Showing posts with label PETRONAS Sprinta Racing. Show all posts
Showing posts with label PETRONAS Sprinta Racing. Show all posts

SuperKip sedia hadapi Qatar




Apabila lampu merah terpadam untuk perlumbaan pembukaan musim 2019 pada 6:20 petang waktu Qatar, Khairul Idham Pawi dan PETRONAS Sprinta Racing secara rasmi akan memulakan cabaran Kejohanan Dunia Moto2 2019 mereka bersama-sama.

Khairul Idham Pawi bersedia untuk berlumba pada hujung minggu ini selepas ujian pramusim yang sengit dengan PETRONAS Sprinta Racing, Penunggang Malaysia ini menghadapi cabaran terbesarnya iaitu pusingan pembukaan musim 2019 Grand Prix Qatar yang akan berlangsung Jumaat ini dan kemuncak perlumbaan pada hari Ahad.
 Litar Losail di Qatar mengalu-alukan Khairul Idham Pawi untuk permulaan musim keempatnya di peringkat Grand Prix dan ketiga di Moto2. SuperKip berbekal dua kemenangan, kedua-duanya dalam Moto3 semasa musim 2016 di Argentina dan Jerman. Musim ini dia mengambil langkah seterusnya dalam kerjayanya, untuk bermula di litar yang sudah diujinya  hujung minggu lalu dan mewujudkan rentak perlumbaan yang konsisten untuk hari Ahad ini. 




# 89 Khairul Idham Pawi
"Akhirnya permulaan musim telah tiba, ini adalah masa yang saya tunggu sejak ujian pertama dengan PETRONAS Sprinta Racing pada bulan November.Kami menjalani ujian pramusim yang baik dan kini sudah tiba masanya untuk berlumba. Banyak untuk dibuktikan dan kami mempunyai potensi untuk melakukan yang lebih baik, dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan untuk semua kerja keras dan penambahbaikan yang telah dibuat setakat ini Sekarang sudah tiba masanya untuk beralih ke mod perlumbaan dan terus maju. "



Superkip selesai ujian rasmi Moto2 Jerez

Khairul Idham Pawi tamatkan ujian rasmi Moto2 hari ketiga dan terakhir di Litar Jerez - Angel Nieto minggu lepas dengan melengkapkan 165 pusingan di trek Sepanyol, untuk berada pada kedudukan ke-29 keseluruhan dengan pusingan terbaik 1'42.729.

Pelumba PETRONAS Sprinta Racing menghabiskan hari terakhir menumpukan pada kelajuan perlumbaan dan bekerja untuk mencari yang paling seimbang untuk motosikalnya. Masa terbaiknya hari ketiga datang pada sesi kedua dengan 1'42.909.

Khairul Idham Pawi kini menanti Jumaat di Losail International Circuit, di mana persiapan akhir akan dibuat untuk musim baru yang bermula pada trek yang sama pada 10 Mac ini.

 # 89 Khairul Idham Pawi
"Kami tidak dapat memperbaiki kedudukan terbaik dari hari ini, jadi kami perlu terus bekerja di Qatar. Sebaliknya, kami berjaya meningkatkan tahap perlumbaan kami, jadi tumpuan awal di Losail International Circuit akan diberikan untuk menetapkan kelajuan pusingan. Hari ini kami berusaha meningkatkan motosikal. Pada penghujung hari, kami menukar roda belakang tetapi saya tidak mempunyai cengkaman yang baik, jadi saya tidak dapat mengekalkan garisan saya dan memperbaiki masa pusingan. Kita mempunyai tiga hari lagi di Qatar untuk terus membangunkan jentera. "

#7 Adam Norrodin kecewa sekadar tamat di P17

Bermula dari tempat kesepuluh, Adam Norrodin mengalami pengalaman yang sukar di litar Austria. Walaupun berusaha terbaik untuk mengekalkan kedudukan permulaannya, Norrodin berhadapan cabaran sukar untuk mengekalkan rentaknya, menyebabkan dia susut ke belakang dan gagal mengutip sebarang mata.

