Sememangnya sudah tertulis rezeki Aiman

Dalam dunia perlumbaan, segalanya mungkin. Dan tentunya sudah tertulis rezeki Aiman untuk muncul juara keseluruhan biarpun amat kecewa kerana gagal beraksi dalam perlumbaan akhir dan meletakkan peluangnya untuk muncul juara bagai telur di hujung tanduk.
Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha – AFB Tech sebelum itu mengalami masalah jentera sewaktu sesi kelayakan dan tidak layak ke perlumbaan akhir. Debaran dadanya hanya reda di pusingan terakhir perlumbaan akhir, apabila pencabar utama, Md Syafieq Aiman (Elf Koyoko KC Racing) yang memerlukan kemenangan untuk merampas gelaran juara, dikecewakan dengan masalah jentera pada pusingan terakhir ketika sedang bersaing sengit bersama-sama Saiful Azhary Muhamad (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing).

Saiful Azhary muncul juara setelah menamatkan 12 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 12’00.163s diikuti rakan sepasukan, Md Syarifuddin Azman muncul naib juara dengan masa 12’00.304s. Rakan sepasukan Aiman, Md Danial Syahmi muncul pemenang tempat ketiga dengan masa 12’00.357s.

Aiman muncul juara keseluruhan dengan mengumpul 132 mata manakala gelaran juara di Johor membantu Saiful Azhary naik ke tangga kedua keseluruhan dengan mengumpul 128 mata. Syafieq Aiman yang gagal memungut sebarang mata berada di tangga ketiga dengan 110 mata.

“Suasana di khemah pasukan sangat mendebarkan. Saya dan seluruh pasukan tidak duduk diam kerana semua pelumba bersaing sengit dan saling bertukar kedudukan sehingga ke garisan penamat. Kami mengharapkan rakan sepasukan, Danial Syahmi dapat menewaskan Syafieq Aiman dan memenangi perlumbaan.

“Walaupun Danial di tempat ketiga di belakang Saiful dan Syarifuddin, ia sudah cukup untuk membantu saya muncul sebagai juara keseluruhan. Saya sangat gembira dan berterima kasih kepada pasukan, penaja, keluarga dan semua yang menyokong dan membantu saya,” jelas Aiman.


KEPUTUSAN KATEGORI WIRA
Akhir
1 Saiful Azhary Muhamad (JHR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 12:00.163s
2 Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 12:00.304s
3 Md Danial Syahmi (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha - AFB Tech 12:00.357s
4 Md Fadlyshah Redzuan (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 12:06.759s
5 Md Khairi Asyraf Mahmood (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha - AFB Tech 12:10.009s

Kedudukan keseluruhan
1 Md Aiman Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha - AFB Tech 132 mata
2 Saiful Azhary Muhamad (JHR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 128 mata
3 Md Syafieq Aiman (JHR) Elf Koyoko KC Racing Team 110 mata
4 Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 107 mata
5 Md Danial Syahmi (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha - AFB Tech 85 mata

No comments: