Perodua catat rekod jualan bulanan tertinggi mereka

 Jumlah jualan Perodua sebanyak 17,693 unit bagi bulan Januari 2018 merupakan peratisan  bahagian pasaran tertinggi yang sejarah penubuhan syarikat pengeluar kereta tempatan itu. ngka ini melebihi 40% dari jumlah industri keseluruhan (TIV) yang dianggarkan mengunjur sebanyak 43,930 unit menurut anggaran dalaman mereka .

Kesemua model Perodua juga telah mengekalkan pimpinan dalam segmen berkaitan di Malaysia, dengan 9,029 buah Myvi, 4,085 buah Axia, 2,776 buah Bezza dan 1,803 buah Alza terjual pada bulan lepas.

"Walaupun kami mengenepikan angka jumlah oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA), kami percaya dengan yakin bahawa bahagian pasaran bulanan kami untuk bulan Januari 2018 adalah yang tertinggi dalam sejarah kami," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh pada majlis makan tengahari Tahun Baharu Cina dengan media dan rakan kongsi perniagaan mereka semalam.

"Myvi baharu telah meraih lebih daripada 48,000 tempahan sehingga kini, dan hari ini kami bangga menyampaikan unit ke-18,000 kepada Encik Wong Wai Cheng dari Negeri Sembilan.

Hampir 20,000 unit Myvi baharu telah disampaikan sehingga kini. Secara keseluruhan, lebih sejuta Myvi telah didaftarkan di Malaysia sejak tahun 2005. Prestasi ini telah menjadi rangsangan besar kepada ekosistem automotif Malaysia memandangkan bahawa permintaan yang melebihi jangkaan untuk produk terkini mereka turut meningkatkan permintaan bagi pasaran alatganti dalam negara, tambah Aminar .

Perodua berhasrat menyimpan lebih RM5 bilion komponen dan alatganti dalam tahun ini daripada vendor tempatan. Ini akan terus menyumbang ke arah pertumbuhan ekonomi Malaysia memandangkan kemua model Perodua mempunyai lebih daripada 90% kandungan tempatan.

"Tidak cukup rasanya terima kasih kami kepada rakyat Malaysia atas sokongan dan kasih sayang anda terhadap hatchback sederhana kami selama ini. Pengiktirafan anda mendorong kami untuk bekerja lebih keras untuk memperbaiki mutu produk dan perkhidmatan kami, kerana seperti biasa, andalah yang terpenting buat kami," rangkum Aminar.

En Wong, 25, pastinya tersenyum kerana Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd Dato' Dr Zahari Husin sendiri telah menyerahkan kunci kereta baharunya iaitu sebuah Myvi 1.5 Advance warna merah Lava.

"Saya bagaikan di awangan bulan untuk menerima penghantaran kereta baharu saya ini. Semenjak saya menatap Myvi baharu dan melihat berapa banyak ciri canggih yang saya dapat berbanding harganya, saya tahu ia adalah kenderaan pilihan saya," kata Wong.

Bagi mereka yang telah membuat pesanan untuk Myvi baharu dan masih belum menerima kereta mereka, Perodua meminta maaf atas penantian anda. Yakinlah bahawa mereka sedang berusaha untuk meningkatkan pengeluaran untuk menghantar kereta kepada anda secepat mungkin. "Kilang Perodua Manufacturing Sdn Bhd akan terus bekerja lebih masa sehingga permintaan stabil," ulas Aminar sebagai penutup kata.


RM10 Juta baucar Go Shop untuk pelanggan BHPetrol

Lebih 500,000 baucar Go Shop bernilai RM20 setiap satu kini menanti pelanggan di stesen BHPetrol dengan kedai serbaneka BHPetromart yang mengambil bahagian. Mulai 8 hingga 18 Februari 2018, pelanggan boleh membeli bahan api dan barangan (tidak termasuk Touch n 'Go, perkhidmatan e-Pay dan tembakau) dengan nilai minima RM30 setiap transaksi untuk melayakkan diri bagi menerima baucar Go Shop bernilai RM20. Ganjaran ini ditawarkan Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) dengan kerjasama GO SHOP Malaysia.

Baba Tan, Pengurus Pemasaran Runcit BHPetrol dengan Jason Chong, Naib Presiden Go Shop Malaysia, pada majlis pelancaran di BHPetrol, Jalan Kewajipan.

