Showing posts with label MSBK. Show all posts
Showing posts with label MSBK. Show all posts

Helmi Azman menyerlah di MSBK600A penutup MSBK 2019

Pelumba Honda Mohd Helmi Azman telah mencuri perhatian dalam kelas SuperSports 600cc bagi Malaysia Superbike Championship 2019 apabila dia meraih tiga kemenangan daripada empat perlumbaan dalam pusingan akhir kejohanan tersebut yang berlangsung hujung minggu lepas. Penunggang Hi Rev SCK Honda Racing tersebut melonjakkan diri di tangga kejuaraan untuk menutup musim 2019 di tempat keseluruhan kedua dengan 171 mata. 
Pendahulu kejuaraan sebelumnya iaitu Azroy Hakeem Anuar telah berhadapan dengan saingan hebat daripada rakan sepasukan Honda Mohd Helmi Azman namun masih dapat menutup tirai musim tahun 2019 ini di tangga teratas dengan 211 mata. Azroy tewas dalam RPerlumbaan 1 dan Perlumbaan 2 kepada Helmi, tetapi berjaya merebut kemenangan dari pesaingnya itu dalam Perlumbaan 3, dan kembali menduduki tempat kedua dalam Perlumbaan 4. Ahmad Afif Amran dari Hong Leong Yamaha Malaysia, tamat ketiga keseluruhan dengan 126 mata.
Kedudukan Keseluruhan Akhir MSBK600 A
Azroy Hakeem Anuar (Boon Siew Honda Racing Team) – 211 mata
Md Helmi Azman (Hi-Rev SCK Honda Racing) – 171
Ahmad Afif Amran (Hong Leong Yamaha Malaysia) – 126
Md Izam Ikmal Ismali (SIC Junior ZK Racing - Kawasaki) – 107
Md Akid Aziz (Hong Leong Yamaha Malaysia) – 93



#7 Adam Norrodin beraksi di MSBK Ahad ini

Pelumba Moto3 Malaysia, Muhammad Adam Norrodin, yang kini bercuti musim panas dari MotoGP, akan mengambil bahagian di Kejohanan Superbike Malaysia (MSBK) 2018 Pusingan 2 hujung minggu ini di Sepang.

Penyertaan Adam dalam bertanding dalam Kejuaraan Supersport 600cc di kejohanan kebangsaan negara ini diusahakan melalui kerja keras rakan perlumbaan dan pemilik pasukan ZK Racing, Muhammad Zulfahmi Khairuddin, yang telah memaparkan Jalur Gemilang dalam perlumbaan 125cc, Moto3 , Kejohanan Dunia Supersports dan Kejohanan Dunia Moto2 dengan Pasukan SIC Racing.

"Saya sangat berharap untuk bersaing dengan abang saya, Muhammad Ibrahim Norrodin di bawah ZK Racing hujung minggu ini. Saya akan menggunakan acara ini untuk mempersiapkan diri saya lebih baik untuk separuh kedua musim MotoGP 2018 ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ZK Racing untuk peluang ini dan saya berhasrat memanfaatkan peluang ini untuk melakukan yang terbaik untuk hasil terbaik, "kata Adam ketika diminta mengulas mengenai perlumbaan hujung minggu ini.
Mengulas mengenai penyertaan Adam, Zulfahmi berkata bahawa ia adalah satu penghormatan bagi pasukan lumba yang baru dibentuk dengan penyertaan Adam dan mekanik SIC Racing Team, Habib untuk bersama dengan pasukan hujung minggu ini.

"Saya harap pelumba saya yang lain akan mengambil kesempatan ini untuk belajar sebanyak mungkin dari Adam. Begitu juga, untuk krew pasukan, mereka boleh belajar dari Habib dengan pengalamannya; menyediakan motosikal untuk kejohanan dunia yang sangat mencabar. Semoga semuanya berjalan lancar dan ZK Racing dapat mencapai keputusan yang baik pada hujung minggu ini, "kata Zulfahmi.

