Showing posts with label 2018. Show all posts
Showing posts with label 2018. Show all posts

Syarifuddin bakal dinobat Juara Wira 2018?


Md Syarifuddin Azman berpeluang untuk bergelar juara keseluruhan WIRA KBS seandainya muncul juara perlumbaan pusingan kesembilan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Jempol, Negeri Sembilan, Sabtu dan Ahad ini.

Pelumba Idemitsu Kozi YAM Honda Racing itu kini sedang mendahului kedudukan dengan 133 mata, terikat jumlah pungutan mata bersama Md Danial Syahmi namun memiliki kelebihan jumlah kemenangan berbanding pencabarnya itu.
Selepas lapan pusingan, Syarifuddin kini memiliki lima kemenangan berbanding Danial yang meraih dua kemenangan. 
 Namun, Danial terlepas aksi di Jempol minggu ini akibat kecederaan menyaksikan peluang lebih terbuka kepada Syarifuddin untuk meraih kemenangan keenam berturut-tutut pada musim ini. 

Satu-satunya pelumba yang masih mampu memberikan cabaran ialah Md Alif Ashraf Tahiruddin yang kini berada di kedudukan ketiga dengan 112 mata seandainya pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha itu mampu menjuarai perlumbaan minggu ini. 

"Di atas kertas, mungkin nampak ada kelebihan kepada saya namun situasi berbeza jika di litar. Banyak faktor lain perlu diambil kira terutama sewaktu perlumbaan," jelas Syarifuddin. 
 Tambahnya, "Ketiadaan Danial juga bukannya alasan untuk saya mengambil mudah saingan minggu ini. Secara peribadi, saya turut bersimpati dengan kecederaan Danial. Persaingan diantara kami berdua cukup menarik dan sengit sepanjang musim ini. Saya doakan dia cepat pulih dan kembali ke litar semula. 

"Namun, saya yakin rakan sepasukannya juga mampu memberikan saingan kepada saya, begitu juga dengan Alif yang sentiasa konsisten berada di kelompok depan pada musim ini. 

"Apa yang penting, saya perlu cukup bersedia, begitu juga pasukan yang pastinya akan menyediakan jentera terbaik kepada saya. Berbanding memikirkan gelaran keseluruhan, saya lebih suka untuk fokus kepada perlumbaan sahaja." 
 


Orchid Run kutip lebih RM400 k

Orchid Run & Ride 2018, dengan tema 'United for a Cause - A Day with PETRONITA', yang diadakan di Persiaran KLCC Ahad lepas, berjaya meraih kutipan lebih RM400,000, melepasi sasaran awal RM250,000 yang ditetapkan oleh penganjur, Persatuan Isteri dan Kakitangan Wanita PETRONAS (PETRONITA).

Institusi yang menerima faedah sumbangan ini ialah Institut Telinga, Pendengaran dan Pertuturan (Institute-HEARS), Universiti Kebangsaan Malaysia; Pusat Pergigian Penjagaan Khas, Fakulti Pergigian, Universiti Teknologi Mara (UiTM); Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia; dan Program Pinjaman Peralatan Rumah (HELP) oleh PPUMCARE (Pusat Perubatan Universiti Malaya).
Acara itu merupakan Orchid Run & Ride yang berjaya diadakan buat kali keempat, yang dianjurkan dengan kerjasama PETRONAS.

"Melalui Orchid Run & Ride, kami ingin meningkatkan kesedaran untuk golongan yang kurang bernasib baik dan menggalakkan orang ramai untuk bersatu dalam menyumbang ke arah tujuan mulia. Pada masa yang sama, kami mahu mempromosikan gaya hidup sihat, "kata Presiden PETRONITA Puan Sri Dr Azura Ahmad Tajuddin.

Keempat-empat organisasi itu menerima sumbangan mereka dari Puan Sri Dr Azura, yang disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif & Kumpulan PETRONAS, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin, semasa upacara perasmian.
Orchid Run & Ride 2018, telah mencapai penyertaan yang disasarkan sebanyak 7,000 peserta dan penunggang basikal, yang termasuk kakitangan awam, kakitangan dan pengurusan PETRONAS. Turut hadir untuk menyokong acara tersebut ialah pemandu Mercedes Formula Satu Mercedes AMG PETRONAS, Lewis Hamilton, dan Menteri Belia dan Sukan YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Selain daripada berlari dan menunggang, para peserta juga dihiburkan oleh bakat tempatan seperti Altimet, Nana Al Haleq dan Drum Circle.
"PETRONITA ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyumbang kepada kejayaan acara ini. Dengan sokongan daripada para peserta, penaja, rakan kongsi, sukarelawan dan semua orang yang terlibat, kami dapat mencapai hasil yang luar biasa ini. Kami juga melepasi kutipan sebanyak RM340,000 pada tahun 2017, "kata Puan Sri Dr Azura.

