Pemilik kereta kini boleh merebut promosi nilai hebat yang ditawarkan oleh Michelin Malaysia sebelum mereka pulang ke kampung halaman untuk merayakan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.
Menjelang kesibukan ‘balik kampung’ pada musim perayaan akan datang, Michelin menghulurkan tangan untuk membantu anda dan keluarga agar sampai ke destinasi anda dengan selamat menerusi kempen Safe with Michelin (Selamat dengan Michelin). Objektif kempen ini adalah untuk lebih mendekati hati dan hidup rakyat Malaysia dengan kesedaran bahawa tayar Michelin dibina dengan mengutamakan keselamatan. Tiada yang lebih penting kepada Michelin selain keselamatan para pelanggannya.
Sebagai sebahagian daripada kempen ini, Michelin menganjurkan promosi Travel Home with Michelin (Pulang Dengan Michelin) dari 8 Januari hingga 2 Mac 2018. Dengan promosi ini, Michelin menawarkan e-baucar Air Asia bernilai RM88 bersama dengan tag bagasi eksklusif Michelin kepada pelanggan yang membeli empat tayar Michelin di mana-mana kedai pengedar mereka. Sebaik sahaja membeli empat tayar Michelin di kedai yang menyertai promosi ini, pelanggan akan menerima tag bagasi Michelin dan arahan cara untuk menebus e-baucar Air Asia mereka. Pelanggan dikehendaki menghantar gambar resit dengan butir-butir berikut melalui WhatsApp ke 017-2576849:
1. Nama seperti dalam Kad Pengenalan
2. Nombor Kad Pengenalan
3. Alamat E-mel
Pelanggan kemudiannya akan menerima e-baucar Air Asia mereka melalui e-mel dalam masa 14 hari bekerja. Selain itu, pelanggan yang membeli dua tayar juga akan menerima tag bagasi jenama Michelin.
“Kempen Safe with Michelin menjanjikan detik-detik terindah dalam hidup orang yang menaiki kereta bersama keluarga tersayang dalam perjalanan pulang; memberi kepercayaan kepada tayar Michelin untuk membawa mereka sampai ke destinasi dengan selamat pada musim perayaan ini,” kata Pengarah Urusan Michelin Malaysia Sdn Bhd, Pascal Nouvellon.
“Apabila rakyat Malaysia meluangkan masa daripada jadual kerja mereka yang sibuk untuk menikmati masa yang menyeronokkan bersama keluarga dan kawan-kawan sempena Tahun Baru Cina ini, kami menggalakkan mereka untuk merebut promosi ini. Kami berterima kasih kepada pelanggan kami dan menghargai sokongan mereka selama ini. Menerusi promosi ini, pengguna mendapat jaminan bahawa mereka boleh memandu jauh dengan selamat kerana tayar Michelin direka bentuk untuk memastikan keselamatan dan prestasi yang tahan lama. Mereka juga boleh pergi lebih jauh dengan e-baucar Air Asia dan menggandakan kegembiraan pada musim perayaan yang meriah ini,” tambah Nouvellon added.
Jadi, apa yang anda tunggu lagi? Kunjungi kedai pengedar sah Michelin yang berhampiran dan dapatkan ganjaran anda sempena Tahun Baru Cina ini!
Mengenai Michelin
Michelin, sebuah syarikat tayar yang terkemuka, bertekad untuk menambah baik daya pergerakan pelanggan, secara lestari; dengan menyediakan perkhidmatan digital, peta dan panduan untuk membantu menjadikan perjalanan dan pengembaraan lebih menarik dan unik; dan membangunkan bahan berteknologi tinggi yang berkhidmat kepada industri pengangkutan. Beribu pejabat di Clermont-Ferrand, Perancis, Michelin hadir di 170 negara, mempunyai 111,700 kakitangan dan mengendalikan 68 kemudahan pengeluaran di 17 negara, yang secara bersama menghasilkan 187 juta tayar pada 2016. (www.michelin.com).
Showing posts with label tayar. Show all posts
Showing posts with label tayar. Show all posts
Bagaimana pilihan tayar jadikan saingan MotoGP lebih setara
Dalam perlumbaan, pasti ada sebab, bukannya kebetulan. Penunggang MotoGP kini mempunyai pilihan tiga tayar
belakang dan lebih banyak pilihan untuk tayar depan.
Michelin menawarkan tidak kurang daripada sembilan varian tayar dan meningkatkan peluang kecemerlangan. Pembekal sebelumnya iaitu Bridgestone, tidak mampu mengatasi keraguan pilihan tayar. Secara teorinya, terdapat dua pilihan, tetapi dalam kebanyakan kes hanya satu yang benar-benar memberikan hasil yang diinginkan.Jika sesebuah tayar tidak berfungsi untuk jenis penunggang atau motosikal, ia secara automatik akan diketepikan untuk perlumbaan. Kini semua orang berpeluang untuk mencari satu atau beberapa kombinasi yang benar benar berfungsi untuk mereka.
"Dengan
pilihan yang kami tawarkan kepada penunggang, kami telah memperkenalkan
varian yang tidak wujud sebelum ini: strategi." kata Pengarah Teknikal Lumba
Michelin, Nicolas Goubert. Jurutera Perancis itu menjelaskan bahawa format baru ini sebenarnya direka oleh pemegang hak siri perlumbaan terseut iaitu Dorna. Apabila
Michelin kembali sebagai pembekal tayar bagi kejohanan dunia tersebut pada tahun 2016, mereka pada mulanya mengikut peraturan dengan menawarkan dua pilihan tayar
untuk kedua-dua tayar depan dan belakang untuk setiap perlumbaan. Tetapi setelah musim berjalan, Michelin mula memberikan sedikit tambahan: satu pilihan ketiga.
Evolusi ini memuncak musim lalu kerana Michelin menawarkan tiga pilihan tayar depan dan juga belakang yang tersedia untuk penunggang di setiap Grand Prix. "Saya rasa keseronokan dan cabaran kejohanan itu wujud kerana terdapat begitu banyak pilihan," kata Goubert. "Penunggang dan pasukan mempunyai beberapa cara untuk menguasai perlumbaan. Contohnya mereka mungkin menjalankan strategi mendesak keras pada mulanya dan kemudiannya menguruskan tayar, ataupun sebaliknya. "Strategi ini sering dilihat dalam perlumbaan tahun ini. Di MotorLand Aragon, contohnya, Maverick Viñales dari Movistar Yamaha memilih kombinasi sederhana depan / keras belakang yang diperlukan untuk menunggu beberapa pusingan untuk memanaskan tayar belakangnya sebelum melaksanakan serangan. Namun ketika tayarnya sudah cukup panas, ia nya sudah terlambat.
Perkara yang sama berlaku kepada Marc Marquez (Repsol Honda) ketika dia bertarung di bahagian depan dalam perlumbaan yang sama dengan kombinasi depan keras / belakang keras dan Valentino Rossi (Movistar Yamaha), yang menggunakan pasangan sederhana depan / belakang keras, dan Andrea Dovizioso (Pasukan Ducati) dengan tayar depan sederhana dan belakang lembut. Tiada satu pun daripada ketiga tiga mereka yang menggunakan gabungan yang sama. Marquez terpaksa bergelut menggunakan kemahirannya bagi mengelakkan kemalangan di peringkat awal perlumbaan.
Pendekatan ini amat jelas dilihat di podium Aragon, di mana nyata bukannya kebetulan bahawa tiga pemenang teratas adalah Marquez, Dani Pedrosa (Repsol Honda), dan Jorge Lorenzo (Pasukan Ducati). Marquez menang dengan kombo keras / keras yang disebutkan di atas, Pedrosa masuk 0.8 saat dengan sederhana depan / sederhana belakang, dan Lorenzo tiba dua saat kemudian dengan tayar sederhana depan dan belakang lembut.
Situasi baru yang unik ini mengakibatkan kritikan daripada penunggang dan jurutera, yang berpendapat bahawa ia nya seperti telah menjadi sesi uji tayar bukan persediaan perlumbaan. Apabila terdapat hanya dua pilihan dahulu, memang tidak ada pilihan: Anda perlu memilih atau pun membiarkannya. Sekarang terdapat tiga pilihan bagi setiap masalah dan keadaan litar.Namun hakikatnya, seiring dengan keadaan sekarang, ia tidak lagi menjadi persoalan sekadar mengilas pendikit. Menilai, menganalisa, dan memutuskan bagaimana menangani sesuatu perlumbaan kini menjadi sama penting dan pastinya merupakan kunci dalam pecutan terakhir yang menentukan gelaran, dalam musim yang dikatakan paling hampir setara saingannya dalam sejarah MotoGP. Kini kita tahu apa penyebabnya.
Michelin menawarkan tidak kurang daripada sembilan varian tayar dan meningkatkan peluang kecemerlangan. Pembekal sebelumnya iaitu Bridgestone, tidak mampu mengatasi keraguan pilihan tayar. Secara teorinya, terdapat dua pilihan, tetapi dalam kebanyakan kes hanya satu yang benar-benar memberikan hasil yang diinginkan.Jika sesebuah tayar tidak berfungsi untuk jenis penunggang atau motosikal, ia secara automatik akan diketepikan untuk perlumbaan. Kini semua orang berpeluang untuk mencari satu atau beberapa kombinasi yang benar benar berfungsi untuk mereka.
![]() |
| Selepas 28 tahun dengan Michelin, Nicolas Goubert kini dilantik Dorna sebagai Pengarah Eksekutif Kejohanan Motosikal Elektrik, FIM Moto-e World Cup yang akan diperkenalkan sedikit masa lagi. |
Evolusi ini memuncak musim lalu kerana Michelin menawarkan tiga pilihan tayar depan dan juga belakang yang tersedia untuk penunggang di setiap Grand Prix. "Saya rasa keseronokan dan cabaran kejohanan itu wujud kerana terdapat begitu banyak pilihan," kata Goubert. "Penunggang dan pasukan mempunyai beberapa cara untuk menguasai perlumbaan. Contohnya mereka mungkin menjalankan strategi mendesak keras pada mulanya dan kemudiannya menguruskan tayar, ataupun sebaliknya. "Strategi ini sering dilihat dalam perlumbaan tahun ini. Di MotorLand Aragon, contohnya, Maverick Viñales dari Movistar Yamaha memilih kombinasi sederhana depan / keras belakang yang diperlukan untuk menunggu beberapa pusingan untuk memanaskan tayar belakangnya sebelum melaksanakan serangan. Namun ketika tayarnya sudah cukup panas, ia nya sudah terlambat.
Perkara yang sama berlaku kepada Marc Marquez (Repsol Honda) ketika dia bertarung di bahagian depan dalam perlumbaan yang sama dengan kombinasi depan keras / belakang keras dan Valentino Rossi (Movistar Yamaha), yang menggunakan pasangan sederhana depan / belakang keras, dan Andrea Dovizioso (Pasukan Ducati) dengan tayar depan sederhana dan belakang lembut. Tiada satu pun daripada ketiga tiga mereka yang menggunakan gabungan yang sama. Marquez terpaksa bergelut menggunakan kemahirannya bagi mengelakkan kemalangan di peringkat awal perlumbaan.
Pendekatan ini amat jelas dilihat di podium Aragon, di mana nyata bukannya kebetulan bahawa tiga pemenang teratas adalah Marquez, Dani Pedrosa (Repsol Honda), dan Jorge Lorenzo (Pasukan Ducati). Marquez menang dengan kombo keras / keras yang disebutkan di atas, Pedrosa masuk 0.8 saat dengan sederhana depan / sederhana belakang, dan Lorenzo tiba dua saat kemudian dengan tayar sederhana depan dan belakang lembut.
Situasi baru yang unik ini mengakibatkan kritikan daripada penunggang dan jurutera, yang berpendapat bahawa ia nya seperti telah menjadi sesi uji tayar bukan persediaan perlumbaan. Apabila terdapat hanya dua pilihan dahulu, memang tidak ada pilihan: Anda perlu memilih atau pun membiarkannya. Sekarang terdapat tiga pilihan bagi setiap masalah dan keadaan litar.Namun hakikatnya, seiring dengan keadaan sekarang, ia tidak lagi menjadi persoalan sekadar mengilas pendikit. Menilai, menganalisa, dan memutuskan bagaimana menangani sesuatu perlumbaan kini menjadi sama penting dan pastinya merupakan kunci dalam pecutan terakhir yang menentukan gelaran, dalam musim yang dikatakan paling hampir setara saingannya dalam sejarah MotoGP. Kini kita tahu apa penyebabnya.
MisterTyre lancar program latihan sambil kerja untuk pelajar TOC
MisterTyre Malaysia Sdn Bhd telah menandatangani Perjanjian Kerjasama Internship dengan
Kolej Automotif TOC untuk membangunkan Profesional Penjagaan Kereta Malaysia untuk
Ekonomi Digital. Program Internship atau Latihan sambil kerja ini akan menyediakan pelajar TOC dengan pengalaman praktikal dan pendedahan mengenai ekonomi digital untuk perkhidmatan automotif dan e-dagang.
MisterTyre merupakan aplikasi mudah alih yang pertama di dunia untuk menawarkan 28 jenama tayar global, khidmat penggiliran dan penjajaran roda hadapan, perkhidmatan menukar minyak enjin dan bateri melalui penghantaran mudah alih. Penjagaan profesional kereta MisterTyre yang terlatih
juga melakukan pemeriksaan 12-perkara percuma untuk pelanggan untuk memastikan setiap aspek utama kereta mereka dipantau. Khidmat mereka disediakan setiap hari dari 8 pagi hingga 10 malam untuk disesuaikan dengan jadual sibuk pemilik kereta.
Penjimatan kos yang besar dalam ekonomi digital melalui rantaian bekalan "Langsung dari pengeluar" disampaikan kepada pengguna melalui Komitmen "Jamninan Harga Terbaik" MisterTyre .
TOC Automotive College merupakan perintis dalam pendidikan automotif profesional di Malaysia
Malaysia. Ia telah dianugerahkan dengan pelbagai anugerah tempatan dan antarabangsa di Malaysia
pendidikan dan industri kemahiran.
Program Internship latihan sambil kerja ini membolehkan pelajar mempelajari kemahiran yang berharga dari juruteknik MisterTyre yang berkemahiran tinggi dalam konteks persekitaran e-dagang digital. Model perniagaan MisterTyre merupakan peralihan dari model "kedai" tradisional untuk perkhidmatan automotif. Ia adalah aplikasi pertama di dunia untuk perkhidmatan selepas jualan automotif yang menawarkan tayar baharu, ppenggiliran dan penjajaran roda depan, minyak enjin dan bateri. Model perniagaan yag mengenepikan "orang tengah" dari rantaian bekalan itu membolehkan MisterTyre menawarkan tawaran yang luar biasa tanpa caj untuk perkhidmatan mudah alih sambil memberi kuasa kepada pengguna untuk membuat pilihan serta keputusan yang bermaklumat
mengenai pembaikan semula automotif mereka.
Perjanjian Internship ditandatangani oleh Pengarah eksekutif & Pengasas MisterTyre En Dennis Melka dan Ketua Pegawai Eksekutif TOC Automotive Kolej Pn Adelaine LK Foo. Perjanjian Perkongsian Internship ini ditandatangani pada 14 November 2017 di Kolej Automotif TOC yang berpusat di Petaling Jaya. Program latihan sambil kerja ini akan bermula pada Januari 2018 dan selepas itu pelatih cemerlang boleh ditawarkan penempatan sepenuh masa di MisterTyre.
Labels:
adelaine lk foo,
dennis melka,
mistertyre,
mudah alih,
penggiliran,
penjajaran,
perkhidmatan,
servis,
tayar,
toc
Continental perkenal MaxContact™ MC6
- MC6 menyediakan kestabilan kukuh, keselamatan maksimum dan cengkaman muktamad dengan maklum balas yang luar biasa dan pengendalian yang lebih baik untuk pemanduan mencabar
- menyepadukan teknologi Jerman paling maju yang sinonim dengan prestasi tinggi dan kualiti premium
- Pelancaran MaxContact ™ MC6 adalah langkah penting ke arah "Wawasan 2025", strategi pertumbuhan jangka panjang untuk Tayar Continental dengan tumpuan yang kuat ke rantau Asia Pasifik (APAC)
Berbanding dengan pendahulunya, MaxContact™ MC6 baharu memiliki peningkatan yang ketara dalam pengendalian basah dan kering, membrek dalam keadaan basah, dan prestasi perbatuan yang lebih panjang. Dengan inspirasi "Apabila Prestasi MAX diambilkira", ia direka untuk merealisasikan imaginasi pemandu yang mencari pemanduan mengujakan dalam perjalanan mereka setiap hari dan penuh semangat prestasi.
"Kami ingin menembusi dan memenuhi permintaan yang semakin meningkat di pasaran Malaysia. Dengan pelancaran MaxContact™ MC6, kami melihat untuk menghasilkan barisan produk yang menjadi lambang Teknologi Jerman yang direka untuk jalan-jalan tempatan. Dengan teknologi canggih, kami berusaha untuk mewujudkan kehadiran kompetitif dalam industri tayar untuk pemandu sporti," kata Pengarah Urusan Continental Tire Malaysia, Cameron Wilson. "Kami juga berbangga untuk mengumumkan bahawa MaxContact ™ MC6 akan dihasilkan di negara kita di kilang Alor Setar."
Ciri ciri Produk MAXContact ™ MC6:
Reka Bentuk Pelbagai fungsi yang meningkatkan cengkaman dan pengendalian sambil mengurangkan jarak membrek dalam keadaan basah dan kering: Reka bentuk coraknya membolehkan cengkaman maksimum di mana keselamatan dan kelajuan membelok amat diambil kira. Bunga tayar pelbagai fungsi memberikan kestabilan maksimum cengkaman dan jarak membrek yang lebih pendek.
Komponen aaptif cengkaman Grip Adaptive yang membolehkan tahap cengkaman yang lebih baik dengan permukaan jalan: Komponen MaxContact™ MC6 membolehkan cengkaman dan keselamatan yang maksimum disebabkan oleh penyesuaian yang sempurna untuk pelbagai permukaan jalan ke tahap nanometer.
Binaan Xtreme Force yang menyampaikan prestasi membelok yang luar biasa: sewaktu membelok keras dan pada kelajuan tinggi, kekukuhan bahan lapik/ply Force Xtreme mengurangkan kiat tayar bagi memberikankan kawalan maksimum dan pengendalian yang lebih baik. Pada kelajuan yang lebih rendah, bahan ply adaptif ini mengekalkan kelenturannya untuk memastikan perjalanan yang selesa.
Selain ciri dinamiknya, MaxContact™ MC6 ini memberikan prestasi perbatuan yang baik dan tahap bunyi yang rendah untuk pemanduan harian. Rangkaian produk ini boleh didapati untuk rim dengan diameter 16 hingga 20 inci dengan tayar 20 inci diimport dari Eropah, yang meliputi pelbagai model kenderaan penumpang.
Komitmen Continental Tires untuk inovasi dan kecemerlangan dalam pembangunan produknya adalah teras momentum pertumbuhannya di rantau Asia Pasifik. Teknologi canggihnya, yang diuji secara mendalam bagi memberikan nilai maksimum bagi pengguna dan rakan kongsi perniagaan, dan menegaskan lagi usaha pengembangan syarikat pengeluar tayar Jerman terkemuka itu di pasaran automotif yang paling dinamik di dunia.
Labels:
basah kering,
cameron wilson,
conti,
continental,
MaxContact™ MC6,
mc5,
mc6,
membrek,
sepang,
tayar
Boeing 777X guna tayar Goodyear
Syarikat Boeing telah memperakui tayar penerbangan Radial ultra-ringan Goodyear untuk pesawat 777Xnya. Dengan ini, Goodyear Flight Radial menjadi produk pertama yang menerima pensijilan sebagai salah satu peralatan sistem Boeing untuk 777X.
Tayar radial penerbangan Flight Radial ini merupakan salah satu daripada produk penerbangan Goodyear yang paling canggih, mempamerkan teknologi Goodyear Featherweight Alloy Core Bead Technology, yang terbaharu dalam teknologi radial ringan pesawat penerbangan Goodyear, untuk pengurangan berat badan dan mengurangkan kos operasi. Tayar ini juga mengandungi talisawat bunga kuat dan tegar dengan getah yang dipertingkatkan untuk kestabilan dimensi, hayat perkhidmatan yang lebih lama dan peningkatan rintangan pemotongan serta beberapa ciri-ciri lain.Boeing telah memilih tayar Flight Radial untuk tayar hadapan dan gear pendaratan utama 777X, yang dijadualkan untuk penghantaran kepada pelanggan pada tahun 2020.
"Flight Radial yang memperoleh pensijilan sebahagian sistem pertama untuk pesawat maju ini merupakan pencapaian yang luar biasa dan bukti teknologi dan kemampuan tayar penerbangan Goodyear yang maju," kata Pengerusi, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Goodyear, Richard J. Kramer. "Kami komited untuk membekalkan produk dan perkhidmatan premium kepada Boeing dan berharap untuk melengkapkan Boeing 777X dengan tayar Radial Penerbangan kami."
Goodyear adalah antara syarikat tayar terbesar di dunia dan pembekal utama tayar penerbangan untuk pesawat komersial, tentera dan pesawat udara am. Ia menggaji kira-kira 65,000 orang dan mengeluarkan produknya di 47 kemudahan di 21 negara di seluruh dunia. Dua Pusat Inovasinya di Akron, Ohio dan Colmar-Berg, Luxemburg berusaha untuk membangunkan produk dan perkhidmatan terkini yang menetapkan piawaian teknologi dan prestasi bagi industri. Untuk maklumat lanjut mengenai Goodyear dan produknya, pergi ke www.goodyear.com/corporate.
Untuk maklumat lanjut mengenai tayar penerbangan Goodyear, retreading dan perkhidmatan, lawati www.goodyearaviation.com.
Tayar radial penerbangan Flight Radial ini merupakan salah satu daripada produk penerbangan Goodyear yang paling canggih, mempamerkan teknologi Goodyear Featherweight Alloy Core Bead Technology, yang terbaharu dalam teknologi radial ringan pesawat penerbangan Goodyear, untuk pengurangan berat badan dan mengurangkan kos operasi. Tayar ini juga mengandungi talisawat bunga kuat dan tegar dengan getah yang dipertingkatkan untuk kestabilan dimensi, hayat perkhidmatan yang lebih lama dan peningkatan rintangan pemotongan serta beberapa ciri-ciri lain.Boeing telah memilih tayar Flight Radial untuk tayar hadapan dan gear pendaratan utama 777X, yang dijadualkan untuk penghantaran kepada pelanggan pada tahun 2020.
Goodyear adalah antara syarikat tayar terbesar di dunia dan pembekal utama tayar penerbangan untuk pesawat komersial, tentera dan pesawat udara am. Ia menggaji kira-kira 65,000 orang dan mengeluarkan produknya di 47 kemudahan di 21 negara di seluruh dunia. Dua Pusat Inovasinya di Akron, Ohio dan Colmar-Berg, Luxemburg berusaha untuk membangunkan produk dan perkhidmatan terkini yang menetapkan piawaian teknologi dan prestasi bagi industri. Untuk maklumat lanjut mengenai Goodyear dan produknya, pergi ke www.goodyear.com/corporate.
Untuk maklumat lanjut mengenai tayar penerbangan Goodyear, retreading dan perkhidmatan, lawati www.goodyearaviation.com.
Continental perkenal dua teknologi teknologi tayar baharu
Continental memperkenalkan dua konsep teknologi tayar baru yang akan
menawarkan keselamatan dan keselesaan jalan yang lebih baik pada masa
depan. Kedua-dua sistem ini membolehkan pemantauan berterusan terhadap
keadaan tayar, serta penyesuaian keadaan yang sesuai dengan ciri-ciri
prestasi tayar dengan keadaan jalan. Teknologi yang dipanggil ContiSense
dan ContiAdapt ini akan diperkenalkan buat pertama kali di Pameran
Motor Frankfurt 2017 (IAA) yang disertai dengan kajian tayar.
ContiSense: Menggunakan sensor tayar untuk mengukur kedalaman jejak dan suhu dan memberi amaran kepada pemandu berkenaan kerosakan tayar - penghantaran data melalui getah konduktif elektrik
ContiAdapt: Melaraskan tekanan tayar dan lebar rim untuk menyesuaikan saiz sentuhan tayar dengan keadaan jalan raya
Konsep teknologi baharu ini akan dipamerkan di IAA 2017 selaras dengan kajian teknologi tayar yang dikemas kini
ContiSense didasarkan pada perkembangan sebatian getah konduktif elektrik yang membolehkan isyarat elektrik dihantar dari sensor dalam tayar kepada penerima di dalam kereta. Sensor berasaskan getah sentiasa memantau kedalaman dan suhu bunga tayar. Sekiranya nilai-nilai yang diukur ini berada di atas atau di bawah had yang telah ditetapkan, sistem tersebut akan memberi amaran kepada pemandu. Jika apa-apa menembusi bunga tayar, litar dalam tayar juga kakan mencetuskan amaran segera kepada pemandu - lebih cepat daripada sistem yang digunakan masakini yang hanya memberi amaran kepada pemandu apabila tekanan tayar telah mula menurun. Pada masa akan datang, sistem ContiSense akan menampilkan sensor tambahan yang juga boleh digunakan secara individu. Jadi maklumat tentang permukaan jalan, seperti suhu atau kehadiran salji, boleh "dirasakan" oleh tayar dan disampaikan kepada pemandu. Data boleh dihantar kepada sistem elektronik kenderaan atau melalui bluetooth ke telefon pintar.