Baucar RM20 boleh ditebus di laman web rasmi Go Shop atau aplikasi mudah alih Go Shop, dengan memasukkan kod promo timbul unik di belakang baucar. Setiap baucar adalah sah sehingga 31 Mac 2018.

10 pelanggan bertuah yang berjaya menebus baucar Go Shop juga akan memenangi baucar BHPetrol bernilai RM1000 setiap satu, manakala 43 pelanggan lain akan bertanding untuk memenangi barangan bernilai RM 10,000 dari Go Shop.

Untuk maklumat lanjut mengenai BHPetrol, layari www.bhpetrol.com.my
Maklumat lanjut mengenai Go Shop pula boleh didapati dengan cara  log masuk ke www.goshop.com.my atau muat turun aplikasi Go Shop rasmi melalui Apple Store Malaysia (pengguna iOS) dan Google Play Store (pengguna Android)

All Car Nation 2018 meriahkan Temu Duga Terbuka SL1M Zon Tengah

Penganjur acara automotif tempatan Malaysia iaitu Art of Speed akan mempersembahkan festival kereta mereka yang pertama iaitu “All Car Nation” bersempena program temuduga terbuka SL1M Peringkat Zon Tengah 2018.

Program Temu Duga Terbuka SL1M menawarkan pelbagai jawatan ini terbuka kepada pencari kerja dengan kelayakan minimum dari PMR sehinggalah ke PhD. SL1M adalah salah satu inisiatif Kerajaan untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan yang masih menganggur. Program ini bertujuan untuk menyediakan latihan kemahiran dan latihan di lepasan siswazah, terutamanya dari keluarga yang kurang bernasib baik. Pada akhir program ini, graduan-graduan ini akan mengembangkan penguasaan diri, mempelajari amalan kerja yang baik dan mendapat pengalaman di dalam dunia korporat melalui pembelajaran berasaskan kerja yang mencaba. Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dijangka akan merasmikan acara itu pada hari Sabtu, 24 Febuari 2018.
Acara ini akan diadakan di parkir Kereta Dewan A, MAEPS Serdang dari 9:00 pagi hingga 5:00 petang pada 24 - 25 Febuari 2018. Penyertaan dan lawatan ke acara ini tidak dikenakan sebarang bayaran. Acara pameran kereta Klasik dan Retro akan dimulakan pada pukul 9.00 pagi pada hari Sabtu 24 Febuari manakala kereta moden pula akan diadakan pada pukul 11.00 pagi pada hari yang sama. Kopi dan sarapan pagi ada disediakan untuk 300 peserta yang pertama. Acara pada hari Ahad akan bermula pada 9.00 pagi hingga 3.00 petang dengan persembahan anugerah dan acara pentas akan mengakhiri acara pada hari itu.
Acara ini menawarkan aktiviti ekslusif untuk peminat kereta dan pengunjung lain. Antara aktiviti yang bakal dianjurkan ialah Kembara Belon Udara Panas percuma, Vertical Bungee, Cabaran Simulator dan Permainan Karnival, Klinik Drif dan Teksi Drif, Coffee & Breakfast, Pandu Uji Kereta, Pertandingan Kereta Stance, Pameran Kereta Klasik/Retro/Moden, Hotwheels dan Ujian Dyno (tiga kategori) pertama di Malaysia.
Hadiah menarik turut disediakan untuk pengunjung dan peserta yang bertuah. Acara ini diharapkan dapat mengumpul pelbagai kelab kereta di seluruh negara untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan masing-masing.

Kemuncak utama acara ini ialah cabutan bertuah yang menawarkan Perodua MYVI 2018 sebagai hadiah utama. Di samping itu, pengunjung bakal dihiburkan dengan persembahan dan motivasi oleh Faizal Tahir, Zero Maharaja Lawak Mega, Bocey Maharaja Lawak Mega, Aiman Tino, Hael Husaini, Tajul, Sufian Suhaimi, Wany Hasrita, AG, Nabil Ahmad, Sukur Ibrahim dan Imam Muda Asyraf yang dibawakan khas oleh SL1M.
Untuk maklumat lanjut mengenai acara ini, sila layari www.artofspeedmy.com atau www.facebook.com/ArtOfSpeedMY/

Hafizh Syahrin menguji Yamaha YZR-M1 di Buriram

Pasukan Monster Yamaha Tech3 akan menggunakan khidmat Hafizh Syahrin untuk ujian MotoGP rasmi yang akan datang di Buriram, Thailand. Pelumba Malaysia berusia 23 tahun itu mempunyai pengalaman empat tahun dalam Moto2 dan kini berasa lebih bersedia untuk membuat langkah pertama dalam kelas perdana perlumbaan motosikal.
Ujian selama tiga hari ujian akan diadakan di litar baharu bagi kategori MotoGP ini, dan pasukan Monster Yamaha Tech3 bersama rakan-pasukan mereka akan menilai prestasi litar baharu ini untuk menentukan kemungkinan kerjasama kekal bagi musim 2018.

