Showing posts with label tech3. Show all posts
Showing posts with label tech3. Show all posts
Sah Tech3 sertai KTM
Pasukan persendirian MotoGP Tech3 akan bergabung dengan KTM mulai musim 2019 dan seterusnya, selepas keputusannya berpecah dengan rakan lama mereka iaitu Yamaha.
Pasukan Perancis tersebut telah berlumba dengan motosikal Yamaha dalam kelas perdana perlumbaan motosikal grand prix sejak 2001.Pada bulan Februari lepas Tech3 telaj mengumumkan akan menamatkan kerjasama mereka dengan pengeluar Jepun pada akhir tahun ini.
KTM telah mengumumkan hari ini bahawa Tech3 akan menyertai kem mereka dan berlumba dengan dua buah jentera RC16 pada musim 2019, sekali gus menjadi pasukan satelit pertama firma Austria tersebut di MotoGP. Menurut Herve, kerjasama ini akan berlangsung selama tiga tahun.
"Kami sangat gembira untuk bergabung dengan Tech 3 di MotoGP dari musim 2019 dan seterusnya," kata Pengurus Sukan Bermotor KTM, Pit Beirer.
"Pasukan ini mempunyai pengalaman bertahun-tahun dan mencapai banyak kejayaan dalam kejohanan itu. Struktur profesional mereka akan menjadikan kami lebih kuat."
KTM melengkapkan musim sulungnya sebagai pasukan pengilang di MotoGP tahun lepas, menamatkan musim di tempat kelima dalam kedudukan pengeluar dengan penamat terbaik perlumbaan di tempat kesembilan sepanjang musim lalu.
Sebelum pengumuman perjanjian dengan KTM in, bos Tech3 Herve Poncharal mendedahkan bahawa pasukannya telah mencapai persetujuan tiga tahun yang menjanjikan pasukannya untuk berlumba dengan jentera yang "sepadan dengan spesifikasi yang sama" seperti yang digunakan oleh pasukan pengilang.
Beirer menambah: "Menengahkan empat jentera KTM RC16 pada grid juga merupakan satu lagi langkah besar bagi kami, baik untuk pembangunan motosikal MotoGP kami dan mengembangkan struktur KTM di paddock.
"Dari Red Bull Rookies Cup hingga MotoGP ada jalan yang jelas ke hadapan.
"Kami tidak sabar-sabar untuk memulakan kerjasama yang hebat dan saya bersyukur kepada Herve Poncharal untuk kepercayaan masa depan di KTM."
Ppasukan pengilang KTM mempertengahkan Miguel Oliveira dan Brad Binder yang kini beraksi dalam kelas Moto2. Walaupun begitu kedua-dua KTM atau rakan barunya Tech3 belum lagi mengesahkan rancangan barisan pelumba selepas akhir musim 2018.
Tech3 akan membimbing Johann Zarco dan Hafizh Syahrin pada musim MotoGP terakhirnya dengan Yamaha.
Zarco menikmati musim rookie terhebat di Tech3 Yamaha tahun lepas, tamat keseluruhan di tempat kelima, dan telah dikenalpasti akan berlumba untuk KTM bagi musim 2019.
Dia telah menjadi pendahulu di seluruh ujian pra musim MotoGP tahun 2018, dan menetapkan masa terpantas dalam ujian akhir di Qatar.
Pasukan VR46 kan ketepikan Yamaha Tech3 dalam MotoGP?
Adakah Tech3 akan kehilangan sokongan Yamaha jika Pasukan VR46 diangkat sebagai pasukan satelit pengilang Jepun tersebut?
Kerjasama Rossi dengan Yamaha yang sebegitu lama membuatkan pasukan VR46 ini nyata sebagai calon pasukan satelit pilihan pengilang tersebut jika VR46 ingin mengorak langkah ke arah MotoGP. Rossi akan mencecah umur 39 tahun pada bulan Februari ini, dan kontrak beliau juga akan tamat di penghujung musim ini. Rossi dikatakan akan berperanan sebagai bos pasukannya sendiri apabila dia memilih untuk bersara daripada perlumbaan kelak. Secara umumnya kita boleh mengandaikan bahawa pasukan VR46nya akan mengorak langkah ke arena kelas perdana MotoGP.
Tetapi Yamaha selama ini hanya menyokong sebuah pasukan satelit sahaja. Ini mungkin akan memaksa pengilang tersebut untuk memilih di antara kolaborator lama mereka iaitu Yamaha Tech3, dan Pasukan VR46. Bos Yamaha Tech3, Poncharal telah mengadakan beberapa perbincangan dengan Yamaha, dan beliau sendiri pernah bertanyakan soalan samada Yamaha akan membariskan enam jentera di grid permulaan, iaitu tambahan dua jetera dari yang ada sekarang.