"Saya sangat kecewa dengan apa yang berlaku hari ini; Saya benar-benar menanti-nantikan perlumbaan ini, walaupun saya bergelut semasa sesi pemanasan di waktu pagi. Saya berasa yakin bahawa saya boleh berlumba lebih baik hujung minggu ini. Semasa latihan bebas dan sesi kelyakan jentera saya terasa cukup baik, jadi saya pasti menjangkakan prestasi lebih baik hari ini.
 Namun begitu dari awal perlumbaan, saya dapat merasaka kesulitan untuk mencapai masa lap yang baik; Saya mempunyai rentak yang sama seperti yang saya lakukan pada pemanasan waktu pagi dan saya tidak dapat berbuat lebih baik. Saya mampu merapati pelumba lain ketika membrek di selekoh tetapi kemudiannya mereka memecut keluar begitu pantas. Jurangnya terlalu besar untuk melawan. Apabila tayar mula menyusut, saya lebih sukar bergelut; Saya hampir terjatuh banyak kali. Pada akhirnya saya menyelesaikan perlumbaan jauh dari posisi saya bermula, jadi saya amat kecewa dengan perkara ini. Saya memberikan sepenuh usaha saya hari ini, jadi saya benar-benar perlu mengkaji data untuk mengetahui di mana."

PETRONAS Sprinta Racing siaga hadapi Red Bull Ring Austria.

Seminggu selepas paddock MotoGP beraksi di Republik Czech, pelumba PETRONAS Sprinta Racing kembali ke litar hujung minggu ini di Red Bull Ring di Austria.

Czech GP merupakan hujung minggu yang sukar untuk kedua-dua pelumba PETRONAS di Brno, Ayumu Sasaki dan Adam Norrodin berusaha untuk meningkatkan persembahan mereka di Grand Prix Austria.

Ayumu Sasaki lebih positif di litar ini memandangkan beliau mempunyai banyak pengalaman dari zamannya ketika di Piala Red Bull Rookies.
Bagi Adam Norrodin pula, Red Bull Ring merupakan satu litar kegemarannya dan dia berharap dapat memanfaatkan sepenuhnya pengalaman dan keyakinannya di sekitar litar sejauh 4.3km itu.
 #7 ADAM NORRODIN
"Saya masih kecewa dengan apa yang saya lakukan di Brno, jadi saya benar-benar tidak sabar untuk ke Austria untuk membuat perubahan. Tahun lepas Red Bull Ring adalah salah satu litar terkuat saya, jadi saya yakin bahawa saya boleh melakukan lebih baik pada hujung minggu ini. Set up yang kami ada di Brno bekerja sangat baik dan saya rasa dengan jentera saya, jadi harap kami tidak perlu berubah begitu banyak dan saya boleh terus bertambah baik. Pasti saya perlu memberi lebih fokus pada sesi kelayakan saya hujung minggu ini juga; sasarannya adalah empat baris teratas."

 # 71 AYUMU SASAKI
"Ia merupakan hujung minggu yang sukar untuk kami di Republik Czech, jadi saya bersedia untuk bermula semula di Austria. Ini adalah litar yang saya tunggangi agak banyak ketika di Red Bull Rookies Cup, jadi dari sesi latihan pertama saya hanya boleh menumpukan perhatian kepada diri saya sendiri dan bekerja untuk mendapat teteapan jentera dengan baik. Hujung minggu ini sasaran saya adalah untuk melupakan kedudukan dan benar-benar memberi tumpuan kepada hanya mendesak diri saya di setiap pusingan."

#66 Niki Tuuli undur diri dari GP Jerman

Pelumba Moto2 PETRONAS Sprinta Racing, Niki Tuuli terpaksa berundur dari Grand Prix Jerman hujung minggu ini berikutan kecederaan yang dialami pada tangan kiri di Assen.

Hanya dua belas hari selepas sebahagian jari kirinya terpaksa dipotong, Niki Tuuli dengan cekal dan berani telah kembali beraksi dengan jentera Kalexnya pagi semalam. Anak muda Finland ini berjuang untuk menunggang dalam kesakitan dan memberikan usaha terbaiknya. Selepas cuba lagi untuk mencari langkahnya dalam latihan bebas Free Practice Two, keputusan sebulat suara dibuat oleh kedua-dua pelumba dan pasukan untuk mengundurkan Tuuli dari hujung minggu ini.

# 71 Ayumu Sasaki terlepas mata di Le Mans GP

Pelumba PETRONAS Sprinta Racing Ayumu Sasaki bermula dari petak kelapan untuk menamatkan Grand Prix Perancis semalam di tempat ke-16, hanya selangkah lagi untuk mengutip mata.

Walaupun mengalami kecederaan selepas terjatuh ketika sesi latihan bebas pertama, penunggang Jepun itu mengenepikan sesi kelayakan sukar yang menyebabkan dia bermula dari tempat ke-24, untuk bertarung merentasi kumpulan belakang dan berusaha untuk kutipan mata.

Ayumu berlumba baik dan mara dalam persaingan  kumpulan kedua ke kedudukan kesebelas. Malang sekali pada akhirnya kedudukan beliau menyusut hanya satu kedudukan di belakang kutipan mata, namun masih dianggap agak baik.

"Sesi pemanas hari ini benar-benar baik dan saya berusaha untuk mendapat rentak perlumbaan. Kaki saya tidak mengalami kesakitan seperti pada hari Jumaat dan Sabtu dan masa pusingan saya sudah lebih baik dari segi kelayakan, jadi saya berasa yakin akan berlumba. Pada permulaan perlumbaan, saya berusaha keras untuk ke depan sebanyak mungkin, tetapi selepas pusingan pertama kumpulan depan telah mula menjauh dan kumpulan kedua adalah sekitar empat saat di hadapan saya. Saya fokuskan pada perkara ini; Saya dapat rentak saya dan bekerja dengan cara saya. Masa pusingan saya adalah baik dan saya hampir satu saat lebih cepat daripada kelayakan. Sayang sekali saya melakukan kesilapan ketika sesi kelayakan, jika tidak tentunya saya akan bermula dari kedudukan yang lebih baik, saya boleh jadi lebih cemerlang hari ini. Waktu pusingan purata hari ini adalah sama dengan kumpulan teratas, jadi kami tidak kalah terlalu banyak dari segi konsistensi semasa perlumbaan, jadi saya perlu memperbaiki kelayakan saya. Motosikal saya berfungsi dengan baik hari ini juga, jadi terima kasih kepada pasukan saya, dan maaf atas hasil saya. Saya kini perlu pulih sepenuhnya supaya saya boleh mendesak keras dan bertarung untuk mata di Mugello. "

#7 Adam yakin di Le Mans hujung minggu ini

"Le Mans adalah litar yang hebat; dan saya berkeyakinan penuh di sana. Tahun ini saya berasa lebih hebat dan dengan jentera yang berfungsi baik. Di Le Mans, anda perlu benar-benar mahir pada brek, yang merupakan sesuatu yang saya rasa amat yakin dengan motosikal ini, jadi saya benar-benar menanti-nantikan GP ini.
Sejak Jerez saya telah berlatih dengan sangat keras di Sepanyol; Kami telah banyak menunggang, jadi semoga saya dapat meningkatkan prestasi saya dan meningkatkan persembahan saya pada hujung minggu ini. Saya mahu kembali meraih mata di Le Mans, ini adalah keutamaan nombor satu; terus mendesak dan selesaikan dengan hebat."

PETRONAS Sprinta Racing catat mata di Jerez

Grand Prix Sepanyol  di Litar 4.4 km Circuito de Jerez yang berlangsung semalam menyaksikan penunggang PETRONAS Sprinta Racing Ayumu Sasaki mengutip mata untuk kali kedua berturut-turut setelah mengakhiri perlumbaan hari ini di tempat ke-12.

Rakan sepasukan Adam Norrodin menduduki tempat ke-16 di kedudukan teratas, hanya sedikit terlepas dari kutipan mata berharga.

