perayaan, Tweckbot telah memeriksa kira-kira 5,000 kenderaan sejak penubuhannya, mewakili usaha Perodua untuk memastikan keselamatan dan kesesuaian kenderaannya.

"Sebagai sebahagian daripada Program Keselamatan Jalan Raya selama lima tahun, Perodua berharap dapat bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) untuk membuat jalan raya lebih selamat. "

"Kami adalah penyokong kuat usaha kerajaan dalam meningkatkan keselamatan jalan raya dan mahu memainkan peranan kami," kata Aminar.


Mara Liner Sdn Bhd jual bas elektrik


Jalinan kerjasama strategik bagi menjalankan pembangunan, pembuatan serta kejuruteraan bagi penghasilan bas elektrik untuk pasaran tempatan telah dimaterai antara GO Automobile Manufacturing Sdn Bhd (GO Automobile) dan Mara Liner Sdn Bhd (MLSB) serta Higer Bus Company Limited .  Hasil kerjasama tersebut, MLSB juga dilantik sebagai wakil jualan sah selain menyediakan perkhidmatan selepas jualan bagi semua produk Go Auto termasuklah bas elektrik.

" Kami berbesar hati kerana diberikan peluang oleh MLSB," kata Pengarah Eksekutif GO Auto, Dato' SM Azli SM Nasimuddin Kamal. Pihaknya turut menyerah seunit bas elektrik kepada MLSB bagi tujuan latihan dan penyelidikan. Kerjasama ini dianggarkan menelan kos pelaburan lebih daripada RM30 juta selain bakal melonjakkan lagi GO Automobile dan MLSB dalam industri pengangkutan negara lebih berdaya saing dalam teknologi kenderaan elektrik (EV).  Ini secara tidak langsung meletakkan GO Automobile sebagai antara syarikat peneraju utama yang komited mahu membangunkan ekosistem EV secara serius.
 Go Automobile & MLSB menandatangai majlis perjanjian persefahaman (MoU) dalam acara Memacu Agenda Bumiputera pada April lepas yang turut disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Dengan perjanjian itu, GO Automobile bakal membekal bas elektrik kepada MLSB bagi program di bawah UNIBUS Initiative yang akan dilaksanakan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor pada Januari 2018 sebelum meneruskan ke universiti pengajian awam lain.

Akid mungkin muncul Juara Keseluruhan di Batu Kawan




Mohd Akid Aziz semakin hampir untuk mempertahankan gelaran juara keseluruhan dalam kategori CP115 menjelang saingan Pusingan 9 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2017. Pusingan 9 akan berlangsung di Batu Kawan, Pulau Pinang, 4 dan 5 November ini.

Juara bertahan dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu pernah menyertai kem latihan YAMAHA VR46 MASTER CAMP kali ketiga bersama Valentino Rossi pada bulan Mei lepas.

Akid kini selesa mendahului kedudukan dengan mengumpul 155 mata, 48 mata mengatasi rakan sepasukan, Mohd Haziq Mohd Fairues di kedudukan kedua dengan 107 mata. Akid perlu menamatkan perlumbaan di tempat ke-14 atau lebih baik bagi memungut minima dua mata untuk mengesahkan gelaran juara keseluruhan CP115 untuk tahun kedua berturut-turut. Cuma Haziq masih berpeluang mencabar, namun agak sukar dengan hanya baki dua pusingan sahaja lagi.
Gandingan Mohd Akid dan Mohd Haziq terlebih dahulu berjaya mempertahankan gelaran pasukan terbaik buat PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor pada musim lepas setelah perlumbaan pusingan 8 di Jempol, Negeri Sembilan berakhir. Pasukan ini turut telah mengesahkan status pasukan terbaik dalam kategori CP150 di Jempol.

Segalanya belum berakhir di MotoGP Sepang

 Hujan di Sepang seolah memastikan ulangan kemenangan penunggang pasukan Ducati, Andrea Dovizioso untuk memastikan kemenangan keenamnya musim ini. Meredah  hujan untuk mengejar dan memintas rakan sepasukan Jorge Lorenzo, Dovizioso tamat lebih tujuh persepuluh saat di hadapan pelumba Majorcan itu untuk meraih kemenangan satu-dua bagi pasukan untuk Ducat. Saingan utamanya Marc Marquez (Repsol Honda Team) terlepas dari menaikih melintas garisan penamat di tempat keempat, gagal memintas Johann Zarco (Monster Yamaha Tech 3) yang menyempurnakan podium selepas permulaan yang menakjubkan, untuk meraih gelaran pelumba Pasukan Bebas terbaik.

