All Car Nation 2018 meriahkan Temu Duga Terbuka SL1M Zon Tengah

Penganjur acara automotif tempatan Malaysia iaitu Art of Speed akan mempersembahkan festival kereta mereka yang pertama iaitu “All Car Nation” bersempena program temuduga terbuka SL1M Peringkat Zon Tengah 2018.

Program Temu Duga Terbuka SL1M menawarkan pelbagai jawatan ini terbuka kepada pencari kerja dengan kelayakan minimum dari PMR sehinggalah ke PhD. SL1M adalah salah satu inisiatif Kerajaan untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan yang masih menganggur. Program ini bertujuan untuk menyediakan latihan kemahiran dan latihan di lepasan siswazah, terutamanya dari keluarga yang kurang bernasib baik. Pada akhir program ini, graduan-graduan ini akan mengembangkan penguasaan diri, mempelajari amalan kerja yang baik dan mendapat pengalaman di dalam dunia korporat melalui pembelajaran berasaskan kerja yang mencaba. Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dijangka akan merasmikan acara itu pada hari Sabtu, 24 Febuari 2018.
Acara ini akan diadakan di parkir Kereta Dewan A, MAEPS Serdang dari 9:00 pagi hingga 5:00 petang pada 24 - 25 Febuari 2018. Penyertaan dan lawatan ke acara ini tidak dikenakan sebarang bayaran. Acara pameran kereta Klasik dan Retro akan dimulakan pada pukul 9.00 pagi pada hari Sabtu 24 Febuari manakala kereta moden pula akan diadakan pada pukul 11.00 pagi pada hari yang sama. Kopi dan sarapan pagi ada disediakan untuk 300 peserta yang pertama. Acara pada hari Ahad akan bermula pada 9.00 pagi hingga 3.00 petang dengan persembahan anugerah dan acara pentas akan mengakhiri acara pada hari itu.
Acara ini menawarkan aktiviti ekslusif untuk peminat kereta dan pengunjung lain. Antara aktiviti yang bakal dianjurkan ialah Kembara Belon Udara Panas percuma, Vertical Bungee, Cabaran Simulator dan Permainan Karnival, Klinik Drif dan Teksi Drif, Coffee & Breakfast, Pandu Uji Kereta, Pertandingan Kereta Stance, Pameran Kereta Klasik/Retro/Moden, Hotwheels dan Ujian Dyno (tiga kategori) pertama di Malaysia.
Hadiah menarik turut disediakan untuk pengunjung dan peserta yang bertuah. Acara ini diharapkan dapat mengumpul pelbagai kelab kereta di seluruh negara untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan masing-masing.

Kemuncak utama acara ini ialah cabutan bertuah yang menawarkan Perodua MYVI 2018 sebagai hadiah utama. Di samping itu, pengunjung bakal dihiburkan dengan persembahan dan motivasi oleh Faizal Tahir, Zero Maharaja Lawak Mega, Bocey Maharaja Lawak Mega, Aiman Tino, Hael Husaini, Tajul, Sufian Suhaimi, Wany Hasrita, AG, Nabil Ahmad, Sukur Ibrahim dan Imam Muda Asyraf yang dibawakan khas oleh SL1M.
Untuk maklumat lanjut mengenai acara ini, sila layari www.artofspeedmy.com atau www.facebook.com/ArtOfSpeedMY/

No comments: