Showing posts with label Batu Kawan. Show all posts
Showing posts with label Batu Kawan. Show all posts

Batu Kawan litar penentu musim?

Saingan Pusingan 8 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS bakal menyaksikan beberapa pelumba berpeluang untuk mengesahkan gelaran selaku juara keseluruhan di Batu Kawan, Pulau Pinang pada hujung minggu ini.

Dalam saingan CP150, pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing, Ahmad Afif Amran kini sedang mendahului senarai keseluruhan dengan mengumpul 160 mata, 49 mata mengatasi Kasma Daniel kasmayuddin yang berada di kedudukan kedua dengan 111 mata sementara rakan sepasukan Afif, Md Hafiz Nor Azman di kedudukan ketiga dengan 103 mata.
 Seandainya Afif berjaya menamatkan saingan di hadapan kedua-dua pelumba tersebut Afif bakal mengesahkan gelaran keseluruhan CP150 seawal pusingan kelapan memandangkan Md Akid Aziz yang kini berada di kedudukan keempat kini 87 mata ketinggalan di belakang dengan hanya baki 75 mata maksimum perlumbaan sahaja lagi.

“Sebenarnya peluang masih terbuka untuk Kasma dan Hafiz. Saya tidak menetapkan sasaran untuk memenangi gelaran di Batu Kawan sebaliknya hanya fokus untuk memberi aksi terbaik dan menamatkan perlumbaan di kedudukan terbaik. Paling penting, saya tidak boleh melakukan sebarang kesilapan yang merugikan,” jelas Afif.
 Sementara itu, dalam saingan CP115, Tengku Amirul Haffirudin juga bakal dinobatkan selaku juara keseluruhan selepas selesa mendahului kedudukan keseluruhan ketika ini dengan 163 mata.
Pelumba Motul Zeneos Yamaha YY Pang itu kini 67 mata mendahului rakan sepasukan, Md Fareez Afeez manakala tempat ketiga milik pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor dengan 92 mata.

Tengku Amirul hanya perlu menamatkan saingan di kedudukan kelapan bagi mengesahkan gelaran seandainya Md Fareez memenangi perlumbaan. Namun, berdasarkan keputusan semasa, pelumba kelahiran Terengganu itu pasti mahu menambah koleksi untuk meraih kemenangan ketujuh setelah berjaya memenangi enam perlumbaan dari tujuh pusingan yang telah berlangsung.
Dalam pada itu, Md Aqid Jumali turut berpeluang untuk mengesahkan gelaran keseluruhan kategori PETRONAS Sprinta Pro Am Cup seandainya berjaya menjaurai perlumbaan ataupun tamat di hadapan seteru utama, Md Shahzul Naim Razali. 

Aqid mendahului kedudukan dengan 134 mata, 52 mata dihadapan Shahzol yang mengumpul 82 mata.

Rozaiman sasar Superpole CP150

 Mohd Rozaiman Mohd Said menetapkan sasaran untuk layak ke Superpole dan dapat menamatkan perlumbaan di kelompok lima terbaik pabila beraksi di halaman sendiri di pusingan kelapan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Batu Kawan, Pualu Pinang pada 27 dan 28 Oktober ini.

Pelumba AHM Motorsports Yamaha Racing itu ketika ini menduduki tangga ke-14 keseluruhan setelah mengumpul 30 mata dengan pencapaian terbaik menamatkan saingan di tempat keempat pada pusingan kelima yang berlangsung di Teluk Intan, Perak pada 1 September lepas.

 “Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan baik minggu ini termasuklah keadaan cuaca. Dari segi jentera, sudah pasti pasukan kami akan terus mencari formula terbaik menjelang aksi di Batu Kawan ini,” jelas pelumba kelahiran Pulau Pinang itu.

Tambahnya, “Walaupun saingan kelompok depan selalunya sengit melibatkan kumpulan pendahulu ketika ini, namun saya yakin pelumba-pelumba lain termasuk dari pasukan kami mampu memberikan saingan.

Cub Prix Batu Kawan hari ini dibatalkan

Berikut adalah pengumuman rasmi dari pihak penganjur mengenai pembatalan tersebut.