ContiAdapt pula menggabungkan kompresor mikro yang diintegrasikan ke dalam roda untuk menyesuaikan tekanan tayar dengan rim lebar boleh-ubah. Oleh itu, sistem itu mampu mengubahsuai saiz permukaan tayar yang bersentuhan dengan jalan. Saiz sentuhan tayar ini merupakan faktor penentu untuk keselamatan dan keselesaan.
Empat kombinasi berbeza membolehkan penyesuaian sempurna bagi keadaan jalan yang basah, tidak sekata, licin dan juga keadaan jalan biasa. Sebagai
contohnya, saiz sentuhan tayar yang kecil dan digabungkan dengan tekanan tayar yang tinggi akan merendahkan rintangan golekan tayar dan memberikan pemanduan yang cekap tenaga di jalan yang lancar dan kering. Di sebaliknya, gabungan sentuhan tayar yang lebih besar dengan tekanan tayar yang lebih rendah akan menghasilkan cengkaman yang ideal di jalan licin. Sistem ini juga membenarkan tekanan tayar rendah di bawah 1 bar ditetapkan, untuk membantu mengeluarkan kenderaan dari kawasan salji tebal contohnya, atau merentasi jalan berais yang berbahaya.
ContiSense dan ContiAdapt dilengkapi pada tayar konsep yang membolehkan faedah kedua-dua sistem untuk dimanfaatkan sepenuhnya. Reka bentuk tayar mempunyai tiga corak bunga yang berbeza untuk pemanduan basah, licin atau permukaan kering. Bergantung pada tekanan tayar dan lebar rim, zon bunga yang berbeza akan diaktifkan dan tayar konsep ini memberikan corak sentuhan tayar yang diperlukan dalam setiap kes. Dengan cara ini, tayar mampu beradaptasi dengan keadaan jalan semasa ataupun pilihan pemandu.
Continental menganggap konsep teknologi tayar ini menjanjikan penyelesaian untuk mobiliti masa depan dengan tayar disesuaikan untuk memenuhi keperluan pemanduan automatik dan elektrifikasi. Sebagai contoh, tayar dengan rintangan golekan yang rendah akan membolehkan kereta elektrik untuk mencapai jarak lebih jauh pada sekali caj penuh. Pada masa yang sama, tayar boleh disesuaikan mengikut keperluan peribadi pemandu atau sebagai tindak balas kepada perubahan mendadak cuaca. Konsep-konsep ini adalah langkah seterusnya yang logik dalam
pembangunan sensor REDI yang berorientasikan masa depan yang telah diperkenalkan ke pasaran oleh Continental pada tahun 2014, yang penting dalam mewujudkan komunikasi pintar antara kenderaan dan tayar. Tayar konsep teknologi baharu ini merupakan turutan dari dua teknologi mobiliti lebih awal iaitu ContiSeal, untuk penampalan kebocoran secara automatik, dan ContiSilent untuk pengurangan ketara bunyi tayar/jalan.

ContiRoadAttack 3 baharu juara ujian perbandingan sekali lagi
Tayar motosikal ContiRoadAttack 3 baharu telah mencatat kemenangan ujian buat kali kedua dalam masa tiga bulan sahaja. Penguji dari majalah motosikal PS telah membandingkan enam pasang tayar tayar sports berlainan jenama bersaiz 120/70 ZR17 dan 180/55 ZR17 di sekitar trek ujian menggunakan motosikal Suzuki GSX-S 750.
ContiRoadAttack 3 dari Continental telah merangkul markah paling banyak iaitu 277 markah dari jumlah 300 keseluruhan. Ujian ini merangkumi jalan berturap kering dan juga basah, dengan perhatian khusus kepada pretasi tayar ketika masih sejuk, pengendalian, ketepatan, kestabilan, cengkaman, julat kebolehgunaan, kecepatan pembetulan dan juga maklum balas tayar. Penurunan kelajuan dalam keadaan basah juga didokumentasikan secara terperinci dan dinilai.
Hasil perbandingan di antara kesemua tayar yang diuji adalah begitu hampir, tetapi dalam beberapa ujian, ContiRoadAttack 3 telah mencatat keputusan yang baik dan ini membolehkannya meraih kemenangan keseluruhan. Seperti yang dijangkakan, penghakiman akhir dari penulis ujian adalah positif: "Sebuah tayar serba guna yang memenuhi gaya menunggang sporty. Tayar pesaing lain tidak mampu menandinginya dari segi ketepatan, kestabilan, cengkaman mahupun maklum balas."
Kejayaan mengungguli ujian kedua sejak pengenalannya pada Mac tahun ini bermakna bahawa tayar ini sekali lagi membuktikan kualiti hebatnya sebagai tayar sports yang sangat baik. Tidak lama selepas pelancarannya dahulu, tayar motosikal baharu Continental ContiRoadAttack 3 ini telah mencatatkan kemenangan ujian pertama dalam ujian majalah motosikal Jerman, MOTORRAD menguji enam tayar tayar sports dalam saiz 120/70 ZR 17 (depan) dan 180/55 ZR 17 (belakang) dalam isu 12/2017. Hasil ujian ini meletakkan tayar baharu dari Korbach itu di tempat pertama.