 Hafizh SYAHRIN
"Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Herve Poncharal kerana memberi saya peluang ini dan tentunya juga kepada seluruh pasukan Monster Yamaha Tech3. Saya akan cuba melakukan yang terbaik selama tiga hari ini di Thailand. Bagi saya, ia nya impian yang menjadi kenyataan untuk dapat menunggang jentera MotoGP. Saya perlu mengakui bahawa saya terlalu teruja apabila mendapat peluang ini. Saya harap saya cukup pantas untuk menunjukkan kemampuan kepada semua orang. Di samping itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Razlan dan semua yang menyokong saya dalam menjadikan kemungkinan ini sebagai satu kenyataan. Saya sangat gembira dan saya tidak sabar untuk berada di Buriram, kerana ia akan menjadi kali pertama saya dapat menunggang motosikal MotoGP. Saya tahu bahawa saya perlu banyak belajar dalam mengendarai jentera Yamaha YZR-M1 dan saya ingin cuba memahami bagaimana pasukan ini berfungsi kerana saya tahu bahawa mereka sangat berpengalaman, jadi saya mahu memanfaatkan sepenuhnya input mereka. Semasa musim sejuk ini, saya banyak berlatih, namun saya berharap kerja keras ini akan berbaloi dan saya tidak sabar untuk memulakan ujian ini. "

 HervĂ© PONCHARAL
"Saya sangat gembira dan berbangga dengan kehadiran Hafizh Syahrin bersama kami untuk ujian di Buriram. Seperti yang diketahui umum, sejak Jonas Folger memutuskan bahawa dia tidak dapat berlumba pada tahun 2018, kami telah mencari pelumba yang boleh menjadi penunggang pengganti yang tepat. Berikutan ujian Sepang, kami mengadakan banyak mesyuarat dan telah memutuskan bahawa Hafizh Syahrin akan menjadi pilihan yang sangat baik untuk pasukan Monster Yamaha Tech3. Buat masa ini ia hanya tiga hari, tetapi saya lebih yakin bahawa Hafizh akan menunjukkan kepada kita apa yang boleh dilakukannya. Dia masih muda, hanya berusia 23 tahun, dan telah menaiki podium beberapa kali dalam kelas Moto2, yang bkannya mudah untk dicapai. Dia menyudahkan musim Moto2 pada tahun 2017 di tangga kesepuluh, yang merupakan pencapaian yang besar, kerana saya tahu betapa sukarnya kategori ini. Seperti yang saya katakan selalu, untuk mempunyai seorang penunggang muda lebih bermakna bagi sesebuah pasukan, berbanding mempunyai seorang pelumba yang sudah biasa. Marilah jalankan ujian, kerana saya sudah begitu teruja dan yakin bahawa tidak lama selepas Buriram kita akan membuat keputusan akhir. Namun begitu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Razlan Razali dari Litar Antarabangsa Sepang, yang merupakan pengurus pasukan Hafizh Syahrin."
Pengumuman rasmi oleh pasukan Yamaha Tech 3 melalui laman FB mereka

Honda Big Wing pertama di Malaysia dibuka

Konsep pusat eksklusif untuk motosikal berkuasa tinggi Honda, iaitu Honda Big Wing telah membuka cawangannya yang pertama di Malaysia, di Setapak, Kuala Lumpur dan dikendalikan oleh Ee Tiong Motorsports Sdn Bhd.

Pusat jualan dan servis bagi Motosikal Berkuasa Tinggi jenama Honda ini dikhususkan untuk penjualan dan penyelenggaraan model-model motosikal 250cc dan ke atas, yang ditawarkan Boon Siew Honda (BSH).