Marquez yang sebenarnya membolos ke hadapat di awal perlumbaan dari barisan ketiga, namun Juara bertahan itu tersasar bersama Lorenzo dan ini membolehkan Zarco memintas ke hadapan. Setelah itu, pelumba Perancis tersebut tangkas menjarakkan diri jauh ke hadapan, dan Lorenzo bergerak untuk mengejar penunggang Tech 3 tersebut. Dovizioso yang pada mulanya tampat tewas mula membuka langkah.
Jurang pimpinan Zarco mula merosot, dan Dovizioso melewati Marquez, dan kedua dua pelumba Ducati tersebut dapat melintas pelumba Perancis. Marquez kelihatan seperti akan mengambil tempat ketiga dari Zarco, tetapi Juara bertahan tersebut seakan tidak dapat membuat keputusan. Di hadapan mereka, Lorenzo memimpin kemajuan dua jentera merah tersebut - namun JL99 kemudiannya hilang tumpuan di selekoh 15 dengan kakinya terlucut dari pemijak. 'DesmoDovi' terus mengambil peluang tersebut untuk memboloskan diri, dan kemudiannya mendesak jenteranya di beberapa pusingan akhir perlumbaan. Lorenzo kembali merapat kurang dari satu saat di belakangnya apabila tiba di garisan, dengan Zarco kembali ke podium di tangga ketiga.
Marquez berada lapan saat lagi di belakang pada kedudukan keempat, dengan rakan sepasukan Dani Pedrosa (Repsol Honda Team) melengkapkan lima teratas selepas persembahan yang lebih baik dalam keadaan basah bagi beliau yang pernah menang di litar ini dalam keadaan yang sama. Danilo Petrucci (Octo Pramac Racing) mempersembahkan prestasi superstar dalam keadaan basah kerana dia terpaksa bermula dari belakang selepas masalah teknikal dengan motosikal nombor satunya, dan bergerak naik untuk mengambil tempat keenam, maju lebih daripada 15 kedudukan.
Valentino Rossi (Movistar Yamaha MotoGP) mendekati rakan senegaranya pada akhir perlumbaan untuk mengambil tempat ketujuh hanya empat persepuluh saat di belakangnya, menjelang penamat yang lebih sunyi bua tpelumba EG 0,0 Marc VDS, Jack Miller di kedudukan P8. Maverick Viñales (Pasukan Suzuki Ecstar) menghadapi hari yang sukar untuk tamat kesembilan, dengan Pol Espargaro (Red Bull KTM Factory) memberi KTM satu lagi penyudahan sepuluh teratas berturut-turut selepas satu persembahan yang mengagumkan.

Alvaro Bautista (Pull & Bear Aspar Team) mengambil kedudukan P11, dengan baki kutipan mata disempurnakan oleh Bradley Smith (Red Bull KTM Factory Racing), Scott Redding (Octo Pramac Racing), Hector Barbera (Reale Avintia Racing) dan Cal Crutchlow (LCR Honda.

Kini iai benar-benar peluang terakhir untuk  kedua-dua pencabar gelaran dalam pertarungan terakhir di Valencia. Marquez kini mendahului dengan 21 mata, jadi ia nya adalah sasaran yang agak sukar untuk 'DesmoDovi'. Tetapi dalam perlumbaan, segalanya mungkin, dan ia nya masih tidak mustahil.

Keputusan 10 teratas MotoGP Sepang
1    Andrea DOVIZIOSO   Ducati    148.2    44'51.497
2    Jorge LORENZO         Ducati    148.2    +0.743
3    Johann ZARCO           Yamaha    147.7    +9.738
4    Marc MARQUEZ        Honda    147.3    +17.763
5    Dani PEDROSA          Honda    146.6    +29.144
6    Danilo PETRUCCI      Ducati    146.6    +30.380
7    Valentino ROSSI         Yamaha    146.6    +30.769
8    Jack MILLER              Honda    146.3    +35.238
9    Maverick VIÑALES    Yamaha    146.2    +38.053
10  Pol ESPARGARO         KTM    146.1    +39.847