MSBK memasuki pusingan kedua selepas berehat panjang dengan pusingan pembukaan yang diadakan pada pertengahan Mei. Selain dari Kejohanan Supersports, yang dikendalikan berdasarkan peraturan WSBK 600cc, Round 2 juga akan menampilkan pusingan pembukaan Desmo Ducati dan Pusingan 3 Piala Idemitsu Asia (ATC) selain daripada kategori MSBK tradisional Superbike, Superstock dan Super 250.

Selepas perlumbaan di Grand Prix Qatar di Losail dan WSBK Thailand di Buriram, ATC, yang merupakan program pembangunan junior yang disokong oleh pemegang hak MotoGP di seluruh dunia, Dorna, kini diungguli oleh pelumba muda Jepun, Haruki Noguchi. Beliau mempunyai 95 mata - tiga kemenangan dan satu tempat kedua selepas empat perlumbaan; iaitu kelebihan 25 mata berbanding Bill Van Eerde dari Australia dengan 70 mata. Mario Aji dari Indonesia berada di tangga ketiga dengan 53 mata.

Menduduki tangga keempat ialah Afridza Munandar dari Indonesia dengan 48 mata, dan Danial Shahril merupakan pengutip mata tertinggi di Malaysia dengan jumlah keseluruhan 35 mata di tempat ke-5 di antara 20 pelumba itu. Seorang lagi pemain Malaysia, Ibrahim Pawi - adik lelaki pelumba Moto2 Khairul Idham Pawi - berada di tangga ke-15 dalam kedudukan kejuaraan dengan 14 mata.

Remaja Indonesia Sapu Bersih MSBK Pusingan 1



Walaupun menunggang motosikal pinjam, pelumba Indonesia berumur 16 tahun, Surya Narayana berjaya mengatasi kekurangan jentera Honda CBR250Rnya untuk meraih kemenangan berganda dalam pusingan pembukaan Kejohanan Superbike Malaysia 2018 Pirelli Malaysia MSBK di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) semalam.

Surya, yang berasal dari Malang, Jawa Timur dan bertanding di Indonesia Racing Series di Sentul, datang ke Sepang selepas ditawarkan untuk bersaing dalam kelas Super 250 dengan jentera yang disediakan oleh AZ Motor Performance Racing dan ditawarkan pada 'harga sewa istimewa' .

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan yang meminjamkan motosikal saya untuk perlumbaan. Walaupun membayar sewa yang sangat istimewa, mereka masih menyediakan jentera ini dengan baik. Sut perlumbaan ini yang saya pakai hari ini juga dipinjam. Perlumbaan hari ini sangat sengit; tetapi saya gembira kerana memenanginya. Mudah-mudahan, saya dapat teruskan lagi dan memenangi kejuaraan," kata Surya, yang bertanding dalam tiga pusingan tahun lepas dengan keputusan yang bercampur-campur.



"Saya mendapat beberapa kemenangan podium tahun lepas; dan saya benar-benar menikmati persaingannya. Oleh itu, kembali tahun ini untuk musim penuh," kata Surya, yang mengucapkan terima kasih kepada bapa Luth Harith Erwan atas sokongannya dalam menguruskan perlumbaannya di litar sepanjang hujung minggu.

Surya memenangi Perlumbaan 1, yang berlangsung di litar basah selepas hujan pagi di Sepang; menyingkirkan Luth Harith ke tempat kedua dan juara bertahan Muhammad Aiman ​​Tahiruddin pasrah mengambil tempat ketiga.

Di litar kering Perlumbaan 2, ketiga-tiga mereka bertanding untuk tiga tempat teratas sehingga kejadian di selekoh terakhir yang menyaksikan Luth dan Erwan bersentuhan antara satu sama lain; memberikan ruang untuk Surya memboloskan diri ke bendera penamat bagi melengkapkan pertandingan lapan lap tersebut dalam 22 minit 45.699 saat.

Insiden tersebut membolehkan Muhammad Amirul Affiq, seorang pelumba persendirian dan Muhammad Danial Ahmad Shahril yang merupakan produk SIC Junior ZK Racing Team untuk tamat di tempat kedua dan ketiga. Seorang lagi pelumba Junior ZK Racing Team, Daniel el Fahim menduduki tempat keempat.

Kelas Superbike menyaksikan pelumba Malaysia, Azlan Shah Kamaruzaman dari Chia PJ Kawasaki bangkit dari kekecewaan perlumbaan pembukaan untuk mencatat kemenangan selesa di Perlumbaan 2 setelah tamat hampir 40 saat di depan pemenang kedua Mohd Ramdan Rosli dari TOC HKMTOYO Racing Team. Azlan yang merupakan bekas pelumba Moto2 dan juara Kejohanan Supersport Asia Road Racing semasa, terpaksa tamat di tempat ketiga dalam Perlumbaan 1 setelah menghadapi masalah dalam kawalan cengkaman Kawasaki Zx10R pada perlumbaan pagi pembukaan basah.

Perlumbaan pembukaan dimenangi oleh Rajini Krishnan dari Pasukan RACR India, yang melengkapkan pertandingan 12 pusingan dalam 29 minit 25.977 saat. Ramdan pula tamat kedua dengan jentera BMW S1000RR dengan masa 29 minit 38.034 saat.

Kelas Supersport mempunyai cerita yang hampir sama dengan pelumba terjenal Malaysia, Kasma Daniel Kasmayudin memenangi Perlumbaan 2 selepas perlumbaan pembukaan yang mengecewakan apabila juara Cub Prix Malaysia dan bekas penunggang CEV Moto 3 tersebutgagal menamatkan perlumbaan 12 pusingan.

Kasma yang menunggang untuk Hong Leong Yamaha Racing, bagaimanapun terpaksa menggunakah sepenuh pengalamannya bagi menghadapi saingan sengit  Muhammad Helmi Azman dan rakan sepasukan SCK Rapido Hi Rev Honda Racing, Fakhrusy Syakirin Rostam dalam pertempuran tiga penjuru apabila semua mereka tamat dalam masa satu saat di antara satu sama lain.

Dalam Kejuaraan Superstock 1000cc, Azroy Hakeem dari Fastthrottle Motorsports meraih dua kemenangan untuk kawalan awal kejuaraan lima pusingan selepas mengumpul maksimum 50 mata untuk Pusingan 1.

Perlumbaan semalam disiarkan secara langsung melalui live streaming di laman web rasmi SIC; yang mencatatkan sejumlah 106,801 penonton.

Pusingan 2 kejuaraan lima pusingan ini akan diadakan dari 27 hingga 29 Julai kelak.









2018 PIRELLI MALAYSIA SUPERBIKE CHAMPIONSHIP
KEPUTUSAN - TOP 5

Kategori Superbike - Perlumbaan 1 (12 pusingan)
1.Rajini Krishnan (IND) (Kawasaki ZX10R) 29: 25.977s
2. Mohd Ramdan Rosli (MAS) (BMW S1000RR) 29: 38.034s
3. Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) (Kawasaki Zx10R) 29: 46.380s
4. Jonathan Serrapica (SUI) (Yamaha R1) 29: 52.368s
5. Muhammad Jamalul Tarmizi (MAS) (Kawasaki ZX10R) 30: 36.913s

Kategori Superbike- Perlumbaan 2 (12 pusingan)
1.Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) (Kawasaki ZX10R) - 26: 28.948s
2. Mohd Ramdan Rosli (MAS) (BMW S1000RR) - 27: 08.416s
3. Jonathan Serrapica (SUI) (Yamaha R1) 27: 16.631s
4. Muhammad Jamalul Tarmizi (MAS) (Kawasaki ZX10R) 27: 49.143s
5. Rajini Krishnan (IND) (Yamaha R1) - 27: 53.410s

Kategori Superstock- Perlumbaan 1 (Keputusan Gabungan)
1.Azroy Hakeem (MAS) (Honda CBR) 27: 40.452s
2. Adeeb Ali (MAS) (Honda CBR1000RR 27: 41.602s
3. Mohd Radzi Omar (MAS) (Honda CBR1000RF) 27: 46.679s
4. Keith Parrot (MAS) (Yamaha R1) 27: 50.995s
5. Amirul Hafiq Azmi (MAS) (BMW S1000RR) 28: 11.296s