Jawapan yang diterimanya adalah: 'Tidak, itu terlalu banyak'.
![]() |
| Poncharal bersama Kouchi Tsuji dari Yamaha |
Jawapannya: VR46.
Jelas dan nyata.
Namun begitu, kesemua pasukan satelit MotoGP adalah tertakluk secara kontrak dengan Dorna untuk kekal di grid perlumbaan sehingga 2021. Ini juga bermakna bahawa sebarang pasukan baru yang ingin menyertai kejohanan dunia ini akan perlu membeli salah satu kontrak sedia ada atau mendapatkan kelulusan sebulat suara dari Dorna dan semua pasukan bebas yang lain.
Poncharal, yang juga presiden IRTA (Persatuan Pasukan Perlumbaan Jalanan Antarabangsa), berkata beliau meragui yang Rossi akan mahu menjalin kerjasama dengan sebarang pasukan sedia ada, dan turut menafikan pakatan dengan Tech3.
"Kami mempunyai kontrak dengan Dorna dari 2017 hingga 2021 yang menyatakan bahawa tiada siapa yang boleh menyertai kejohanan tersebut kecuali mereka mencari jalan untuk membuat perjanjian, perkongsian atau bergabung dengan pasukan sedia ada," jelasnya.
"Saya tidak inginkan dia (Rossi) sebagai rakan kongsi. Mungkin dia boleh membeli Aspar, Avintia, LCR, atau mana-mana pasukan bebas, tetapi saya tidak fikir bukan ini yang beliau mahukan.
"Jika dia ingin menyertainya, dia perlu mendapatkan lampu hijau bukan saja dari Dorna, tetapi juga dari pasukan bebas yang sedia ada kerana kami mempunyai kesepakatan eksklusif dan ia nya bertulis," tambahnya lagi.
"Ia tidak akan berlaku, kecuali jika semua orang mengatakan bersetuju untuk mempunyai satu lagi pasukan. Ia hanya boleh berlaku pada tahun 2022 apabila kontrak yang sedia ada telah tamat."
Malah Rossi telah menyatakan tahun lepas bahawa sebarang rancangan untuk menggerakkan pasukannya ke kelas MotoGP mungkin berlaku dalam masa 10 tahun kerana dia sedang menumpukan pada pembangunan pelumba muda.
![]() |
| Zarco dan Poncharal |
Para pelumba pasuka kilang Yamaha iaitu Maverick Vinales dan Valentino Rossi mengalami kempen mengecewakan dalam musim 2017, sementara rookie Johann Zarco Tech3 menyerlah dengan menunggang jentera pengilang Yamaha tahun lepas.
Zarco berjaya mengalahkan kedua-dua Vinales dan Rossi enam kali sepanjang musim lepas, manakala rakan sepasukan Jonas Folger berjaya melakukannya dua kali.
"Kadang-kadang agak tidak selesa bagi saya untuk berada di hadapan mereka," kata Poncharal.
Walaupun musim 2017 merupakan musim yang membanggakan untuk Tech3, Poncharal menggariskan bahawa bersaing dengan pasukan pengilang Yamaha bukan "sepatutnya", dan keutamaannya adalah untuk membantu jenama Jepun itu untuk memenangi gelaran.
"Terdapat empat jentera M1 di litar, dan kita perlu memberikan maklumat yang berharga kepada pengilang untuk membolehkan mereka berjuang untuk kejuaraan," katanya.
"Pasukan kilang sentiasa akan menjadi keutamaan. Kami adalah pasukan Yamaha, dalam musim ke-20 berturut-turut dengan mereka, saya kenal mereka dengan baik, saya menghormati mereka." ujarnya lagi.
Labels:
Hervé poncharal,
MotoGP 2019,
tech3,
Valentino Rossi,
vr46,
Yamaha
Hafizh Syahrin menguji Yamaha YZR-M1 di Buriram
Pasukan Monster Yamaha Tech3 akan menggunakan khidmat Hafizh Syahrin untuk ujian MotoGP rasmi yang akan datang di Buriram, Thailand. Pelumba Malaysia berusia 23 tahun itu mempunyai pengalaman empat tahun dalam Moto2 dan kini berasa lebih bersedia untuk membuat langkah pertama dalam kelas perdana perlumbaan motosikal.
Ujian selama tiga hari ujian akan diadakan di litar baharu bagi kategori MotoGP ini, dan pasukan Monster Yamaha Tech3 bersama rakan-pasukan mereka akan menilai prestasi litar baharu ini untuk menentukan kemungkinan kerjasama kekal bagi musim 2018.