Kedudukan mata MotoGP 2017 menjelang perlumbaan akhir
1    Marc MARQUEZ          Honda    SPA    282
2    Andrea DOVIZIOSO    Ducati    ITA    261
3    Maverick VIÑALES    Yamaha    SPA    226
4    Valentino ROSSI          Yamaha    ITA    197
5    Dani PEDROSA           Honda    SPA    185
6    Johann ZARCO            Yamaha    FRA    154
7    Jorge LORENZO          Ducati    SPA    137
8    Danilo PETRUCCI       Ducati    ITA    121
9    Cal CRUTCHLOW      Honda    GBR    104
10    Jonas FOLGER          Yamaha    GER    84
11    Alvaro BAUTISTA    Ducati    SPA    75
12    Jack MILLER             Honda    AUS    73
13    Scott REDDING         Ducati    GBR    64
14    Aleix ESPARGARO   Aprilia    SPA    62
15    Andrea IANNONE     Suzuki    ITA    60
16    Pol ESPARGARO       KTM    SPA    55
17    Alex RINS                  Suzuki    SPA    46
18    Loris BAZ                   Ducati    FRA    45
19    Karel ABRAHAM      Ducati    CZE    30
20    Tito RABAT                Honda    SPA    29
21    Hector BARBERA     Ducati    SPA    27
22    Bradley SMITH          KTM    GBR    24
23    Michele PIRRO          Ducati    ITA    18
24    Mika KALLIO            KTM    FIN    11
25    Sam LOWES              Aprilia    GBR    5
26    Katsuyuki NAKASUGA    Yamaha    JPN    4
27    Sylvain GUINTOLI     Suzuki    FRA    1
28    Michael VAN DER MARK    Yamaha    NED   
29    Takuya TSUDA           Suzuki    JPN   
30    Hiroshi AOYAMA       Honda    JPN   
31    Broc PARKES             Yamaha    AUS   

Cabaran Yamaha NVX kekal hangat

Cabaran Yamaha NVX yang dibawa oleh pihak Hong Leong Yamaha bersama-sama penganjur bermula pada pusingan keenam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Jasin, Melaka pada Ogos lepas.

Perlumbaan yang menggunakan motosikal Yamaha NVX 155 melibatkan penyertaan 20 remaja belasan tahun dalam pencarian bakat baharu sukan permotoran kini. Acara ini menggunakan format serupa dengan dua perlumbaan satu pengeluar sedia ada iaitu Yamaha Petronas Super series dan juga Honda Wave Alpha Challenge. Dengan itu, pengenalan kategori ini menjadi satu lagi landasan untuk remaja belasan tahun mempamerkan kebolehan mereka dalam usaha untuk melahirkan lebih ramai pelumba muda berpotensi.
Setelah tiga pusingan berlangsung, kedudukan keseluruhan Cabaran Yamaha NVX ini didahului Md Muazim Shah Anuar, penunggang jentera bernombor 17 dari Selangor. Muazim yang menunggang untuk pasukan NVX Sheng Kong Motor kini berbekalkan 48 mata menjelang pusingan kesembilan hujung minggu ini d Batu Kawan kelak.

Dengan 50 mata lagi menjadi rebutan, saingan untuk Cabaran Yamaha NVX 155 ini nyata masih sengit bagi kebanyakan pelumba muda ini.Pencabar terdekat Muazim merupakan teman senegerinya Md Shafiq Kamaruzzaman dengan jentera bernombor 14 dari pasukan NVX Berjaya Mega. Pertama kali menaiki podium cabaran ini di Jempol dalam pusingan lepas, Shafiq membawa 44 mata bersamanya, mendahului rakan sepasukannya Md Harith Rosmaza yang hanya 3 mata di belakang.
Di belakang mereka, dua lagi pelumba yang masing masing pernah menduduki tangga kedua podium iaitu Md Zairul Kazzreen (15) dari pasukan NVX GT-MAX dan Alim Akmal Md Zumali (2) yang mewakili pasukan NVX BLH Racing masing masing berbekal 37 mata, nyata masih mampu memberika cabaran sengit kepada ketiga kita pendahulu hadapan.

Pelumba berikutnya dalam carta keseluruhan Md Fariszul Hasmi dan kesemua mereka yang lain walaubagaimanapun masih boleh memberikan saingan dberkesan dalam baki dua perlumbaan musim ini, menjadikan cabaran NVX 155 ini sesuatu yang masih perlu diberikan perhatian oleh peminat perlumbaan motosikal tempatan. Saksikan aksi mereka di Batu Kawan hujung minggu ini!