Orchid Run & Ride akan kembali pada tahun 2019 dengan lebih banyak aktiviti yang menarik.


Art of Speed 2018 lebih meriah dari sebelumnya!


 Art of Speed, acara tempatan Ol-Skool & Kustom Kulture Malaysia kembali dengan acara tahunannya untuk semua peminat kereta dan motor, mempamerkan seni kustom tempatan yang terdiri daripada kereta dan motosikal yang diubahsuai serta restorasi, galeri seni, aktiviti interaktif dan hadiah cabutan bertuah yang sangat menarik!

Acara ini telah diadakan pada 28 - 29 Julai 2018 di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS). Art of Speed 2018 (AOS 2018) dibuka untuk lawatan dari jam 10:00 pagi hingga 7:00 petang. Acara ini merekodkan 45,000 pengunjung untuk dua hari.

MOHAMAD NASRUDIN ABDULLAH, pemenang hadiah cabutan bertuah C600R Streetcub _Papa Jahat_
 Peminat kereta dan motorsikal telah berpeluang bertemu dengan tetamu antarabangsa dari:
1.    James Ken Blackmon dan Wilburlavard Thomas III daripada Trico; Amerika Syarikat
2.    Dean Ian Micetich dan Jimmy Dean Horn Jr. daripada Dice Magazine; Amerika Syarikat
3.    Mark Arcenal daripada Illest/Fatlace; Amerika Syarikat
4.    Jeff Holt daripada V-Twin Visionary Magazine; Amerika Syarikat
5.    Nau Shima dan Yuki Hitomi daripada Tokyo Indians MC; Jepun
6.    Ray Luke Matthew Bellerby daripada Fuel Tank Magazine; Australia
7.    Geoffrey Douglas Baldwin daripada Return of the Café Racers; Australia
8.    Makoto Watanabe daripada Chopper Journal Magazine; Jepun
9.    Yoshida Shinya daripada YENC Magazine, Jepun
10.  Kanda Manabu daripada Kalifornia Look Magazine, Jepun
11.  Dino Dalle Carbonare daripada Speedhunters.com; Jepun
12.  The Nash daripada Burnout Magazine; Jepun
13.  Shige Suganuma dan Hiro “Wildman” Ishii daripada MOONEYES
14.  Gen daripada Love Ear Art; Jepun
15.  Ken Sugihara daripada Fustyworks; Jepun
16.  Mr. G Tiki Art & Pinstriping; Jepun
17.  Makoto M&K Custom Signs; Jepun
18.  Cynar daripada Jepun
19.  Daisuke Sakon daripada Kustomstyle; Jepun

Sorotan khas untuk AOS 2018 termasuk:
1.    Art of Speed Invitational Bike Build Off 2018 yang dikuasakan oleh PETRONAS, telah menyaksikan 8 pembina khas daripada Malaysia & Singapore bersaing untuk hadiah wang tunai RM10,000 (pemilihan juri) & wang tunai RM5,000.00 (pilihan awam). Pembina khas yang bersaing ialah:
-       Rusty Factory daripada Ipoh, Perak
-       Soul Garage daripada Sungai Petani, Kedah
-       JZ Engineering & Services daripada Pasir Gudang, Johor
-       No Die Cycles daripada Ampang, Selangor
-       Beautiful Machines daripada Kuala Lumpur
-       Dstreet Customs daripada Singapura
-       Kenstomoto daripada Kuala Lumpur
-       Skateture Custom Works daripada Kuching. Sarawak

            Pertandingan Build Off ini menampilkan keputusan yang memukau dengan          menyaksikan juara bertahan dari tahun lepas apabila keputusan menyeluruh     pemilihan juri memihak kepada Muhammad Khalid Musa dari Rusty Factory dengan       hasil karya yang sangat terperinci iaitu motorsikal BMW R75/6 yang telah             diubahsuai. Anak muda berusia 31 tahun dari Ipoh juga membawa pulang hadiah wang tunai Pilihan Awam dengan undi yang paling banyak mengalahkan 7 pembina   khas yang lain.