Hafizh SYAHRIN
"Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Herve Poncharal kerana memberi saya peluang ini dan tentunya juga kepada seluruh pasukan Monster Yamaha Tech3. Saya akan cuba melakukan yang terbaik selama tiga hari ini di Thailand. Bagi saya, ia nya impian yang menjadi kenyataan untuk dapat menunggang jentera MotoGP. Saya perlu mengakui bahawa saya terlalu teruja apabila mendapat peluang ini. Saya harap saya cukup pantas untuk menunjukkan kemampuan kepada semua orang. Di samping itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Razlan dan semua yang menyokong saya dalam menjadikan kemungkinan ini sebagai satu kenyataan. Saya sangat gembira dan saya tidak sabar untuk berada di Buriram, kerana ia akan menjadi kali pertama saya dapat menunggang motosikal MotoGP. Saya tahu bahawa saya perlu banyak belajar dalam mengendarai jentera Yamaha YZR-M1 dan saya ingin cuba memahami bagaimana pasukan ini berfungsi kerana saya tahu bahawa mereka sangat berpengalaman, jadi saya mahu memanfaatkan sepenuhnya input mereka. Semasa musim sejuk ini, saya banyak berlatih, namun saya berharap kerja keras ini akan berbaloi dan saya tidak sabar untuk memulakan ujian ini. "
Hervé PONCHARAL
"Saya sangat gembira dan berbangga dengan kehadiran Hafizh Syahrin bersama kami untuk ujian di Buriram. Seperti yang diketahui umum, sejak Jonas Folger memutuskan bahawa dia tidak dapat berlumba pada tahun 2018, kami telah mencari pelumba yang boleh menjadi penunggang pengganti yang tepat. Berikutan ujian Sepang, kami mengadakan banyak mesyuarat dan telah memutuskan bahawa Hafizh Syahrin akan menjadi pilihan yang sangat baik untuk pasukan Monster Yamaha Tech3. Buat masa ini ia hanya tiga hari, tetapi saya lebih yakin bahawa Hafizh akan menunjukkan kepada kita apa yang boleh dilakukannya. Dia masih muda, hanya berusia 23 tahun, dan telah menaiki podium beberapa kali dalam kelas Moto2, yang bkannya mudah untk dicapai. Dia menyudahkan musim Moto2 pada tahun 2017 di tangga kesepuluh, yang merupakan pencapaian yang besar, kerana saya tahu betapa sukarnya kategori ini. Seperti yang saya katakan selalu, untuk mempunyai seorang penunggang muda lebih bermakna bagi sesebuah pasukan, berbanding mempunyai seorang pelumba yang sudah biasa. Marilah jalankan ujian, kerana saya sudah begitu teruja dan yakin bahawa tidak lama selepas Buriram kita akan membuat keputusan akhir. Namun begitu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Razlan Razali dari Litar Antarabangsa Sepang, yang merupakan pengurus pasukan Hafizh Syahrin."

| Pengumuman rasmi oleh pasukan Yamaha Tech 3 melalui laman FB mereka |
Labels:
#55,
Buriram,
hafizh syahrin,
Hervé poncharal,
MotoGP,
pescao,
poncharal,
tech3,
ujian,
Yamaha,
Yamaha YZR-M1
Hafizh Syahrin sah pelumba MotoGP pertama dari Malaysia dan Asia Tenggara
Pasukan Tech3 telah memutuskan untuk menjadikan Hafizh Syahrin sebagai pengganti Jonas Folger. Hafizh telah berlumba selama 4 musim, dan mendaki podium di Misano dan Motegi
Menurut Sky Sports MotoGP, Michele Pirro merupakan pilihan teratas pasukan Tech3. Namun akhirnya kompromi berpihak kepada anak muda yang cukup pantas dan juga menepati bajet mereka. Dengan mengambilkira risiko yang ada, pemilik Team Tech3 Hervè Poncharal terpaksa menggantikan Jonas Folger yang menderita penyakit genetik yang dipanggil sindrom Gilbert.
Anak Malaysia ini akhirnya terpilih untuk beraksi di kelas perdana, dan keputusan ini juga dikatakan mengambilkira faktor politik yang disokong oleh DORNA, memandangkan sukan bermotosikal semakin popular di negara Asia Tenggara ini di mana Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan belanjawan besar melalui penjenamaan "Melawat Malaysia"
Hafizh yahrin dilahirkan di Selangor pada 5 Mei 1994, dan mempunyai pengalaman berlumba di Asia Supersport, CEV dan juga Moto2, di mana dia sentiasa berada di tengah-tengah kedudukan keseluruhan, dengan tiga kali di tempat keempat pada tahun 2016 dan dua podium dalam tahun 2017.
