Showing posts with label KTM. Show all posts
Showing posts with label KTM. Show all posts

Hanya 25 unit KTM ini di dunia

Kenal motosikal ni? Mungkin ada yang mengenalinya sebagai sebuah KTM RC8 R. Selepas memperkenalkan RC8 standard pada tahun 2008, pada tahun 2009 KTM memperkenalkan model perlumbaan, yang dinamakan sebagai RC8R. RC8R mempunyai beberapa kelebihan berbanding RC8 standard, termasuk lebih banyak kuasa, sudut stereng yang berbeza, dan roda ringan. KTM kemudiannya kemudian maju selangkah lagi pada tahun 2010 KTM dengan pengeluaran dua kumpulan 25 unit siri edisi terhad berasingan, satu dengan sistem ekzos Titanium Akrapovic dan ECU dikemas kini,dan satu siri lagi dengan liveri Red Bull, yang dinamakan sebagai edisi Black Akrapovic dan Red Bull .
Ini sebenarnya bukan sebuah RC8 R biasa. Ia juga bukan hanya sebuah motosikal replika perlumbaan. KTM 1190 RC8 R Black Akrapovic Limited Edition keluaran tahun 2010 ini lebih dari itu.
 Dengan casis terbaik dan enjin V2 paling berkuasa waktu itu, ia ditambah ekzos perlumbaan yang paling canggih dalam kit Clubrace iaitu Akrapovic Evo4, sebuah karya seni titanium ultra nipis. Kesemua langkah ini berjaya mengurangkan berat keseluruhan sebanyak 7.5 kg dan tambahan 10 hp, menjadikan jumlah kuasa 180 hp untuk menguasai trek kegemaran anda.
1190 RC8 R AKRAPOVIC RACE REPLICA
- LC8 dua silinder, sejukan minyak, gear yang dioptimumkan, anjakan: 1195 cc,
- Output kuasa 180 HP (132.4 kW)
- kerangka ringan 7.5 kg casis trellis diubahsuai: caster dinaikkan sebanyak 6 mm, asas roda dipendekkan
- gantungan WP, topang teleskopik terbalik 43 milimeter, bersalut TiAlNi
- penyerap kejutan WP belakang, rod piston bersalut TiAlNi
- Reka bentuk roda aloi ringan Marchesini
- brek Brembo empat angkup yang dipasang dengan cakera brek 320 milimeter yang diperkuat.

Motosikal bernombor siri 20 dari 25 ini ditemui di makmal kampus German-Malaysian Institute di Bangi, sebagai sebuah model motosikal yang digunakan bagi pembelajaran autotronik di sana.

Orange Carnival KTM Johor boleh disertai semua tak kira jenama!

Orange Carnival KTM Malaysia akan diadakan hari ini Sabtu, 28 Julai 2018, di Universiti
Teknologi Malaysia di Skudai, Johor.
• Acara ini akan menyerlahkan semangat sedia untuk berlumba dan teknologi KTM.
• Banyak aktiviti untuk penunggang KTM dan semua penunggang motosikal jenama lain.
 KTM Malaysia akan mempamerkan falsafah  "Sedia Berlumba" nya di karnival Orange Carnival KTM Malaysia KTM Sabtu ini, 28 Julai 2018, bermula dengankawasan selatan.
Karnival ini akan berlangsung di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai, Johor.
Acara kemuncak acara termasuk tunggang uji KTM
model terkini, Fun-Hana, Kempen servis, cabutan bertuah dan aksi lasak oleh Gabit Saleh.
Pelawat boleh mengambil bahagian dalam sesi tunggang uji model motosikalSupersport, Duke dan Adventure terbaru KTM. KTM Malaysia akan memberikan taklimat mengenai teknologi KTM. Mereka yang mengambil bahagian dalam tunggang uji akan menerima beg pelbagai guna KTM PERCUMA dan satu tiket cabutan bertuah.
Untuk menyatakan bahawa motosikal KTM adalah "Sedia untuk Lumba", KTM Malaysia sedang menganjurkan pertandingan Fun-Hana. Semua penunggang adalah dialu-alukan untuk menyertainya dengan motosikal mereka sendiri. Terdapat 3 kelas:
Di bawah 200cc (16 peserta).
200 hingga 500cc (16 peserta).
500cc ke atas (16 peserta).
Hadiah:
Tempat pertama: RM200 + medal + topi keledar Gracshaw + Minyak enjin elf.
Tempat ke-2: RM100 + medal + topi keledar Gracshaw + Minyak enjin elf.
Tempat ke-3: Pingat.
Tempat 4: Pingat.
Kempen Servis
Khususnya untuk pemilik KTM. Kempen servis
termasuk pemeriksaan percuma 13 perkara dari 9 pagi hingga ke 5 petang. Perkara yang diperiksa adalah:
1. Sistem elektrik.
2. Keadaan tayar.
3. Tekanan tayar.
4. Sistem brek.
5. Tahap minyak enjin.
6. keadaan bahan penyejuk.
7. ketegangan rantai.
8. Pemeriksaan skru dan nat Chasi
9. Tongkat sisi.
10. Keadaan sistem gantungan (suspensi)
11. Kebocoran minyak enjin
12. Kabel
13. Diagnostik sistem dengan Pemeriksa diagnostik KTM XCI

Jualan khas dengan barangan akan diadakan dengan diskaun sehingga 60%. Belianlebih daripada RM150 daripada mercandis KTM PowerWear atau RM500 barangan PowerParts KTM akan layak untuk tiket cabutan bertuah. Pemilik yang membeli 2 botol minyak enjin ELF juga akan menerima tiket cabutan bertuah.
Datanglah beramai ramai!

KTM 390 Adventure bakal tiba

Sejak tahun 2014 telah ada khabar angin yang beredar bahawa KTM akan mengeluarkan motosikal kembara berdasarkan kerangka trellis dan enjin silinder tunggal 390 cc. Kini berita tersebut dilaporkan 'orang dalam' telah disahkan dan kelihatannya akan tiba tahun depan. Kita mungkin akan melihat sesuatu yang serupa dengan konsep jentera kembara KTM 790 yang menarik seperti yang digambarkan di atas.          
                   
Motosikal kembara inidijangka  akan dikuasakan oleh unit 373.2 cc yang sama dengan 390 Duke, menghasilkan lebih daripada 43bhp @ 9,600rpm dan 24.28 tork pada 7,000 rpm.   

KTM 790 DUKE kini ditawarkan di Malaysia

KTM MALAYSIA mengumumkan bahawa selepas mendominasi pasaran sub-700cc Malaysia
dengan model silinder tunggal 690 Duke, model terbaharu syarikat tersebut iaitu KTM 790 DUKE telah tiba di negara ini.

Para jurutera KTM di Mattighofen, Austria berusahauntuk meneruskan penguasaan pasaran segmen sesaran sederhana 800 cc dengan pengganti yanglebih kemas dan lebih berkuasa dengan KTM 790 Duke ini.
Bergelar "The Scalpel", KTM 790 DUKE menggabungkan prestasi keseronokan praktikal untuk perjalanan harian dengan ergonomik yang sangat baik. Penunggang boleh mencelah melalui lalu lintas dalam perjalanan ke tempat kerja, melayan jalan selekoh berbukit atau litar lumba pada hujung minggu. Seperti lazimnya sebuah KTM, 790 DUKE juga "Siap Untuk Berlumba."
Jantung KTM 790 DUKE baharu ini merupakan enjin serba baharu 799cc LC8c DOHC dwi-silinder kembar-sebaris (ya, DUA SILINDER) dengan ciri-ciri 75° dengan sisihan kedudukan pin acioleng (crank offset) sebanyak 75 darjah, seiring dengan enjin 1290 cc 75° kembar-V. Nama LC8c jelas menyatakan ianya sebuah enjin sejukan cecair 8 injap.


 Jurutera KTM memilih format kembar-sebaris untuk
keserasian dan kesederhanaannya dan juga pengagihan berat yang lebih baik dan penjimatan berat yang lebih besar bagi mendapatkan nisbah kuasa-ke-berat yang lebih baik. Enjin baharu ini menghasilkan 105 bhp pada 9,000 RPM dan tork 87 Nm di sekitar 8,000 rpm. Terdapat dua aci pengimbang untuk membatalkan getaran untuk operasi enjin yang lebih lancar. Aci sesondolnya (camshafts) adalah jenis yang dipasang dan bukannya ditempa (forged) untuk menjimatkan berat. Tambahan pula, permukaan sesondol adalah dari jenis karbon seperti berlian (DLC) bagi geseran lebih rendah, dan meningkatkan ketahanan. Kawalan ketegangan hidraulik bagi rantai pemasanya memastikan pemasaan optimum injap dengan tepat.

Kotak gear enam kelajuan adalah dari jenis PASC (Power Assist Slipper Clutch) iaitu teknologi berdaftar KTM sendiri. PASC meningkatkan tekanan klac ketika pecutan, namun ringan dan membolehkan tuil klac dikendalikan hanya dengan satu jari sahaja. Ketika nyahpecutan atau membrek keras, tekanan klac dilegakan sedikit untuk mengelakkan sentapan roda belakang agar membelok lancar dan yakin.