2.    Hot Wheels menyambut Ulang Tahun ke-50 di Art of Speed 2018 dengan Dmitriy Shakhmatov, Pengurus Reka Bentuk Global Hot Wheels. Shakhmatov berkunjung ke Malaysia dari Amerika Syarikat bersempena Hot Wheels Southeast Asia Tour dan juga mengadakan sesi bertemu khas dengan peminat Hot Wheels. Beliau memperkenalkan reka bentuk “Car Culture 2019” dengan kerjasama Porsche RWB, serta meraikan RWB Porsche 911 yang bersaiz sebenar yang telah dibuat menjadi model Ulang Tahun ke-50 Hot Wheels. Pratonton model tersebut di acara ini adalah kali pertama ia didedahkan kepada orang ramai.

3.    HOUSE OF VANS Skateboard & pertandingan BMX  dan bengkel seni menjadi bahagian yang menarik dengan banyak aktiviti untuk kanak-kanak, remaja dan untuk mereka yang sentiasa muda di hati.

4.    Hail Vintage 2018 menampilkan pameran denim vintaj dari tahun 1870 dan koleksi bernilai lebih RM1,000,000.00. Pameran ini juga menganjurkan pasar vintaj dan koleksi yang berharga.

5.    Art Of Speed X Dice Magazine Party, pesta rasmi hujung minggu. Malaysia menyertai London, Tokyo, Los Angeles & New York menjadi tuan rumah Dice Magazine Party. Persembahan langsung dari kugiran musik Gerhana Ska Cinta dan Black & Blues Band serta set DJ dari Disko Santan. DICE Magazine Party diadakan di Jenerator, KL City Walk pada 28 Julai 2018, malam Sabtu pada 10 malam hingga 1 pagi.

6.    Mudah.my sebagai Vendor Motorsikal Rasmi yang mengadakan kerjasama khas dengan Pa’Din Musa yang membina khas sebuah motorsikal streetcub yang dilancarkan pada acara ini.

7.    Kustom & Koffee Talk bersama Engear di wawancara oleh Shamsul Yunos  berlangsung di dalam Dewan A pada pukul 2 petang bersama-sama panel dari luar negara seperti Jimmy Dean dari Dice Magazine, Mark Arcenal dari Illest & Fatlace, Will dari Trico, Geoff dari The Return of Café Racers, Luke dari Fuel Tank dan Dmitry dari Hot Wheels. Forum ini  membicarakan topik-topik terkini di dalam industri permotoran dan kereta. 

8.    Ducati telah melancarkan produk baru di atas pentas utama di dalam Dewan A pada pukul 3 petang.

9.    Kawasaki juga melancarkan produk baru di dalam kawasan pameran mereka pada 11 pagi di dalam Dewan A.

Muzik adalah salah satu elemen penting dalam acara Art of Speed dan tahun ini AOS memperkenalkan “Sound Circus” sebagai tema pentas utama yang menampilkan Fox Wanna Fly sebagai kugiran pembukaan pada hari Sabtu bagi melancarkan lagu rasmi acara berjudul “Inspirasi”. Pengunjung AOS 2018 jugadihiburkan oleh kugiran muzik seperti Plague Of Happiness yang menjadi persembahan utama pada hari Sabtu dan konsert “comeback” oleh Bittersweet yang telah menutup acara AOS 2018 pada hari Ahad dengan penuh gaya!

Akhir sekali, terdapat cabutan bertuah harian pada hari Sabtu dan Ahad dimana seorang pemenang; Shamsudin Yakob memenangi pakej berbayar untuk SEORANG (1) untuk melawat The 27th Annual Yokohama Hot Rod Custom Show 2018 dan Mohamad Nasrudin Abdullah telah memenangi SATU (1) unit C600R Streetcub oleh FNG Works. Hadiah-hadiah ini telah diberikan pada hari Sabtu & Ahad.

Meneruskan tradisi untuk menginspirasikan komuniti tempatan, penganjur sekali lagi membawa masuk kenderaan vintaj dan ubah suai yang mengkagumkan dari luar negara. Tahun ini, pengunjung akan dijamu dengan:
1.    NAU SHIMA & YUKI HITOMI daripada Tokyo Indians MC memaparkan 2 unit 1947 INDIAN CHIEF (JEPUN).
2.    SHIGE SUGANUMA pemilik MOONEYES memaparkan 1978 HARLEY-DAVIDSON SPORTSTER MQQN DIGGER SHOW BIKE (JEPUN) & 1954 MQQN BUG DRAG RACE CAR (JEPUN) dibina oleh MASASHI TAZAKI daripada ONE LOW JAPAN dan dipandu oleh YUTAKA KIJIMOTO yang menghadiri acara ini juga.