Kategori Superstock - Perlumbaan 2
1.Azroy Hakeem (MAS) (Honda CBR) 26: 45.582s
2. Mohd Radzi Omar (MAS) (Honda CBR1000RF) 27: 29.304s
3. Nasarudin Mat Yusop (MAS) (BMW S1000RR) 27: 33.288s
4. Shahrulnizam Ramli (MAS) (BMW S1000RR) 27: 33.687s
5. Muhamad Harith Baharin (MAS) (Honda CBR1000RR) 27: 52.615s

Kategori Supersport - Perlumbaan 1 (12 pusingan)
1. Ismael Smajli (GER) (Kawasaki ZX6R) 30: 05.067s
2. Muhammad Helmi Azman (MAS) (Honda CBR600RR) 30: 14.113s
3. Ian Robert Dublin (MAS) (Yamaha R6) 31: 04.562s
4. Fakhrusy Syakirin Rostam (MAS) (Honda CBR600RR) 31: 22.122s
5. Abhijith Prasad (IND) (Yamaha R6) 31: 30.996s

Kategori Supersport- Perlumbaan 2 (12 pusingan)
1.Kasma Daniel Kasmayudin (MAS) (Yamaha R6) 28: 49.634s
2. Muhammad Helmi Azman (MAS) (Honda CBR600RR) 28: 49.855s
3. Fakhrusy Syakirin Rostam (MAS) (Honda CBR600RR) - 28: 50.563s
4. Liam Taylor Mcdonald (NZL) (Kawasaki ZX6R) 29: 00.929s
5. Ismael Smajli (GER) (Kawasaki ZX6R) 29: 30.597s

Super 250 Category- Perlumbaan 1 - 8 laps
1.Surya Narayana (INA) (Honda CBR250R) 23: 58.758s
2. Luth Harith Erwan (MAS) (Honda CBR250R) 23: 59.175s
3. Muhammad Aiman ​​Tahiruddin (MAS) (Yamaha R25) 23: 59.795s
4. Muhammad Danial Ahmad Shahril (MAS) (Kawasaki 250SL) 24: 01.403s
5. Zhafir Zarkasha Zamani (MAS) (Yamaha 25) 29.686s

Super 250 Kategori- Perlumbaan 2 - 8 pusingan
1.Surya Narayana (INA) (Honda CBR250R) - 22: 45.699s
2. Muhammad Amirul Affiq (MAS) (Kawasaki 250SL) - 22: 46.501s
3. Muhammad Danial Ahmad Shahril (MAS) (Kawasaki 250SL) - 22: 50.694s
4. Daniel el Fahim (MAS) (Kawasaki 250SL) 22: 53.620s
5. Muhammad Alif Ashraf (MAS) (Yamaha R25) 23: 11.649s

Litar Sepang umum aktiviti 2018


Litar Antarabangsa Sepang (SIC) telah mengumumkan susunan aktiviti perlumbaan tempatan mereka untuk kalendar 2018 bagi memangkinkan sukan bermotor tempatan. Siri Kejohanan Malaysia (MCS) kembali dengan lima pusingan  bermula dari 30 Mac, manakala peminat perlumbaan dua roda akan menikmati Kejohanan Superbike Malaysia (MSBK) dari 12 Mei, juga untuk lima pusingan. 

Acara baharu yang menarik bagi musim ini adalah pengenalan e-MCS, yang merupakan versi e-Sport bagi perlumbaan MCS di mana peserta bertanding dalam simulator bersamaan dengan perlumbaan sebenar di litar untuk mendapatkan hadiah muktamad - iaitu berpeluang mendapat tempat untuk menyertai secara sebenar dalam perlumbaan MCS untuk musim 2019.

Ia akan berjalan searing bersama semasa pusingan MCS, dan pusingan kelayakan yang akan diadakan di The Rift di
Midvalley dua minggu sebelum setiap pusingan.

Rift adalah pusat hiburan hibrid VR terbesar di Asia, meliputi 40,000 kaki persegi di Mid Valley Megamall. The Rift mempamerkan lebih daripada sedozen tpermainan kelas dunia, termasuk bilik perlumbaan yang berdedikasi. Dengan tagline "Enter The Rift, Exit Reality", taman hiburan ini menawarkan se jumlah 25 permainan dunia realiti maya.

Sepuluh pelumba terpantas selepas pusingan kelayakan akan bersaing untuk kejohanan di SIC dan sepanjang 5 pusingan, tiga pelumba teratas akan bertarung dalam penentuan  perlumbaan sebenar kereta.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC  Dato' Razlan Razali menjelaskan adalah penting untuk menganjurkan setempat
perlumbaan di litar tempatan yang terkenal itu dan bagaimana usaha baru ini ke dalam e-Sukan boleh menjadi platform unto menemukan bakat baru dan menarik peminat lumba ke litar.

"Adalah jelas bahawa kita akan dapat mencungkil dan mengembangkan bakat dari acara tempatan dan saya gembira kerana hari ini kita akan melancarkan musim baru Siri Kejohanan Malaysia dan Kejohanan Superbike Malaysia, " kata Razlan.

"Perlumbaan di rumah seperti ini adalah penting untuk menyediakan platform permulaan untuk pemandu, pengendara, jurutera dan mekanik untuk merasai persaingan.
"Tetapi saya sangat teruja dengan inisiatif baru kami dalam e-MCS , ssebagai salah satu inisiatif pemasaran kami melalui pelbagai aspek. Dengan hadiah utama memenangi kerusi untuk berlumba di MCS, siapa tahu kita mungkin dapat menemui bakat baru dalam perlumbaan, " tambahnya.

E-MCS dimungkinkan melalui perkongsian dengan RaceRoom, pembekal utama dalam permainan simulasi kereta lumba. Dengan salah satu mesin simulator terbaik dengan pengalaman sebenar, SIC melakukan percubaan dengan simulator RaceRooms semasa pusingan Sepang
Siri Le Mans Asia baru-baru ini dengan kejayaan besar. "

Pemenang e-MCS akan berlumba pada tahun 2019 sengam  pasukan Dream Chaser, yang merupakan satu lagi inisiatif oleh SIC untuk mewujudkan satu platform untuk mengasuh dan memberi inspirasi kepada golongan muda
berbakat, dan juga untuk membolehkan mereka belajar dari pemandu Malaysia dan antarabangsa yang terpilih. Pasukan ini mempunyai pengalaman luas dalam perlumbaan Sepang 1,000KM, Cabaran Toyota Gazoo Vios dan Festival Kelajuan Malaysia. Pemandu untuk pasukan itu ialah Mitchell
Cheah, Mark Darwin, Brendan Paul Anthony dan Geraldine Read.

Kecemerlangan berterusan juga disasarkan menerusi Siri Kejohanan Malaysia (MCS) dan Kejohanan Superbike Malaysia  (MSBK) iaitu siri perlumbaan nasional yang  dianjurkan oleh SIC sebagai satu inisiatif untuk mempromosikan dan membangunkan sukan bermotor di Malaysia. Memaparkan pasukan pemandu dan perlumbaan terkenal Malaysia, MCS menjalankan Kejohanan Kereta Touring Pengeluaran di atas 1900cc dan seterusnya, kejohanan Touring Car Malaysia (MTC) untuk kelas 1600cc.

Tambahan baru musim ini adalah kelas Pengeluaran (Sport Production class). Dalam edisi terakhir MCS, Mitchell Cheah membawa pulang kejuaraan Touring Pengeluaran , sementara itu, NickMah dan Chris O'Shannessy dinobatkan sebagai juara Touring Car Malaysia. Mitchell juga memenangi TCR Asia Shootout baru-baru ini dan akan berlumba dalam kejohanan TCR Asia dalam inisiatif Pembangunan Bakat Motorsports dengan pasukan Liqui Moly Team Engstler tahun ini, dengan sasaran bersaing dalam FIA World Touring Car Cup. SIC akan meneruskan inisiatif untuk meletakkan pemandu di TCR Asia menerusi Program Shootout TCR kerana ingin melihat lebih banyak bakat tempatan ke tahap yang lebih tinggi. 

MSBK mengikuti peraturan perlumbaan WSBK, yang menawarkan Kejohanan Superbike 1000cc dan Kejohanan Superstock 1000cc untuk motosikal pengeluaran sepenuhnya. Kejohanan Supersport juga mengikut peraturan perlumbaan WorldSeries 600cc di WSBK. Sebagai siri pelbagai serampang, MSBK juga mempunyai siri bagi motosikal kelas bawah seperti Piala Terbuka 250, yang diperkenalkan pada tahun 2016 dan KTM RC Cup, yang diperkenalkan pada tahun lepas. 

Mohd Farid Badrul Hisam seolah tidak dicabar dalam kategori Superbike kerana dia mengambil mahkota walaupun berbaki satu pusingan lagi. Jonathan Serrapica dari Switzerland memenangi kelas Superstock manakala penunggang Jerman Ismael Smalji meraih mahkota Supersport. Pelumba tempatan, Muhammad Aiman ​​Tahiruddin memenangi kelas Open 250. Sebagai langkah untuk melengkapkan program Impian ke MotoGP - program pencarian bakat olehSIC - 5 pelumba terpilih: Danial El Fahim, Muhammad Harith Haziq, Muhammad Izam Ikmal, Mohd Daniel Syahmi dan Muhammad Idil Fitri, akan bertanding dalam kategori Terbuka 250. Perlumbaan di MSBK akan menjadi sebahagian daripada trajektori mereka sebelum bergerak ke kejuaraan peringkat lebih tinggi. SIC juga akan terus menganjurkan perlumbaan ketahanan Endurance Race 1,000km pada 21-25 November.

MCS, MSBK dan S1K tahun lepas disiarkan secara langsung di Facebook dan menerima sokongan daripada peminat, di mana video secara langsung dan dirakam pada perlumbaan mencapai 5 juta orang di media sosial. SIC telah meningkatkan keupayaan tayangan siaran mereka untuk memastikan penonton di luar sana dapat menikmati perlumbaan yang sangat menarik ini dari mana sahaja mereka berada dan ini seterusnya memberikan peluang yang sempurna untuk menonjolkan jenama mereka dengan SIC.

MALAYSIA CHAMPIONSHIP SERIES  e-MCS
Round 1: 31 March-1April
Round 2: 14 April-15 April
Round 3: 14 July-15 July
Round 4: 25 Aug-26 Aug
Round 5: 29 Sept- 30 Sept
e-MCS Qualifying (The Rift, Midvalley)
Round 1: 12 March-25 March
Round 2: 26 March-8 April
Round 3: 18 June-1 July
Round 4: 5 Aug-19 Aug
Round 5: 3 Sept-16 Sept

MALAYSIA SUPERBIKE CHAMPIONSHIP
Round 1: 11-13 May
Round 2: 27-29 July
Round 3: September 14-16
Round 4 & 5: October 5-7

SEPANG1000KM
November 21-25

2017 Winners SIC Local Races
MALAYSIA CHAMPIONSHIP SERIES (MCS)
Touring Production(TP)
1.Mitchell Cheah – N1 Racing
2.Abdul Kaathir, Lai Wee Sing – R Engineering
3.Baron Sim & Calvin Wong – R Engineering
Malaysia Touring Production(MTC)
1.Mah Siew Chean & Chris O’Shannessy – Tedco Racing
2.Kenny Lee Wan Yuen & Neo Cheng Hen
3.Tang Tien Foo Roy
MALAYSIA SUPERBIKE CHAMPIONSHIP (MSBK)
Superbike
1.Muhammad Farid Badrul Hisam – HKM Times Bikes Racing Team\
2.Rajini Krishnan K – Chia PJ Kawasaki
3.Khoo Chee Yen – Team Hiap Aik Suzuki Racing
Superstock
1.Jonathan Serrapica
2.Mohd Hafiz Nor Azman – Fastthrottle Motorsports
3.Nasarudin Mat Yusop –
Supersport
1.Ismael Smajli – BikeART
2.Khurana Dhiraj
3.M.Iqbal Quzaimy Azhar – ARD Performance Motorsports
Open 250
1.Muhammad Aiman Tahiruddin
2.Luth Harith Erwan – Team Suzuka Oil Racing
3.Muhammad Jazil Juraimi – Chia PJ Kawasaki
SEPANG 1000KM
1.Admi Shahrul & James Veerapen – Proton R3
2.Tengku Djan Ley, Keifli Othman, Patrick Tam - Maxxoil Mayhem Team Nanoplus
3.Fitra Eri, Chris O’Shannesy, Nick Mah - Tedco racing