Sistem ekzos yang baharu disusun sangat dekat
dengan casis untuk kelegaan tanah yang luar biasa. Ia juga direka dengan akustik tersendiri. Ekzos  belakang turut dilindungi untuk keselesaan pembonceng.

KTM 790 DUKE ini juga dilengkapi keangka baharu yang direka sekuat dan seringan mungkin. Keluli molibdenum berdinding nipis yang dikimpal untuk mendapatkan ketegaran bagi memberikan rasa sporty dengan maklum balas yang cukup kepada pelumba. Bahagian enjin juga merupakan sebahagian dari kerangkanya untuk mendapatkan pengurangan berat. Satu lagi faedah penggabungan bingkai baharu dengan enjin adalah ketinggian tempat duduknya yang serendah hanya 825 mm bagi keselesaan capaian kebanyakan penunggang. Hasil daripada semua langkah penjimatan berat KTM 790 DUKE ini menjadikan jumlah beratnya hanya seberat 169 kg kering.
KTM 790 DUKE menggunakan topang kartrij terbalik WP 43mm yang direka khusus untuknya. Gegelung spring progresif memastikan kelancaran operasi sepanjang pergerakannya yang sebanyak 140mm. Peredam stereng WP turut mengawal pergerakan akhir bahagian depan. Hendalnya boleh dilaraskan pada empat kedudukan. Suspensi belakang juga adalah penyerap kejutan WP yang dibantu redaman gas.
Pakej elektronik intuitif menjadikan KTM 790 DUKE yang paling komprehensif dari segi teknologi
motosikal 800cc. Ini termasuklah pendikit tunggang-dengan-wayar (RbW), Kawalan Daya Cengkaman (MTC) berasaskan sudut sendeng motosikal, ABS selekoh, kawalan gelinciran enjin (MSR) untuk mengawal brek enjin, dan pengalih-tangkas Quickshifter + untuk kedua-dua operasi naik dan juga turun gear, dengan fungsi auto-blip. KTM 790 DUKE ini juga mempunyai Paparan TFT warna penuh yang boleh digabung dengan Integrasi telefon pintar KTM MY RIDE.
KTM 790 DUKE mempunyai lampu LED terpisah ke kiri kanan yang pertama kali digunakan pada KTM 1290 Super Duke R dan KTM 390 Duke. Lampu belakang dan isyarat disepadukan ke dalam pemegang plat nombor untuk mengecilkan saiz dan rupabentuk "Siap Untuk Lumba". Keseluruhan ekor ini dapat ditanggalkan dengan mudah untuk tunggangan di litar lumba.
KTM 790 DUKE "The Scalpel" ini dibawa masuk siap dipasang sepenuhnya CBU dan berharga dari RM 64,800 (harga jualan asas dengan 0% GST tidak termasuk cukai jalan dan insurans).

KTM 790 DUKE TECHNICAL SPECIFICATIONS
ENGINE Liquid-cooled, DOHC, 8-valves, parallel-Twin
DISPLACEMENT 799 cc
BORE X STROKE 88.0 mm X 65.7 mm
MAX POWER 105 bhp (77 kW) @ 9000 RPM
MAX TORQUE 87 Nm @ 8000 RPM
LUBRICATION Forced lubrication with 2 oil pumps
TRANSMISSION 6-speed
CLUTCH PASCTM anti-hopping clutch, mechanically operated
PRIMARY GEAR
REDUCTION 39:75
SECONDARY GEAR
REDUCTION 16:41
FRAME Powdercoated Chromium-Molybdenum Steel frame using
engine as stressed member
FRONT SUSPENSION WP 43 mm upside-down open-cartridge forks, 140 mm travel
REAR SUSPENSION WP shock absorber with preload adjuster, 150 mm travel
FRONT BRAKE Dual 300 mm discs, dual four-piston radial calipers
REAR BRAKE Single 240 mm disc, single-piston floating caliper
ABS Bosch 9MP two-channel ABS incl. Supermoto mode
(disengageable)
STEERING HEAD ANGLE 66o
TRAIL 98 mm
WHEELBASE 1475 mm
GROUND CLEARANCE 186 mm
SEAT HEIGHT 825 mm
FUEL TANK CAPACITY 14 litres
DRY WEIGHT 169 kg

KTM 790 Adventure bersayap dilihat diuji di jalan raya!

KTM 790 Adventure telah kelihatan semasa ujian akhir jalan di Eropah sebelum pelancaran rasminya dalam masa beberapa bulan. Foto yang telah disiarkan oleh morebikes.co.uk semalam.

