Showing posts with label Md Aiman Tahiruddin. Show all posts
Showing posts with label Md Aiman Tahiruddin. Show all posts

Dua Aiman antara muka baru CP150

Juara kategori WIRA KBS 2017, Muhammad Aiman Tahiruddin tidak gentar untuk berdepan cabaran pelumba senior meskipun terus melangkah ke kategori CP150 bagi saingan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS musim 2018 yang akan membuka tirai di Litar Tangkak pada 31 Mac dan 1 April ini.

Pelumba berusia 17 tahun itu diberi sepenuh kepercayaan oleh pasukan baharunya musim ini, PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ untuk beraksi dalam kelas perdana bergandingan bersama naib juara keseluruhan CP150 2017, Ahmad Afif Amran dan seorang lagi pendatang baharu pasukan, Md Hafiz Azman.
Aiman Tahiruddin
 “Saya gembira dan sangat teruja kerana dapat beraksi dalam kelas CP150 pada musim ini,” jelas Muhammad Aiman yang meraih enam podium termasuk tiga kemenangan pada musim lepas.

“Sesi pertama sangat penting kepada saya. Saya berharap dapat menyesuaikan diri dengan cepat dan memahami rentak pelumba-pelumba senior. Mujurlah banyak latihan dan persediaan dilakukan sepanjang tempoh rehat lepas bagi membantu saya untuk lebih memahami jentera,” jelas Muhammad Aiman.

Perkara serupa turut diakui oleh seorang lagi pendatang baharu yang beralih dari kelas Wira ke kelas CP150, MD Aiman Azman. Pelumba berusia 18 tahun itu akan bergandingan bersama dua lagi pelumba rookie CP150, Azroy Hakeem Anuar dan Harith Farhan Baharin di dalam pasukan Idemitsu Honda Givi Yuzy Racing.
Aiman Azman
  “Saya dan pasukan mempunyai cabaran sangat besar pada tahun ini. Ketiadaan Mohd Zaqhwan Zaidi menyaksikan pasukan kami merupakan barisan termuda di litar. Azroy dan Harith pernah beraksi dalam kelas CP115 namakala saya terus melangkah ke kelas CP150 dari kelas Wira. Pengalaman menjadi kekurangan kami namun saya percaya seluruh pasukan akan bekerja-keras untuk membantu kami,” jelasnya.
3 Attachments

MSBK Akhir minggu ini

Kejohanan Superbike Pirelli Malaysia (MSBK) memasuki pusingan akhir hujung minggu ini. Saingan kini tertumpu di antara Jonathan Serrapica dan Mohd Hafiz Nor Azman dari Switzerland untuk memenangi Kejohanan Superstock, untuk menyertai juara bertahan musim ini - Muhammad Farid Badrul Hisam (Superbike) dan Ismael Smajli (Supersport) dari Jerman.

Pelumba Fast throttle Motorsports Mohd Hafiz kini berada di tempat kedua dengan 135 mata, 23 mata di belakang Serrapica (158) dalam kedudukan Superstock untuk berusaha memenangi mahkota MSBK pertamanya, dengan peluang merebut 50 mata yang ditawarkan hujung minggu ini. Mohd Hafiz telah berada di tahap tertinggi dalam tiga pusingan terakhir untuk menutup jurang dengan Serrapica.
Farid dan Smajli memasuki Pusingan 5 ini dengan memakai mahkota kejuaraan Superbike dan Supersport mereka yang telah diraih pada pusingan sebelumnya.

Dalam kategori Superbike, pemenang mahkota keseluruhan musim lepas Rajini Krishnan yang kini mengumpul 117 mata, dilihat tidak mampu menandingi kekuatan dan kemahiran bekas pelumba wildcard Malaysia Moto3, Muhammad Farid Badrul Hisam yang telah memperoleh 170 mata selepas empat pusingan. Kejohanan Superbike Malaysia ini juga akan tambah menarik dengan kehadiran pelumba Moto2, Hafizh Syahrin Abdullah, yang akan berlumba untuk SKM Speed. Hafizh, yang beraksi dalam Kejohanan Motosikal Dunia, telah memutuskan untuk berlumba dalam pusingan akhir dan berusaha mencatatkan masa pusingan terbaik 2:09 saat. Dia akan menghadapi cabaran sengit dari Muhammad Farid Badrul Hisam dan Rajini Krishnan yang pastinya memberikan cabaran yang sukar bagi semua pelumba.