Kriteria penilaian utama termasuk pengendalian, tingkah laku pada tahap tinggi dan dalam keadaan basah, cengkaman semasa pecutan dan pada kedudukan sudut sendeng, ketepatan pengemudian, pembelokan dan kestabilan garis lurus. Continental telah dapat meningkatkan ciri-ciri positif siri tayar sekali lagi, terutamanya dalam keadaan basah. Oleh itu, tayar baharu dapat meneruskan kisah kejayaan pemenang ujian Continental sebelum ini. Para penguji telah teruja dengan teknologi canggih tayar baharu in yang menggabungkan teknologi eksklusif Continental seperti MultiGrip, TractionSkin, ZeroDegree, RainGrip dan EasyHandling.
Kualiti ContiRoadAttack 3 amat mengagumkan para penguji: "Conti seringkali menghasilkan tayar tayar yang sangat sporty untuk jalan raya negara dan kami telah sentiasa mengeyorkan pembelian tayar ini untuk kegunaan penunggang motosikal. ContiRoadAttack 3 ini juga tidak terkecuali. Pada masa yang sama mereka telah mengolah semula prestasi basah tayar baharu yang bukan sahaja menobatkannya sebagai raja jalan negara yang disahkan oleh ujian tahun 2017."
Maklumat lanjut dan siz tayar boleh didapati di sini.
Kesedaran keselamatan tayar matlamat Goodyear
Faktor kecuaian dan kecuaian disebut sebagai sebahagian punca utama, selaras dengan kaji selidik yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Institut Malaysia (MIRORS) pada 2016 yang turut mendedahkan bahawa 80.6% daripada kemalangan adalah disebabkan oleh kesilapan manusia manakala 19.4% adalah disebabkan oleh keadaan jalan dan kenderaan.
Bagi mengingatkan pemandu tentang betapa pentingnya keselamatan di jalan raya, Goodyear Malaysia telah menganjurkan kempen pemeriksaan tayar percuma dan pemeriksaan 10-perkara secara percuma berserta pengedaran pek Goodyear Hari Raya Think Pack di Lembah Klang.
"Pada tahun ini, kami ingin melibatkan rakyat Malaysia dengan cara yang lebih peribadi, di mana kami melawat bazar dan mengadakan perbualan dengan pelanggan, mengingatkan semua orang betapa pentingnya kenderaan dan tayar mereka diperiksa dengan tetap, selain mematuhi undang-undang lalu lintas yang dibuat untuk melindungi kita", kata Pengarah Urusan di Goodyear Malaysia Berhad, Ben Hoge.
"Tayar adalah satu-satunya komponen yang bersentuhan dengan jalan raya. Oleh itu kami telah menyediakan satu panduan penyelenggaraan tayar asas yang menyediakan maklumat penting mengenai apa yang perlu diperiksa secara kerap. Kita semua berperanan untuk memastikan keselamatan jalan raya bagi semua orang, supaya kita semua dapat menantikan sambutan Hari Raya dengan bermakna, "katanya.
Kempen pemeriksaan percuma ini telah diadakan di Bazaar Ramadhan Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor dan Bazaar USJ, Subang Jaya, Selangor serta di Tempat letak kereta Kompleks Sukan Shah Alam, Selangor.
Tayar tidak makan usia di kedai
Kebelakangan ini terdapat banyak salah paham yang tersebar di media
sosial membabitkan usia atau umur tayar. Sebenarnya harus diketahui
bahawa yang paling penting bukanlah tarikh pembuatan atau penghasilan
tayar tetapi tarikh pemasangannya pada kenderaan. Sebabnya adalah semasa
dalam simpanan (pra pemasangan), tayar tidak dikembungkan atau
dikenakan tekanan udara, tidak juga mengalami bebanan, dan hanya
terdedah kepada naik turun suhu yang agak kecil di dalam stor
penyimpanan.
Penyelidikan yang telah dijalankan oleh organisasi bebas membuat kesimpulan bahawa tayar yang disimpan dalam keadaan penyimpanan yang disyorkan, tidak akan mengalami pengurangan prestasi jika perbandingan dibuat antara tayar yang baharu dan tayar yang dihasilkan tiga tahun yang lepas.
Tarikh tayar dipasang pada kenderaan adalah lebih relevan atau penting. Semasa tayar digunakan pada kenderaan, ia dikenakan tekanan tinggi, terkesan oleh sentuhan permukaan jalan, bebanan dan keadaan lain yang tidak wujud sewaktu penympanan. Oleh itu, usia hayat tayar menyusut dengan ketara sebaik sahaja ia dipasang, dan bukan sebelumnya
Tiga kajian telah dilakukan di Korea, Jerman, dan Arab Saudi yang mengesahkan bahawa penuaan tayar tidak relevan sewaktu dalam penyimpanan.
Kajian di Korea & Jerman tidak menunjukkan perbezaan prestasi antara tayar yang baharu dibuat berbanding tayar yang disimpan selama 3 tahun. Kajian Arab Saudi pula menunjukkan bahawa tayar yang digunakan pada kenderaan selama 1 tahun mempunyai penuaan yang setara dengan tayar dalam penyimpanan selama 10 tahun.
Selepas pemasangan pada kenderaan, tayar memerlukan penjagaan yang sangat istimewa semasa hayat operasinya seperti penyelenggaraan tekanan, penjajaran (alignment), pemeriksaan kerosakan dan pengukuran kedalaman bunga tayar - kesemua ini - tidak relevan sewaktu tayar dalam simpanan.
