Showing posts with label petronas motorsports. Show all posts
Showing posts with label petronas motorsports. Show all posts

Hafizh Syahrin sah pelumba MotoGP pertama dari Malaysia dan Asia Tenggara

 Pasukan Tech3 telah memutuskan untuk menjadikan Hafizh Syahrin sebagai pengganti Jonas Folger. Hafizh telah berlumba selama 4 musim, dan mendaki podium di Misano dan Motegi

Menurut Sky Sports MotoGP, Michele Pirro merupakan pilihan teratas pasukan Tech3. Namun akhirnya kompromi berpihak kepada anak muda yang cukup pantas dan juga menepati bajet mereka. Dengan mengambilkira risiko yang ada, pemilik Team Tech3  Hervè Poncharal terpaksa menggantikan Jonas Folger yang menderita penyakit genetik yang dipanggil sindrom Gilbert.

Anak Malaysia ini akhirnya terpilih untuk beraksi di kelas perdana, dan keputusan ini juga dikatakan mengambilkira faktor politik yang disokong oleh DORNA, memandangkan sukan bermotosikal semakin popular di negara Asia Tenggara ini di mana Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan belanjawan besar melalui penjenamaan "Melawat Malaysia"

Hafizh yahrin dilahirkan di Selangor pada 5 Mei 1994, dan mempunyai pengalaman berlumba di Asia Supersport, CEV dan juga Moto2, di mana dia sentiasa berada di tengah-tengah kedudukan keseluruhan, dengan tiga kali di tempat keempat pada tahun 2016 dan dua podium dalam tahun 2017.

Ujian seterusnya di Thailand akan menguji kemampuannya untuk beraksi di MotoGP, tetapi jika hasilnya ternyata positif, Poncharal tentunya kan bergembira kerana telah mencapai keseimbangan kehendak dan bajet. Hari-hari terakhir di ujian Sepang Malaysia telah dipenuhi dengan pangilan telefon dan pertemuan dengan pengurusan Yamaha. Ia termasuk pertemuan dengan Kouichi Tsuji, yang telah memberikan Poncharal pilihan bebas, namun menasihatkannya untuk memberi tumpuan kepada seorang anak muda yang berbakat dan berpotensi untuk dikembangkan.
Bos Yamaha Tech3 akhirnya terpaksa menilai prestasi pelumba pilihannya secara mental, mungkin kerana terdesak dengan pembukaan musim 2018 kini semakin hampir dan tiada banyak pilihan yang ada. Setelah mengenepikan Jonny Hernandez yang dipanggil pada saat akhir ujian Sepang, Sandro Cortese dan Dominique Aegerter juga telah turut disenarai pendek, tetapi pelumba Itali-Jerman yang bebas dari sebarang kontrak itu gagal menyerlah baru-baru ini, sementara anak Switzerland itu pula sebenarnya sudah mempunyai kontrak dengan Pasukan Kiefer yang kini disusun semula setelah kematian pemiliknya, Stefan.

Hafizh menjadi pilihan yang baik dalam senario ini, dah sudah tentu menggembirakan para peminat motosikal Malaysia yang disebut Sky Sports sebagai gemar memakai jeket terbalik!

Di tengah senario ini, mungkin terdapat kekecewaan dari Michele Pirro, yang telah terbukti berbakat untuk berada di grid di semua MotoGP, tetapi tawaran yang dibuat oleh Poncharal adalah "hanya satu tahun" dan ini mungkin tidak cukup menarik baginya untuk mengenepikan piliha untuk bersama Ducati.

Apakah keputusan Poncharal ini terbaik? Sama sama kita nilaikan kelak.

Kasma kekal rentak cemerlang

Aksi Kasma
Kasma Daniel Kasmayudin berada di landasan terbaik untuk meraih kemenangan keenam dalam kategori CP150 setelah muncul pelumba terpantas pada sesi kelayakan spusingan kelapan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan, hari ini.

Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu merakam masa terbaik 45.651s manakala pelumba Onexox TKKR Racing, Md Helmi Azman yang beraksi cemerlang dalam saingan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) mencatat pencapaian terbaik peribadi musim ini apabila mencatat masa kedua terpantas dengan masa 45.817s.