"Ia menjadi hujung minggu yang sangat sukar bagi kami di sini di Jerez. Kami tidak benar-benar tahu kenapa kami tidak begitu laju di sini,' kata Pengurus Pasukan Johan Stigefelt. "Kedua-dua pelumba melalui sesi kelayakan agak buruk kelmarin, yang bermakna kedudukan grid tidak membantu kami untuk perlumbaan yang baik.

Ayumu melakukan permulaan baik semasa perlumbaan tetapi dia berada di belakang kumpulan depan. Penyudahan kedua belas hari ini agak bernasib baik kerana beberapa kemalangan yang berlaku. Sudah tentu kami gembira untuk pulang dengan empat mata tetapi kami percaya kedudukan itu boleh jadi lebih baik.
Adam menghadapi kesukaran apabila terpaksa bermula dari bahagian belakang grid. Pada satu ketika dia cuba melepaskan diri dari kumpulannya tetapi dia tidak dapat mengejar pelumba di hadapannya dan kemudian dipintas kembali oleh pelumba yang lain. Ia adalah satu perlumbaan yang sangat sukar baginya.

Jerez akhirnya benar-benar merupakan hujung minggu yang ingin dilupakan pasukan ini agar dapat memberi tumpuan kepada perlumbaan seterusnya dan melihat apa yang boleh mereka lakukan di Le Mans kelak. Nyata para pelumba perlu menyediakan diri mereka dan benar-benar bekerja lebih keras serta memberi tumpuan dalam latihan dan kelayakan yang lebih baik pada masa akan datang.

Petronas Sprinta Racing pasrah di GP Amerika

Pelumba PETRONAS Sprinta Racing, Ayumu Sasaki menambah lima mata lagi sebagai mata kejohanan apabila tamat di tempat ke-11 pada perlumbaan Moto3 Grand Prix of the Americas hujung minggu lepas.

Malangnya rakan sepasukan beliau iaiatu Adam Norrodin kecewa apabila terlibat dengan kemalangan di pusingan satu sekaligus menamatkan perlumbaannya sebelum sempat beraksi.
"Ayumu membuat permulaan yang baik dari tempat kelapan di grid," kata Pengurus Pasukan, Johan Stigefelt. Ayumu dapat naik beberapa kedudukan dan bertarung dengan baik dalam kumpulan utama tetapi kemudiannya nyaris tercampak dari jenteranya namun mampu mengawal jentera secara menakjubkan. Sayangnya peristiwa ini benar-benar mengganggu momentumnya dan dia kemudian berusaha untuk kembali ke rentaknya. Dari sini Ayumu menghadapi kesukaran setelah kehilangan peluang untuk bersaing dalam kumpulan. Masa pusingannya adalah baik, dan untuk tamat kesebelas tidaklah menghampakan dan dia mengutip lima lagi mata, jadi ia sangat positif.

Adam dia mempunyai permulaan yang baik tapi kemudiannya membuat kesilapan ketika masuk ke selekoh pertama dan terhempas. Kini Adam harus menyiapkan dirinya untuk Jerez, untuk kembali menghadapi cabaran di Eropah.

PETRONAS Sprinta Racing 2018 dilancarkan


Pasukan PETRONAS Sprinta Racing yang akan menggalas cabaran negara dalam Kejohanan Dunia Moto3 2018 dilancarkan di Litar Antarabangsa Sepang semalam. Perkongsian strategik selama 3 tahun antara PETRONAS dan SIC ini akan diwakili oleh penunggang tempatan, Adam Norrodin dan Ayumu Sasaki dari Jepun untuk musim 2018 dengan jentera Honda NSF250RW. Bekas pelumba Grand Prix, Johan Stigefelt yang telah menguruskan psukan lumba SIC sejak penubuhannya pada tahun 2015, akan meneruskan peranannya sebagai Pengurus Pasukan.

Pn Zahariah (Liza) Abdul Rahman, Pengurus Besar Kanan, Komunikasi Strategik Kumpulan PETRONAS berkata, "PETRONAS berusaha untuk mengukuhkan kehadiran jenama dalam MotoGP dan kami bangga melihat projek ini dijayakan dalam masa beberapa bulan sahaja.