"PUSINGAN 9 KEJUARAAN CUB PRIX BATAL ATAS FAKTOR CUACA
Batu Kawan, Pulau Pinang (5 November, 2017): Faktor cuaca buruk memaksa pihak promoter membatalkan Pusingan 9 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS.
Pusingan 9 Kejuaraan Cub Prix yang berlangsung pada 5 November di Batu Kawan, Pulau Pinang. Selepas pemeriksaan keselamatan litar yang dijalankan pada jam 0800, Ahad, mesyuarat steward AAM memutuskan keadaan di perkarangan Stadium Batu Kawan tidak selamat disebabkan hujan lebat dan ribut yang melanda sepanjang hari.
Pusingan akhir Kejuaraan Cub Prix akan bersambung di Bandar Penawar, Johor pada 18 dan 19 November, 2017."7




Akid mungkin muncul Juara Keseluruhan di Batu Kawan




Mohd Akid Aziz semakin hampir untuk mempertahankan gelaran juara keseluruhan dalam kategori CP115 menjelang saingan Pusingan 9 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2017. Pusingan 9 akan berlangsung di Batu Kawan, Pulau Pinang, 4 dan 5 November ini.

Juara bertahan dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu pernah menyertai kem latihan YAMAHA VR46 MASTER CAMP kali ketiga bersama Valentino Rossi pada bulan Mei lepas.

Akid kini selesa mendahului kedudukan dengan mengumpul 155 mata, 48 mata mengatasi rakan sepasukan, Mohd Haziq Mohd Fairues di kedudukan kedua dengan 107 mata. Akid perlu menamatkan perlumbaan di tempat ke-14 atau lebih baik bagi memungut minima dua mata untuk mengesahkan gelaran juara keseluruhan CP115 untuk tahun kedua berturut-turut. Cuma Haziq masih berpeluang mencabar, namun agak sukar dengan hanya baki dua pusingan sahaja lagi.
Gandingan Mohd Akid dan Mohd Haziq terlebih dahulu berjaya mempertahankan gelaran pasukan terbaik buat PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor pada musim lepas setelah perlumbaan pusingan 8 di Jempol, Negeri Sembilan berakhir. Pasukan ini turut telah mengesahkan status pasukan terbaik dalam kategori CP150 di Jempol.

Cabaran Yamaha NVX kekal hangat

Cabaran Yamaha NVX yang dibawa oleh pihak Hong Leong Yamaha bersama-sama penganjur bermula pada pusingan keenam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Jasin, Melaka pada Ogos lepas.

Perlumbaan yang menggunakan motosikal Yamaha NVX 155 melibatkan penyertaan 20 remaja belasan tahun dalam pencarian bakat baharu sukan permotoran kini. Acara ini menggunakan format serupa dengan dua perlumbaan satu pengeluar sedia ada iaitu Yamaha Petronas Super series dan juga Honda Wave Alpha Challenge. Dengan itu, pengenalan kategori ini menjadi satu lagi landasan untuk remaja belasan tahun mempamerkan kebolehan mereka dalam usaha untuk melahirkan lebih ramai pelumba muda berpotensi.
Setelah tiga pusingan berlangsung, kedudukan keseluruhan Cabaran Yamaha NVX ini didahului Md Muazim Shah Anuar, penunggang jentera bernombor 17 dari Selangor. Muazim yang menunggang untuk pasukan NVX Sheng Kong Motor kini berbekalkan 48 mata menjelang pusingan kesembilan hujung minggu ini d Batu Kawan kelak.

Dengan 50 mata lagi menjadi rebutan, saingan untuk Cabaran Yamaha NVX 155 ini nyata masih sengit bagi kebanyakan pelumba muda ini.Pencabar terdekat Muazim merupakan teman senegerinya Md Shafiq Kamaruzzaman dengan jentera bernombor 14 dari pasukan NVX Berjaya Mega. Pertama kali menaiki podium cabaran ini di Jempol dalam pusingan lepas, Shafiq membawa 44 mata bersamanya, mendahului rakan sepasukannya Md Harith Rosmaza yang hanya 3 mata di belakang.
Di belakang mereka, dua lagi pelumba yang masing masing pernah menduduki tangga kedua podium iaitu Md Zairul Kazzreen (15) dari pasukan NVX GT-MAX dan Alim Akmal Md Zumali (2) yang mewakili pasukan NVX BLH Racing masing masing berbekal 37 mata, nyata masih mampu memberika cabaran sengit kepada ketiga kita pendahulu hadapan.

Pelumba berikutnya dalam carta keseluruhan Md Fariszul Hasmi dan kesemua mereka yang lain walaubagaimanapun masih boleh memberikan saingan dberkesan dalam baki dua perlumbaan musim ini, menjadikan cabaran NVX 155 ini sesuatu yang masih perlu diberikan perhatian oleh peminat perlumbaan motosikal tempatan. Saksikan aksi mereka di Batu Kawan hujung minggu ini!