MSBK Akhir minggu ini

Kejohanan Superbike Pirelli Malaysia (MSBK) memasuki pusingan akhir hujung minggu ini. Saingan kini tertumpu di antara Jonathan Serrapica dan Mohd Hafiz Nor Azman dari Switzerland untuk memenangi Kejohanan Superstock, untuk menyertai juara bertahan musim ini - Muhammad Farid Badrul Hisam (Superbike) dan Ismael Smajli (Supersport) dari Jerman.

Pelumba Fast throttle Motorsports Mohd Hafiz kini berada di tempat kedua dengan 135 mata, 23 mata di belakang Serrapica (158) dalam kedudukan Superstock untuk berusaha memenangi mahkota MSBK pertamanya, dengan peluang merebut 50 mata yang ditawarkan hujung minggu ini. Mohd Hafiz telah berada di tahap tertinggi dalam tiga pusingan terakhir untuk menutup jurang dengan Serrapica.
Farid dan Smajli memasuki Pusingan 5 ini dengan memakai mahkota kejuaraan Superbike dan Supersport mereka yang telah diraih pada pusingan sebelumnya.

Dalam kategori Superbike, pemenang mahkota keseluruhan musim lepas Rajini Krishnan yang kini mengumpul 117 mata, dilihat tidak mampu menandingi kekuatan dan kemahiran bekas pelumba wildcard Malaysia Moto3, Muhammad Farid Badrul Hisam yang telah memperoleh 170 mata selepas empat pusingan. Kejohanan Superbike Malaysia ini juga akan tambah menarik dengan kehadiran pelumba Moto2, Hafizh Syahrin Abdullah, yang akan berlumba untuk SKM Speed. Hafizh, yang beraksi dalam Kejohanan Motosikal Dunia, telah memutuskan untuk berlumba dalam pusingan akhir dan berusaha mencatatkan masa pusingan terbaik 2:09 saat. Dia akan menghadapi cabaran sengit dari Muhammad Farid Badrul Hisam dan Rajini Krishnan yang pastinya memberikan cabaran yang sukar bagi semua pelumba.

Cerita yang sama juga berlaku dalam kejohanan Supersport, yang menyaksikan Smajli yang telah mengekalkan gelarannya dengan satu pusingan berbaki. Selepas empat pusingan, penunggang BikeART Kawasaki itu telah mengumpul 164.5 mata kejuaraan berbanding saingan terdekatnya, Khurana Dhiraj yang hanya berjaya mengumpul 104 mata.

Pertarungan untuk kejuaraan Terbuka 250 Terbuka masih hangat dengan pertandingan tiga penjuru antara  Muhammad Aiman ​​Tahiruddin dari Malaysia, Muhammad Jazil Juraimi dari Singapura dan seorang lagi pelumba Malaysia, Luth Harith Erwan.

Persaingan bagaimanapun sangat memihak kepada Muhammad Aiman, yang mempunyai kelebihan 23 mata (135) berbanding Muhammad Jazil (112). Dengan 110 mata, Luth Harith secara matematik mempunyai peluang untuk menjadi juara musim ini. Aiman yang juga merupakan pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – AFB Tech telah menjuarai kategori Wira bagi musim 2017 dalam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berakhir hujung minggu lepas. (baca selanjutnya di sini)

Persaingan Piala RC KTM pula menyaksikan pertempuran dua hala di antara Muhammad Ibrahim Norrodin - adik lelaki pelumba Moto3 Malaysia, Adam Norrodin - dan Muhammad Izam Ikmal, yang mempunyai tugas sukar untuk mengatasi saingannya yang lebih terkenal. Dengan hanya dua perlumbaan dan 50 mata maksimum, Muhammad Ibrahim mempunyai 164 mata iaitu kelebihan 14 mata berbanding Muhammad Izam. Ahmad Idham Khairuddin yang merupakan adik lelaki pelumba utama Zulfahmi Khairuddin pula kini berada di tangga ketiga dengan 101 mata dan keluar dari kejohanan kejohanan.

Program perlumbaan bermula pada hari ini dengan latihan bebas dan sesi kelayakan untuk semua kelas. Perlumbaan akhir untuk musim ini akan diadakan pada hari Ahad.kesemua aksi ini akan dapat  anda nikmati secara percuma dari Grandstand Utama untuk kedua-dua hari. Untuk berada lebih dekat lagi, peminat boleh membeli pas Paddock di pintu masuk Paddock.

Seperti pada pusingan terdahulu, perlumbaan akan disiarkan langsung menerusi live streaming pada halaman Facebook SIC untuk peminat di seluruh dunia menikmatinya.

Superbike Championship
1.Muhammad Farid Badrul Hisam (BMW HP4) 170 pts
2. Rajini Krishnan (Kawasaki ZX10R) 117
3. Jouni Karhu (Kawasaki ZX10R) 94
4. Khoo Chee Yen (Suzuki) 93
5. Mark Kendle (Kawasaki ZX10R) 84

Superstock Championship
1.Jonathan Serrapica (Yamaha R1) 158 pts
2. Mohd Hafiz Nor Azman (Honda CBR1000R) 135 pts
3. Nasarudin Mat Yusop (BMW S1000RR) 98 pts
4. Keith Parrot (Yamaha R1) 83 pts
5. Adib Zulfadly Rosdin (Kawasaki ZX10RR) 82 pts 

Supersport Championship
1.Ismael Smajli (Kawasaki ZX6R) 164.5 pts
2. Khurana Dhiraj (Honda CBR600) 104 pts
3. M. Iqbal Quzaimy Azhar (Yamaha R6) 102 pts
4. Azlan Shah Kamaruzzaman (Kawasaki ZX6R) 78 pts
5. Chua Soon Wei (Yamaha R6) 63.5 pts

Open 250 Championship
1.Muhammad Aiman Tahiruddin (Yamaha R25) 135 pts
2. Muhammad Jazil Juraimi (Kawasaki 250)  112 pts
3. Luth Harith Erwan (Honda CBR250R) 110 pts
4. M. Vishwadev (Kawasaki 250) 89 pts
5. Khairul Anwar Jamil (Honda CBR250R) 74 pts

KTM RC CUP – ORANGE CLASS
1.Muhammad Ibrahim Norrodin (KTM) 164 pts
2. Muhammad Izam Ikmal (KTM) 150
3. Ahmad Idham Khairuddin (KTM)  101
4. Zhou Sheng Jun Jie (KTM) 84
5. Md Aiman Nabil Shaharum (KTM) 79 pts

Smajli, Farid juara MSBK 2017


Ismael Smajli, pelumba berusia empat puluh sembilan tahun dari Jerman, berjaya mempertahankan mahkota kejohanan Supersport Malaysia Superbike 600cc (MSBK) di Pusingan 4 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) semalam.

Kemenangan tempat ketiga dalam kedua-dua perlumbaan itu dengan jentera Kawasaki ZX6R telah menambah mata beliau sebanyak 32 mata lagi, bagi membolehkan penunggang BikeART itu menerajui kejuaraan keseluruhan musim dengan 154.5 mata, tanpa mampu dicabar lagi oleh pencabar terdekatnya Khurana Diraj, yang telah mengumpul 104 mata selepas empat pusingan.

Bekas pelumba Moto2 dan bekas juara Asia Road Racing Championship (ARRC) Azlan Shah Kamaruzzaman tampil sebagai bintang perlumbaan semalam dengan mengetepikan saingannya dan memenangi kedua-dua perlumbaan dalam gaya dominan dan memintas beberapa pelumba terbelakang di Litar Utara Sepang yang sepanjang 2,705 meter itu.

Bekas pelumba wildcard Moto3 Malaysia, Muhammad Farid Badrul Hisam juga hebat pada Pusingan 4 apabila memenangi gelaran Kejohanan Superbike pertamanya, selepas pelumba kelahiran Kajang itu memenangi dua gelaran keseluruhan Supersport pada 2014 dan 2015.