 "PETRONAS Sprinta Racing juga merupakan gambaran yang jelas tentang komitmen yang dikongsi antara PETRONAS dan SIC yang percaya bahawa bakat Malaysia mampu bertanding di peringkat tertinggi jika diberi peluang dan bimbingan yang betul, "katanya.

Dato 'Razlan Razali, Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang berkata, beliau gembira untuk melihat kerjasama itu mencatat satu lagi kejayaan hari ini.

"Kami bangga mempunyai PETRONAS sebagai rakan strategik kami, dan pasukan kami yang ada sekarang ke arah kemuncak matlamat kami untuk membangunkan bakat untuk perlumbaan kejohanan dunia. Tetapi ini tidak bermakna kita telah mencapai kemuncaknya. Kita akan jalankan usaha dalam musim MotoGP yang baru untuk pencapaian yang lebih tinggi. "

"Penunggang kami mempunyai keazaman dan komitmen yang tinggi - sifat juara dunia - dan dengan kepakaran teknikal bertahun-tahun dalam pasukan kami, yang diketuai oleh Johan Stigefelt, kami akan berusaha untuk meletakkan Malaysia dalam peta kejohanan dunia, " kata Dato 'Razlan.


# 7 Adam Norrodin
"Saya sangat gembira kerana mempunyai PETRONAS Sprinta dengan kami, mereka nama yang begitu besar dan terkenal di Motorsport. Saya berasa bangga untuk ditaja oleh mereka dan membawa nama mereka. Saya teruja dengan perkongsian ini dan benar-benar menantikan tahun ini. Ini adalah musim ketiga saya di Moto3 World Championship, jadi ia adalah tahun yang sangat penting untuk saya. Saya mahu buat yang terbaik. Saya mempunyai keyakinan dan pengalaman sekarang, jadi saya rasa bersedia untuk memberikan segalanya. Saya mahu terus berusaha untuk kedudukan kesepuluh teratas untuk diri saya dan pasukan; Saya mahu berjuang untuk podium. Saya akan berusaha untuk berada di situ dan membuatkan semua orang bangga.


# 71 Ayumu Sasaki 
 "Saya sangat gembira kerana saya boleh berlumba untuk PETRONAS Sprinta Racing. PETRONAS adalah syarikat yang berprestij, jadi itu adalah penghormatan sebenar untuk mendapat sokongan mereka. Saya sangat gembira menjadi sebahagian daripada keluarga ini. Untuk saya PETRONAS Sprinta adalah salah satu penaja terbaik; mereka sudah menaja pasukan Juara  di Fl, jadi saya mahu melakukan yang terbaik untuk mereka dalam Kejuaraan ini. Ini akan menjadi tahun kedua saya di Moto3  jadi saya akan berusaha lebih kuat daripada sebelumnya; cuba untuk kekal di kumpulan hadapan dan berjuang untuk podium sebanyak mungkin"


  Pada majlis yang sama, PETRONAS juga mengumumkan kempen 'Pengejar Impian' yang akan seiring dengan program  'Impian ke MotoGP' , inisiatif baru oleh SIC yang bertujuan untuk mencungkil permata baru di motorsports Malaysia dan mengasah bakat-bakat ini untuk menjadi  pelumba kelas dunia. Program ini telah mendapat sambutan menggalakkandan dari kalangan 300 pemohon, lima pelumba  telah dipilih untuk dibawa ke pentas antarabangsa-Kejohanan CEV dan Kejohanan Asia Road Racing.
  "Program ini adalah satu langkah logik untuk memperluas lagi kumpulan bakat Malaysia. Ia melengkapkan penglibatan kami dalam Kejohanan Cub Prix Malaysia AAM PETRONAS
  - platform pengenal bakat yang terbukti asal bagi kebanyakan pelumba Malaysia yang sedang bersaing di dunia," kata Liza.

  "Pengejar Impian" merupakan siri cerita inspirasi tentang individu yang telah berpegang teguh pada  cabaran peribadi di arena motorsport tempatan dan bagaimana PETRONAS membantu mereka merealisasikan impian mereka tersebut.