Ujian seterusnya di Thailand akan menguji kemampuannya untuk beraksi di MotoGP, tetapi jika hasilnya ternyata positif, Poncharal tentunya kan bergembira kerana telah mencapai keseimbangan kehendak dan bajet. Hari-hari terakhir di ujian Sepang Malaysia telah dipenuhi dengan pangilan telefon dan pertemuan dengan pengurusan Yamaha. Ia termasuk pertemuan dengan Kouichi Tsuji, yang telah memberikan Poncharal pilihan bebas, namun menasihatkannya untuk memberi tumpuan kepada seorang anak muda yang berbakat dan berpotensi untuk dikembangkan.
Bos Yamaha Tech3 akhirnya terpaksa menilai prestasi pelumba pilihannya secara mental, mungkin kerana terdesak dengan pembukaan musim 2018 kini semakin hampir dan tiada banyak pilihan yang ada. Setelah mengenepikan Jonny Hernandez yang dipanggil pada saat akhir ujian Sepang, Sandro Cortese dan Dominique Aegerter juga telah turut disenarai pendek, tetapi pelumba Itali-Jerman yang bebas dari sebarang kontrak itu gagal menyerlah baru-baru ini, sementara anak Switzerland itu pula sebenarnya sudah mempunyai kontrak dengan Pasukan Kiefer yang kini disusun semula setelah kematian pemiliknya, Stefan.
Hafizh menjadi pilihan yang baik dalam senario ini, dah sudah tentu menggembirakan para peminat motosikal Malaysia yang disebut Sky Sports sebagai gemar memakai jeket terbalik!
Di tengah senario ini, mungkin terdapat kekecewaan dari Michele Pirro, yang telah terbukti berbakat untuk berada di grid di semua MotoGP, tetapi tawaran yang dibuat oleh Poncharal adalah "hanya satu tahun" dan ini mungkin tidak cukup menarik baginya untuk mengenepikan piliha untuk bersama Ducati.
Apakah keputusan Poncharal ini terbaik? Sama sama kita nilaikan kelak.
Menurut Sky Sports MotoGP, Michele Pirro merupakan pilihan teratas pasukan Tech3. Namun akhirnya kompromi berpihak kepada anak muda yang cukup pantas dan juga menepati bajet mereka. Dengan mengambilkira risiko yang ada, pemilik Team Tech3 Hervè Poncharal terpaksa menggantikan Jonas Folger yang menderita penyakit genetik yang dipanggil sindrom Gilbert.
Anak Malaysia ini akhirnya terpilih untuk beraksi di kelas perdana, dan keputusan ini juga dikatakan mengambilkira faktor politik yang disokong oleh DORNA, memandangkan sukan bermotosikal semakin popular di negara Asia Tenggara ini di mana Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan belanjawan besar melalui penjenamaan "Melawat Malaysia"
Hafizh yahrin dilahirkan di Selangor pada 5 Mei 1994, dan mempunyai pengalaman berlumba di Asia Supersport, CEV dan juga Moto2, di mana dia sentiasa berada di tengah-tengah kedudukan keseluruhan, dengan tiga kali di tempat keempat pada tahun 2016 dan dua podium dalam tahun 2017.
Ujian seterusnya di Thailand akan menguji kemampuannya untuk beraksi di MotoGP, tetapi jika hasilnya ternyata positif, Poncharal tentunya kan bergembira kerana telah mencapai keseimbangan kehendak dan bajet. Hari-hari terakhir di ujian Sepang Malaysia telah dipenuhi dengan pangilan telefon dan pertemuan dengan pengurusan Yamaha. Ia termasuk pertemuan dengan Kouichi Tsuji, yang telah memberikan Poncharal pilihan bebas, namun menasihatkannya untuk memberi tumpuan kepada seorang anak muda yang berbakat dan berpotensi untuk dikembangkan.
Hafizh menjadi pilihan yang baik dalam senario ini, dah sudah tentu menggembirakan para peminat motosikal Malaysia yang disebut Sky Sports sebagai gemar memakai jeket terbalik!
Di tengah senario ini, mungkin terdapat kekecewaan dari Michele Pirro, yang telah terbukti berbakat untuk berada di grid di semua MotoGP, tetapi tawaran yang dibuat oleh Poncharal adalah "hanya satu tahun" dan ini mungkin tidak cukup menarik baginya untuk mengenepikan piliha untuk bersama Ducati.
Apakah keputusan Poncharal ini terbaik? Sama sama kita nilaikan kelak.
Subscribe to:
Posts (Atom)