Honda Big Wing telah memperkenalkan konsep rekaan yang terkini dalam operasi global Honda yang dikenali sebagai "Destinasi untuk Penunggang", yang bertujuan untuk memenuhi permintaan pasaran yang pelbagai di Malaysia. Ruang pameran Honda BigWing mempamerkan rekaan terkini, pusat servis serta sudut alat ganti dan aksesori tan menyediakan ruang istirahat untuk keselesaan pelanggan. Keseluruhan konsep pusat jualan dan servis ini direka khusus untuk menyediakan suasana yang bergaya, sofistikated dan premium, bagi menawarkan pengalaman yang berbeza kepada pelanggan.



Sebanyak tiga lagi cawangan Honda BigWing akan dibuka di Pulau Pinang, Selangor dan Johor menjelang akhir tahun ini. Menerusi rangkaian dan penawaran model-model terbaru, BSH mensasarkan peningkatan jualan sebanyak 30% atau lebih 1,600 unit dalam jualan Motosikal Honda Berkuasa Tinggi pada tahun hadapan.

"Minggu lepas kami meraikan pelancaran BigWing yang diadakan bersempena ujian musim sejuk MotoGP bersama lebih 100 pelanggan. Mereka amat teruja dengan tunggangan di Litar Antarabangsa Sepang dan berpeluang untuk menemui para penunggang MotoGP termasuk juara dunia. Para pelanggan BigWing juga akan diberi peluang untuk menyertai pelbagai aktiviti luar biasa yang dirancang khusus untuk pelanggan Honda BigWing.

"Kama akan memberi fokus dalam menyediakan pengalaman yang terbaru di luar jangkaan pelanggan. Kami juga bersedia untuk memberi keterujaan kepada pasaran," kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda En. Nobuhide Nagata. Majlis pelancaran tersebut turut dihadiri Presiden Persatuan Pengedar Motosikal dan Skuter Malaysia En Wee Hong, bersama Timbalan Pengerusi dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Dato' Seri Datuk Wira Tan Hui Jing.
Setapak dipilih sebagai pusat servis dan jualan Honda BigWing pertama di Malaysia berdasarkan lokasinya yang strategik dan asas pelanggan yang besar serta keyakinan BSH terhadap keupayaan Ee Tiong Motorsports Sdn Bhd dalam memenuhi kehendak pengguna.
Honda BigWing Setapak berukuran 5,535 kaki persegi bertujuan untuk menyediakan lebih banyak ruang dan demi keselesaan pelanggan. Honda BigWing Setapak juga akan menjadi lokasi tumpuan pelbagai aktiviti seperti konvoi antarabangsa, sesi bertemu penunggang, kesemuanya memberikan
Iebih banyak peluang kepada pelanggan untuk merasai pengalaman acara bertaraf dunia dan ganjaran eksklusif yang disediakan oleh Honda BigWing.
Keistimewaan disediakan untuk semua pelanggan Honda Big Bike di Honda BigWing Setapak. Pelanggan akan menjadi Ahli Honda BigWing secara percuma, dan setiap pemegang kad boleh menikmati diskaun minimum 10% ke atas alat ganti & aksesori Honda yang tulen, pakej insurans khas serta khidmat nasihat dari juruteknik yang berpengalaman, dan banyak lagi keistimewaan yang disediakan sepanjang tahun.

Untuk membuat temu janji atau mengetahui Iebih lanjut berkenaan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di Honda BigWing Setapak, para pelanggan boleh menghubungi Ee Tiong Motorsports Sdn Bhd di 03-4023 6192 atau kunjungi di alamat No 384, 386, 388, 390, Jalan Pahang,
Setapak, Kuala Lumpur dan boleh www.facebook.com/pg/hondabigwingsetapak/.
Honda CRF1000L Africa Twin

Honda CRF1000L Africa Twin

Honda X ADV
Pada majlis pelancaran berkenaan juga, BSH telah memperlihatkan tiga model yang dinanti-nantikan iaitu Honda X ADV, Honda CRF1000L Africa Twin DCT dan juga model transmisi manual. Difahamkan juga bahawa model CB1000R dan Goldwing baharu turut dijangka akan berada di pasaran tempatan utuk tahun ini. Honda X ADV dianggarkan akan ditawarkan dengan harga asas di bawah RM70 ribu, manakala Honda CRF1000L Africa Twin MT dan DCT pula dijangka akan berharga di bawah RM80 ribu dan RM90 ribu tiap satu.