Apa yang paling adalah selain daripada skrin yang lebih besar, pelana besar dan penghadang lumpur yang berlainan, motosikal itu mempunyai sayap di tepi bahagian tangki bahanapi di bahagian depan.

Penambahan aerodinamik itu kelihatan dibentuk sebagai sebahagian dari tangki petrol dan bercabang di atas lutut penunggang, sementara di bahagian kakinya terpasang bentuk aerodinamik tambahan berupa bonjolan besar di sekitar dasar enjin. Bonjolan aero bawah fairing ini telah kelihatan pada prototaip terawal walaupun lebih kecil.

'Sayap' atas ini julungkali dilihat pada motosikal kembara, dan ia jauh lebih besar dari sayap lawi yang dilihat pada motosikal jalan raya sehingga kini, dan belum pasti samada kita akan melhat penggunaannya pada model pengeluaran ataupun tidak.

Sah Tech3 sertai KTM


Pasukan persendirian MotoGP Tech3 akan bergabung dengan KTM mulai musim 2019 dan seterusnya, selepas keputusannya berpecah dengan rakan lama mereka iaitu Yamaha.

Pasukan Perancis tersebut telah berlumba dengan motosikal Yamaha dalam kelas perdana perlumbaan motosikal grand prix sejak 2001.Pada bulan Februari lepas Tech3 telaj mengumumkan akan menamatkan kerjasama mereka dengan pengeluar Jepun pada akhir tahun ini.

KTM telah mengumumkan hari ini bahawa Tech3 akan menyertai kem mereka dan berlumba dengan dua buah jentera RC16 pada musim 2019, sekali gus menjadi pasukan satelit pertama firma Austria tersebut di MotoGP. Menurut Herve, kerjasama ini akan berlangsung selama tiga tahun.

"Kami sangat gembira untuk bergabung dengan Tech 3 di MotoGP dari musim 2019 dan seterusnya," kata Pengurus Sukan Bermotor KTM, Pit Beirer.

"Pasukan ini mempunyai pengalaman bertahun-tahun dan mencapai banyak kejayaan dalam kejohanan itu. Struktur profesional mereka akan menjadikan kami lebih kuat."
KTM melengkapkan musim sulungnya sebagai pasukan pengilang di MotoGP tahun lepas, menamatkan musim di tempat kelima dalam kedudukan pengeluar dengan penamat terbaik perlumbaan di tempat kesembilan sepanjang musim lalu.

Sebelum pengumuman perjanjian dengan KTM in, bos Tech3 Herve Poncharal mendedahkan bahawa pasukannya telah mencapai persetujuan tiga tahun yang menjanjikan pasukannya untuk berlumba dengan jentera yang "sepadan dengan spesifikasi yang sama" seperti yang digunakan oleh pasukan pengilang.

Beirer menambah: "Menengahkan empat jentera KTM RC16 pada grid juga merupakan satu lagi langkah besar bagi kami, baik untuk pembangunan motosikal MotoGP kami dan mengembangkan struktur KTM di paddock.

"Dari Red Bull Rookies Cup hingga MotoGP ada jalan yang jelas ke hadapan.

"Kami tidak sabar-sabar untuk memulakan kerjasama yang hebat dan saya bersyukur kepada Herve Poncharal untuk kepercayaan masa depan di KTM."

Ppasukan pengilang KTM mempertengahkan Miguel Oliveira dan Brad Binder yang kini beraksi dalam kelas Moto2. Walaupun begitu kedua-dua KTM atau rakan barunya Tech3 belum lagi mengesahkan rancangan barisan pelumba selepas akhir musim 2018.

Tech3 akan membimbing Johann Zarco dan Hafizh Syahrin pada musim MotoGP terakhirnya dengan Yamaha.

Zarco menikmati musim rookie terhebat di Tech3 Yamaha tahun lepas, tamat keseluruhan di tempat kelima, dan telah dikenalpasti akan berlumba untuk KTM bagi musim 2019.

Dia telah menjadi pendahulu di seluruh ujian pra musim MotoGP tahun 2018, dan menetapkan masa terpantas dalam ujian akhir di Qatar.

Kejohanan dan Kelas baharu dalam MotoGP 2018


Beberapa perubahan baharu juga telah ditetapkan untuk musim 2018 yang mendatang ini, antaranya:

Kejohanan dan Pengelasan BaruSelain kejohanan berpasukan dunia FIM World Championship untuk kelas MotoGP seperti yang sedia ada sekarang, dua lagi kejohanan dunia FIM baharu akan diperkenalkan untuk pasukan Moto3 dan Moto2.Persaingan akan berdasarkan pada jumlah mata keseluruhan semua pelumba dalam pasukan termasuklah pelumba gantian. Anugerah juga akan diperkenalkan untuk mengiktiraf Pasukan Bebas terbaik dalam kelas MotoGP dan pelumba terbaik dalam pasukan bebas untuk kelas MotoGP.