Md Adib Rosley (Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing) muncul pelumba ketiga terpantas dengan catatan 45.876s sambil Md Fitri Ashraff Razali (PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ) dan Md Izzat Zaidi Md Salehan (Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing) melengkapkan senarai lima pelumba  terbaik dengan catatan 45.893s dan 45.910.

“Keadaan cuaca pada hari ini agak baik berbanding keadaan hujan dan cuaca tidak begitu menentu sepanjang minggu ini,” jelas Kasma.

"Bagi saya, perlumbaan di Jempol kali ini tidak bnyak berbeza berbanding perlumbaan lepas. Saya tidak berasa sebarang tekanan untuk mengejar kemenangan dan sekaligus menebus kekalahan di litar ini pada musim lepas."
Md Fareez Afeez mendahului cabaran CP115 esok
Sementara itu, dalam saingan CP115, Md Fareez Afeez (Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing) merakam masa terpantas sesi kelayakan dengan masa 46.619s diikuti duo PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor, Md Akid Aziz dan Md Haziq Fairues, masing-masing dengan catatan terbaik  46.661s dan 46.713s.

Dalam saingan Wira, Md Anuar Ibrahim Pawi (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) bakal memulakan perlumbaan dari petak pertama setelah mencatat masa terpantas sesi Shootout dengan masa 47.218s diikuti rakan sepasukan, Saiful Azhary Muhamad (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) kedua, 47.505s. Pendahulu keseluruhan, Md Aiman Tahiruddin (PETRONAS Sprinta Yamaha - AFB Tech) bakal bermula dari petak ketiga dengan catatan 47.643s.
Anuar Ibrahim Pawi terpantas dalam Wira
KEPUTUSAN

CP150
1 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 45.651s
2 Md Helmi Azman (SGR) Onexox TKKR Racing Team 45.817s
3 Md Adib Rosley (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 45.876s
4 Md Fitri Ashraff Razali (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 45.893s
5 Md Izzat Zaidi Md Salehan (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 45.910s

CP115
1. Md Fareez Afeez (JHR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 46.619s
2. Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 46.661s
3. Md Haziq Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 46.713s
4 Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 46.721s
5 Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 47.089s

WIRA -Shootout
1 Md Anuar Ibrahim Pawi (PRK) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 47.218s
2 Saiful Azhary Muhamad (JHR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 47.505s
3 Md Aiman Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha - AFB Tech 47.643s
4 Md Khairi Asyraf Mahmood (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha - AFB Tech 47.722s
5 Md Danial Syahmi (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha - AFB Tech 47.762s

Lewis Hamilton ingin ke kem latihan VR46

 Pemandu Formula Satu British, Lewis Hamilton telah menyatakan hasratnya untuk melawat ladang Il Dottore, ladang ternama di Itali yang dimiliki pelumba lagenda Moto GP, Valentino Rossi. Juara Dunia Formula Satu tiga kali ini adalah pencinta kelajuan, tak kira samada empat atau dua roda, dan telah berkali kali menyatakan minatnya dalam MotoGP.

Lewis Hamilton pernah menyatakan dalam temu bual dengan Channel Four, "Saya sukakan motosikal, jadi saya pasti saya akan menghabiskan beberapa hari dengan Rossi di ladangnya dan menunggang di litar tanah." Hamilton turut menambah, "Saya akan cuba Menguji MotoGP. Bukannya berlumba, tetapi saya yakin boleh memberikan saingan dalam latihan ".

Rossi pula sebelum ini pernah berkata, "Lewis boleh datang bila-bila masa dia mahu. Dia pernah merancang untuk datang pada bulan Disember tahun lepas, tetapi tak jadi. Bagi dia, yang begitu pantas, pintu ladang saya sentiasa terbuka. "

John Surtees merupakan satu-satunya juara dalam kedua-dua disiplin perlumbaan dua dan empat roda, setelah memenangi tujuh Kejohanan Dunia Motosikal (tiga dalam kelas 350cc dan empat dalam kelas 500cc) dan sekali dalam F1 memandu Ferrari, selalu ada pelumba motosikal yang bersungguh-sungguh mahu mencuba nasib dengan empat roda. Lorenzo pernah memandu Mercedes W05 yang digunakan Lewis Hamilton untuk merangkul gelaran Juara Dunia dalam tahun 2017. Rossi sendiri pula pernah memandu jentera lumba Ferrari beberapa kali, dan pemandu F1 Fernando Alonso juga telah menguji jentera MotoGP Honda.