Walaupun begitu, sesetengah pengeluar tayar seperti Michelin mengesyorkan bahawa tayar yang berusia lebih sepuluh tahun dari tarikh pembuatannya agar dihentikan penggunaannya. Continental Malaysia pula memberi jaminan atau waranti selama 5 tahun dari tarikh pemasangan oleh pelanggan dengan syarat bahawa tarikh pembelian adalah dalam tempoh 5 tahun dari tarikh pengeluaran tayar kenderaan persendirian.
Sumber: Jabatan Perlindungan Pelanggan Korea; ADAC, organisasi pengguna kenderaan Jerman; dan kajian Arab Saudi yang dijalankan oleh Osaka City University, diterbitkan dalam Rubber Chemistry and Technology.
Aduss... tayar spare pun pancit juga!
Tak ada sesiapa pun yang ingin terkandas di tepi jalan kerana tayar
pancit, terutamanya di musim perayaan. Sebab itulah adanya tayar ganti
atau tayar spare dalam kenderaan, walaupun kebelakangan ini ada kereta
yang tiada lagi berbekalkan tayar ganti dan hanya mengharap kepada
cecair penampal ketika tayar bocor, namun ia nya bukanlah penyelesaian
jika tayar anda pecah kerana kereta yang ada tayar ganti masih boleh
menukar tayar dan meneruskan perjalanan mereka. Ada juga kereta yang
menggunakan tayar yang boleh dipandu terus walaupun telah kehilangan
tekanan udara (run-flat tyres). Kereta sebegini iada dibekalkan tayar
gantian dan tayar 'run-flat' harus diganti dengan tayar yang berciri
serupa juga.
Pun begitu pada kebanyakan kenderaan yang anda beli hari ini, tayar ganti di dalam kenderaan anda sebenarnya bukanlah tayar ganti dalam ertikata sebenarnya. Ia mungkin tayar sementara, yang juga dikenali sebagai donat. Tujuan jenis tayar ganti ini adalah untuk membolehkan anda sampai ke rumah atau ke kedai tayar supaya anda boleh menggantikannya dengan tayar sebenar.
Walau bagaimanapun, anda
mungkin ingin mempertimbangkan menukar tayar donat anda dengan tayar
ganti sebenar, jika ruang simpanan tayar membolehkannya. Ini kerana
kadangkala tayar donat ini mempunyai kawasan simpanan yang kecil untuk
menjimatkan ruang, dan kadangkala dipanggil juga sebagai tayar
"space-saver".
Tapi mendapatkan tayar donat yang baharu ini mungkin sukar, malah penyelidikan Motorev di kedai kedai tayar semuanya mengatakan bahawa ia nya seolah olah tiada dijual! Bagi pemilik kenderaan yang agak baharu, mungkin tiada yang perlu dirisaukan, tapi pemilik kenderaan yang telah berusia lebih sepuluh tahun haruslah segera menukar tayar donat mereka kepada tayar biasa sebagai tayar ganti. Tentunya anda tak ingin tersadai kerana tayar ganti yang anda gunakan turut bocor atau pecah kerana sudah keras dan terlalu tua usianya.
Apabila anda memandu dengan tayar ganti sementara atau tayar donat ini, anda perlu mengekalkan kelajuan anda. Ia bukanlah tayar bersaiz penuh untuk kereta anda, dan ia tidak sepatutnya digunakan pada kelajuan seperti tayar biasa. Lazimnya ada pelekat atau stiker tang akan tertulis kelajuan masima sebagai contoh "Max 80kmh". Anda dinasihatkan memandu pada kelajuan yang rendah sedikit, kerana tentunya akan menjadi masalah besar jika tayar ganti ini pun bocor atau pecah, kerana bebanab berat kereta anda mungkin lebih tinggi dari biasa untuk perjalanan balik kampung di musim perayaan ini.
Berapa Lama Anda Boleh Menggunakan Tayar Ganti Sementara?
Anda seharusnya menggunakan tayar ganti sementara ini ketika kecemasan sahaja. Jika anda menggunakan tayar ganti donat ini untuk terlalu lama, ada peluang yang ia ya juga akan. Periksa dengan manual kenderaan dari pengilang kereta anda untuk melihat perbatuan yang disyorkan - ia mungkin lebih kurang 100km sahaja.
Apakah Tekanan Udara yang Betul Untuk Tayar Donat Ini?
Semak manual untuk mencari tekanan yang betul untuk tayar ganti anda. Dalam kebanyakan kes, ia perlu dinaikkan tekanan anginnya setinggi 60 psi. Ramai yang sering lupa untuk memeriksa tekanan dalam tayar ganti anda, dan masih tersadai bila mendapati tayar ganti tidak mempunyai tekanan angin yang mencukupi.
Pastikan anda mempunyai tayar ganti yang berada dalam keadaan baik supaya anda tidak terdampar di tepi jalan atau lebuhraya. Benar, anda boleh menghubungi talian bantuan ataupun trak tunda, namun di waktu perayaan mungkin sukar untuk mereka memberikan bantuan segera dalam keadaan kenderaan yang sesak.
Subscribe to:
Posts (Atom)