Sebuah lagi kenderaan khas yang  dibawa khas dari Amerika Syarikat untuk dipaparkan di dalam DEWAN A di kawasan House of Vans:

1.    BRYAN SCOTT THOMPSON daripada THOMPSON CYCLES memaparkan 1955 VANS TRIUMPH (Amerika Syarikat)

Menurut Asep Ahmad Iskandar, Pengasas Art of Speed Malaysia, “Edisi tahun ini pastinya pengelolaan yang paling terbaik dengan kepelbagaian dan kerumitan pemilihan kenderaan malah kami juga menambah baik bilangan aktiviti sepanjang dua hari untuk memenuhi permintaan semua golongan umur pengunjung.”

“Ini termasuk juga pertandingan Show & Shine di dalam dewan berhawa dingin seluas 150,000 kaki persegi yang akan dipenuhi dengan kenderaan kustom dan klasik didalam Dewan A, ditambah dengan NEAT Fest di Dewan C yang akan dikelolakan oleh NoEqual, galeri seni yang bernama Moto Circus yang disertai oleh artis tempatan dan antarabangsa, persembahan langsung dari Sound Circus dan juga aktiviti mesra keluarga seperti bengkel seni di House of Vans, acara Soap Box Show & Go!, acara bazaar jualan dan arena belia dengan taman papan luncur & taman BMX yang dihoskan oleh House of Vans.”


Aktiviti Art of Speed 2018 yang lain termasuk:
•        Pandu uji motorsikal dari Indian Motorcycles & Royal Enfield
•        Roda Rumble 2018 – Perhimpunan Dua Roda & Pesta Kawasan Parkir
•        Taman Makanan yang menampilkan Lori Makanan, Bazar Jualan dan Pasar Lambak Vintaj

Art of Speed 2018 juga  menganjurkan Perhimpunan Kelab Mega dan Roda Rumble yang keempat dari kumpulan Retro Mania yang menyuntik keseronokan baru kepada semua pemilik kenderaan klasik, retro dan olskool.

Pemenang Best of Show dalam pertandingan Show & Shine di dalam kategori kereta dan motosikal akan memenangi percutian dan hadir ke acara 27th Annual MOONEYES Yokohama Hot Rod and Custom Show pada Disember ini sebagai tetamu kehormat.

Senarai pemenang AOS2018 :
1.    BEST OF MEGA CAR & MOTORCYCLE CLUB GATHERING
Old VW Malaysia
2.    BEST MARKETPLACE
VANS
3.    BEST DISPLAY MOTORCYCLE
Mohd Hatta Yahya
4.    BEST DISPLAY CAR
Abd Wahab Bahari

Rusty Factory – Muhammad Khalid Musa – 1975 BMW R75_6
AOS Invitational Bike Build Off
1.    Pilihan Juri
Rusty Factory – Muhammad Khalid Musa – 1975 BMW R75/6 (Malaysia)
2.    Pilihan Awam
Rusty Factory – Muhammad Khalid Musa – 1975 BMW R75/6 (Malaysia)

Best Of Show Automobile
Hiszawawi Samseh – 1966 Chevrolet C10 Long Bed (Malaysia)
Best Of Show Motorcycle
            Pa’Din Musa – 1959 Panhead Harley-Davidson (Malaysia)



Pilihan dari Jemputan
1.    Shige Suganuma – MOONEYES PICK
Mark Arcenal – FATLACE/ILLEST PICK
MAKOTO PICK
Pemenang : 405 Industries (Malaysia)

2.    Daisuke Sakon – KUSTOMSTYLE PICK
Pemenang: Jalil (Malaysia)

3.    Jeff Holt – VTWIN VISIONARY PICK
Pemenang : Asrul @ Joejot (Malaysia)

4.    Will & James Ken – TRICO PICK
Yuki Hitomi & Nau Shima – TOKYO INDIAN MC PICK
Pemenang : Pa’din Musa (Malaysia)

5.    Dean Micetich & Jimmy Dean – DICE MAGAZINE PICK
Pemenang: Nasir Skateture Custom Works (Malaysia)

6.    Makonabe – CHOPPER JOURNAL MAGAZINE PICK
Yoshida Shinya – YENC MAGAZINE PICK
Ken Sugihara – FUSTY WORKS PICK
Geoffrey – THE RETURN OF CAFÉ RACERS PICK
BRYAN THOMPSON – THOMPSON CYCLES PICK
Pemenang :  Muhammad Khalid Musa (Malaysia)

7.    Dino Dalle Carbonare – SPEEDHUNTERS.COM PICK
Pemenang :  Ken Gan (Malaysia)

8.    NoEqual PICK
Pemenang:  Steven Toh (Malaysia)

9.    THE NASH PICK
Pemenang :  Jap Loh (Singapore)




10.  Mr. G PICK
Luke – FUEL TANK PICK
Pemenang :  Lebai Game (Malaysia)

11.  GEN LOVE ART PICK
Pemenang :  Nodie Irwan (Malaysia)

12.  CHRISTIAN COUJIN PICK
Pemenang:  Velson Khoo Jun Hong (Malaysia)


Pemenang AOS2018 Show & Shine
Lowrider Category
1.    Best of 12”, 16” & 20” Wheel Lowrider
Henry Siema Setiawan (Indonesia)
2.    Best of 24”, 26” & Open Wheels Lowrider & Limousine
Mohd Fariz Md Minkom (Malaysia)
3.    Best Classic BMX
Afihahizal Ahamad (Malaysia)

KATEGORI PILIHAN
1.    BEST PAINT
Henry Siema Setiawan (Indonesia)
2.    BEST FABRICATION
Pak Din Gercust Kluang (Malaysia)

Kategori Kereta
1.    BEST OF GERMANS (CLASSIC)
Ismail Ibrahim (Malaysia)
2.    BEST OF ITALIANS (CLASSIC)
-tiada pemenang-
3.    BEST OF BRITISH (CLASSIC)
Middleton (Canada)
4.    BEST OF JAPANESE (CLASSIC)
Lebai Garage (Malaysia)

5.    BEST OF USA/MUSCLE
Awie 44 (Malaysia)
6.    BEST OF SWEDISH
-no winner-
7.    BEST OF MODERN CLASSIC
Ken Gan (Malaysia)
8.    BEST OF MODERN JDM
Jason Teoh Kok Liong (Malaysia)
9.    BEST OF MODERN EURO
Paulson Chan (Malaysia)
10.  BEST OF NATIONAL HEROES
Mohd Nizam Kamarozaman (Malaysia)
11.  BEST OF RADIKAL (CLASSIC & MODERN)
Saifudin Dani(Malaysia)
12.  BEST OF CLASSIC WAGON
Mohamad Talha (Malaysia)
13.  BEST OF VAN
Abdul Wahab Bahari (Malaysia)
14.  BEST OF VW BEETLE
Wan Azhar (Malaysia)
15.  BEST OF VW BUS
Ravinder Singh (Malaysia)
16.  BEST OF VW AIR-COOLED RESTOMOD
Amirul Hafiz (Malaysia)
17.  BEST OF RAT LOOK
Mohamad Meezam Azmi (Malaysia)
18.  BEST OF STANCE
Irfan (Malaysia)
19.  BEST OF RACE CAR
Alvin Yak (Malaysia)
20.  BEST PAINT
Mira Drag Car (Malaysia)
21.  BEST INTERIOR
Rajinder Singh (Malaysia)
22.  BEST ENGINE BAY
Alex Wong (Malaysia)

Kategori Motorsikal
1.    BEST OF OPEN CLASS
Abd Rasid Ismail (Malaysia)
2.    BEST OF CHOPPER
Pa’Din Musa (Malaysia)
3.    BEST OF BOBBER
Abd Rasid Ismail (Malaysia)
4.    BEST OF CAFÉ RACER
Mohd Aidzam (Malaysia)
5.    BEST OF MODIFIED HARLEY-DAVIDSON
Rel Harun (Malaysia)
6.    BEST OF CLUB STYLE
Asrol@Joeyot (Malaysia)
7.    BEST OF CUSTOM BAGGER
Rolling Ink – Iron Head MG (Malaysia)
8.    BEST OF JAP STYLE & TRACKER
Bunny Builds (Singapore)
9.    BEST OF RESTORED CLASSIC SCOOTER
Muhammad Naqib Mustaffa – 88 Machine (Malaysia)
10.  BEST OF STREETCUB
Wira Syawal (Malaysia)
11.  BEST OF RESTORED RETRO JAPANESE
Sundares A/L Nadarajen (Malaysia)
12.  BEST OF RESTORED CLASSIC CONTINENTAL & AMERICAN
Hatta Yahya (Malaysia)
13.  BEST OF MODIFIED CLASSIC CONTINENTAL & AMERICAN
Naim Fadhli – Beautiful Machines (Malaysia)
14.  BEST OF CUSTOM STREET BIKE
Muhammad Naqib Mustaffa – 88 Machine (Malaysia)
15.  BEST PAINT
Rogan Ng (Singapore)
16.  BEST ENGINEERING
Abd Rasid Ismail (Malaysia)
17.  BEST FABRICATION
-tiada pemenang-


Maklumat lebih lanjut mengenai acara ini boleh dilayari di www.artofspeedmy.com atau www.facebook.com/ArtOfSpeedMY/