Cerita yang sama juga berlaku dalam kejohanan Supersport, yang menyaksikan Smajli yang telah mengekalkan gelarannya dengan satu pusingan berbaki. Selepas empat pusingan, penunggang BikeART Kawasaki itu telah mengumpul 164.5 mata kejuaraan berbanding saingan terdekatnya, Khurana Dhiraj yang hanya berjaya mengumpul 104 mata.

Pertarungan untuk kejuaraan Terbuka 250 Terbuka masih hangat dengan pertandingan tiga penjuru antara  Muhammad Aiman ​​Tahiruddin dari Malaysia, Muhammad Jazil Juraimi dari Singapura dan seorang lagi pelumba Malaysia, Luth Harith Erwan.

Persaingan bagaimanapun sangat memihak kepada Muhammad Aiman, yang mempunyai kelebihan 23 mata (135) berbanding Muhammad Jazil (112). Dengan 110 mata, Luth Harith secara matematik mempunyai peluang untuk menjadi juara musim ini. Aiman yang juga merupakan pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – AFB Tech telah menjuarai kategori Wira bagi musim 2017 dalam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berakhir hujung minggu lepas. (baca selanjutnya di sini)

Persaingan Piala RC KTM pula menyaksikan pertempuran dua hala di antara Muhammad Ibrahim Norrodin - adik lelaki pelumba Moto3 Malaysia, Adam Norrodin - dan Muhammad Izam Ikmal, yang mempunyai tugas sukar untuk mengatasi saingannya yang lebih terkenal. Dengan hanya dua perlumbaan dan 50 mata maksimum, Muhammad Ibrahim mempunyai 164 mata iaitu kelebihan 14 mata berbanding Muhammad Izam. Ahmad Idham Khairuddin yang merupakan adik lelaki pelumba utama Zulfahmi Khairuddin pula kini berada di tangga ketiga dengan 101 mata dan keluar dari kejohanan kejohanan.

Program perlumbaan bermula pada hari ini dengan latihan bebas dan sesi kelayakan untuk semua kelas. Perlumbaan akhir untuk musim ini akan diadakan pada hari Ahad.kesemua aksi ini akan dapat  anda nikmati secara percuma dari Grandstand Utama untuk kedua-dua hari. Untuk berada lebih dekat lagi, peminat boleh membeli pas Paddock di pintu masuk Paddock.

Seperti pada pusingan terdahulu, perlumbaan akan disiarkan langsung menerusi live streaming pada halaman Facebook SIC untuk peminat di seluruh dunia menikmatinya.

Superbike Championship
1.Muhammad Farid Badrul Hisam (BMW HP4) 170 pts
2. Rajini Krishnan (Kawasaki ZX10R) 117
3. Jouni Karhu (Kawasaki ZX10R) 94
4. Khoo Chee Yen (Suzuki) 93
5. Mark Kendle (Kawasaki ZX10R) 84

Superstock Championship
1.Jonathan Serrapica (Yamaha R1) 158 pts
2. Mohd Hafiz Nor Azman (Honda CBR1000R) 135 pts
3. Nasarudin Mat Yusop (BMW S1000RR) 98 pts
4. Keith Parrot (Yamaha R1) 83 pts
5. Adib Zulfadly Rosdin (Kawasaki ZX10RR) 82 pts 

Supersport Championship
1.Ismael Smajli (Kawasaki ZX6R) 164.5 pts
2. Khurana Dhiraj (Honda CBR600) 104 pts
3. M. Iqbal Quzaimy Azhar (Yamaha R6) 102 pts
4. Azlan Shah Kamaruzzaman (Kawasaki ZX6R) 78 pts
5. Chua Soon Wei (Yamaha R6) 63.5 pts

Open 250 Championship
1.Muhammad Aiman Tahiruddin (Yamaha R25) 135 pts
2. Muhammad Jazil Juraimi (Kawasaki 250)  112 pts
3. Luth Harith Erwan (Honda CBR250R) 110 pts
4. M. Vishwadev (Kawasaki 250) 89 pts
5. Khairul Anwar Jamil (Honda CBR250R) 74 pts

KTM RC CUP – ORANGE CLASS
1.Muhammad Ibrahim Norrodin (KTM) 164 pts
2. Muhammad Izam Ikmal (KTM) 150
3. Ahmad Idham Khairuddin (KTM)  101
4. Zhou Sheng Jun Jie (KTM) 84
5. Md Aiman Nabil Shaharum (KTM) 79 pts

Sememangnya sudah tertulis rezeki Aiman

Dalam dunia perlumbaan, segalanya mungkin. Dan tentunya sudah tertulis rezeki Aiman untuk muncul juara keseluruhan biarpun amat kecewa kerana gagal beraksi dalam perlumbaan akhir dan meletakkan peluangnya untuk muncul juara bagai telur di hujung tanduk.
Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha – AFB Tech sebelum itu mengalami masalah jentera sewaktu sesi kelayakan dan tidak layak ke perlumbaan akhir. Debaran dadanya hanya reda di pusingan terakhir perlumbaan akhir, apabila pencabar utama, Md Syafieq Aiman (Elf Koyoko KC Racing) yang memerlukan kemenangan untuk merampas gelaran juara, dikecewakan dengan masalah jentera pada pusingan terakhir ketika sedang bersaing sengit bersama-sama Saiful Azhary Muhamad (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing).

Saiful Azhary muncul juara setelah menamatkan 12 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 12’00.163s diikuti rakan sepasukan, Md Syarifuddin Azman muncul naib juara dengan masa 12’00.304s. Rakan sepasukan Aiman, Md Danial Syahmi muncul pemenang tempat ketiga dengan masa 12’00.357s.

Aiman muncul juara keseluruhan dengan mengumpul 132 mata manakala gelaran juara di Johor membantu Saiful Azhary naik ke tangga kedua keseluruhan dengan mengumpul 128 mata. Syafieq Aiman yang gagal memungut sebarang mata berada di tangga ketiga dengan 110 mata.

“Suasana di khemah pasukan sangat mendebarkan. Saya dan seluruh pasukan tidak duduk diam kerana semua pelumba bersaing sengit dan saling bertukar kedudukan sehingga ke garisan penamat. Kami mengharapkan rakan sepasukan, Danial Syahmi dapat menewaskan Syafieq Aiman dan memenangi perlumbaan.

“Walaupun Danial di tempat ketiga di belakang Saiful dan Syarifuddin, ia sudah cukup untuk membantu saya muncul sebagai juara keseluruhan. Saya sangat gembira dan berterima kasih kepada pasukan, penaja, keluarga dan semua yang menyokong dan membantu saya,” jelas Aiman.


KEPUTUSAN KATEGORI WIRA
Akhir
1 Saiful Azhary Muhamad (JHR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 12:00.163s
2 Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 12:00.304s
3 Md Danial Syahmi (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha - AFB Tech 12:00.357s
4 Md Fadlyshah Redzuan (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 12:06.759s
5 Md Khairi Asyraf Mahmood (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha - AFB Tech 12:10.009s

Kedudukan keseluruhan
1 Md Aiman Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha - AFB Tech 132 mata
2 Saiful Azhary Muhamad (JHR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 128 mata
3 Md Syafieq Aiman (JHR) Elf Koyoko KC Racing Team 110 mata
4 Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 107 mata
5 Md Danial Syahmi (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha - AFB Tech 85 mata

Fuad harap Aiman tenang fokus hadapi Wira Akhir


Mohd Aiman Tahiruddin diharapkan akan tenang dan kekal fokus dalam menghadapi perlumbaan pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Dataran bandar penawar, Johor, 18 dan 19 November ini.

Anak didik Ahmad Fuad Baharudin itu kini mendahului kedudukan keseluruhan kategori WIRA dengan jumlah 132 mata dan hanya memerlukan tiga mata sahaja lagi bagi mengesahkan gelaran selaku juara keseluruhan musim 2017.

Namun, Fuad yang juga pengurus pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – AFB Tech tidak mahu pelumba muda berusia 16 tahun itu berasa gementar dan melakukan kesilapan yang boleh meranapkan impian untuk bergelar juara keseluruhan.

“Di atas kertas, tiga mata yang diperlukan nampak mudah, tetapi situasi berbeza di atas litar. Mungkin pelumba akan berasa sedikit gementar dan ini akan menyebabkan berlaku kesilapn dan hilang fokus,” jelas Fuad,” jelas juara keseluruhan tiga kali kategori perdana itu.

Tambahnya, “Dalam perlumbaan penting seperti ini, Aiman perlu tenang dan berlumba seperti biasa seperti perlumbaan-perlumbaan lepas. Dari segi persiapan jentera pula, dia tidak perlu bimbang kerana kami akan menyediakan yang terbaik untuknya. Kami juga mahu melihat dia menamatkan musim di atas podium.”

Kedudukan Keseluruhan Kategori WIRA

1 Md Aiman Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha - AFB Tech 132 mata
2 Md Syafieq Aiman (JHR) Elf Koyoko KC Racing Team 110 mata
3 Saiful Azhary Muhamad (JHR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 103 mata
4 Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 87 mata
5 Md Khairi Asyraf Mahmood (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha - AFB Tech 73 mata