Penyertaan Wildcard Kelas MotoGPPermohonan dari KTM untuk memasukkan Mika Kallio sebagai kemasukan 'wildcard' dalam kelas MotoGP bagi lima pusingan dalam musim 2018 telah diluluskan. Mika akan bersaing di Sepanyol (Jerez), Catalunya, Jerman, Austria dan Aragon.



 Pasukan yang menggunakan jentera pengilang dengan konsesi kini berhak untuk mempunyai enam kemasukan wildcard setiap musim berbanding dengan hanya tiga penyertaan sebelum ini. Ia nya jga telah ditetapkan bahawa jika mana mana pengilang kehilangan konsesinya, hak enam penyertaan wildcard ini tidak akan dibatalkan sehingga musim berikutnya.

Grand Prix Terbaik 2017 

Grand Prix Malaysia di Sepang telah dipilih sebagai Grand Prix terbaik tahun 2017 oleh Suruhajaya Grand Prix FIM.

KTM Duke 250 dan 390 bagi 2017 kini tiba



KTM Malaysia malam ini mengumumkan kedatangan 250 Duke dan 390 Duke yang baharu.
Siri motosikal Duke  yang terdiri dari Duke 200, 250 dan Duke 390 merupakan model jualan terbaik di Malaysia sejak tahun 2012 dan telah menguasai pasaran motosikal ringan. Reka bentuk agresif, ringan, pengendalian, kuasa dan teknologi Duke mengatasi pesaingnya dan dianggap hebat oleh ramai penunggang.



Mengetuai rangkaian baharu bagi 2017 ini ialah Duke 390. Kuasanya yang mendebarkannya itu menjadi kegemaran disamping tunggangan yang mengujakan. Duke 390 2017 ini lebih berkuasa di bawah rekabentuk badannya yang baharu, dengan enjin yang menjana 44 hp dan 37 Nm.

Pendikitnya kini dikawal dengan wayar (Ride-by-Wire) yang tidak lagi memerlukan kabel pendikit untuk tindak balas pendikit yang lebih licin. Kuasa disalurkan melalui cekam atau klac gelincir berbantu (slip and assist) yang bukan sahaja menghilangkan getaran semasa penurunan gear yang agresif tetapi juga menekan plat klac bersama untuk meminimumkan kehilangan kuasa apabila mengilas pendikit dengan kasar. Cakera brek depan 320mm lebih besar dan sistem ABS BOSCH memastikan kuasa hentian yang lebih selamat walaupun dalam keadaan yang sukar.





Duke 390 dibekalkan paparan pelbagai fungsi baharu yang merupakan konsol paparan TFT berbilang warna berkemampuan pepasangan Bluetooth dengan telefon pintar dan boleh dikawal dari hendal, yang merupakan perintis dalam kelasnya. Duke 390 ini juga buat pertama kalinya didatangkan dengan lampu utama LED radikal baharunya yang serupa dengan lampu Super Duke R.


Duke 250 baru juga telah menerima penambahbaikan yang agresif. Enjin Duke 250 kini mengeluarkan 30 bhp dan dipasangkan dengan transmisi cekam atau klac gelincir berbantu (slip and assist), kesemuanya disokong kerangka yang ringan. Tupang hadapan adalah dari pakar suspensi White Power atau WP, yang memaparkan kartrij terbaharunya dengan teknologi terkini yang terdiri daripada peralatan yang sedikit dan ini membuatnya lebih ringan, lasak dan berprestasi tinggi dalam semua spektrum keadaan.



Duke 250 baharu kini direka bentuk secara agresif sebagai saudara Super Duke R 1290, selain reka bentuknya yang unik. Kedudukan menunggang yang agresif mempercepatkan nadi penunggang ke mod perlumbaan, dan tangki bahan api lebih besar dibekalkan untuk simpanan lebih banyak, sementarapelana baharunya adalah selesa untuk penunggangan sporty serta perjalanan berpembonceng.

Kedua-dua KTM Duke 250 dan KTM Duke 390 baharu ini boleh didapati dalam dua warna. Harga runcitnya termasuk GST adalah Rm21,730 bagi KTM Duke 250, manakala KTM Duke 390 pula ditawarkan pada harga RM28,800

Galeri Duke 390








Galeri Duke 250