Pening dan kalut tak ingat kereta parkir di mana....?

 Kunjungan ke pusat membeli-belah yang besar mungkin meyebabkan anda lupa di mana anda telah meletakkan kereta anda, terutama sekali di kawasan parkir yang luas, bertingkat tingkat dan mempunyai banyak pintu masuk ke tempat letak kereta dengan beribu-ribu ruang letak kereta.

Mungkin ada di antara anda yang telah mengalami pengalaman pahit ini, ataupun mungkin telah melebihi tempoh masa keluar dari tempat meletak kereta setelah membayar yuran parkir dan menyebabkan anda tersangkut di pintu keluar!

Namun pelawat ke IOI City Mall Putrajaya tidak lagi perlu bimbang dengan masalah ini, berkat bantuan sistem carian kereta yang bernama "Find Your Car".
Andainya anda terlupa di mana anda meletakkan kereta anda, hanya masukkan nombor pendaftaran kereta mereka ke mesin kecil di sebelah mesin bayaran automatik parkir autopay, dan sistem itu akan mencari kereta dan memberikan arah kedudukan kereta anda, termasuklah gambar video semasa.

Sistem itu menggunakan 2,300 kamera yang telah dipasang di siling kawasan tempat letak kereta pusat membeli belah itu. Malahan anda juga boleh memeriksa sama ada selamat untuk kembali ke kereta anda dengan video gambaran sekeliling kereta yang dipaparkan.

Terdapat 10 mesin sedemikian di pusat membeli-belah itu dan sistem itu mendaftarkan nombor pendaftaran kereta yang memasuki tempat letak kereta dan ia boleh mengenal pasti 90% dari nombor pendaftaran kesemua kereta yang masuk. Kamera mungkin tidak dapat mengenali nombor plat kereta jika ia kotor ataupun tidak dapat mengenalpasti huruf font atau warna yang berbeza digunakan. Walaupun sistem itu menyediakan video masa nyata, dan ia tidak menyimpan rekod visual.



Kamera itu juga berfungsi untuk mengenal pasti ruang letak kereta yang kosong yang ditandakan dengan lampu hijau di atas siling. Lampu merah bermaksud ruang letak kereta tersebut telah dipenuhi.

Pihak pengursan pusat membeli-belah itu akan menggunakan kamera sebagai sebahagian daripada sistem pengawasan keselamatannya pada masa akan datang. Rakaman selama 24 jam juga sedang dipertimbangkan untuk tujuan keselamatan. Terdapat lebih daripada 7,000 tempat letak kereta di sini dan kesemua kamera ini boleh memantau tempat letak kereta dengan lebih cekap disamping rondaan pengawal di kawasan tempat letak kereta itu.

No comments: